Monday, January 16, 2012

Memori: 3315


Merujuk pada handphone Nokia 3315 yang dimiliki sekitar tahun 2004, lepas saja habis sekolah.

Well, aku mungkin tak macam remaja sekarang yang walaupun masih menuntut disekolah, sudah pakai handphone pelbagai jenis.

Ini handphone pertama aku. Dibeli sekitar RM 450!

Meh godam ciri-ciri handphone ni semasa berada di bawah ‘seliaan’ aku;

a) Handphone ni besar godang kalau dimasukkan ke dalam poket seluar. Kalau suar ditiup angin, nampak alur timbul pat segi telefon neh

b) Berat. Baterinya yang membuatkan handphone ni berat

c) Vibrator yang sangat mengejutkan. Bruup bruup nya boleh buat bangun tidur. Aku pernah melihat vibrator 3315 ni disalah guna. Hampeh punya budak itu. Lempias nafsu dengan vibrator 3315? Boleh? Haha

d) Banyak kali jatuh dan magisnya, tak pernah berkecai. Paling tak key pad tersembul je

e) Skrin banyak kali scratch dengan gugusan kunci dalam poket yang kecik

f) Benci membawa phone ni ketika kawad kaki, kokurikulum.

g) Ringtone monophonic dengan lampu lip lap, satu kaler, iaitu biru

h) Simkad pertama menggunakan nombor 012 dan 3315 inilah juga menghubungkan dengan cinta pertama. Ewah!

i) 3315 aku kerap kali mengalami masalah bateri mampus ditengah perbualan. Tiap kali ada perbualan penting, ye ye aku pergi cucuk charger untuk memastikan perbualan lancar.

j) Pernah chat dengan member sebelah katil (dengan aplikasi chat) sebab malas bual. Gila bazir kredit!

k) Forward mesej panjang-panjang atau mesej-mesej simbol-simbol menarik menjelang exam, hari raya mahupun birthday

l) Miscall dua saat (elak tolak kredit), khianat kawan sekelas especially budak pompuan. LOL

Handphone? Tak ada tapi perlu. Ia seolah satu kemestian kerana keperluan zaman sekarang. Dah jarang orang pakai telefon rumah sebab rasanya semua mampu pakai telefon tangan. Nak-nak dengan kad prabayar yang sangat berpatutan sekarang.

Dulu jangan harap nak beli kad top up sampai lima ringgit. Paling cikai sepuluh. Kaya sikit tiga puluh, dengan kad keras yang boleh cucuk pintu bilik jika terkunci atau terlupa bawak kunci

12 comments:

blog-tips-kurus said...

review cik nokiah 3315 yek? hehe!

Asrul "iLham" Sany said...

agak malang kerana kebanyakkan lebih gemar menatap wajah skrin selfon dan alam maya berbanding dengan wajah-wajah manusia walaupun tika sedang berjumpa depan mata

;D

Muhamad Zaki Zafir said...

pernah main laga handphone?

lukis kotak kecik,ltk handphone sndiri dgn member punya dlm tu,psg ringtone,vibrate,sape trkluar dia kalah.

*benda sengal dibuat mase bru2 dpt handphone.jakun sikit.

ghost said...

mesti kau biasa pakai seluar slack.sebab kalau pakai seluar jeans,angin tiup pun tak lah goyang mana. :)

aku pakai hp canggih pun hanya dalam sekitar awal 2008.sedih kan!

wantie said...

hehehe... handphone nampak cam tak penting. Tapi kalau tertinggal kat umah.. rasa mcm nak balik ambik je..

bukan takde phone kat office, tapi still dok ingat HP. ( kebetulan la pulak, hari ni akak tertinggal Hp kat umah)ngee

Faizal Sulaiman said...

blog-tips-kurus ---> yep.pakai sekali dulu.ala2 suka-benci

Faizal Sulaiman said...

Asrul "iLham" Sany---> kalau betul berlaku, ia agak annoying tahu?hehe

Faizal Sulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir ---> tak penah bro. tepon skunk vibratornya tak asyik macam dulu.bwahahahahaha

Faizal Sulaiman said...

ghost writer---> hehe at least berpeluang pakai bro:) yup pandai ko teke:)

Faizal Sulaiman said...

wantie ---> thanks singgah, kak

henfon bagi saya penting sangat2 kalau tertinggal memang macam hilang nyawa

NusrahYahya said...

1st hp akak guna ialah ericson (asal bapak pnya)pastu 3310 (atau gelarannya tiga tiga sekupang).tu pun bapak punya.dia bli baru yg lama bg akak..masa tu awal 2003.dpt bli simkad sbb bt keje part time, 012 yg diguna hingga kini.akak bli sim tu dgn hrga RM123!!
dan topup paling murah masa tu RM30! kenangan~ =)

Faizal Sulaiman said...

NY--> Really? mahal gile kan simkad dulu.faizal beli 1st tulah lepas SPM it cost me around 50 ringgit. masa tu dah murah sikit kut..sikit jelah..haha, ikot harga kad topup.

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED