Sunday, August 19, 2012

Sinar Syukur 2012: Cerpen - Sepatu Merah


Headline pada suratkhabar mainstream terpampang.

“SEKELUARGA MATI DIBUNUH. BISIKAN JADI PUNCA”

Semua pembeli tertarik. Suratkhabar menjadi laku. Departement Jenayah sudah punyai cerita yang boleh dijual. Masyarakat bakal dilanda kontroversi. Tahyul semakin menjadi! Isi sebenar? Hanya si pelaku yang tahu…

Dan ia bermula begini.

***

“Lusa dah nak raya dan kita masih dengan penyakit dia yang entah apa-apa tu”

Raza mengeluh memandang siling dengan mata terkebil-kebil. Isterinya Lisa hanya diam membisu, bangkit duduk bersandar di tepi katil sambil menguak lurusnya kebelakang.

“Sudah-sudahlah bang. Anak kita tu. Lagipun kita tak tau lagi apa keputusan doktor”, bisik Lisa memandang suaminya yang sudah telepas cakap. Raza pandang isterinya.

“Sebelum ni tak pernah jadi apa-apa pun. Dah banyak kita berhabis, tapi dia tak pulih-pulih jugak”, gesa Raza menyentakkan Lisa.

“Abang! Nina tu anak kita! Kenapa sampai cakap macam tu?”
“Awak faham tak kita banyak belanja! Rumah sewa nak kena bayar, bil, motor, lepas tu kos rawatan dia. Saya penat!”
“Jangan mengeluh bang. Ini dugaan!”

Raza bangkit tak semena-mena. Bengkak benar hatinya kalau asyik dikata musibah menimpa Nina itu adalah dugaan. Dan dek kerana dugaan itu, dia harus bersabar. Soalnya, sampai bila dia mahu bersabar?

Tingkat sabarnya bukanlah tinggi mana pun!

“Saya malas dah nak cakap. Ikut awaklah!”, putus Raza sambil bangun lalu menuju ke ruang dapurnya.

Jaki benar kalau setiap patah katanya dibangkang tidak tentu hala. Dia ketua keluarga, jadi kenapa dia mesti dibantah?
Bengang!

Dia dan Lisa hidup bahagia sejak tujuh tahun berkahwin. Kehidupan mereka dihiasi dengan seorang anak perempuan bernama Nina. Namun, ia tak semudah yang disangka bila Nina menghidap penyakit misteri. Budak perempuan itu nampak seperti diganggu secara mental. Cakapnya dah tak lancar. Selalu sangat moody dan memberontak, malah lebih teruk, suka memencilkan diri.

Dan dia sebagai seorang bapa, sudah habis daya hendak mengubatkan anaknya yang seorang itu!

“Abah cakap dengan siapa?”, bisik Nina yang entah mana munculnya. Raza tersentak mendadak. Rambut budak perempuan yang asalnya menggerebang paras dada, disikat lurus lantas menjadikan Nina tak ubah seperti hantu Korea yang selalu Raza saksikan lewat leluconnya pada Lisa, pada awal usia perkahwinannya.

Bezanya, apa yang dilihat kini adalah benar dan bukannya palsu.
Dan hantu Korea yang dilihat dulu, sekarang ini adalah anaknya, Nina.

“Abah tak cakap dengan siapa-siapa. Abah haus. Nak minum”, balas Raza pendek-pendek. Entah kenapa, rasa sakitnya menyucuk-nyucuk hatinya yang semakin kering dengan emosi. Enggan berlama-lama, dia buka pintu peti aisnya, mengambil air kosong yang dibotolkan siap-siap, lalu ditogoknya selamba.
“Kau tak inginkan aku, Raza? Aku inginkan kau. Aku masih muda!”

Suara kecil anaknya kedengaran lagi. Lemah lembutnya aneh. Menggoda, lalu menghentikan minumnya kerana hampir saja tersedak. Dia kemudiannya memandang Nina yang sedang tersenyum sinis.

“Baik Nina pergi tidur. Jangan merepek!”, putusnya lalu meninggalkan Nina berseorangan di ruang dapur. Nina hela nafas.

Kerja ini kerja mudah. Malah suara-suara dalam kepalanya sudah menyuruhnya untuk membuat pelbagai perkara menjanjikan keseronokkan. Semua gara-gara sepatu merahnya.

Pertama: Jerut leher Lisa sampai mati. Kelar lengannya biar nampak seperti bunuh diri.
Kedua: Ada pisau di dalam cabinet dapur. Ambil pisau itu. Tikam tepat ke dada Raza.
Ketiga: Pakai sepatu merah. Bawa tubuhnya lalu humban dari tingkat atas rumahnya.

Semua itu perlu dilakukan malam ini!

Nina sedang tersenyum.
Adura, si pemilik asal sepatu merah yang kini menghuni tubuh Nina, makin melonjak gembira.

Aku cemburu keluarga kau, Nina!

TAMAT


***

SEBELUM INI

SELEPAS INI

No comments:

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED