Saturday, August 04, 2012

Hujung Ramadan: Episod Kelima

Sebelum ini dalam Hujung Ramadan
Rosnah membenci anaknya Manis tetapi berpura-pura ambil berat dan mengatakan Laila menggunakan Sihir untuk kepentingannya. Manis pula bagai ada satu rahsia yang cuba dipendamkan

“Budak tu hantar santau!”, serkap Rosnah, terlupa untuk bercakap-cakap lemah lembut seperti selalu. Raut wajah Kamal, suaminya dipandang tajam.

Buat don’t know saja bila aku bercakap!

“Awak ada bukti ke?”, soal Kamal menyedari jelingan isterinya sudah tembus ke seluruh rona yang pada mulanya enggan mengambil tahu. Rosnah mencebik.
“Alah! Tak payah bukti, bang. Manis muntah-muntah lepas buka puasa. Petang sebelum buka, saya maki hamun budak tu. Bukannya abang tak tahu yang mak bapa dia kemalangan secara misteri?”, mulut becok perempuan itu melulu memberi justifikasi melulu. Kamal menggeleng kepala.
“Awak ni cakap macam orang takde agama!”, tegur Kamal sambil menyandar pada sofa empuk ruang tamunya. Rosnah melontar pandangan mencemuh.

“Abang tu tak puasa! Jangan nak mandai-mandai cakap orang lain takde agama!”, Rosnah membentak tidak puas hati, mempedulikan anak saudaranya Juraimi terkejut melihat perubahannya yang mendadak. Menyedari air muka budak lelaki itu berubah, dia berpaling lalu tersenyum manis. Jelas berpura-pura.

“Juraimi kenapa, sayang?” Rosnah kembali dengan suara prihatinnya. Dia maju ke arah Juraimi. Memaut tubuh budak lelaki itu dengan kemas. Renungan penuh keibuannya memandang Juraimi dengan penuh kasih sayang. Budak lelaki itu diam membisu tidak menjawab. Rosnah mula hendak berkata.

“Auntie kan dah pesan, sayang. Jangan keluar dengan budak Laila tu. Budak tu tak betul. Auntie taknak Juraimi kena tempiasnya, sayang”, bisik Rosnah penuh kelembutan dan mengharap Juraimi akan mengangguk faham. Mata budak lelaki itu masih kosong, sepertinya enggan menerima cadangan ibu saudaranya. Rosnah menyambung.

“Auntie sayangkan Juraimi. Satu keluarga ni sayangkan Juraimi. Auntie taknak apa-apa jadi kat Juraimi”, ujarnya semakin lemah lembut. Juraimi mengangguk bena tak bena.

“Bagus Juraimi. Juraimi naik atas, ya. Kat dalam bilik tu auntie dah belikan laptop baru. Bolehlah main game!”, ujar Rosnah teruja dan mengharapkan Juraimi berterima kasih padanya. Hampa. Budak lelaki itu berlalu pergi dengan selamba, meninggalkan Rosnah yang sudah terkebil-kebil dan masam mencuka!

“Dasar budak tak reti diuntung!”
“Awak buat tu biar ikhlas. Kerana Allah. Dia kan anak yatim”

Rosnah berpaling melihat suaminya dengan wajah maha terkejut sebelum terbelahak tertawa.

“Hey hey hey. Sejak bila awak tu jadi Ustaz Kamal ni? Pandai cakap! Saya tak pernah pun tengok awak solat? Puasa semua?”, suara Rosnah hampir terpekik histeria. Kamal diam membisu. Rosnah menembak lagi. Puas dapat dikenakan si suami yang pura-pura alim itu.

“Hanya kerana awak dah pergi dengar ceramah entah siapa, jangan suka-suka nak mengajar saya. When you’re stepping into my house, you’re on my rules! Jangan nak memandai-mandai!”, bisiknya tajam, menghilangkan raut wajah penuh keiibuannya tadi. Jari telunjuknya diacukan ke wajah Kamal yang tunduk. Dia menyambung tegar.

“Kita perlukan sedikit masa. Takpa. Saya laburkan sesuatu untuk budak tu. When the time comes, saya boleh dapat apa yang saya nak dan masa tu awak bolehlah puji saya betapa bertuahnya awak dapat isteri yang sangat genius!”, deramnya mempedulikan Manis yang sudah mencuri dengar perbualan ibu dan ayahnya itu.

“Ya Allah! Apa yang dah jadi kat keluarga aku ni? Adakah ini balasan aku terhadap dosa-dosaku yang lampau??”

BERSAMBUNG

2 comments:

Ri said...

eee..! ape ni?
bole dia stop kat situ lak!

sila.sambung.segera. TQ! >_<

Faizal Sulaiman said...

Ri ---> dah ada sambungannya, Ri. Baru je post! hehe

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED