Salam
Tertarik dengan intipati sebuah siri terkenal luar negara yang ditonton malam tadi.
“Jangan biarkan pilihan ke dua merosakkan, seperti apa yang pernah kita lakukan pada pilihan yang pertama”
Dalam berhadapan dengan hidup, kita mempunyai pilihan. Dan pilihan itulah yang membezakan kita dengan orang lain.
Bila kita berhadapan dengan satu situasi dimana situasi itu pernah kita hadapi dahulu, jangan biarkan si pelaku melakukan perkara yang sama seperti apa yang pernah kita lakukan. Mostly perkara buruk.
Contoh: Kita mempunyai kawan yang akhirnya meninggal dunia di jalan raya disebabkan tidak memakai tali pinggang keledar. Puncanya, kita tak pesan pada dia sebelum dia ‘pergi’. Of course, terpalit sedikit rasa sedih waima bersalah bukan?
Oh lainlah kalau kau orang semua tak berperasaan. Letaklah sedikit rasa empathy! Kita manusia tak hidup selamanya. Maaf. Ciri-ciri immortal bukan hak kita.
Jadi bagi mengelakkan perkara sama berulang, kita pesan pada kawan lain, pada insan tersayang lain supaya tak berlaku perkara serupa.
Bukankah tanggungjawab manusia sentiasa berpesan-pesan pada perkara kebaikan?
Tidak pada kemalangan sahaja. Lihat keadaan sekeliling. Perhati orang sekeliling sekitar kita. Lebih-lebih yang rapat pada kita. Benarkah hidupnya tenang? Benarkah hidupnya bahagia?
Ya, semua orang boleh tutup kepahitan dengan segaris senyuman. Tapi hati? Siapa tahu?
Rentetan dari itu, sentiasalah bertanya khabar. Sudah banyak kes ‘ambil-nyawa-sendiri’ di akhbar dan internet disiarkan. Puncanya banyak kerana tekanan perasaan. Jadi bila iman tergantung di awangan, berserak tanpa hala tujuan, apa ertinya pegangan? Maka, disinilah peranannya si syaitan.
Tak salah berkongsi masalah dengan orang yang paling rapat. Bagi aku, itu terapi. Masalah tak setel, tapi sedikit sebanyak ia meringankan.
PS: Hari ni pergi membuat kerja amal di Rumah Seri Kenangan JB. Pusat jagaan orang orang tua dan kebimbangan pertama, kalau aku ada anak, anak aku akan hantar aku ke pusat ini juga ke?
17 comments:
SEKURANG2 BEBAN TU RASA BERKURANGANKN..
meluahkan itupon sudah dpt mengurangkan beban rasa,,
ambil tahu,jgn biar kwn2 kita bersendiri..kita punya tanggungjawab jg kpd mereka..
nway,sgt2 tringin panjat broga :)
betul, sokong mutiara dan mr.syah, luahan tu mengurangkan sikit rasa beban, tapi yg mendengar juga jadilah pendengar yg baik, sekurangnya gembira org yg meluah tu bila ada yg sudi mendengar..
betol tu bro.. sentiasalah berbicara dengan orang lain. luahan perasaan tu kadang2 dah bagai lepas hutang sejuta biarpon masalah belum selesai.
suke quote ni:
"Tak salah berkongsi masalah dengan orang yang paling rapat. Bagi aku, itu terapi. Masalah tak setel, tapi sedikit sebanyak ia meringankan...."
bukan ape faizal...sumtime bila kita mengambil berat atau bertanya kabar..orang sekeliling telah salah anggap padahal its normalkan untuk berkawan..
haha..kalau AFA suka quote tuh..saya suka quote nih..
"...bila iman tergantung di awangan, berserak tanpa hala tujuan, apa ertinya pegangan? Maka, disinilah peranannya si syaitan...."
bebanan perasaan selalu disimpan diperap dalam hati bak pekasam. mana laa tak hilang nyer rasional fikiran..kaaan! ish3..
pillow talk pon okay gak..(tetibe;p)
^-^ yep betul tu.. kalau bagi faz sendiri pun faz suka luahkan masalah dengan orang lain.. yang rapat dengan faz.. tamau tensi2..nak gembira selalu.. (n_~)weeee.. faz sangat suka ngan entry ni....
MR. SYAH --->betul..sangat betul sekali
Mutiara Bernilai--->setuju. kalau pendam pun takut 'makan dalam'
tengkorakemas --->bukan takat pendengar yg baik tapi juga penyimpan rahsia yang baik:)
shatooman --->at least kita takdelah kena nervous breakdown.seksa kalau simpan sendiri aje.takut meletup
Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) --->setuju pojie. mcm pelik kut kalau terlalu ambil berat
Adlan --->bleh je adlan.asal masalah kurang.kalau dipendam bimbang menjadi racun:)
Faz Nandra --->hehehe..betul tu faz.teman tensi2 tuh:)
btw, thanks faz!
betol boh..cari sorang yg kenal rapat dengan kiter..yg boleh dengar..citer jer asal hati kiter tenang..huhu
kalau xde tmpt nk mluahkan, tulis semua atas kertas lps tu bakar ke ape ke, byk cara lg drp ambik nyawa sendiri.
tp mengadu pada Dia, itu yang terbaik. :)
OE tak pernahlah pula jadi kejadian macam tu...
sebabkan tak berpesan, dia pergi meninggalkan kita... sedih rasanya...
oh dalam membuat pilihan... memanglah tak nak jatuh ke lubang yang sama setiap kali...
jadi sebab itulah kena berfikir dulu sebelum membuat keputusan...
dan tak semestinya keputusan yang diambil dalam keadaan yang tergesa2 tu yang terbaik dan sebaliknya...
oh pasal yang mengambil nyawa sendiri tu... OE pun tak pasti kenapa sekarang makin banyak kejadian macam tu berlaku...
kesian dengan mereka2 yang macam nie...
Post a Comment