Sunday, April 10, 2011

Sunday Memory Lane: Emak Yang Bernama ‘J’



Salam Ahad

Entry feeling hari Ahad.

Tak adalah feeling mana pun. Sekadar imbasan memori kepada seorang emak bernama Jamilah. Yang kini arwah.

Bulan ni merupakan bulan kelahiran emak. Tapi emak jarang sambut. Tak penting baginya sambut hari jadi ni pun. Asal ingat, emak tak lebih dari sekadar gembira. Ya, aku mewarisi sikap emak yang itu. Asal orang terdekat aku ingat, aku sangat happy. Beri hadiah tentulah satu bonus. he he he:)

Aku nak bercerita tentang bagaimana aku bersama emak di hari-hari terakhirnya.

Emak meninggal dunia disebabkan penyakit kronik. Kencing Manis, Batu Karang dan Darah Tinggi---which is kalaulah ada orang invent pil yang boleh melawan sakit ni. Kan Bagus.

Di waktu terakhir kehidupan, hari meninggi. Tak silap pukul 12.20 tengahari. Hari Khamis. Waktu itu aku nak ke sekolah sesi petang, sekitar penghujung tahun 1998. Emak terlantar sakit dan berkata dengan aku.

“Angah janganlah pergi sekolah. Teman emak”

Aku serba salah. Terngiang pesan cikgu supaya datang.

“Tak datang sekolah kamu takkan boleh dapat buku teks”

Kata cikgu itu bagai amaran keras. Aku cakapkan pada ayah. Ayah memahami dan memandang emak serba salah. Emak berkata lagi. Aku pandang emak, serius penuh keterpaksaan.

Kemudian, ayah mencelah.

“Biarlah budak tu nak pergi sekolah”, pujuk ayah pada emak. Wajah emak kelihatan ralat. Dan rasa serba salah itu aku bawa ke sekolah sebelum mendapat khabar gembira yang aku bakal dilantik pengawas perpustakaan.

Petang menjelma. Motor yang membawa aku dan Along untuk pulang ke rumah, sekitar jam 6.30 petang buat hal. Sangkak tepi jalan. Tolak motor sebelum salah seorang jiran datang menyunsung.

“Emak korang dah berada di hospital”

Aku pandang Along. Along pandang aku.

Jantung berdetak tidak sedap. Tapi kami berdua gagahkan balik ke rumah, menjenguk adik beradik lain yang menunggu.

Malam dibuai tidur, diganggu dengan ketukan pintu. Ketukan jam tiga pagi. Kami bangun lalu membukanya perlahan.

Kelihatan dua tiga jiran tetangga berwajah agak suram, tersenyum.

“Pergi ambil air sembahyang”

Aku dah tak sedap hati. Adakah emak…

Kami berhimpun bersama jiran di ruang tamu, ketika ada jiran membukakan tingkap rumah seluas luasnya. Ketika bidai langsir diikat, membenarkan udara malam menghembus ke dalam pelosok ruang tamu.

“Kamu kena bersabar ya. Emak kamu sudah tiada. Sudah meninggal dunia”

Serius aku tergamam. Along diam. Tunduk merenung lantai.

Adakah emak telah meninggalkan aku?
Adakah aku dah jadi anak yatim?
Kenapa emak pergi?
Kenapa emak tinggalkan saya?
Siapa nak masak untuk kami?
Raya tahun ni macam mana?

Perlahan-lahan kolam mataku panas…

Aku ralat sebab tak teman emak.
Aku ralat sebab tak berada disisinya.

Dan kini, sudah 7 tahun emak meninggalkan saya, saya tetap kenang emak.

Saya sayang emak!

PS: Sayangilah orang tua anda ketika mereka masih ada.

PS2: Mendoakan kesejahteraan ibu seorang kawan baik. Pernah ke rumahnya dulu. Emaknya sangat baik dan ramah. Aku doakan yang terbaik buat emak kau, kawan sebab aku dah anggap emak kau, macam emak aku juga!

PS3: Syurga itu, ditelapak kaki ibu.


Karam aku di lautan duka, bila wajahmu hilang di mata..
Tiada berita mengubat rindu di kala sendu.

PSP:Lagu fevret arwah emak yang turut menjadi lagu tema sebuah cerita Jepun(alih bahasa melayu) sekitar tahun 90-an. Aku lupa judulnya apa)

22 comments:

Nadya said...

Menangis baca entri ni..T______T
Kadang²,bila orang tu dah takde barulah kita akan lebih menghargai dia..

Semoga arwah dicucuri rahmat

Faizal Sulaiman said...

Nadya ---> yup.betul.bila emak saya takde, baru saya nak belajar masak, basuh baju semua.sounds funny, tp seksa masa memulanya.hehe

terima kasih, nadya!:)

tengkorakemas said...

terima kasih bro, atas entri ini yg memberi peringatan kepada sesiapa yg masih punya ibu bapa..

Unknown said...

sebak rasa hati aku bila baca kisah ko.. kata orang patah tumbuh hilang berganti. tp kasih seorang ibu takkan ada pengganti. ko memang sgt cekal bro. smoga roh ibu mu dicucuri rahmatNya.

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas--->betul.sayangilah ibu bapa ketika masih ada:)

Faizal Sulaiman said...

shatooman ---> betul,yg patah takkan sama dengan yg tumbuh.

tima kasih juga.kecekalan itu akan datang dengan sendirinya, once apabila kita dah mengalaminya sendiri:)

Lady Waleane said...

pejal, tacing... T_____T. aku sedekahkan al-fatihah buat arwah mak kamu.

Faizal Sulaiman said...

Lady Waleane --->thanks miss linda:)

apa2 yg trjadi, itulah rencah hidup.ada yg pergi, ada yg datang:)

perlu hadapinya dengan tabah yg maksimum

Faz Nandra said...

=( sedihlah dato'..haiyyaakk ...mudah-mudahan arwah dirahmatiNya sentiasa... insyaAllah...al-fatihah buat mak dato'...

MR. SYAH said...

syah daapat rasa mcm mana FS rasa.. tp skang byk rasa pada rasa bersalah...

Unknown said...

boh..sori sbb apik baru tahu..
keluar air mata apik biler baca kisah boh..
apik mmg sensitif ngat kalo bab2 macam ni..

semoga arwah sentiasa dirahmati

NUke_Rude said...

:)

aku rasa ikon tu je yg aku boleh kirimkan.

Faizal Sulaiman said...

Faz Nandra --->sama-sama faz. biasala, yg hidup pasti akan pergi selamanya.cuma kita leh terima atau tidak saja:)

Faizal Sulaiman said...

MR. SYAH--->boleh tebus syah.berjaya dalam hidup.itulah hadiah terbaik untuk mak syah juga. Alfatihah juga ye syah!

Faizal Sulaiman said...

apik pehe--->thanks apik.kita perlu menerima walaupun hati kadang-kadang sakit juga.

Faizal Sulaiman said...

NUke_Rude --->

:)

thanks bro!

oreo said...

sangat menyentuh hati!

ghost said...

ko menyedarkan aku kalau aku itu sudah bertahun tidak menemui ibuku...


**************************

Faizal Sulaiman said...

AKMA --->sayangilah ibu bapa kita ketika masih ada:)

Faizal Sulaiman said...

ghost writer --->kalau masih ada, ketemui lah dia.kalau sudah tiada, sedekahkan apa yg patut dan berusaha menjadi insan paling berguna di muka bumi Allah ni:)

Orkid Edyliyne said...

alah... kan OE dah ternangis baca entry nie....
teringat ibu OE dekat rumah...
dan sedih dengan kenangan yang diceritakan...

siti azizah Sang Pencinta said...

ijal .. akak dah by entry ni lebih 10 kali agaknya.. tp baru hari ini nak tinggalkan jejak.. tajuk lagu tu karam kot.. nyanyian kumpulan zabarjad. setiap kali baca mesti bergenang air mata

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED