Monday, January 30, 2012

Anak Sulung vs Anak Bongsu


Kita masih dalam bulan Januari. Pheww aku rasa bulan Januari ni panjang sangatlah.

Nak menceceh kejap.

Anak sulung, tanggungjawab besar. Jadik contoh pada adik-adik yang lain.

Anak bongsu, kecil mungkin manja. Dah besar tanggungjawab juga besar bila abang kakak dah kahwin, maka dia lah yang paling dekat nak tengok mak ayah.

Aku sendiri berhadapan dengan isu anak bongsu yang tersepit dengan keadaan keluarga dan kemahuan diri. Semua anak bongsu yang aku kenal ni sangat baik-baik belaka. Ada impian nak jaga mak ayah walau terpaksa kerja jauh jauh. Jadi kat sini aku boleh buat satu kesimpulan rawak, anak sulung dan bongsu mempunyai tanggungjawab yang agak berat.

Tapi ini tak bermakna anak-anak nombor lain boleh lepas tangan. Walau dah kahwin, anak dah dua tiga, sempat sempatkanlah, luang luangkanlah jenguk mak ayah. Jangan harap kat adik bongsu sorang. Haih! Mak ayah boleh jaga kita dari kecik, takkan dah besar nak pass sana sini kot?

Belajar untuk membalas budi emak ayah yang berpenat lelah membesarkan kita, tak kira kita anak nombor berapa. Pastikan kita jadi manusia yang boleh mak ayah gantung harap. By rights, kalau dah namanya anak, tanggungjawab jaga kebajikan emak ayah dah jatuh ke perkara wajib.

Tepat betul entry hari ni since Awan Nano menang malam tadi #AJL26.

Tak kira sesiapapun yang kita sayang, especially mak ayah; merekalah yang melindungi dan mengasihi kita maka, kepada merekalah kasih sayang kita sepatutnya lebih dicurahkan.

PS: Meh like fanpage KOPI ramai-ramai:) Promo pertama harini dah keluar!!

15 comments:

asyraf ahmad said...

betol la tu..setuju2...
hehheee

acap

:: Cik Nur :: said...

sgt setuju tu...Cik Nur ank sulung, mmg byk tanggungjawab, kadag2 sdikit penat , bila adik2 mgharapkan kita.

shandye. said...

rasanya lebih berat jadi anak tengah. selalu je rasa invisible. macam tak wujud.

=(

mr.syazwan said...

sangat setuju!!

tpi wan anak last!

=_=

NY said...

akak ank sulung dr dua org so manja jgk..hehe tp tgjwb mmg atas pala akak la sbb adik msh stdy kt u..since dah keje ni so tgjwb sbg anak sulung lbh berat la..tp akak puas hati bila dpt buat sesuatu tuk mak ayah.. =)...bila kita ikhlas tgjwb tu takkan rasa sbg bebanan...

FaizalSulaiman said...

asyraf ahmad---> acap anak numb berapa? hehe

FaizalSulaiman said...

:: Cik Nur ::--->kebiasaan anak sulung kena tunjuk contoh yang baik pada adik adik. betul tak cik nur?

tima kasih singgah ye:)

FaizalSulaiman said...

shandye. ---> eh cop. I anak tengah

wuwuwuwuwuwuwuwu

kena bersaing untuk dapatkan perhatian. betol tak?

FaizalSulaiman said...

mr.syazwan---> wah peluang nak jaga mak ayah dengan baik dan sempurna ni wan. berbakti selagi mereka masih ada ok:)

FaizalSulaiman said...

NY ---> kan kan? puas hati sangat dapat gembirakan mereka neh

NUke_Rude said...

yeap.
dan anak sulung ada tendency utk jadi sdikit autocratic; meanwhile anak bongsu pula cenderung untuk terlalu dependent.
but of course not all lah. in some cases, the other way round jadi.

but as long as we all know our own responsibilities, that should be enough.

Hans said...

setuju
ini lah dilema anak bongsu
:-)

FaizalSulaiman said...

NUke_Rude ---> yang penting bila mak ayah perlukan anak2, jangalah passing sana sini.


keji gila namanya kan?

FaizalSulaiman said...

Hans --> :) saba ek bro:)

Nazz@Purple said...

sy anak sulung yg sering kali cemburu pada si bongsu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR