Monday, January 09, 2012

Harga Diri, Bukan Ego, Bukan Juga Jual Mahal


Aku jarang tulis pasal perhubungan. Sesekali. Tak apa kan?

Dalam perhubungan kita perlu ada harga diri. Tekan perkataan ‘harga diri’ tu.

Bila kita syok kat seseorang, kita kena mulakan dengan langkah perlahan. Perlahan tapi beri impak, bukan habis perlahan-sampai-ke-sudah-la-hubungan-ko-tak-kemana-mana.

Kenapa perlu perlahan? Bukan apa, kalau gelojoh sangat, nanti kau juga yang tak dapat. Baru dua tiga hari kenal, dah nak ajak kahwin? LOL. Baru dua tiga hari kenal, let say lah melalui FB ke Twitter, dah minta number telefon. Aiyohh . Ce bawak bersabar sikit.

Jadilah orang yang ‘eksklusif’. Kalau betul-betul nak kawan dengan si polan tu, buat cara berkawan dengan betul. Letakkan nilai harga diri yang tak terbanding tu tinggi-tinggi sikit dalam hidup. Lebih-lebih yang opposite sex tu. Kalau betul nak jadikan si polan tu teman sehidup semati, mulakan dengan step yang betul. Ni tak. Memula je dah nampak gatal.

Kawan dulu. Kenal hati budi dulu. Letakkan syarat dalam memilih siapa teman hidup. Jangan semberono sakai je nak pilih siapa-siapa asal muka hensem-cantik maka layaklah nak dijadikan suami-isteri. Well, benda ni sounds lame kan? Tapi history sayang. It has a way to repeat itself, kan?

5 comments:

hanaahmad said...

ok yang ini aku setuju sangat. perlu perlahan-lahan dan kenal hati budi. kalau main terkam je orang pun takut kan. ;)

FaizalSulaiman said...

hanaahmad ---> tau takpa.takyala terkam2 ni.slow2 je.

NY said...

memang perlahan dan berhati2..keputusannya dia penipu! =)

FaizalSulaiman said...

NY ---> mungkin dia ada dua pilihan yang..well dia sendiri fikir untuk buat

shandye. said...

yup. bermula dari kawan adalah yang terbaik.

=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR