Sunday, August 12, 2012

Hujung Ramadan: Episod Kelapan

Sebelum ini dalam Hujung Ramadan
Pertengkaran keluarga Manis terjadi. Rosnah suruh gugur kandungan. Kamal membangkang yang terus membawa kepada pembongkaran niat asal Rosnah dan Kamal dalam memeliharan anak saudara mereka, Juraimi


Telefon berbunyi.
Dia picit butang merah. Tanda dia tak ingin nak jawab panggilan itu.

Lantak kalau aku mati lepas ni!

Tapi sebelum mati, biar aku selesaikan hutang piutang aku dulu!

Rosnah mula membersut. Minyak kereta yang ditekan sudah tak terasa bila nama Ah Beng, si lintah darat menelefon tak henti-henti.

“Lu dua olang kalau tak mau bayar, I pancung sama you orang”


Omongan si mata sepet, dengan telo cina nya masih segar dalam kepala otak. Damn! Hutangnya berlambak lambak tak berbayar. Tahi! Duit pusing ganti niaga saham yang dikongsi bersama suami turut lenyap bila menampung jumlah hutang yang terlalu menimbun.

Kusut menjadi runsing. Masalah makin tidak selesai.

“Kenapa makcik buat semua ni?”, suara Juraimi melayah ke udara. Rasa runsingnya terhenti sejenak. Dia tak sedar anak saudaranya duduk disebelah. Entah kekuatan apa yang membuat dia bertindak gila lalu mengheret budak lelaki itu, masuk ke dalam perut Vios, sebelum memecut meninggalkan Kamal dan Manis yang terpinga-pinga lewat pertengkaran mereka anak beranak di rumah.

Rosnah bergalih tumpuan. Dia menjeling Juraimi tidak senang.

“Cemburu dengan mak kau”
“Makcik cemburukan kakak sendiri?”
“Ya! Aku cemburukan Ramlah! Nasib dia lebih baik daripada aku!”

Pekikkan Rosnah tak memberi erti langsung buat Juraimi yang kini terpempan. Dia pandang sekali lagi wajah kesal, resah gelisah Rosnah dengan penuh pemahaman. Andai ini perempuan yang berpura-pura melayan dia dengan baik, maka tindakan dia iri pada saudara sendiri adalah melampau!

“Alangkah Qabil cemburu pada Habil. Itu anak nabi. Inikan kita manusia biasa” kuliah Ustaz Ghani lewat kelas Pengajian Agama Islam menerpa mindanya tiba-tiba. Ya. Benar. Manusia ada tendency untuk rasa cemburu, walaupun darah daging sendiri.

“Mak kau lebih untung dari aku. Lebih pandai dari aku. Lebih bijak dari aku. Mak ayah sayang sangat kat dia. Perhatian tumpu sangat kat dia. Habis tu aku ni siapa? Anak pungut?”, jerkah Rosnah terus menerus melanggar lampu isyarat merah selamba, dengan rasa amarah berbuku di hati. Dia menyambung tertekan.

“Sikit-sikit Ramlah..sikit-sikit Ramlah. Aku dah muak dengan nama tu”, ujarnya turun naik nafas dengan terkenang-kenang. Kolam matanya panas. Tapi dia cuba tahan dari ianya mengalir. Dia sesekali taknak dituduh cengeng!

Juraimi memaut tali pinggang keledar erat-erat. Tahap kelajuan Rosnah sudah melampaui batas.

“Tapi mak tak pernah berdendam dengan makcik”

Rosnah tertawa mengilai, sambil memotong suka hati sebiji lori roti Gardenia sebelum hon tidak puas hati melayah diudara. Perempuan itu menukar gear sebelum menyumpah seranah sang lori.

“Mak kau kan pandai berlakon! Sopan santun konon. Phui! Aku dah tak tahan dengan sikap dia yang bermuka-muka tu, lalu rancang dengan suami aku untuk dapatkan semua harta mak kau pada kami”

Juraimi menjeling.

“Sehingga sanggup bunuh mereka berdua dan mencampakkan saya ke rumah anak yatim?”

Rosnah mengilai lagi.

“Setiap perancangan akan ada pengorbanan!”
“Kepala hotak kau!”

Rosnah berpaling menghadap anak saudaranya yang celupar. Hidungnya kembang kuncup menahan marah.

“Kau jangan sampai mampus aku kerjakan, tahu?”
“Kau yang mampus sebab makan harta anak yatim!”

Rosnah merentap rambut Juraimi kasar dengan tangan kiri, manakala tangan kanannya masih berpaut pada stereng. Tayar yang tegak bergalih arah sedikit. Pemanduan laju itu langsung tidak diambilkira Rosnah. Di dalam kereta pula, Juraimi melawan. Dia menepis-nepis rentapan Rosnah, sebelum dengan sekuat tenaga perempuannya, dia melempar hingga terhentak ke cermin kereta.

Juraimi terhantuk.

“Kurang ajar kau..kau…”

Perkataan itu terhenti apabila bunyi hon menderu datang dari arah sebelah kanan pemandu. Ada lori besar sedang memecut. Rosnah kaget bila muncung Viosnya terlepas dari garisan berhenti yang disediakan pada lampu isyarat yang masih merah.

Tiada belas. Tiada ihsan.

Kedengaran dentuman sangat kuat!

BERSAMBUNG

*********************************************************************************

Bagi korang para blogger yang ingin menghantarkan ucapan Selamat Hari Raya Edisi 2012, sila tinggalkan ucapan anda di ruang komen, beserta lagu kegemaran Hari Raya korang di ruang yang sama. Kalau rajin lagi, boleh buat Kad Raya (format jpeg) dan hatar ke faizalsulaiman85@gmail.com (tak sempat, takpe)

Moh join ramai-ramai. Ucapan korang akan disediakan dalam satu slot khas malam raya nanti. Tunggu!!

5 comments:

NY said...

hok aloh..eksiden pulak..sian si juraimi jadi mangsa kali kedua..

FaizalSulaiman said...

NY---> hehe akak kena tunggu sampai episod 10. Twist lagi dahsyat akan terjadi

Hans said...

kesian si juraimi...kasi la dia luck sikit
hehehe

Hans said...

Ucapan Raya : Hans mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua blogger dan pembaca - pembaca blog Hans yang sentiasa menyokong sejak dahulu hingga kini. Semoga silaturahim kita semua sentiasa kekal terjalin.

P/S : Kalau Nak Bagi Duit Raya Sila Email Saya :-)

ana said...

aku harap kau akan buat satu kejutan yang tak disangka oleh aku sendiri.

aku harap camtu..hehehe..

high expectation of u..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR