Tuesday, October 11, 2011

Shortie: Umpan


‘Kita ikut rancangan Aryan. By far he’s genius!’
‘Kau kata dia genius sebab kau sukakan dia. You have hot for him!’
‘Salah ke aku puji dia? Ok the fact yang dia handsome tu memang tak dapat dinafikan!’

‘Girls! We need to stay focus!’

Suara Mariana melayah menerjah gegendang. Baik Suki mahupun Meen mengerling tidak berperasaan. Kertas mahjong putih dibentang di atas meja, menyerlahkan beberapa coretan tak berarah dan beberapa catatan memangkah menyemakkan pandangan. Di sudut tidak jauh dari meja oblong itu, kelihatan seorang lelaki berkacamata berpetak merenung lantai sambil menguis-nguis kasutnya.

‘Kau orang semua yakin, kita boleh buat?’

Meen memutarkan bola matanya manakala Suki menghembus nafas tidak berkenan atas soalan itu.

‘Rauf! Berapa kali aku nak cakap dengan kau ? We are friends and we already know the consequences!’

‘Kita akan tertangkap jika kita cuai!’

‘That’s why, we should plan dan rancangan Aryan aku rasa sangat bagus!’

Meen membuat mimik muka hendak muntah manakala Mariana menggeleng kepala, jelas agak meluat dengan perilaku gedik-gedik Suki.

Dia kemudiannya melihat Rauf yang kurang berkeyakinan sama seperti dia, Suki dan Meena semasa budak lelaki itu seusia mereka. Sering menjadi bahan ketawa dalam kelas dan sering dipandang rendah akibat selalu mengulang subjek yang sama hampir tiga kali!

Pertubuhan rahsia ini diketuai oleh Aryan, senior semester enam yang sudah empat kali menerima Anugerah Dekan! Dia bijak, tetapi menggunakkan kepandaiannya ke jalan yang salah.

Kepandaian mencuri kertas peperiksaan akhir, untuk diberikan kepada Rauf, pelajar yang dicap loser walau sekuat mana dia berusaha!

Malam ini operasi mereka bermula!

Operasi mencuri kertas peperiksaan Biomechanics, satu killer subject yang diajar oleh Professor Fibdar Al Rasyed, si akademik bujang terlajak, yang..arghh susahlah nak cerita!

**

Malam: 8:15 pm

Terowong yang menghubungkan bilik kebal dengan bilik kuliah kelihatan sangat gelap. Tiada satupun cahaya menerangi hujung sana.

Sesepoi angin luar bertiup pada ruang kosong kedap itu, lantas menyebabkan nafas Mariana, Meen, Suki dan Aryan sedikit sesak. Tatkala mereka keluar dari satu lohong besi dari atas siling, habuk dan cela kotor saling bersama mereka.

Demi kerana kawan, mereka sanggup membantu Rauf tanpa sesen pun bayaran!

Mereka cuba melangkah sesenyap yang mungkin.Waspada.

Lampu sorot kecil kepunyaan Aryan disuluh dengan fokus.

Pintu bilik kebal, tempat penyimpanan kertas soalan peperiksaan akhir kelihatan dari jauhnya lima puluh meter, tertampak dek bayangan samar lampu kecil itu.

Mariana tersenyum. Suki memandang Meen dan Aryan merasa megah dengan percubaan kali ke duapuluh mereka berjaya tanpa sebarang halangan!

Namun, dibalik kesunyian itu, kedengaran bunyi letusan dibelakang mereka. Meen dan Suki berpaling cemas sebelum kepulan asap menyakitkan mata akhirnya menyesakkan mereka berempat.

Terperangkap.
Pandangan mulai pedih dan kabur…

**

‘We can thank you enough! You supposed to be rewarded. Tindakan yang betul-betul berani!’

Kedengaran suara berdehit Professor Fibdar mencelah disebalik kekaburan itu. Kedengaran beberapa suara juga menggumam bising.

Suki membuka matanya perlahan. Aryan juga terpisat-pisat menahan pedih. Mariana dan Meen sudah lama tersedar dengan mulut masing-masing terlopong.

Kelihatan Rauf bersalaman dengan Professor Fibdar. Bahasa tubuhnya kelihatan bangga.

‘Sial kau, Rauf! Kawan jenis apa kau ni?’, teriak Mariana kecewa.

Rauf tersenyum hambar

‘Aku nak jadi kawan terbaik kau, Mariana. Apa kau orang semua buat ni salah. Tak baik kan mencuri macam ni’

Suki menjeling meluat. Bagai hendak ditamparnya wajah selamba Rauf.

‘Aku percaya kau sebab kau kawan baik aku, Rauf! Sia-sia aku tolong kau!’, jerkah Aryan. Tubuh mereka berempat yang sudah diikat kemas menyebabkan Aryan bergerak-gerak kaku membuatkan Rauf semakin tersenyum lucu. Dibongkokkan sedikit tubuhnya lalu mendekatkan sedikit wajahnya ke raut bengis Aryan.

‘Terima kasih sebab percayakan aku, Aryan. Tapi, aku tak cukup baik untuk kau, bro! Aku cemburu dengan kau. Pasal apa kau asyik dapat dekan setiap semester? And soon I found out you are cheating?! Pandai apa kau ni, Aryan? Haprak tahu?’

Buat kali pertama, Aryan melihat kemenangan Rauf; Budak lelaki berkaca mata, rambut sikat tepi, bermuka lonjong dan kelihatan nerd. Disebalik kurang keyakinan, tersimpan duri yang sangat tajam menusuk! He’s poison!

‘Aku akan pastikan kau akan merana Aryan. Lebih-lebih dengan kawan-kawan ‘kecil’ kau ni!’, bisik Rauf sebelum berlalu pergi bersama Professor Fidbar meninggalkan Aryan dan kawan-kawannya dibawah pengawasan dan tindakan penguasa Kolej.

Pastinya kejadian ini akan menggemparkan Kolej dan buat Rauf, ia adalah satu titik juara yang begitu besar buat dirinya.

‘Mana you tahu Aryan yang selalu bagi final paper pada budak-budak repeaters?’

Soalan Professor Fidbar dibalas dengan senyuman.
Kawasan parkir kereta kelihatan sunyi.

‘I menyamar as the one minta tolong dari geng-geng dia! You know my Biomechanics paper, kan? Sucks as ever!’
Kali ini Professor Fidbar membalas senyuman. Langsung tidak terasa hati dengan subjek yang diajarnya dikatakan sucks oleh Rauf!

‘Kali ni, I akan luluskan you, sayang. You know I how I love you kan?’

Rauf tersenyum. Umpannya mengena!

TAMAT

5 comments:

Anonymous said...

;)
sila buat novel!

ghost said...

Rauf akhirnya menemui pointnya.

cerita yang bersahaja aku rasa tapi masih boleh ditambah unsur suspennya,bro.siyes,aku suka membacanya sambil mengingati tentang salah satu filem yang aku dah lupa apa titlenya.

Faizal Sulaiman said...

Lelaki Ini---> InsyaAllah umar.doakan aku leh siapakan yek:)

Faizal Sulaiman said...

ghost writer ---> thanks bro!

tunggu shortie minggu depan pulak bro.i like to surprise my readers:)

noir said...

mungkin aku komentator paling lewat..
tp untuk cerita yang menarik terasa rugi je kalau tak komen...haha..
tp rauf memang siot....haha

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED