Thursday, November 12, 2009

7 HARI:EPISODE 2


ENAM HARI SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

Kelihatan seorang wanita muda sedang berpusing-pusing manja di hadapan cermin yang sama tinggi dengannya. Sesekali dia tersenyum manis, mungkin menganggap dirinya adalah makhluk paling cantik pernah wujud di muka bumi ini. Dari kejauhan cermin itu, kelihatan seorang lelaki sedang duduk penuh etika dengan susuk tegap yang sangat menawan. Gadis itu tersenyum melihat lelaki itu yang turut juga membalas senyumannya. Dan untuk keberapa kali, kata-kata cemburu beberapa orang teman perempuannya tentang Syah Reza Badri, tunangannya, kerap bermain-main dikepalanya.

-“Kau harus jaga Syah baik-baik. Bukan senang nak menjaga seorang eksekutif tampan seperti dia!”, kata Juliana, teman sekerjanya selang beberapa minggu selepas dia melangsungkan pertunangan dengan Syah. Dia hanya tersenyum dan semakin Juliana rancak bercerita, hatinya berbunga riang. –“Kalau aku dapat si Syah tu, mahu aku simpan saja dalam bilik!,”, seloroh gadis itu lagi dengan wajah yang sangat berharap yang satu hari Syah akan memutuskan pertunangannya dan memujuk rayu gadis itu untuk dijadikan isteri. Dia hanya mendengus sinis. Kau ingat dia teddy bear?!. , bisik hati jahatnya yang nampak kurang berkenan dengan jenaka Juliana.

-“Macam mana dengan gaun tu?. Pinggang kau muat tak?”, sergah satu suara parau tetapi lemah lembut dibelakangnya. Gadis itu berpusing dan hanya sekadar meyeringai apabila melihat seorang lelaki tinggi, berbaju unggu terang, sambil bercekak pinggang dengan bibirnya sudah menjuih tidak berkenan.
-“Bertuah punya anak dara!. Amy, I suruh you try. Bukan suruh buat puppet show kat sini!. Choyy!”, pekik lelaki itu dengan lenggangnya dan segera mencekak pinggang kecil Amy dan melihat dengan lebih dekat ukuran pinggang gadis itu dengan penuh hati-hati.
–“Nanti tak siap fitting, kempunan la you nak kahwin!. Tinggal enam hari je lagi!’, bebel lelaki lembut itu dengan suara nyaringnya. Dia melorot pula ke bahagian dada Amy yang kelihatan agak sendat dan ketika itu jugalah wajah Amy kelihatan merah padam. –“Edie!, you tak payahla sampai nak ke situ. Nanti tunang I nampak, dia marah pulak”, bisik Amy perlahan sambil berfikir samada mahu menegah atau menanggung malu sahaja bila lelaki yang digelarnya Edie itu sudah hampir sahaja menyentuh kawasan yang tidak sepatutnya disentuh itu. Edie, walaubagaimanapun mendengus garang, kembali bercekak pinggang dan merenung wajah Amy dengan pandangan mencemuh.

-“Nok!, apa kes I nak bernafsu dengan you ni!. You nak suruh I jadi lesbian ke apa?”, sindirnya tajam sambil mempedulikan tegahan Amy lantas kembali memperbetulkan gaun putih yang tersalut di tubuh Amy dengan tangkas. –“You tahu tak, kalau I tak perbetul kat situ”, celotehnya sambil sekali lagi matanya melorot ke dada Amy yang nampak sendat dan kemudian kembali menyambung sambil menolak rambut kerintingnya ke belakang .-“..susah you nak bernafas nanti. You ingat Pamela Anderson tu selesa ke dengan asset dia?”, bebel Edie lagi yang kini sudah berada di belakang Amy, yang kini menahan dirinya dari ketawa besar.

Seketika lelaki itu nampak tersenyum manja, seperti pertama kali Amy melihat dirinya yang kelihatan sangat cantik dihadapan cermin tadi.
-“Aha!. Kalau yang kat sana tu, I taste!”, bisik Edie perlahan sambil matanya tidak lepas-lepas memerhatikan Syah yang sedang leka membaca Travelling Magazine. Amy yang mula sedar terus berpaling menghadap Edie yang kini masih tidak mengelipkan matanya seolah-olah lelaki itu seperti terkena pukauan Syah.
-“You jangan nak mengada okey!”, ugut Amy seraya mematikan lamunan Edie. Lelaki itu hanya tersenyum. –“Eleh. Tau pun takut.”, ujar Edie sambil kembali ke posis asalnya sambil tersenyum sinis.
-“You jangan takut, Amy!. Kita ni perempuan. I faham perasaan you!”, sambung Edie lagi dan pada detik itu jugalah membuatkan Amy terus membuat satu kesimpulan ringkas. Dia harus berhati-hati!

Syah dilihatnya dari jauh dan tuanagnya itu terus membalas renuangannya mesra. Tatkala itu jugalah telefon Syah berdetar senyap. Lelaki itu lekas menggagau poket seluarnya, melihat dengan sepintas satu mesej ringkas pada satu nombor yang langsung tidak diingatinya. Nombor yang sangat asing baginya.

“Eza akan balik esok dan mahu selesaikan segalanya”

Syah membaca mesej itu dengan senyap dan kemudian melihat tunangnya, Amy yang nampak bahagia dengan gaun pengantin putih yang dipakainya.

Haruskah dia berterus terang?
Perlukah Amy tahu tentang masa silamnya?

BERSAMBUNG...

3 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

menyerlah watak mak andam...kikiki... =D

Faizal Sulaiman said...

Blog Anuar Kamaruddin™--)thank you very much nuar coz baca:-)hehehe,mak andam dalam imaginasi i je tuh.hoho

Anonymous said...

eh! nama aku...hehhe

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED