Monday, August 06, 2012

Ramadan: Lelaki dan Baju Raya


Ok. Jangan bimbang. Aku takkan post gambar baju raya-tahun-lepas-warna-apa-tahun-ni-warna-apa.

Orang lelaki pun nak bergaya di pagi Raya. Selalunya orang lelaki ni tak lekat dengan baju melayu sebaik saja balik Solat Sunat Aidilfitri. Ada yang baik, akan pakai sampai petang Yang nakal macam aku ni, pukul sepuluh dah pakai t-shirt. Most probably sebab rimas.

Kebanyakan lelaki akan pakai baju Melayu (selain raya) masa hari Jumaat, maka penggunaan baju melayu agak kurang digunakan dalam kehidupan seharian, berbanding wanita. Sebab itu, ada sesetengah yang nak jimat, akan pakai baju yang setahun sekali pakai itu di pagi raya. By far, tak salah pun kalau mampu nak beli baju melayu setiap kali tiba musim perayaan macam ni. Orang kata pun setahun sekali kan? Tak gitu?

Tapi berpada-padalah. Tak elok membaziaq. Walaupun setan sudah dirantai, nafsu tetap ada. Beli secara berhemah. Mana-mana yang dapat bonus, sila simpan untuk kegunaan masa hadapan. Berbalik pada isu baju melayu raya ni. Kalau baju tu masih tersimpan elok, gunakan aje. Lelaki, dalam apa-apa saiz sekalipun, akan nampak segak dengan baju melayu! This is so true!

#1 : Tekak terasa nak makan kuih raya tradisi macam dodol, bahulu, suji, ma’amur. Jadi aku decide, tahun ni kuih raya kat rumah mesti kuih2 lama. LOLZ. Pakcik-pakcik sangat aku ni!

#2 : Masih kureng menggemari lagu raya diputarkan diawal Ramadan. Beb, gua tak puas nak berpuasa ni taw!

#3: Harap Ramadan ini boleh membuat diri untuk mengubah hala

#4: Kereta mau servis. Side mirror dan tayarssss sudah tukar!

#5: Hujung Ramadan bertukar siaran. Setiap Khamis-Jumaat jam 6 am okey. Tak sedar yang 18-Sabtu tu dah (InsyaAllah) raya

#6: Tradisi raya di blog akan diteruskan macam tahun sudah. Wait for the announcement!

2 comments:

NusrahYahya said...

akak pun pernah beberapa kali raya takde baju baru(sebab xde bajet).pakai yg mana ada.sedih jugak bila tgk sedara lain dapat pakai bju baru..tp skrg dh keje boleh tempah o beli sndri.so tak kisah ada bju baru ke tak :)

*akak dh dapat kuih ma'mur yg diidamkan :)

Faizal Sulaiman said...

NY---> dah keje bolehla raya sakan, hihi

wah, saya kena cari stock kuih ma'mur nehh

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED