Monday, October 17, 2011

Had, Cuba dan Redha


Sebagai manusia kita kena tahu dimana had kita.

Lupakan seketika had sabar. Sebab ini had lain yang aku nak ceritakan.

Bila kita cuba sesuatu dan ianya tidak berjaya, jangan dijadikan pemusnah untuk mencuba sesuatu yang lain. Malah jangan pula menganggap diri kita loser!

Masing-masing ada limit. Masing-masing ada had.

Katakanlah kau diminta untuk memanjat bukit. Bersungguh kita pada mulanya. Tapi nyata kita tidak sampai ke puncak. Kita penat. Kaki dah mula sakit. Nafas dah mula tercungap.

Kita lihat kawan-kawan kita perlahan-lahan nak sampai ke puncak bukit tu.

Kita masih penat. Kita masih tak larat.

Ada dua pilihan.
1) Paksa diri untuk bersama sampai ke puncak
2) Tinggal saja dibelakang sebab had kita hanya sampai disitu

Kalian yang membaca boleh buat andaian dan tekaan. Cuba applykan dalam kehidupan seharian.

a) Kita suka dekat si polan ni. Kita usaha untuk dapatkan dia. Cuba bahagiakan dia. Tapi last last dia bersama orang lain. Adakah had memang takat itu atau memang tak cukup mencuba?

b) Pensyarah bagi tugasan. Kita buat dengan bersungguh. Cari maklumat dengan terperinci. Tak cukup dengan tu, buat field study siap! Tapi dihujung hari markah seciput. Adakah had memang takat itu atau memang tak cukup mencuba?

c) Pasangan suami isteri. Ada perselisihan, kemudian makin melarat bawa ke mahkamah syariah. Hubungan dah macam telur dihujung tanduk. Dah macam embun di hujung rumput. Adakah had memang takat itu atau memang tak cukup mencuba?

d) Seorang bapa mengharapkan kejayaan anaknya di padang sukan. Training berminggu sampai skip kelas sana sini. Tapi sampai dihari pertandingan, anak gagal dapat top three. Bapa kecewa. Anak dua kali ganda kecewa. Adakah had memang takat itu atau memang tak cukup mencuba?

Empat contoh dengan situasi berbeza.

Aku boleh simpulkan begini. Selagi kita mencuba dalam mendapatkan sesuatu, usahlah kita berputus asa. Ya benar. Setiap manusia ada had atau limit. Itu halangan paling utama. Tak salah kalau kita cuba overcome dengan MENJADI SENTIASA POSITIF, BERPERASANGKA BAIK dan MENJANGKAKAN SESUATU YANG ELOK TERJADI.

Tidaklah menjadi terlalu high hope. Cukup sekadar ‘ always look on a bright side’.
Jika usaha dan segala cuba tidak berhasil, that means your LIMIT is already there.

Jangan tidak berusaha langsung. Jangan harap keajaiban berlaku jika TIADA SEBARANG USAHA.

Kau nak sesuatu, USAHA. Work for it. Tapi kalau tak berjaya, redha. Ada sesuatu yang bernilai akan menanti kau dihujung sana. Apa dia? Jangan tanya aku sebab aku pun tak tahu!

Aku suka habis lagu ni!

7 comments:

Unknown said...

usaha tangga kejayaan.. tapi bila dh usaha tp x berjaya, pasti ada hikmahnya..mungkin usaha belum cukup atau ada kebaikan di sebalik itu yg mana hanya Tuhan yg mengetahui.. kita selalu inginkan langit yg cerah. tapi Tuhan berikan hujan yang kita tak ingini. sbnarnya kita x tahu Tuhan nk berikan pelangi yg indah menghiasai langit selepas hujan.. kesimpulan- perancangan Tuhan lebih baik..tp usaha tetap kena ada~ ;)

ghost said...

keinginan dan kecekalan selalu beriringan.untuk meiliki sesuatu misalnya,harus lebih usaha dilakukan.dan saat mula ia menemui kegagalan,pastikan ditambah dengan kecekalan.meskipun usaha ada had tapi kecekalan masih mampu melepasi had.

hanaahmad said...

ukur baju di badan sendiri. ouh aku sangat suka dengan si adele ni. semua lagu dia best! suara dia sebenarnya.

Faizal Sulaiman said...

shatooman ---> well said bro!

Faizal Sulaiman said...

ghost writer---> dalam maksud lain, everything has a risk:) betol tak bro?

Faizal Sulaiman said...

hanaahmad ---> yup hana! me too!

sore jenis range besar:)

Nazz@Purple said...

kita akn rasa lebh puas jika tidak berjaya selepas berusaha dr berserah tanpa usaha..

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED