Sebelum ini dalam Hujung Ramadan
Rosnah menemui ajal dalam kemalangan dan Kamal ditahan polis berhubung kematian Ramlah dan Bakar.

Semuanya macam mimpi.
Sekejap saja kita gapai.
Sekejap pula ditarik semula.
Semuanya bermula bila Kamal dan Rosnah tak mampu nak bayar hutang ceti haram, disebabkan hutang pernigaan yang menimbun. Terdesak untuk terus hidup dan perlukan perlindungan keselamatan mereka sekeluarga, Rosnah rancang untuk kaut semua harta kakaknya, Ramlah melalui satu perancangan yang licik.
Ramlah dan suami terkorban dalam nahas jalanraya. Siasatan mendapati tayar kereta bocor selain hujan lebat lalu jalan licin menjadi penyebab. Nyata ia tak semudah yang disangka apabila kesemua harta ditinggalkan pada satu-satunya waris mereka, Juraimi-si anak.
Rosnah buntu sekejap. Satu saja cara. Ambil Juraimi dari rumah anak yatim. Jaga elok-elok dan manipulasikan hidupnya macam dia selalu manipulasi Kamal dan Manis.
Namun, pepatah lama ada menyatakan. Pandai pun si tupai melompat, ketanah jua jatuh akhirnya.
Manis menekup mukanya. Tidak tahu apa nasibnya selepas ini. Ibunya sudah meninggal dunia. Bapanya pula masih dalam siasatan polis. Semasa pengebumian ibunya pun, bapanya turut diiringi dengan dua pegawai polis. Kini, nasibnya sama seperti Juraimi. Yatim. Yatim Piatu.
Apatah lagi mengenangkan si anak yang bakal lahir tidak berbapa, memungkinkan Manis menjadi separuh gila. Kenangkan Jamil, hatinya tersayat. Kenapa bila dah dapat benda sedap, ditinggalkannya aku terkontang kanting seorang diri.
Kepada siapa ingin aku berpaut?
Manis menghela nafas. Mengenang semula detik pertemuannya dengan Jamil, seorang anak tunggal yang sama juga sepertinya, tidak disukai oleh ibu sendiri. Pada usia lima belas tahun, dia cabut lari dari rumah lalu tinggal dengan bapanya yang kaki mabuk. Dari situ agaknya, dia belajar erti kehidupan yang mana perempuan memang layak dirosakkan. Berlainan dengan Manis, dia sendiri tidak tahu punca apakah yang menyebabkan Rosnah membencinya.
Tapi tidakkah emaknya yang seorang itu tahu betapa dia inginkan sepicing kasih sayang seorang ibu? Tak pernah ke ibunya itu terasa bahawa selama ini dia di anak tirikan oleh ibu sendiri?
Apa salah Manis, mak?
“Sebab kau bawak malang”
Ada suara asing menegurnya dari bilik. Dia berpaling. Seorang gadis, mirip dirinya sedang tersenyum sinis, bagai mengejek dirinya sendiri.
“Kau tahu mana?”, Manis bertanya naïf. Gadis itu menggerbangkan rambutnya, menguak sedikit kebelakang. Senyumannya makin menjengkelkan.
“Kau tak sedar ke? Lepas je kau dilahirkan, mak dengan bapak kau sering begaduh pasal wang. Pasal duit. Mereka pentingkan duit dari kau! Kau memang anak yang tak ada guna!”, jerkah kembarnya itu sambil bercekak pinggang.
Manis terhenyek.
Benar.
Dia memang tak dilayan dengan sempurna.
Tidak semacam anak kandung yang lain kerana setiap hari-harinya dibazirkan dengan air mata dan persoalan demi persoalan tentang sikap dingin Rosnah atau tak peduli Kamal terhadapnya!
“Jadi kau puas sekarang?”, soal gadis kembar itu sambil mengepam bibirnya lama-lama.
Manis diam. Tiada reaksi waima jawapan pasti. Si kembar itu dipandangnya lama-lama.
“Alah! Kau teruskan saja niat kau tu! Alang-alang. Untuk kebaikan kau. Sepupu kau juga!”, bisiknya lagi membiarkan Manis menelan setiap butir kata-katanya.
“Kak Manis cakap dengan siapa?”, tanya Juraimi yang terhendap-hendap sedari tadi. Manis tersedar. Cepat-cepat dia kuntumkan senyum selesa, lantas menggeleng.
“Kita kena keluar dari rumah ni, dik. Hidup kat tempat baru. Kat tempat lain”, cadang Manis sambil memaut kedua tangan Juraimi untuk minta persetujuan. Juraimi sedikit keliru tetapi cepat-cepat disangkal gadis itu.
“Kakak nak kita bina hidup baru. Terlalu banyak kenangan memeritkan disini. Kenangan yang kita berdua tak ingin kenangkan”, ujar Manis yakin. Juraimi senyum lantas mengangguk.
Manis lega. Lega sebab boleh keluar dari sarang neraka. Lega sebab sudah dapat curi dengar perbualan ibu dan bapanya tentang perancangan membunuh Makcik Ramlah dan Pakcik Bakar. Pengkhianatan diteruskan dengan memberitahu pihak polis tentang rancangan ibu bapanya. Gembira bila kenderaan dipandu Rosnah kemalangan seperti apa yang dirancangkan. Gembira apabila si Kamal berjaya ditahan polis.
Gembira bila Juraimi ambil keputusan untuk tinggal bersamanya.
Manis sudah jumpa lubuk emas yang dicari selama ini…
Mak…ayah…itulah! Siapa suruh tak pedulikan Manis dulu???
Tweet

TAMAT
***********************************************************************
Bagi korang para blogger yang ingin menghantarkan ucapan Selamat Hari Raya Edisi 2012, sila tinggalkan ucapan anda di ruang komen, beserta lagu kegemaran Hari Raya korang di ruang yang sama. Kalau rajin lagi, boleh buat Kad Raya (format jpeg) dan hatar ke faizalsulaiman85@gmail.com (tak sempat, takpe)
Moh join ramai-ramai. Ucapan korang akan disediakan dalam satu slot khas malam raya nanti. Tunggu!!

4 comments:
what?? manis pulak yg ambik plan tu??tak sangka!
cerita nice,ending cantik cuma jalan ceritanya mcm cepat sikit.kalau panjang lg mungkin setiap plot lebih berisi :)
*hanya pandangan yg tak seberapa..salam aidilfitri faizal :)
NY---> terima kasih kak sebab baca dan tinggal komen sekali.
saya suka ending twist mcm ni. hehe
ok kak. InsyaAllah saya akan perkemas jalan cerita saya lagi lain kali. InsyaAllah satu lagi mini siri akan keluar bulan 9 nanti.
Terima kasih sekali lagi. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin, kak
ugh! the real tok dalang finally revealed... :P
*should've expected it from you but i didn't, haha!
slmt menyambut eidulfitri, faizal! :)
Ri---> hehe, suka twist ni, Ri.
Thanks for dropping comments towards every Hujung Ramadan's entry.
InsyaAllah, will do better next time.
Selamat Hari Raya Aidilfitri juga. Minal aidil wal faizin!
Post a Comment