Tuesday, April 26, 2011

MAM: Makan Aje: Hashbrown Versi Super Malas


Ahad lepas turun ke dapur sebabnya bosan duduk di bilik menghadap internet yang sangat lembab. Tolong emak goreng kacang tanah sebab tengok dia terkocoh-kocoh menyiapkan menu nasi lemak.Justify Full
Paling ke kanan, rak bahan kering, selonggok kentang belum dikupas. Liur ditelan. Gulpp..masa ni pulaklah teringin nak makan bergedil! Ya bergedil makanan jowo tu lah. Gumpalan kentang lecek, digumpal bulat lalu digoreng deep fry sehingga kekuningan.

Holy s#$%@#$ Terliur plak weyh!

So apa lagi. Memang baka kuat makan kentang, definitely aku suruh adik lelaki aku join sama gumpal-gumpal benda Allah ni. Dia paling suka makan kentang.LOL

Bahan-Bahan
8 biji kentang, dikupas, potong dadu, rebus
Setengah biji bawang besar, dicenceng halus
2 biji lada merah, dicencang halus
Garam dan sikit serbuk perasa

Kentang lenyek pakai lesung, kau!senang keje.hahaha

Breading Process
2 sudu besar tepung gandum
2 biji telur, dipukul

Bahan untuk breading process

Cara-Cara
1)Lecek kentang yang dah empuk.
2)Masukkan semua bahan dalam lecekan (ada ke perkataan ni) kentang
3)Ambil sederhana besar. Gumpal bulat. Leperkan sikit di tengahnya.
4)Lakukan breading process. Memula masukkan gumpal kentang ke dalam larutan telur lalu disalutkan ke dalam tepung gandum

Dah dibulat-bulatkan.Ok yang huduh gedemo tu aku yang buat.hahahaha


5)Panaskan minyak. Bamm..Goreng
6)Makan ngan sos! Sedap wooo

Sebenarnya tak jadi pun exactly bergedil. Lebih kepada HashBrown. Tapi kentang. Bulat, dah goreng. Rupa dah ada. Bantai ajelah.

Macam jemput2 pisang pun ada ghopenye.hahaha

Trivia:
a) Kentang mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi selain berkanji (starchy). Rasa manis kentang bergantung pada kadar gula yang terdapat di dalamnya. Dipecahkan menjadi glokosa di dalam badan
b) Resipi ini lagi best kalau dicampur cebisan daging ayam.
c) Breading process adalah salah satu teknik kulinari popular dalam mempopularkan masakan berasaskan kentang. Ada banyak teknik masakan kentang selain yang kita tahu seperti wedges, mashed, croquette, baked, fries dan lain-lain lagi
d) Bagi aku pulak, kentang antara sayur yang paling kerap dimakan masa kecik. Lauk kentang pun aku boleh hidup.hehehe
e) Hashbrown adalah resipi barat paling sesuai dihidangkan ketika sarapan pagi, juga berasaskan kentang.
f)Breading process yang asal adalah menggunakan serbuk roti.Kalau takde, tepung boleh jadi pengganti. Sebenarnya nak membentuk forming dan nak coating antara telur dengan gumpalan hashbrown aka bergedil tadi=)


Happy trying!

18 comments:

IMANSHAH said...

mak ai, tak tercapai dek akal kalau aku nak emmbuatnya..

shatooman said...

pergh..x sangka ko reti buat..aku suka makan kentang ni. tp x pernah terlintas pon nk buat sendiri..ok, pasni blh cuba..ahahaha

FaizalSulaiman said...

IMANSHAH --->silalah buat.baru tercapai akalmu.hehehehe

FaizalSulaiman said...

shatooman--->ni pun gugle jugak weh.hahahaha

tengkorakemas said...

mcm simple je, boleh cuba he selalu masuk kentang dalam kari je :)

FaizalSulaiman said...

tengkorakemas --->baik ko cuba.benda senang, bro:)hehe

masa ko ada lagi kat umah la.gi training kang dah tak dapat makan.hihi

Nazz@Purple said...

bagus ar faizal ni..

siti azizah Sang Pencinta said...

lain caranya dari yg akak buat.. tp ni versi chef faizal...apa pun bila dah makan bersatu di dalam pun kan! hehehe

FaizalSulaiman said...

Nazz@Purple --->biasa2 je nazz.banyak lagi nak kena tahu.warghh

FaizalSulaiman said...

siti azizah Sang Pencinta--->yang penting leh makan kak.aummmm

haha

apik pehe said...

pandai boh buat semua ni..hehe..
kalo apik..jadi lempeng kentang dah..haha

FaizalSulaiman said...

apik pehe --->ish google je boh.kawe tak pandai pong:D

ghost writer said...

Fai,ko leh buka kedai makan lah paling koman pon,nanti dah ok baru buka lebih besar macam restoran ker cafe ker...lagi pon mungkin ko ade kreatif sikit dalam memberi 'anjakan paradigma' pada makanan..hihi

rajin ko baca pasal resepi makanan ek..

FaizalSulaiman said...

ghost writer--->keinginan tu ada. InsyaAllah. Anjakan paradigma, ye?hehe

dah aku belajar dulu.terpaksa baca la weh:)

Adlan said...

haha..jadik jugak begedil yer...nampak sedap...macam cekodok. hehe

FaizalSulaiman said...

Adlan --->tau takpe.mcm jejemput pisang jek:P

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

harshbrown... benda yang OE suka bila kerja belah pagi dulu waktu kat mcd....
sedap dan mengenyangkan...
kalau tak habis tu, curi2 makan sebab manager bagi dan join sekali...
sedap...

begedil tu... ayah OE suka buat dulu...
OE pun suka jugak dan tahu jugak buat...
kalau time puasa tu... mesti ada buat benda tu...
sedap... dah lama tak makan... (n_n)

erlina said...

er mnarik ! er terliuq juge! wahhh

kntang mg sdap!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR