Thursday, April 14, 2011

Semai Budi, Tanam Bakti: Kisah Di Sebuah Rumah


Salam

Harap sejahtera semua.
Justify Full
Kelmarin ke pusat penjagaan orang tua di Johor Bahru. Pengalaman ke dua membuat kerja melibatkan sosial.

Satu perkara yang aku pelajari ke sana.

Bila hidup ini tak diperlukan, kasih sayang dah tak ada makna, ikatan kekeluargaan sudah terlerai, maka hidup kau akan kesunyian dan salah sayu option yang ada adalah tinggal di pusat jagaan ini.

Melibatkan warga tua adalah satu perkara yang aku boleh katakan rumit. Walaupun mereka berusia, lanjut daripada kita, tetapi mereka sensitif. Perlu bertanya kabar, kalau kau bagi buah tangan sedikit, kau perlu adil-bagi pada semua- Kalau tak ada yang bermasam muka.

Apa yang aku lihat mereka terjaga, makan pakai, tempat berlindung, mengambil kira keupayaan mereka yang semakin lama semakin dimamah usia.

Itu membuatkan aku terfikir secara tak langsung.

a) Kalaulah aku tua dan anak-anak aku tak mahu menjaga aku. Adakah nasib yang sama menimpa ibu dan ayah di sini?
b) Bila ayah aku tua nanti, bolehkah aku menjaganya?

Scary thought ni tetiba menerjah masuk di dalam kepala, ketika melihat telatah ibu ayah di situ. Mereka gembira kami datang. Hiburkan mereka. Tapi menjelang petang, mereka tahu kita akan pulang semula dan bersedih disebabkan tiada siapa yang mahu menjengah mereka semula nanti.

Which is bagi aku, very sad!

Pesan aku, sama-samalah kita menjaga kedua orang tua kita. Masa kecik dia boleh urus kencing berak kita, dah besar, apa salahnya kita pula lakukan perkara yang sama. Pesan juga buat diri sendiri.

“Kata nak bawa makcik jalan-jalan ke pantai, tau-tau di hantar ke sini”
“Makcik yakin, abang makcik akan ambil dan keluarkan makcik dari sini dan jaga makcik”

ps: Dialog diubah mengikut kesesuaian dan tahap sensitivity

ps2: Polisi rumah kebajikan selalunya tak membenarkan pelawat mengambil gambar penghuni. Ok yang tu aku baru tahu

13 comments:

tengkorakemas said...

aduh sangat kejam taktik bawa jalan-jalan ke pantai tu..bayangkan ibu bapa yg gembira untuk luang masa dgn anak mereka tapi sebaliknya berlaku..

lebih baik ibu bapa sendiri dijaga sendiri, menatap wajah mereka juga dapat pahala..

Mutiara Bernilai said...

hu..sanggup kate nak bawka p jenjalan kat pantai.. Allah..sdey plak..

hm, ritu mutiara leh lagi amek pic makcik2 kat umah kbjikan,,kat larkin,Johor.

mmg speechless n bergenang kalu dengar citer dr makcik2 ni..

Nazz@Purple said...

smoga kita tidak tergolong dlm org yg melakukan mcm tu..hidup ni berputar mcm roda..

cik_sue said...

mmg sedih la en.faizal bila kita dapat meneylami kehidupan mereka...mereka pun punya hati dan perasaan....anak-anak mereka tu mmg x mengenang budi langsung...masa diorg sekecik tapak tangan diberi kasih syg dan dimanjakan, tapi bila dah hidup senang hantar jer kat umah org tua2...mmg durhaka dan x kenang budi,,,semoga diri ini dijauhi daripada bperangai sebegitu...

FaizalSulaiman said...

tengkorakemas --->betul tu weh.aku sokong.ada yg mengatakan 'memandang wajah ibu bapa dengan keadaan penuh kasih sayang' pun dapat pahala

FaizalSulaiman said...

Mutiara Bernilai --->setiap makcik pakcik yang duduk situ memang ada sejarah mereka yg tersendiri.

minta depa nyanyi, semua lagu2 sedih..

FaizalSulaiman said...

Nazz@Purple --->hola hola nazz. lama tak jenguk sini:)sungguh kat dunia ni memang suma bayar cash je..tunggula balasan yg bakal depa dapat nanti..

FaizalSulaiman said...

cik_sue--->manusia, kak. kalau tak takdelah peribahasa 'kacang lupakan kulit'

Adlan said...

rasa sedih dan sayu jer bila cerita tentang rumah orang2 tua nih.. macam2 alasan diberi oleh anak supaya orang tua mereka "terjerat" kemudian dihantar ke rumah tersebut. Apalah sangat.. sibuk mencari harta dunia sampai takde masa nak jaga orang tua mereka, kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang yang dicurahkan..kalau pon berdendam akibat kisah lampau, mereka tetap ibubapa yang melahirkan......syurga itu letaknya dibawah telapak kaki ibu..hmm

MR. SYAH said...

sebak pun terasa bila baca ni.. itulah anak2 sekarang bila dah senang ibu bapa dilupakan.. cuba letakkan diri ditempat mereka.. baru menyesal xsudah.. harap2 syah tak jadi mcm tu..

FaizalSulaiman said...

Adlan --->sifat manusia yang membuatkan kita makin bertambah pelik.

tak sekarang, dulu lagi dah ada..

FaizalSulaiman said...

MR. SYAH--->jangan bimbang.what you give you get back.skunk ni bayar cash je..

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

sedih kadang2 kalau tengok orang2 tua dekat rumah orang tua tu...
apalah salahnya kan kalau dia jaga ibu ayah diorang...
tapi OE tak boleh nak menuding sesuka hati jugak sebab OE pun belum rasa macam mana menjaga orang2 tua...
mungkin pernah dulu waktu atok OE tak ada... itu pun tak selalu sebab OE duduk kelantan dan atok duduk dekat rumah...

tapi serius OE sedih kalau tengok orang2 tua diabaikan...
orang tua tu memanglah perangainya kembali macam budak2... dan diroang kadang2 ada kerenahnya masing2... macam budak2 jugak...
tapi tak patutlah dihantar ke rumah orang2 tua...

sedih OE baca dialog yang last tu... kesian diorang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR