Salam
Sering kita terlalai mengejar apa yang belum pasti, hingga kita lupa meraikan satu satunya perkara yang menjanjikan kebahagiaan.
Cinta.. Yang lahir dari naluri.. Menagih pengorbanan.. Bersandar kesetiaan.. Akhirnya bersimpul mati..
Cinta.. Yang lahir dari naluri.. Menagih pengorbanan.. Bersandar kesetiaan.. Akhirnya bersimpul mati..
Karya Kabir Bhatia ini merupakan karya kesukaan. Hidupnya mengesankan. Entry hari ini saja-saja mahu mengkaji seni lakonlayar ditulis isteri Kabir, Mira Mustaffa dan dibantu oleh Ara.
Setiap babak hidup cantik seperti babak seorang ibu muda, menghulur langkah pertama untuk melintas, lalu mengusap perutnya yang sedang hamil. Simbolik babak ini dengan konsep cinta.
Setiap babak hidup cantik seperti babak seorang ibu muda, menghulur langkah pertama untuk melintas, lalu mengusap perutnya yang sedang hamil. Simbolik babak ini dengan konsep cinta.
Ditunjukkan pula bapa yang mengeluarkan dompet, terisi not satu ringgit di dalamnya, berhadapan dengan dua anak lelaki. Terkesannya lakon layar ini bilamana bapa mengeluarkan not satu ringgit, lalu ditunjukkan kepada dua anak isyarat berkongsi. Indah!
Babak sepasang tua, memaut bahu, menampilkan cinta memang tak kenal batas usia. Dan bila hasil gerak sinematografi Mat Nor Kasim close up pada pasangan tua, kedua duanya buta.
Cinta juga tak kenal bangsa. Diperlihatkan pula pasangan Cina sedang menikmati usia senja di sebuah kopitiam. Isn’t that nice?
Itu adalah klip 1 minit 20 saat yang dilihat pada tayangan awal Filem Terbaik Festival Filem Malaysia tak lama dulu. Gerak lakon layar, tanpa dialog saja sudah membuatkan sentuhan Kabir memang emas. Jarang kita dapat perhatikan lakon layar sesempurnah tulisan filem ini.
Dan dari filem inilah, aku memahami betapa pentingnya bahasa lakon layar dalam mencorak sesebuah jalan cerita. Silap percaturan, penonton takkan faham.
That’s why, Kabir Bhatia antara pengarah fevret aku ketika memilih list menonton filem di panggung. Baik Cinta, Sepi, Setem mahupun yang terbaru Nur Kasih The Movie, sentuhan Kabir memang lain dari yang lainnya…
Tweet
Dan dari filem inilah, aku memahami betapa pentingnya bahasa lakon layar dalam mencorak sesebuah jalan cerita. Silap percaturan, penonton takkan faham.
That’s why, Kabir Bhatia antara pengarah fevret aku ketika memilih list menonton filem di panggung. Baik Cinta, Sepi, Setem mahupun yang terbaru Nur Kasih The Movie, sentuhan Kabir memang lain dari yang lainnya…
25 comments:
tak sabar nak tgk nur kasih..hehe
sinematografi khabir bhatia mmg the best lah...
stuju dgn airazulaikha, cinematography khabir bhatia mmg trbaik.cara die main kamera, mmg pndi wujudkn mood yg sgt2 mnjadi utk satu2 scene tu.
apabila bercerita tentang filem..membuatkan aku rasa nak beli dvd lepas ni.. :)
bro, jgn repot kpdn lak..
cr filem kabir bahtiar ni mmg lain dri yg lain ek..tu yg sgt suke fikem beliau...
betul tu.. filem khabir dah mcm wajib tgk.. tp ske filem sepi lg..
airazulaikha --->gambarnya lawa, penceritaannya bagus:)
thanks singgah, aira!
Muhamad Zaki Zafir --->kan,aku suka close up kalau sinema kabir.ko ingat iklan merokok "dont break my heart" tu?
tengkorakemas --->dvd apa ko nak beli.share sat.ehehehe
hui3...bulan jangan biar siang, biar malam ini kelam...;p
dah 6 kali i guess tgk citer nih! terbaek kan kan. hehe..
Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)--->suka lakon layarnya.tak de dialog tapi faham
MR. SYAH --->sepi is my fav too syah. Jalinan ceritanya sangat bagus
Adlan --->tu sepi. ni cinta.but i love both!hehehe
haaaa..nur kasih the muvi..biler la nk kuar nih?haishhh
apik pehe ---> bulan 6 ni kalau tak silap kawe.haa mung mesti nak bawok gewe mu kan?hehehehe
Faizal, kat mana nak tengok klip 1 minit 20 saat tu?
jom g tengok cinta nur kasih ni nanti faizal..oh btw, cerita cun pon best..g tengok time lapang..
satu pun aku x pnh tgok lagi ..
mungkin nanti .. huhuhuhu
nur kasih mungkin kehkehkeh
tiszakiah cun maaa
cuma sekali aku tengok hasil karya kabir batia (cinta)..dan aku akui kalau ia mula memberi fenomena baru kepada dunia perfileman yang nampak ringan tapi sarat dengan mesej.
khabir bhatia pandai wujudkan mood penonton..
landskap yg santek bsame skripnya yg telus dan bermesej..
^__^
menghitung ari nak tgok nurkasih :)
fenomena baru..~
Seri --->seri google di youtube, pastu cari "Cinta"
iyllienaz--->nur kasih memang list bakal tonton.oh cun ye illie? akan ditonton sabtu ini:) yi haaaaa
Frodo Baggins --->seyesh dia lawa. lakonan pun not bad
eh kalau ko tgk citer kabir ni, boleh kata berbaloi la.sinematik dia cantik
ghost writer --->itulah.ni namanya direktor bijak.filemnya ber isi
Mutiara Bernilai--->memang cantik gila lah.hehehehe.
me too.nak tengok nurkasih juga nanti
@Faizal Sulaiman
bro, baru beli battle for l.a, layan perang
Post a Comment