Sebelum ini dalam Hujung Ramadan
Rosnah ambil keputusan untuk culik Juraimi dan mengaku kepada semua jenayah yang dilakukan. Malang tak berbau, mereka berdua terlibat dengan kemalangan
Rosnah ambil keputusan untuk culik Juraimi dan mengaku kepada semua jenayah yang dilakukan. Malang tak berbau, mereka berdua terlibat dengan kemalangan
“Jika Ayah diberi peluang, ayah nak bertaubat”, bisik Kamal kepada anak perempuannya, Manis. Dia terduduk jauh mengenang masa hadapan yang semakin tidak pasti.
Apa yang terjadi pada Rosnah dan Juraimi, dia sendiri tidak tahu. Rosnah dah bongkar segala keburukan. Dia tak punyai pilihan terpaksa menerima, walau terpaksa.
Dia malu dengan anaknya, Manis.
Anak saudaranya, Juraimi.
Paling memalukan, dengan dirinya sendiri.
Sebagai suami, dia gagal membimbing isterinya.
Sebagai lelaki, dia lemah dengan pujuk rayu isterinya.
“Kita masih ada peluang nak betulkan keadaan, ayah!”
“Dah terlambat! Juraimi dah jauh. Kita tak tahu macam mana nak selamatkan dia”
Jawapan Kamal kedengaran letih, monotone dan malas. Bapanya seperti sudah nekad dengan permainan ibunya, maka mengambil keputusan untuk tidak bersusah-susah untuk berfikir.
“Kita telefon polis. Kita laporkan kehilangan Juraimi”, cadang Manis. Kamal, walaubagaimanapun menolak keras.
“It will lead to the old cases. Ayah tak nak polis dapat tahu tentang arwah mak bapak Juraimi! Ayah akan berada dalam keadaan bahaya”
Manis memandang bapanya tidak percaya.
“Ayah rela hidup dalam keadaan bersalah seumur hidup? Ayah! Please! Dua nyawa terbang melayang disebabkan kerakusan mak dengan ayah. Itu ayah nak nafikan lagi?”, suara Manis mula meninggi. Kamal hela nafas seprti tak kuasa nak melayan.
Sepanjang hidupnya sebagai suami, dia dikawal teruk oleh isterinya yang penuh dengan muslihat dan anak perempuannya yang terlalu naïf dan kurang mendapat perhatian dari ibu sendiri.
Suara lelakinya jarang benar dilaungkan di rumah baik sebagai tanda protes, atau sebahagian dari tanggungjawab hakiki. Kongkongan ini langsung tidak menyelesakan!
Dia pandang anak perempuannya meminta untuk mengerti. Dia yakin, Manis boleh memahami.
“Tolonglah ayah, nak. Kalau Manis sayangkah ayah, Manis takkan hantar ayah kepada pihak penguasa! Ayah nak bertaubat, nak”
Dalam hati Manis tercalit sedikit rasa simpati.
Ayah sendiri, masakan dia tak boleh nak mengerti.
Darah yang mengalir dalam tubuh ayahnya, turut jua mengalir dalam tubuhnya sendiri.
Adakah ini dinamakan subahat?
Atau mahu melindungi yang tersayang ?
By far, siapa yang nak sayang keluarga sendiri, melainkan ahli keluarga tu?
“Assalamualaikum”
Tumpuan Manis terganggu. Dia berpaling kepada pintu rumah yang ternganga luas. Ada dua lelaki asing sedang berdiri tercegat. Rona wajahnya tegas, tetapi nampak baik. Manis dan bapanya lekas menyertai dua lelaki itu.
“Saya Inspektor Mahadi dan rakan sekerja saya, Inspektor Fuad dari Balai Polis Langkat.”, perkenal dua lelaki asing itu sebelum berjabat tangan dengan Kamal. Senyum. Kemudian menyambung. “Betul ke ini rumah Puan Rosnah binti Kasirun?”
Dua beranak itu mengangguk sekilas.
“Dia isteri saya. Kenapa ye, encik?”, soal Kamal sedikit gugup.
Inspektor Mahadi bertukar pandang dengan Inspektor Fuad, lalu berkata dengan hati nan berat.
“Isteri encik kemalangan. Dia meninggal dunia di tempat kejadian. Tapi, syukur, budak lelaki yang dibawanya tu pula hanya cedera”
Kamal memandang kedua inspector itu seakan tak percaya. Lutunya terasa lemah tetapi semangatnya harus kuat. Dia nampak Inspektor Fuad seperti ingin mengatakan sesuatu.
“Kami juga mendapat maklumat tentang penglibatan encik dengan kematian abang dan kakak ipar encik dua tahun yang dulu. Mintak encik ke balai untuk soal siasat?”
Saat ini bukan Kamal saja jatuh terduduk, tetapi anaknya Manis sudah banjir dengan air mata!
BERSAMBUNG
*******************************************************
Bagi korang para blogger yang ingin menghantarkan ucapan Selamat Hari Raya Edisi 2012, sila tinggalkan ucapan anda di ruang komen, beserta lagu kegemaran Hari Raya korang di ruang yang sama. Kalau rajin lagi, boleh buat Kad Raya (format jpeg) dan hatar ke faizalsulaiman85@gmail.com (tak sempat, takpe)
Moh join ramai-ramai. Ucapan korang akan disediakan dalam satu slot khas malam raya nanti. Tunggu!!
Moh join ramai-ramai. Ucapan korang akan disediakan dalam satu slot khas malam raya nanti. Tunggu!!
5 comments:
slmt menyambut eidulfitri, faizal! n_n
Assalamualaikum kak. selamat pagi hehe
nak tanya lagi, tak nak ke join segmen blogger yang aku buat? harap sudi la join ye. tak payah buat apa2 entri, follow dan komen je kat mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Harap2 sudi la sertai :)
Ri ---> awak juga, Ri!
Awie Omar ---> tertypo ke bro? hehe.
oo mak cik dia mati terus cm tu..jahat nye..
Post a Comment