Itu je aku boleh katakan dengan penayangan trailer filem ditunggu-tunggu; Hanyut- Sebuah karya U Wei Hj Saari, adaptasi novel Almayer's Folly tulisan asal Joseph Conrad. Entry tentang filem ni ditulis sekitar 2009
Aku minat sangat dengan filem arahan beliau seperti Perempuan, Isteri & Jalang, Kaki Bakar, Jogho, Buai Laju-Laju (to name a few). Rasanya kalau tak silap filem Black Widow Wajah Ayu pun diarah oleh beliau dan diterbitkan oleh produksi Raja Azmi. Kalau tak silap lah.
U Wei, bagi aku ada magisnya yang tersendiri. Filemnya bercerita pada kelas yang tersendiri dan punyai penggemar yang tersendiri. Tak seperti pengarah lain, U Wei gemar mengangkat tema feminisme dalam karyanya sama seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba (lewat filem Selubung, Ringgit Kassorga atau Layar Lara)
U Wei kembali dengan filem bajet besar "Hanyut" membariskan pelakon hebat seperti Sofea Jane (sangat ramah di Twitter. Aku suka keramahan beliau), Khalid Salleh, Alex Komang, Bront Palarae, Adi Putra selain teraju utama Peter O'Brien dan Diana Danielle sebagai Nina.
Filem ini secara kasarnya menceritakan tentang seorang pedagang yang kemaruk kuasa mahu mencari kewujudan gunung emas hingga mengabaikan keluarga. Anak perempuannya yang dihantar untuk belajar susila orang putih kembali ke tanah air dan berlaku pertelingkahan antara suami-isteri dan anak. Si ayah mahukan taklukan kuasa. Si ibu mahu anak terus tinggal bersamanya dan tak mahu kehilangannya buat kali kedua. (I wish Sofea Jane dapat award utk filem ini)
Aku harap ramai penonton akan menonton filem ini. Yalah dari kau bazir tengok rempit-gangster-rempit-hantu tak sudah-sudah, ambil lah sedikit masa untuk menonton karya ini.
Suka scene ini!
#1 : Aku masih menunggu trailer filem Sembunyi (working title 'Azazil'). Filem seram Kabir Bhatia saja yang masuk dalam jiwa aku. Tak tahulah kenapa.
No comments:
Post a Comment