Monday, November 16, 2009

7 HARI: EPISODE 4


EMPAT HARI SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

Kehilangan Adriana Albanes, pembantu rumah keluarga Tuan Rashid masuk hari yang ketujuh. Walaupun pada awalnya, ramai yang ingin membantu mencari atau paling tidak membuat poster-poster tentang kehilangan Adriana. Keluarga Puan Jasmin, misalnya rancak membuat iklan secara online, menggunakan jaringan sosial Facebook, empat puluh lapan jam selepas Adriana disahkan lesap. Hari semakin berganti, berita tentang usaha gigih penduduk sekitar Taman Cahaya tentang pemerhatian mereka terhadap kehilangan Adriana nampak seperti tidak dihargai oleh keluarga Tuan Rashid yang lebih menumpukan kepada majlis perkahwinan anak perempuan mereka, Amy. Dan dari saat itu, ramai residen Taman Cahaya seperti kurang berkenan dengan reaksi keluarga Tuan Rashid. Tidak kurang juga yang curiga. Puan Suraya contohnya, tidak habis-habis membuat andaian negatif disebalik kehilangan Adriana. Umum mengetahui tabiat suka mengumpat Puan Suraya disamping mulutnya yang becok dan keinginannya untuk mendapat rumah besar seperti Puan Elena, isteri Tuan Rashid.

Tetapi, untuk edisi kali ini umpatan Puan Suraya nampak berbeza. Dia tidak lagi membuat tanggapan buruk tentang kehilangan Adriana mahupun komplot Elena cuba mengusir perempuan Filipina itu, yang menurut firasatnya mempunyai hubungan sulit dengan Tuan Rashid. Kali ini, Puan Suraya nampak bersemangat dan seperti tidak sabar-sabar untuk mengkhabarkan berita yang katanya, dilihat oleh mata kepalanya sendiri!

-“Tuan Rashid nampak tidak terurus ketika keluar dari rumah Marina!”, kata perempuan boyak itu dengan penuh semangat tatkala mengendong anak bongsunya, Hani dan membiarkan tiga anak lelaki nakalnya bermain. Puan Jasmin dan Puan Ramlah berpandangan sesama sendiri dengan pandangan “aku dah agak dah!” sambil tersenyum sinis. Melihat reaksi dua jirannya yang nampak seperti dungu, dia mengulang semula kata-katanya.

-“Marina!. Jiran kita yang berleher jenjang, bermuka kerepot tu!. Semalam aku nampak taukeh besar tu keluar dari rumah dia. Siap tarik zip seluar lagi!”, ujar Suraya lagi sambil menekankan perkataan bermuka kerepot dengan kuat. Ramlah tersenyum menyindir melihat wajah Suraya sangat bersungguh-sungguh bercerita tanpa menyedari yang dia sebernrnya berleher pendek dan bermuka menggeleber tembam seperti doh roti!
-“Entah-entah dia betulkan seluar kot!. Marina tu kan tukang jahit!”, bela Jasmin sambil menguak rambut panjangnya kebelakang dan memandang wajah Suraya dalam-dalam. Suraya, walaubagaimanapun kelihatan berganda-ganda terujanya sekaligus menyerlahkan lagi kehodohan di wajah bulat itu.

-“Kau ni betul-betul lurus lah!”, sindirnya sambil memutarkan bola matanya seperti menghina kebodohan jirannya itu. –“Sudah tentu mereka ada hubungan sulit!. Lepas puas dengan perempuan Filipina tu, dia rembat la si Marina!. Lelaki kaya!. Tak cukup dengan satu!”, sambungnya dengan nada jahat sambil tersenyum mengepam-ngepam bibirnya. Dia memandang kedua-dua jirannya yang sekali lagi tiada reaksi melainkan gelengan kepala Puan Jasmin yang keliru samada mahu merasa terkejut dengan kehilangan tiba-tiba Adriana ataupun tuduhan melulu Suraya yang sangat melampaui batas!. Namun belum sempat Ramlah hendak menyampuk, kelihatan sebuah kereta peronda polis tiba-tiba menuju perlahan ke arah mereka sebelum bayang berdetar seorang anggota polis muda muncul di birai mata dari celah cermin tingkap keretanya.
-“Makcik, boleh saya tumpang tanya?”, soal anggota muda itu dan mendengarkan perkataan “makcik” terbit dari mulut anggota itu, senyuman mesra Suraya mendadak berubah manakala Ramlah dan Jasmin kelihatan cuba menahan diri mereka dari ketawa.

-“Di mana saya boleh tahu rumah Tuan Rashid, pemilik syarikat komunikasi Teletune?”, soalnya mengendahkan senyuman pura-pura Suraya, perempuan yang dipanggilnya “makcik” tadi. Perempuan gempal itu menarik nafas panjang dan kemudian meyambung dengan sangat terhina.
-“Belok kiri dari hujung jalan ni. Rumah pertama banglo bewarna putih tu rumah Tuan Rashid. Ada apa nak ke rumah orang kaya tu?”, soalnya senada dan kelihatan langsung tidak tertarik dengan senyuman menawan anggota polis itu. –“Terima kasih ye makcik!. Kami mempunyai bukti yang kehilangan pembantu rumahnya ada bersangkut paut dengan keluarga itu!”, katanya perlahan sebelum berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih.

Suraya, walaubagaimanapun memaafkan anggota polis itu dan berpendapat apa yang diberitahu oleh anggota polis itu sudah memadai...

*

Syah masih duduk dihadapan komputer peribadinya dan masih tekun menyiapkan segala kerja yang tertunggak. Dia tidak boleh leka atau lewa. Dia perlu segera kerana majlis perkahwinannya dengan Amy berlangsung empat hari saja lagi.

Namun, apa yang mengganggu adalah mesej-mesej yang baru sahaja diterimanya selepas mesej terakhir dengan Eza, adik perempuan Amy menerusi telefon bimbitnya sendiri.

Mesej yang dianggapnya terlalu peribadi dan langsung tidak mahu dikongsikan dengan bakal isterinya. Dia tidak mahu sejarah hitamnya memalit hubungan yang baru sahaja dibinanya!.


BERSAMBUNG...

6 comments:

zaham said...

taw x aper2 tag filem malaysia yg akan kluar, dlm post-production ker. rasa cam nk review filem melayu skali la.. aper cam gan idea tu.?

Faizal Sulaiman said...

nice idea Am!.byk projek filem malaysia yg cambest tahun depan cam epik besar Merong Mahawangsa, Empayar Dendam Tamingsari, Hanyut dan Jalan Lama.fuhh!!eh i've heard Kabir Bhatia will produce and direct NurKasih film version due to high rating viewers as well as demand from them.hopefully it'll become true especially when the project of KuSeru film version of horror "KekasihkuSeru" still in a big question mark!

'AQILAH said...

dpolis dah sampai...lagi sikit nak tau kenapa adriana ilang...hee

Faizal Sulaiman said...

'AQILAH--)terima kasih aqilah kerana membaca!keep going on ye coz ada byk lagi misteri lepas nih!

.K.I.T.E. .P.U.N.Y.A. said...

salam

interestin stori and x sabar nak tunggu next episode

suraya- kepochi bzbodi
rina- misteri
adriana- hilang atau..
eza n syah- ada affair kah dulu

ishhh xsabar nie... hasil nukilan mini series yg menarik

Faizal Sulaiman said...

K.I.T.E. .P.U.N.Y.A. --)thank you very much coz baca mini series ini.tinggal 3 episod je lagi tau.pasni byk lagi misteri dlm keluarga tu.ehehehe

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED