Pernah tak korang mengalami situasi begini bila kawan2 korang alih2 je:-
1) Tarik muka ketat dan decide tak mau bercakap dengan korang
2) Korang ni punyala semangat bertanya itu ini, dia wat donno jer
3) Kes bertambah berat bila dia mula hentak2 barang, sepak itu ini seolah-olah nak tunjuk protes yang dia marah beno dengan korang.
Well, ada 3 list je. Aku tau banyak lagi. Nanti aku list kang, ada yang sentap terus decide nak bakar blog aku secara berjemaah plak!
Moody sehala ini wujud bila satu pihak tidak berpuas hati secara sembunyi2 lalu mewujudkan tindak balas marah atau lebih tepat naik angin, tetapi perlaksanaanya lebih kepada perbuatan2 haramjadah seperti menarik muka ketat (sebab muka dia longgar), sepak kerusi meja (nak tunjuk dialah yang paling kuat kerana mewarisi darah keturunan Badang) ataupun senyap dan langsung tidak bercakap sambil menjeling-jeling tajam (mempraktiskan kaedah bisu terbaru yang hanya menggunakan isyarat mata, bukan tangan seperti kaedah bisu yang normal).
Situasi ini juga membuatkan orang yang berada disekeliling si pe"moody" akan merasa serba-salah, takut2 nak tegur selain persoalan besar dalam kepala otak diorang mengatakan
"eh..salah aku ker?"
Ini mungkin wujud disebabkan tak puas hati, sentap bila kita terlepas cakap ataupun orang yang moody tu sendiri yang mempunyai dinding emosi seperti sehelai tisu cap Premier. Nipis gila dan mudah terasa. Kadang2 tu banyak perkara tak logik yg membuatkan si empunya moody dengan tetiba sepantas kilat mengubah anginnya. Makan tak ajak la, kuar gi kedai tak bagi tau la, gi main bola tak habaq la, gi kelas sama2 pon nak kena ghoyak jugak!. Berak, kencing taknak gi sekali ker? Leh berjemaah hapa?!
Kita kadang2 pon salah. Cakap tak pakai strainer! Bak kata orang dulu2, terlajak perahu boleh la ko undur jang, terlajak motorbot?. Dah namanya manusia. Mana ada yang sempurna?. Meh sini siapa cakap dia perfect?. Aku tolong potong kaki korang!
Sudahnya..berhari2 tak bercakap ngan si polan tu. Lebih2 lagi kalau dua2 egonya tinggi. Entah2 sampai ke tua la korang tunggu kena minta maaf. Part2 camni yang syaitonirrojim suka neh!
Persoalannya, larat ke korang dengan hidup moody, dull, suram dan asyik nak marah je 24 jam.
Perh..singa pon tau berenti doh! At least give and take. Minta maaf atau memaafkan satu dengan yang lain. Bukankah itu satu tugas mulia Khalifah Allah di muka bumi ini?
NotaKakiFaizal---)Jangan biar hidup korang diselaputi asap moody Tweet
3 comments:
kawe tgk moody nim
klate kaloh semale
hak3x
tapi kawe moody x arik muko nga oghe
lain padang lain belalang...
lain orang lain pe'el nyer...
sumenyer berkait rapat dgn latar belakang kehidupan masing2.
kegagalan mengawal emosi ni berkait rapat dgn soal hati dan perasaan.
marah kerana kecewa
marah kerana malu
marah kerana tak puas hati
marah kerana nak tunjuk jagoan
marah kerana tekanan perasaan
dan berbagai lagi sebab...
Nabi s.a.w kata, orang yang paling kuat itu ialah orang yang mampu menahan amarahnya...
so, pandai2lah mengawal marah...
supaya kita menjadi manusia yang KUAT fizikal n mental :)
pauhputik --)bereh boh!demo meme professional loh!
tobie--)nice advice.trimas bro.trimas juga coz membaca n3 neh:-)
Post a Comment