Monday, November 30, 2009

7 HARI: EPISODE 6


DUA HARI SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

Ia sepatutnya menjadi hari yang biasa buat Elena Hanim, isteri kepada usahawan telekomunikasi terkemuka, Teletune. Seperti biasa, dia akan bangun seawal jam enam pagi dan terus merancang pelbagai agenda untuk diisi sepanjang harinya bergelar suri rumah sepenuh masa. Dan pada kebiasaan, dia akan menyediakan muffin kismis berkacang sebagai sebahagian menu sarapan pagi wajib keluarganya, membersihkan ruang tamunya, menyiram pokok bunga Azalea kegemarannya dan diakhiri dengan pembayaran bil utiliti rumah Dia sangat senang membuatnya sendirian tanpa ada bantuan dari sesiapa, sehinggalah pada empat bulan yang lalu ketika suaminya Rashid memperkenalkan Adriana Albanes untuk dijadikan pembantu rumah.

Pada mulanya, semua berjalan dengan lancar. Adriana membuat segala tugasannya dengan sempurna. Mengikut segala arahan yang ditetapkan oleh Elena. Tetapi semuanya tidak kekal lama. Dia mula dapat menghidu tindakan nakal dan mata keranjang suaminya terhadap perempuan Filipina itu. Lalu dia nekad. Tidak mahu rumahtangganya hancur, dia mengambil keputusan untuk mengupah seorang penyiasat peribadi yang akhirnya memutuskan untuk mengalah dan berhenti dari penyiasatannya setelah empat bulan selepas itu, Adriana dikhabarkan hilang tanpa dapat dikesan...

-“Lena. Awak masih mendengar kan?”, soal satu suara parau dihadapan perempuan itu. Elena terpana. Kelihatan seperti kebingungan, lalu dia kemudiannya mengangguk tidak ketara. Wajah berceratuk suaminya dipandangnya bena tak bena. Di belakang lelaki itu kelihatan dua pegawai polis lengkap beruniform, sambil tajam sahaja pandangan mata mereka memerhatikan perbualan perempuan itu dan suaminya. –“Awak..kena percayakan saya!. Saya tak ada kena mengena dengan kehilangan Ana.., maksud saya Adriana”, suara Rashid kedengaran tersekat -sekat seperti menahan sesuatu tatkla memerhatikan wajah isterinya yang sudah berkerut menaham marah.

-“Apa? Ana?. Oh sudah tahu nama timangan?. Apa dia panggil awak?, Baby Rashid?”, perli Elena pedas sebelum matanya sempat menangkap anggota polis dibelakang suaminya yang berdeket-deket menahan gelak. Dia mencebik benci ke arah suaminya sebelum pasrah memeluk tubuhnya sendiri. Rashid mempedulikan semua itu dan terus membela dirinya. –“Tolonglah Lena!. Saya diperangkap!. Sumpah saya tak ada kena mengena dalam hal ini dan saya tak...”, belum sempat lelaki berusia itu menghabiskan kata-katanya, Elena memotong percakapannya dengan tidak beradab.

-“Sejak bila?. Sejak bila awak ada perhubungan dengan dia?”, soal Elena serius dan tegar. Air muka Rashid kelihatan redha. Dia menjawab gentar.–“Dua..Dua bulan yang lepas dan saya...”

-“Oh.. Dua bulan?”, Elena terus memotong percakapan suaminya lagi dan kembali menyambung. –“Masa tu awak mengalami satu tekanan besar. Ya!. Waktu dua bulan lalu sewaktu awak mengalami kemurungan merupakan saat yang paling menakutkan buat saya!”, katanya dengan nada yang tiba-tiba sebak dan terkenang-kenang. Dia menyambung lagi tatkala Rashid mula hendak membuka mulut. –“Saya sering memikirkan kenapa awak jadi begitu. Kenapa awak tak tenteram?. Kenapa awak murung?...rupa-rupanya disebabkan Adriana!”, bisiknya perlahan lantas memandang wajah Rashid dengan satu perasaan yang sangat benci. Rashid kelihatan serba salah.

-“Lena..dia dah...hilang sekarang!” putus Rashid seperti mahu menamatkan keadaan tersepit dia dan isterinya itu. Elena walaubagaimanapun enggan mengaku kalah dan terus bertanya.
-“Tapi, kalau dia tidak hilang sekarang pun.., dengan siapa awak pilih?. Saya atau dia?”, soal Elena lagi membuatkan Rashid semakin tidak keruan. –“Lena..dia dah..hilang”, ulang Rashid yang semakin buntu. Elena melepaskan satu keluhan mencemuh sebelum bangun perlahan, menghadapkan wajahnya yang dirundung kesedihan ke muka resah Rashid.

-“Selama dua puluh lapan tahun saya berkorban demi awak dan jikalau semua dakwaan yang dilemparkan oleh anggota polis itu benar, saya berjanji akan meninggalkan awak, menelanjangi maruah awak, membawa anak-anak kita jauh dari hidup awak dan seterusnya melupakan awak selama-lamanya!”, jelas Elena tepat kepada Rashid membuatkan wajah lelaki itu pucat lesi. Elena bingkas bangun, memusingkan tubuhnya menghadap pintu keluar sel sementara itu dengan hati yang remuk redam.

*


Eza memasukkan dua kotak terakhir yang diambilnya dari laci besar dalam bilik ibunya dan kini sedang bersiap sedia untuk menutup begnya dengan pantas. Dia mula bangun dari duduknya yang canggung dari atas katil, memerhatikan sekeliling sebelum bahunya disergap oleh seseorang. Eza berpaling dengan secepat kilat, sambil jantungnya berderau menahan debar.

Kelihatan Jason tersenyum kepadanya.

-“Kau nak apa?”, suara Eza kedengaran berbisik keras. Dia berpusing semula ke posisi asalnya, mengangkut begnya semula dan berkira-kira hendak meninggalkan bilik itu. Jason menahannya, sekali lagi dengan senyuman manis terukir di bibir. Disamping itu, dia tidak berkata apa-apa. Eza mendengus benci.
-“Kalau nak main galah panjang, ini bukan masanya!”, tempelak gadis itu sambil mengiraikan rambut pendeknya sebelum mencampakkan beg galasnya yang berisi tiga kotak barang kemas yang dicuri dari almari ibunya ke atas katil. Beg itu melantun beberapa ketika sebelum Jason memandang beg itu dengan pandangan tajam.

-“Pandai kau berlakon kan?”, kata lelaki cina itu tiba-tiba sambil matanya berkedip-kedip memerhatikan Eza yang mula berjalan girang ke arah meja ibunya, mengambil beberapa helai tisu kemudian mengelap peluh dingin di dahinya. Dia memandang Jason dengan senyuman nakal. –“Mama dan Kak Amy takkan tahu yang aku balik ke sini semata-mata mahu mencuri barang berharga di dalam rumah ini. Mereka tak pernah kisahkan aku. Maklulmah, sejak remaja aku memang bermasalah!”, kata Eza perlahan sambil kembali mengelap dahinya. Dia menyambung lagi dengan tegar. -"Bukan macam Kak Amy. Pandai, Cantik, ada budi bahasa , ada pendidikan. Syah memang layak dengan dia", ujarnya lagi sambil tiba-tiba terpaku memandang wajahnya di hadapan cermin. Jason memandangnya kasihan. Eza walaubagaimanapun tersenyum mengejek.

-“Tak perlu memandang aku dengan pandangan simpati begitu. Aku curi untuk kau!. Bayar lintah darat seperti kau!”, kata Eza sinis sebelum kembali mengambil begnya semula yang dicampakkan ke atas katil dan terus menuju ke muka pintu bilik ibunya sebelum memandang Jason dengan renungan jengkel biasanya sebelum lelaki itu datang dekat kepadanya.

-“Sebenarnya..aku datang ke rumah kau..bukan sekadar hutang ini saja..tapi..ada.. sebab..lain..”, kata-kata Jason yang akhir itu langsung tidak diendahkan oleh Eza lantas dia terus memotong percakapan lelaki itu dengan selamba.
-“Lebih baik kau keluar sebelum mama balik. Jangan risau. Esok, selepas majlis perkahwinan kakak selesai, aku jumpa kau di tempat biasa.”, ujar gadis itu lagi dan Jason kelihatan akur. Dia keluar perlahan dan Eza terus menutup pintu bilik ibunya dengan sesenyap mungkin tanpa menyedari, Amy sedang mendengar perbualan mereka...

BERSAMBUNG...

2 comments:

intanurulfateha said...

.uit, ade novel heh?
.bru perasan
.harus bce dr episod 1 ;D

Faizal Sulaiman said...

intanurulfateha (◡‿◡✿) --)haloo cik intan.ni mini series 7 episodes je. sila2 la baca yer.thakyou:-)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED