Monday, July 18, 2011

Magis Dunia Potter: Terakhir-Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2: Review


Ini adalah rebiu paling terkini selepas filem Cun!

Mungkin ramai blogger sudah membuat rebiu tentang filem blockbuster of the year ini.

Sebagai peminat tegar installment nukilan JK Rowling aku mampu katakan bahawa adaptasi arahan David Yates ini berada pada titik kepuasan paling maksimum.

Apa yang Yates lakukan, iaitu mengambil bahagian-bahagian penting di dalam siri terakhir ini menjadikan Harry Potter and the Deathly Hallows sebagai a proper goodbye of ten years filmmaking.
Dimulakan dengan Harry yang berteleku di hadapan kubur elf Dobby, misi trio ini adalah cuba untuk berbincang secara baik dengan Goblin Griphook tentang bagaimana cara untuk memecah masuk ke Bank Sihir Gringgots seterusnya ke bilik kebal Bellatrix Lestrange, untuk mendapatkan Horcrux Cawan Helga Hupplepuff. Asalnya, Goblin adalah makhluk yang sukar untuk memberi kerjasama.

Plot demi plot bergerak sangat pantas, ketika trio ini melepaskan naga bawah tanah Gringgots seterusnya membawa mereka ke Hogsmaede tempat bertemunya adik Albus Dumbledore , Abeforth yang lebih perengus tetapi baik hati sebelum peperangan besar Hogwarts.


Paling istimewanya, siri terakhir ini memaparkan segara rahsia yang selama ini kekal tersimpan seperti rahsia Snape samada baik atau jahat, kisah Grey Lady, perlindungan kubu Hogwarts dan juga pembentukan pecahan Horcrux secara tak sengaja yang terdapat dalam diri Harry Potter dimana dia mesti mati di tangan Lord Voldermort.

I must say that the music score directed by Alexandre Desplat antara yang terbaik selepas gubahan asal John Williams. Malahan, sebagai apresiasi siri ini berakhir, musik lakaran Williams diperdengarkan di akhir kredit filem. Begitu juga dengan teknik gerakan kamera Eduardo Serra yang sangat memberi jiwa kepada fantasi ini. Aku paling suka teknik gerakan kamera ketika dan selepas trio terjun dari naga yang melepasi sebuah tasik. Dramatik!


Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 menjanjikan sebuah kesimpulan pada dunia magis yang selama ini ditunggu tunggu oleh peminat siri ini. No more Harry Potter after this. No more spells and curse and magic object and so forth…

Goodbye Harry Potter


ps: Ada tak pihak Warner Bross nak adapt Tales of Beedle the Bard??hehehe

17 comments:

Unknown said...

alaaa..x folow laaa cite ni...sori faizal...

*tp still nk komen kat blog kmu..

shahirahkhairudin said...

harusss pegi tengok.. tapi rabu la.. hiks ~

MR. SYAH said...

peminat harry porter juga tapi xtgk lagi sbb keadaan xmengizinkan..

bukankosong said...

sayu je...salah satu series yg paling2 aku tunggu

berakhir jua...

mereka dah besar & ada keluarga dah

mr.syazwan said...

selamat ni wan x nah tgk cite ni

kalau nak g tgk yg terakhir ni agak2

wanakan jd blur ke or ok je erk??

huhu

mcm nak tgk

ghost said...

ah,memang ini yang ditunggu-tunggu.masih gagal untuk ke cinema.hal2 terlalu menyempitkan perjalanan aku ke sana..

Faizal Sulaiman said...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) --->ngeh ngeh ngeh..thanks pojie!

Faizal Sulaiman said...

shahirahkhairudin--->selamat menonton shira!!

Faizal Sulaiman said...

MR. SYAH --->InsyaAllah syah.akan ada waktu yang mengizinkan:)

selamat menonton!

Faizal Sulaiman said...

flyz -->kan? kiut je anak harry:)

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan--->baik jangan.nanti wan konpius.ehehehe

Faizal Sulaiman said...

ghost writer --->carik masa, bro!! seyesh ko kena tengok wehh:)

shandye. said...

sangat sangat sangat sangat setuju dengan usul runut bunyi bagi filem ini.

susunan muziknya memang terbaik, cocok mengiringi sekuens dalam filem terakhir harry potter ini.

airazulaikha said...

tapi satu je yg xterungkai dlm movie..
tiada kisah di sebalik hidup dumbledore yg sebenarnya.. masih lg misteri dalam movie dan hanya terungkai dlm buku.. :)
apa yg jd between dumbledore n grindewald, aberforth dan arianna..

Faizal Sulaiman said...

shandye. --->sangat memberi jiwa.I been listening before I watch!best2!

Faizal Sulaiman said...

airazulaikha --->yup..kan?tapi rasanya mang director tanak reveal kut sebab part 1 deathly hallows takde plak diceritakan pasal Grindlewald cuma tunjuk gambar je.sayang gak tak diceritakan konflik dumbldore-ariana-abeforth:)

Bella Latip said...

kindly speaking, memang cita ni sangat2 memuaskan hati.. kalau aku ada peluang, aku maw tengok banyak kali do... huhuhu... 10 stars rating... :)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED