Friday, January 15, 2010

HADIAH

Salam;

Err..kontes utk blog ni lambat lagi ok.

Balik dr kerja, aku tengok atas katil ada sebungkus plastik ngn 2 ekor teddy bear di dalamnya.
Damn! Comel plak tu. Hiks!.

Rupa2 nya beruang teddy dlm plastik tu dibelikan oleh adik lelaki aku, utk makwe beliau. Tak sangka tol aku, budak yg selalu merempit, kunun2 gengster..,pandai plak tu berkasih sayang!. Hahaha..

Ok stop. Apa yg menarik, hadiah yg dibelikan tu bukannya dibeli di kedai ternama, ya. Tidak sekali. 2 ekor beruang teddy tu dibeli di bundle seploh ringgit!. Aku dengan nada sinis, tanpa befikir terus menyentap beliau.

"Ko belikan awek ko barang murah ni?".

Dia memandang aku dengan pandangan "apsal bro?.Salah ke?" sambil muka beliau sangat tak puas hati.

"Yang penting ikhlas, angah", jawab beliau berhemah. Aku menelan bulat2 kata2 beliau dengan malu. Padan muka aku.

Jujur. Kalau kau nak belikan sesuatu utk kekasih hati, mak ayah ataupun sahabat handai..,tak perlu sesuatu yg mahal atau memaksa kau mengeluarkan kos lebih dari kemampuan kau. Ukurlah baju di badan sendiri. Melainkan kalau kau mampu, dan menganggap barang2 mewah ni seperti barang permainan, kau bolehlah menghadiahkannya dengan sesuka hati.

Sekali sekala tak mengapalah. Nak menunjukkan kasih sayang. Tak salah, bukan?. Its okay selagi kau tak mengikat perut semata-mata bajet lari disebabkan membeli hadiah mahal!. Menjadi dosa kalau kau mengungkit semula barang yg kau dah beri itu.

Ada yg berkata, hadiah mahal umpama pelaburan dalam berkasih sayang. Semakin mahal hadiah kau, semakin sayang kekasih kau. Ya..zaman sekarang cinta dan duit umpama satu keperluan yg melengkapi satu dgn yg lain.

Itu teori orang. Walau ada benarnya,aku tetap dengan teori lapuk.

Cinta tak boleh dijual beli. Ikhlas itu penting. Jika ikhlas menyayangi, ikhlas memberi, ikhlas menerima...InsyaAllah perhubungan kau kekal lama;)

NotaKakiFaizal---)Memikirkan hadiah apa yg sesuai utk seorang kawan yg bakal melangsungkan perkahwinan beliau Februari ini;)

19 comments:

Kuwe said...

kawe kalu nok beli hadioh kokre tino.meme gelisoh tokleh nok kata ore kato. Sapa bulih tahap ngiga tengoh male.tu kawe payoh nok beli. niat tu ada. takpo?

FaizalSulaiman said...

Kuwe---)hahaha..niat je ada manabole weh.hihihi.tp okayla ada niat tu kira okayla boh.hahahahahaha

bEEdLE d' bARd said...

btol tu bro..
nak bagi biar ikhlas..huhu

iyllienaz said...

haha..ikhlas yg penting..haha..sentap betol..padan muka..

'AQILAH said...

haaa, faizal jgn lupe fikirkan adiah aku, hari jadi ku bulan 6 nnti :P

sHaH said...

betol tu bro..
sebab tu ada org guna duit utk pegang seseorg tu..
huhuhu...

FaizalSulaiman said...

bEEdLE d' bARd---)yeahh..betol tu bard;)

FaizalSulaiman said...

iyllienaz ---)ye iyllie.sentap tol.hiks

FaizalSulaiman said...

'AQILAH ---)ko bagi la aku dulu doh.aku bulan 4?hahaha

FaizalSulaiman said...

sHaH ---)manipulasi kan?duit leh jadikan seseorang gelap hatinya;)

cik kedondong said...

pejal..kalo ko buat kontes,aku nak adiah buku.ko tau kan aku ske bce buku..wahahaha

NUke_Rude said...

haha.. sib baik adik ko tu masih ade rasa bkasih syg lagi.. hahaha. congratz kat dia!

hadiah nk bg pengantin?? ko bagi la cerek letrik ke. susah, ko bg je duit.. bia dorg pikir sendri nk beli apa.. haha

Tunjuk Bintang said...

pass ni kalau aq nak bagi hadiah. aq nak bagi dia tikus. x la.. nak bagi hamster... hadiah dari aq pass ni...

s a r a said...

sy juge mengalami kesukaran bile nak memilih adiah ni..slalu missed utk bagi on time..tapi tetap terbaek ar wlaupon lewat siket..

yeahh yg penting ikhlas~

FaizalSulaiman said...

cik kedondong ---)wah cik..ko mang ulat buku kan?hihihi..bagus2;)

FaizalSulaiman said...

NUke_Rude--)cadang aku nak bagi jam je bro.set pukul 12 am,berdering.hahaha..nakal tak aku?woff..woff

FaizalSulaiman said...

Tunjuk Bintang ---)hahaha..hamster.kalu bagi aku..entah bape hari leh hidup weh. bagila aku kucing ke.kihkihkih

FaizalSulaiman said...

s a r a ---)tulah kan sara. mahal sgt pon susah.murah pon payah. yang penting..

yang sedang sedang saja..

yang sedang sedang saja..

*dangdut*

;)

cikmemy said...

yg ganas 2 la lagi jiwang.
yg biase2 tu selalu kaku.huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR