Blogspot bengong..
Salam
Entry ni hasil idea blogger friend. Masak la kau femes dalam blog aku, bro! ha ha ha
Semalam buat pengisihan dan pengasingan kawan-kawan di FB. Pening jugalah kepala mana satu pelajar, mana satu kawan.
Proses mengisih ni dilakukan kepada students.
Aku sedar tindakan ini mungkin double standard, tapi aku rasa ada kebaikannya juga.
Mungkin manalah tau, aku terkasar ketika menulis…eh kejap..aku nak ke toilet. Serius otak tepu.
Lepas lima belas minit…
Mungkin manalah tau, aku terkasar sewaktu menulis entry, jadi aku tak mahu jadikan contoh buruk kepada-mungkin-pelajar-membacanya-walaupun-perkara-itu-sudah-dipikir-betul-pada-Disember-2009-sebelum-bekerja-di-kolej-lagi.
Menjadi center of the attention umpana public figure. Ok sounds poyo. Tapi jujurnya, setiap apa yang di post di FB akan dibaca students. Kadang-kadang rilek-rilek, kadang-kadang gedik-gedik. Kita kan manusia. Buat apa nak cover diri ni molek? (sumber quote di sini)
Jadi disinilah rasional yang kadang-kadang slip into a thin boundaries yang kita dah lukiskan di atas kanvas diri. Tak faham? Masa post status tu la kadang-kadang tak sedar yang kita dah terlebih dari garisan profesionalisme batasan pendidik dan pelajar.
Bagi aku tak salah kalau nak menambah let say students.
Lagipun hakiki FB memamg begitulah kan?. Melebar networking.
Tapi harus di ingat. FB adalah direka untuk kegunaan personal. Untuk peribadi. Jadi tak hairanlah kalau nampak satu dua status yang berbunga-bunga waima marah sekalipun. Eh tu FB dia, jangan nak menyibuk. Kalau tak suka, sila unfriend.
Ini mengingatkan aku dengan kisah beberapa tahun sudah tentang ketidak setujuan classmate menghadiri annual dinner yang dianjur fakulti. Marah la konon kononnya sebab dapat invitation last minute. Childish kan?
Nak dijadikan cerita, some of us letakkan ketidakpuashatian di wall FB. Tak kurang meng-tag notes.
Pung pang pung pang
Dum dam dum dam
Tak puas hatilah kononnya
Last-last lecturer mai komen (salah sorang dari kami ada add FB lecturer tu)
Pedas dan sentap jugalah.
Segan ok.
Malu pun ada.
Decided, we all remove all thread dan pergi dengan hati yang konon-konon keterpaksaan.
ha ha ha
Serves our right.
Moral of the story:
1) Tak payah la nak add cikgu korang ke, lecturer korang ke dalam FB. Nak tanya apa2, call senang atau jumpa. Haih, kan ada consultation hour. Manfaatkan.
2) Keje umah melambak ke, esaimen melambak ke, tak payah nak put stress out di FB kalau korang ada add cikgu atau pensyarah korang. Ada kang kena sembur balik.
3) FB ni personal. Tak payah la nak menyibukkan diri.
Apa-apa pun, twitter lagi besh! oh my…
ps: Blogspot ni masalah la. Nak post tak boleh. Nak upload gambar tak boleh. Spoilkan pagi aku ajelah
15 comments:
no komen tentang fb, sebab aku pun tak menyelaminya haha
bro, selalu masalah blogger tu jadi kat aku bila bandwidth broadband dah limit..banyak kali gak aku disconnect and reload
hahah.. lecturer yg add saya... heheh.. bajek femes le tu.. hahah..
betul encik faizal.. FB itu personal. Mana boleh dicampur aduk dengan profesionalism. =)
@hehe...baru jer add lecturer semlam..byk dah lecturer jadik friendlist...so far lecturer sporting lah..takde komen2 yang sentap..hehe..skrg dalam mood deactivate - personal matter;p
tengkorakemas --->hahaha..lupa ko takde FB. BTW memang sblum ni tak pernah jadik.cuak gakla memula tuh.ehehehehehe
MR. SYAH --->femes,blogger ada kejuruteraan tanah tu, syah.ehehehehe
Lady Waleane --->saya sangatlah bersetuju dengan saranan cik linda ni:)
Adlan --->some of them ok je Adlan.ada yg tak ok.
me ok.sempoi.tp jangan cross boundaries:)
berani add lecturer pun masa thn akhir. hehe
Seri dah remove bdk2 bwh umur kecuali adik sendiri. harap mereka faham
Seri ---> hahahaha..faizal dah remove students.buat 2nd account lagi.hehehe
mmg kompom x add mne lectr ok...kantoi nanti sape susah...hehehe
haha..btol2 ..setakat ni xder lagi lecturer yang main twitter..haha
dulu aku kne gak blogger yg tu, terencat, x sume loading.exit browser, star balek 2-3 kali bru ok klu x silap.
bg aku, fb mmg utk pribadi.dan aku agk nyesal sbb dh add 4-5 org yg xptut tau prvte life aku.nk remove, klu jmpe mmg kne laa.
aku juga sudah mengasingkan FB aku..
hanya untuk blogger saja..tapi tuh pon banyak terabai.
tulah tu...
tapi lecturer OE, dia dah dalam 60 an gitulah... dia yang suruh add dia...
itu pun OE tak g add sebab nanti risau ada benda yang OE tulis jadi bahan dalam kelas...
sebab dalam kelas OE ada 24 orang je...
dia kenal muka sengsorang...
heheh... jadi cara yang terbaik, tak payahlah add...
lagi satu, FB nie untuk orang yang jauh2... yang lama2 dah tak jumpa... ini pun ada sorang lecturer tu yang cakap... ehhehe...
macam2 pendapat orang terhadap FB nie...
bagi OE, don't get too personal dalam FB... nanti sendiri yang merana...hehehe...
(n_n)
Post a Comment