Pelawaan Manis mengajak Laila ke majlis berbuka puasa bersama Kamal dan Juraimi diterima baik tetapi Rosnah dapat menghidu. Pertengkaran Rosnah dan Kamal membawa justifikasi kejutan bilamana Manis mengaku hamil!
“Manis terlalu sayangkan Jamil”
“Sayang sampai serah tubuh badan? Bodoh ke apa kau ni?”
Rosnah sudah terpekik bagai orang gila. Disisinya ada sang suami yang diam membisu tak tahu nak kata apa. Amarah si isteri sudah tak boleh nak dibendung lagi. Dia terpaksa mengikut kata Rosnah lalu tak sampai setengah jam dia, Juraimi dan Laila berbuka puasa, Rosnah dah mengheret ketiga mereka masuk ke perut Vios sebelum berambus dengan hati yang tak tenang.
Sepanjang perjalanan, Rosnah banyak mendiam diri. Wajahnya cetung mengenang marah yang tak bertepi. Marah pada anak yang dah menconteng arang kemukanya sendiri!
“Mak nak kau gugurkan kandungan tu!”, gumam Rosnah tidak berperasaan. Kamal menjelingnya terkejut. Sungguh! Ini tak boleh jadi! Dia tak boleh nak diam begitu saja.
“Lepas satu dosa dah buat, awak nak tambah satu lagi?”, tegur Kamal jelas tak bersetuju. Rosnah bertukar pandang. Matanya jegil memerhatikan si suami seperti hendak bertempik, “abang ni dah gila ke?”
Namun, perempuan boyak berleher pendek itu memilih untuk tidak ambil peduli. Wajahnya sinis.
“Dah kenal dosa pahala pulak? Abang tau tak anak kita ni mengandung luar nikah? Abang nak bela anak haram tu? Kalau ditanya mana bapak dia, abang nak jawab apa?”, pertanyaan Rosnah bertubi-tubi. Semakin diasak, jiwanya membara. Dia nekad. Selagi dia masih hidup, setitis keturunan haram takkan jejak dalam keluarganya. Inikan pula Manis! Anak tunggal yang paling tak disukainya! Kamal cemberut. Hatinya panas mengenangkan si isteri yang dominan. Semua betul dalam kepalanya. Kerjanya asyik nak membangkang!
Ah! Aku tak kira!
Untuk kali ni, dia kena dengar cakap aku pula!
“We have to keep the baby! Ini muktamad”, tegas Kamal, kemudian memandang anak perempuannya dengan penuh pengharapan. Manis terubat sedikit. Rosnah, walaubagaimanapun membeliak biji mata.
“Are you crazy? Gila dah terkena sawan ke apa?”, Rosnah memekik, mempedulikan tetangga yang mungkin sedang pasang telinga. Kamal mengumpul kekuatan untuk melawan. Biar! Biar harini dia tercabar. Sudah banyak tahun dia terikat dengan keputusan cacamerba Rosnah. Hidupnya hampir tergadai. Maruahnya hampir dijual beli. Dia takkan menyerah untuk kesekian kalinya.
Rosnah, perlu diajar!
“Awak tu yang terkena sawan! Nak biarkan anak kita jadi pembunuh?”
“Biar padan muka dia. Sapa suruh dia campur gaul dengan budak tak senonoh?!”
“Dahtu? Awak tu senonoh sangatlah?”
Buat pertama kalinya, Kamal menengking Rosnah. Merah padam wajahnya menahan amarah yang ditanggung sekian lama. Rosnah berubah rona. Tersentak dengan kebolehupayaan sang suami yang meletup tiba-tiba.
Namun, wajahnya masih lagi bertahan tenang, menguntum segaris senyuman menjengkelkan!
“Abang jangan bimbang. Kalau saya di tarik ke neraka nanti, saya akan pastikan abang akan ikut sama!”, ugutnya dengan wajah yang sudah berubah tegang. Garisan kedut-kedut hodoh kelihatan menakutkan.
Kamal diam. Tetapi wajahnya sedikitpun tidak berubah. Rosnah menyambung lagi.
“Abang jangan lupa plan kita. Plan kita sampai Manis berhenti belajar sebab takde duit dan sebab Juraimi kena tinggal dengan kita! Abang jangan lupa tu!”, gesa perempuan itu dengan senyuman mengejek. Manis keliru sambil memandang bapanya yang terjentik sedikit dengan pendedahan ibunya yang mendadak.
Rosnah semakin gembira dengan keadaan itu. Dia kemudiannya berlari ke bilik tingkat, menuju ke kamar Juraimi, mengheret budak lelaki itu yang masih lagi berpijama, turun ke bawah, menyertai yang lainnya sambil matanya terpisat-pisat menahan kantuk beraja.
“Abang nak saya bongkar semua? Bongkar kegiatan jahat kita dulu tu?”, pekik Rosnah garang, semakin mengelirukan Manis dan Juraimi yang separa mamai.
Rosnah sudah hilang kawalan. Wajah tidak tenteran Kamal semakin lama semakin seronok untuk dibelek-tatap.
“Keluarga kita banyak hutang", tukasnya dengan air muka tamak, sebelum bertukar pandang dengan Manis sebelum menyambung. "Bisnes bapak kau lingkup. Sebab tu bapak kau tak mampu nak bayar yuran kolej kau tu”, ujar Rosnah, bena tak bena sahaja memandang anak perempuannya yang tertunduk malu. Dia menyambung lagi. Semakin megah.
“Jadi langkah kedua, kami plan nak ambil harta Ramlah. Kakak aku dan Bakar, suaminya. Mak bapak kepada si Juraimi. Laki bini tu banyak duit. Duit simpanan Juraimi pun banyak. Jadi lepas satu malam, kami upah orang untuk bunuh Ramlah dan Bakar, aku boleh mengagak yang Juraimi akan tinggal dengan aku!”, cerita Rosnah membuatkan kedua-dua Manis dan Juraimi tersentak.
“Makcik….bbuatt..apa..dengan..mak..saya..?”
Rosnah tertawa mengilai. Satu kebahagiaan baginya bila melihat Juraimi tergagap dengan perangai setannya yang tak disangka! Air muka Juraimi mendadak berubah.
“Kau buat apa dengan mak aku, perempuan gila?”, pekik Juraimi semahunya. Rosnah mendekati budak lelaki itu, lalu menghayunkan penampar pada tangan gemuknya dengan deras. Juraimi terdorong kebelakang. Dia ingin melawan. Rosnah dengan mudah mengilas tangan budak lelaki itu cekap.
“Kau jaga-jaga sikit, budak! Silap-silap aku hantar kau kat sekolah budak jahat sana!”
“Aku lebih rela ke sana dari tempat jahanam ni!”
Penampar kedua melekap. Tak cukup dengan itu, Rosnah merentap rambut Juraimi kasar.
“You wanna me to become a bad guy? Now I’m a bad guy!”
BERSAMBUNG
Tweet

No comments:
Post a Comment