Monday, June 06, 2011

Bila Lelaki Datang Bulan. Seriously Datang Bulan?

Sesekali menge-bowl, hilang stress kejap


Opp.Jangan salah sangka dulu. Bukan datang bulan macam orang perempuan.

In fact, bukan orang perempuan saja yang ada datang bulannya. Lelaki pun ada juga. Datang bulan disini membawa maksud, moody.

Sebenarnya banyak faktor menyumbang kepada keadaan begini. Aku, seorang lelaki, well melihat faktor ini dari pelbagai sisi sudut yang berbeza. Majoritinya lebih kepada tertekan. Tertekan dengan kerja, persekitaran, perhubungan cinta, rakan atau famili, demand yang mana lelaki sebagai breadwinner versus kehendak perkahwinan yang melambung tinggi (hahaha) dan banyak lagi.

Biasanya kami lelaki akan banyak mendiamkan diri bila berhadapan dengan moments of dread. Bila datangnya emosi tak menentu ini, lelaki kebanyakannya akan cuba mengimbang antara perasaan tak stabilnya dengan ego. Tetapi bila melibatkan lelaki, egonya akan selalu lebih tinggi dengan emosi.

Contohnya beginilah. Seorang isteri yang sangat concern pasal suaminya mendapat tahu satu pagi suaminya diam tak banyak bercakap. As a matter of fact yang perempuan-memang-dilahirkan-mempunyai-senses-membaca-fikiran-seseorang- hanya-melihat-melalui-air-muka, cuba bertanya kepada suami tercinta. Malang si isteri, sepatah di tanya, sepatah pulak dijawabnya. Jawab pula tu tak ikhlas membuatkan hati isteri tak selesa, sedih dan berfikir, mesti-aku-ada-buat-apa-apa.

Lelaki, jarang nak berkongsi masalah lebih-lebih melibatkan kerunsingan. Kebanyakan lebih suka settle sendiri, memikirkan strategi selain tak mahu diganggu isteri/teman wanita/kawan. Yes this ego-ing thing happening sebab ia adalah sebahagian daripada lelaki.

Daripada apa yang aku dengar dari slot motivasi pagi Dr Fadzilah Kamsah, ada beberapa cara nak mengorek rahsia lelaki, jika benar lelaki ada kerunsingan. Antara caranya adalah secara indirectly. Pikat hatinya dengan sesuatu yang dia gemari. Kalau isteri tu bolehlah masak makanan yang dia suka. Belikan something yang boleh makes him cheer up. Mungkin cubaan kali pertama tu gagal. Meaning dia takkan cakap buat kali pertama. Let it be. Keep on going the same thing dan bila moodnya dah betul-betul stabil, lelaki selalunya akan bercakap sendiri masalah nya tanpa dipinta.

Lelaki tak boleh dipaksa. Janganlah sekali kali sebabnya mereka akan mudah merasa tercabar.

Wanita ada kelebihan seperti air. Datangnya untuk menyejukkan. Datangnya untuk menyegarkan. Datangnya untuk menenangkan. Ego lelaki boleh mendadak turun dengan adanya kelebihan pada wanita ini. Dan buat lelaki (peringatan untuk diri sendiri juga), kita perlu melayan wanita dengan sebaiknya. Janganlah selalu menyakitkan wanita sebab mereka ini perlu dilindungi dan well, dikasihi:)

16 comments:

siti azizah Sang Pencinta said...

salam sejahtera. rasanya post hari ini memang tepat utk lelaki. Akak pun ada kawan yg begini bila dia byk keje or rungsing dia diam dan seolah tak peduli keliling heheh. Kekadang rasa kecik hati sbb dia orgnya sgt baik hati tp bila dtg bulan perghhh.. serius giler..tp skrg dah kenal dan tak kisah. Nak tau orgnya... org itu adalah awk :)

CikYana(",) said...

Suka baca entry ni
:)

Unknown said...

lelaki juga manusia yg punya moody tersndiri..keadaan sekeliling akan membuat akn moody lelaki ini muncul.

betoi ckp faizal lelaki mmg susah nk bercerita. ego katenye kan. so bg ruang dlukasi calm dlu. ingt jgn PAKSA...

ghost said...

hati dan ego lelaki kadang ada yang lebih keras dari yang dibayangkan.tepat pulak bila semuanya dia rasa macam tak bagi apa makna untuk dia...

so.lebih baik biarkan selama mana dia mampu bertahan dengan cara tuh.

Orkid Edyliyne said...

oh macam tu eh...
OE kadang rasa faham dengan lelaki...
tapi kadang tu rasa macam tak berapa nak faham...
(n_n)

Faizal Sulaiman said...

siti azizah Sang Pencinta--->alamak yeke kak?warghh sorry ye kak:)

Faizal Sulaiman said...

CikYana(",) --->thanks cik yana!

Faizal Sulaiman said...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) --->one thing.mood lelaki akan cepat berubah dengan cepat, InsyaAllah berdasarkan faktor sekeliling:)

Faizal Sulaiman said...

ghost writer --->berdiam diri adalah lebih baik.kalau makin dilawan, takkan mendengar punyalah

Faizal Sulaiman said...

Orkid Edyliyne @ OrkEd --->ada yg leh faham orkid.ada yg pening kepala nak memahamkan:)

miss cloudy said...

good info ni... baru ku tau.. :)

tengkorakemas said...

bila moody main game---->bila gol/headshot---->rasa puas xD

Faizal Sulaiman said...

miss cloudy ---->info dah lama..baru renew

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas--->betul tu bro.buat satu keadaan yg tak stress

YasmeenAmaleen said...

Close

Sy pernah alami situasi ni juga di tempat kerja. Ade Seorang rakan lelaki punyai mood yang tak Menentukn. Kadang2 dia layan ok tetapi kekadang dia x lyn, buat derk jer mcm tak kenal. Terasa jugak hati sebab rakan sekerja kan. So macamana nak hadapi lelaki mcm ni. Sbb kiter RS serba salah nk Lyn dia mcmane. Bole BG pendapt x. Trm kasih.


Zai said...

Oh patutlah. Sy sedang mengalami nya. Maksud sy teman lelaki sy akan bersikap begini. Bila mana dia senyap secara tiba², pasti ada masalah. Tp dia tak akan cerita. Sekarang pun sedang mengalami. Dia akan senyap dalam beberapa hari, dari situ sy dah tahu dia mesti ada masalah. Huhu. Nak jumpa pun tak boleh. Dia di Selangor, saya di Perak. PKP pulak sekarang ni. Harapnya dia baik² saja.

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED