Petang Ahad yang sangat cerah.
Kelihatan seorang perempuan separa boyak sedang membimbit beg tangan besarnya sambil melilau-lilau sekeliling, memastikan jalannya yang nampak dempak itu tidak disedari oleh sesiapa pun. Dia mula mengatur langkah, melepasi sebuah Perodua Viva hitam, sepohon pokok ketapang yang rendang dan gugusan bunga-bungaan kertas yang ditanam memanjang hingga ke sebuah papantanda bertulis terang “Selamat Datang Ke Taman Cahaya”.
Dia tersenyum memandang papantanda putih dengan tulisan hitam berkilat itu. Dia berjalan lagi. Tetapi kali ini dia tenang-tenang saja. Tidak tergesa-gesa seperti mula-mula dia berusaha gigih untuk ke jalan masuk Taman Cahaya itu. Seperti apa yang dirancang, lima minit lamanya, dia sudah berada di laman banglo dua tingkat yang dihiasi dengan tiga buah khemah putih, disamping kelihatan beberapa orang tetamu sedang beratur mengeluarkan kad merah dari beg masing-masing seraya menunjukkannya kepada seorang pengawal segak bertuxedo hitam.
Dia, dengan tangkasnya mengeluarkan kad merah dari beg besar hodohnya, sambil dengan cepat fikirannya menerawang kepada sajian buffet beraneka jenis yang bakal di bahamnya seketika nanti. Dan dia tidak pernah peduli kehadiran seseorang wanita sebaya umurnya, merancang untuk menyergahnya dari belakang.
-“Puan Suraya!”, teriak seorang perempuan kurus kering berleher jenjang, bermata bundar yang sangat menjengkelkan. Wanita dempak bernama Suraya itu berpaling pantas dan seperti biasa, tatkla memandang wajah wanita cengkung yang menyergahnya tadi, dia tersenyum nipis. Dia sudah mengagak. Wanita kurus itu adalah jiran kepohnya, Puan Rina, yang tinggal selang dua blok dari rumahnya.
-“Hebat!. Selalunya awak selalu terlepas peluang hendak ke majlis-majlis besar seperti ini, kan?”, kata Puan Rina sambil tersenyum-senyum sinis. Dia tahu benar keadaan Suraya yang sentiasa dibebani tugas luar biasa seorang ibu. Mana tidaknya!. Terpkasa menguruskan tiga anak kecil yang disifatkannya seperti “pengganas” dan susun atur rumah yang seperti dilanda bencana alam!. Dia harus mengagumi usaha Suraya kerana berkebolehan ke majlis petang ini tanpa dapat disedari oleh tiga orang anak-anak gondolannya!
Suraya membalas senyuman sinis Rina seperti biasa walaupun jauh di dalam lubuk hatinya, dia menyeranah perempuan yang berdiri di hadapnnya sekarang ini!. Suraya menarik nafasnya dan dengan bersemangat dia berkata.–“Semua orang tahu yang awak memang handal dalam bab-bab pengurusan masa ni. Tapi, awas, jangan ingat semua orang tak tahu apa yang awak buat, Rina!. Oh! Hubungan mesra yang tak patut awak sembunyikan!”, sindir perempuan itu tajam, tetapi masih tersenyum, sambil membawa tubuhnya yang gempal ke satu sudut minuman dan mencapai segelas air oren lalu meminumnya pantas.
Dia menjeling kearah wajah cengkung Rina dan sangat gembira kerana wajah berkedut itu nampak sangat tua di pandangan matanya. Sekurang-kurangnya dibawah matanya sekarang, tiada garisan kedut yang menjelikkan seperti perempuan itu!
Rina yang semakin tidak berpuas hati, terus mengorak langkah menuju ke arah Suraya yang kini sedang tersenyum mesra dengan seorang pembantu katering yang sedang sibuk menyediakan kek perkahwinan di atas meja utama. Dalam marah, dia cuba mengawalnya lantas mengambil segelas air oren, lalu diteguknya haloba.
-“Aku tak tahu apa yang kau cakapkan!. Hubungan mesra apa ini?!.”, ujar Rina separa berbisik sambil matanya meliar memerhati sekeliling, di bimbangi perbualannya diketahui oleh orang lain. Reaksi Suraya masih lagi menjengkelkan lalu Rina terus menyambung dengan berhemahnya.-“ Untuk pengtahuan kau, Suraya, aku sudah punyai bukti yang cukup untuk menghantar ketiga-tiga anak kau yang degil tu ke Pusat Jagaan Sosial!. Itu belum dikira apa yang mereka buat di majlis barbeku rumah Datin Halimah. Hampir-hampir saja mahu membakar bilik bacaan Datin tu!”, suara Rina kembali seperti hendak bersorak!.
Dan untuk seketika, Rina menerima natijah percakapannya sendiri.
Suraya tergelak besar, sehingga bergoyang-goyang bahu menggelebernya menyebabkan beberapa orang tetamu yang hadir memerhatikan tindak tanduknya yang sangat kurang sopan. Perempuan gempal itu memandang wajah kerepot Rina dengan rasa tidak percaya, mempedulikan jelingan jengkel tetamu yang memandangnya.
-“Oh Tuhan, Rina!!! Takkan kau tak tahu apa yang jiran-jiran kita syak sekarang ni?”, bisik Suraya masih dengan sisa ketawanya yang panjang, keliru samada dia sangat gelihati dengan tindakan bersungguh-sungguh perempuan itu mahu memasukkan ketiga-tiga orang anak-anak nakalnya ke Pusat Jagaan Sosial ataupun perempuan itu sendiri yang nampak bebal dengan perilaku bodohnya yang sudah memakan diri sendiri.
-“Aku nampak Tuan Rashid keluar dari rumah kau, dengan pakaian yang sangat tidak kemas, dan saat aku melambainya dari hujung jalan, dia sedang memperbetulkan zip seluarnya!”, jelas Suraya berani sambil tersenyum lebar tatkala melihat wajah Rina yang tampak pelik kelirunya. Melihat wajah Rina yang kelihatan tertanya-tanya, Suraya menyambung lagi dan semakin tidak sabar.
-“Ya..Tuan Rashid, ayah kepada Amy, si pengantin perempuan yang sedang kita raikan hari ni!”, sambung perempuan itu lagi dan kali ini suaranya kedengaran terpekik gembira dengan wajah yang bersinar-sinar seperti memperoleh satu kemenangan.
Wajah Rina mula pucat dan kelihatan dia cuba tersenyum. Dalam gagap, dia menyusun kata-kata –“Aku tak tahu apa yang kau cakapkan..aku...”
-“Shyy..shyyy”, sekali lagi Suraya mendominasi perbualan mereka. Jari telunjuknya lekas diletakkan dibibirnya sendiri, mengisyaratkan Rina supaya diam. Wajah yang berseri-seri tadi, anehnya bertukar buas.
-“Selagi aku mengambil berat, ini adalah rahsia kita. Kalau kau masih belum cukup bodoh untuk melakukan segala tindakan yang kau rasa murni tu, aku takkan beritahu pada siapa-siapa tentang hubungan sulit kau”, bisik Suraya perlahan, tetapi jelas. Wajah Rina benar-benar pucat kini. Namun, belum sempat dia bersuara mempertahankan dirinya, kedengaran pekikkan dahsyat di balik ruang laman utama, tempat kek tiga tingkat diletakkan tadi. Para tetamu yang hadir semuanya melilau-lilau memerhatikan situasi itu. Kedengaran suara cemas dari dalam rumah besar memekik.
-“Jangan Amy!. Dia ada pistol!”, pekik seorang lelaki, lantang tetapi sedikit resah.
Kelihatan seorang wanita, lengkap berpakaian gaun pengantin putih sedang berlari meredah taman, sambil diperhati aneh oleh para tetamu yang hadir. Perempuan itu berteriak sambil mengusap air matanya yang mengalir sangat deras.
-“Saya sanggup berkorban. Demi keluarga!”, jeritnya mempedulikan puluhan mata yang melihatnya berlari, sebelum kedengaran satu das tembakan tepat mengenai bahu perempuan bergaun pengantin itu, sebelum dia rebah tersungkur di atas rumput...
Dan pada ketika ini, wajah buas Suraya dan raut tertanya-tanya Rina saling berpandangan mengerti antara satu dengan yang lain, memikirkan satu kesimpulan ringkas yang berlegar-legar dikepala mereka.
Berita sensasi ini akan tersebar esok!...

BERSAMBUNG
Tweet
2 comments:
mcm desperate housewives gtuh...skandal dengan jiran...padat dan menarik episod 1 =D
hari kedua...next! =)
Blog Anuar Kamaruddin™ --)whoaaa so yummy!hehehehehe.trimas nuar!!!
Post a Comment