Wednesday, August 08, 2012

Ramadan: Iklan Raya

Aku rasa bukan aku sorang yang menanti-nanti iklan raya terutama dari Petronas.

Walaupun durationnya macam filem pendek, tapi ia sangat bermakna.

Dari kisah ibu melecur tangan, menunggu kepulangan anak terus kepada kisah janda beranak tujuh yang mengidam rendang daging di pagi raya, kepada kisah bapa yang diabaikan anak perempuannya dengan latar lagu Ebiet G Adie membawa pada kisah bapa, anak dan burung murai selain kisah seorang gadis yang terpikat dengan seorang jejaka yang kerjanya hanya menjaga bapanya yang uzur.

Ia menyentuh perasaan.

Ya.
Ia dari sentuhan emas Allahyarham Yasmin Ahmad.

Kini generasi baru menggalas tugas itu, walaupun tidak sama dengan Yasmin (manakan boleh sama...kau ni pun) namun hasilnya juga menyentuh rasa.

Tahun ini Petronas menghidangkan iklan berjudul "Stranger" lakonan Redza Minhat.

Aku suka!



#1 Moga tak ada lagi iklan macam TV3 dulu tu. Serupa nak sambut apa lagaknya

#2 Iklan yang mempunyai mesej yang baik adalah iklan yang boleh bercerita tanpa dialog, tetapi dengan imej

#3 Iklan Petronas ini membawa aku mengenangkan lagu tema Pesta Gawai dan Kaamatan yang turut dibuat Petronas. Lagu Mia Palencia-Kembali dah jadi ringtone aku sejak lagu itu disiar di YouTube. Barulah sedar betapa pentingnya Pesta Gawai dan Kaamatan pada Sabahan!

8 comments:

ana said...

redza minhat.. good actor actually tapi ramai yang tak perasaan bakat dia.

iklan kali lagi bgus la walaupun tak boleh lawan karya yasmin ahmad..tapi menyentuh juga sanubari ni.

FaizalSulaiman said...

ana---> yeap. he is really good!

lebih kepada penceritaan anak rantau yg sangat mengharugai apa yg ada pada negerinya =)

Ri said...

sebak tgk..

redza minhat background theatre kan? mmg minat lakonan dia

FaizalSulaiman said...

Ri---> ye kot agaknya. lakonan dia cool

NY said...

faizal...kenapa tak bgtau akak masa pelancaran kopi tu redza minhat dtg..boleh mtk sign dia jugak..huhu..serius akk x perasan dia

*akk dh tgk iklan ni semalam.nice!

FaizalSulaiman said...

NY---> laa ingat akak tau. kan ada masa introduction memula tu. dia berdiri sebelah saya, tapi saya terlalu malu nak bercakap ngan dia. hehe

NY said...

akak tak terpikir lgsg redza minhat yg tulis venti adalah redza minhat pelakon pisau cukur tu..sbb tu masa introduction tu pun akk x perasan dia..atie or kwn2 akk pun x ckp pape..huhu

FaizalSulaiman said...

NY ---> serious? fereal akak tak perasan? alahai sayangnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR