Wednesday, August 15, 2012

Promo Sinar Syukur 2012: Ramadan Diberkati, Syawal Disyukuri



Tahun ini lengkap 3 tahun membuat tradisi slot khas Aidilfitri.

Serious tak saya? huehuehue

Pada tahun 2o10, aku kenalkan Syukra Ramadan, Taqbir Syawal, 2011 pula Sesuci Syawal manakala tahun 2012 pula Sinar Syukur.

Takmo cerita banyak, meh kita selongkar

Sebuah entry khas tentang bulan nan mulia ini. Apakah kita bakal bertemu Ramadan akan datang nanti?



Sebuah slot yang dicipta sejak 2010 khas untuk blogger-blogger yang nak buat ucapan sempena Syawal akan datang ni. Caranya sangat mudah. Kalian boleh tinggal ucapan pada ruang komen di bawah, beserta dengan lagu raya kegemaran. Kalau nak kirim kad raya (format jpeg) sangatlah dialu-alukan. Hantarlah kad raya tu di email faizalsulaiman85@gmail.com Ucapan kalian akan disiarkan malam menjelang raya nanti. Kalau nak tengok contoh, sila klik pada 2 link yang aku berikan di atas :) Jom meriahkan ramai-ramai


Sebuah kisah cinta antara Nur dan Fitri bila perpisahan telah menjadi garis pemisah. Bertemukah mereka di pagi Syawal?



Kisah ni sudah dipublish di twitter beberapa hari lepas. Tertinggal? Boleh ikutinya petang raya nanti, okies:)



Apa jadi sepatu merah yang dipakai, sebenarnya telah dipunyai oleh sesorang yang mati berdendam?



Mini siri sulung sempena bulan puasa. Saja nak tulis selain nak lari dari tipikal siri ramadan yang lain. Disini post motermnya. Oh ya. Terima kasih pada pembaca yang sudi membaca, yang drop every single comment, aku sangat-sangat hargai. Malah jadi pembakar semangat untuk terus menulis, paling utama cerita twist and turn. Jangan lupa ikuti kisah akhir Hujung Ramadan, InsyaAllah esok dan Jumaat jam 6 pagi



Bukan kau orang je bebas bulan syawal ni. Awas!

***

Jadi sementelah bulan ramadan masih berbaki ni, mari kita berusaha untuk mencapai amalan sempurna sehingga syawal mendatang ni, okey :)


Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat hari raya, minal aidil wal faizin!


#1 Trailer filem yang ditunggu-tunggu, Hanyut telah disiarkan di YouTube.
#2 Lagu kolaborasi Hafiz ft Dato Siti Nurhaliza: Muara adalah putaran sebelum raya ini. hew hew hew.

6 comments:

ghost said...

rajin betul ko ek... begitu banyak usaha ko.

selamat hari raya aidilfitri, maaf kalau ada komenku yang tidak disukai.

mr.syazwan said...

hebat

momentum konsisten tetap ada kan

tahniah

=_=

NusrahYahya said...

akak tinggal ucapan raya kat sini eh :)

selamat hari raya aidilfitri kepada keluarga,sahabat handai,rakan-rakan maya sama ada di facebook,twitter dan blog Bicara Dari Sisi Aku..segala salah dan silap harap dimaafi dan semoga syawal tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran..

*lagu raya pilihan: Allahyarham Tan Sri P Ramlee - Dendang Perantau

Faizal Sulaiman said...

ghost writer---> hehe rajin.

samalah kita weh.

selamat hari raya, ghost. baca dan komen cerita2 ku lagi nanti okay

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan ---> tunggu penyertaan wan!

Faizal Sulaiman said...

NY---> terima kasih, kak!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED