Peram merupakan intuisi aku mentafsir kemarahan yang dipendam dan menjadikan objek-objek persekitaran sebagai meduim bercerita buat kamu, wahai bloggers. Perlu diingat, dalam Slot Peram, sapa makan cili boh akan terasa pedasnya.
Ini kerana tanggungjawab sebagai manusia adalah untuk saling ingat mengingati.
Untuk edisi pertama Peram, aku nak bercerita tentang adab menjawab soalan.
Korang pernah rasa jengkel tak bila soalan korang tu dijawab endah tak endah je dengan si penjawab?. Apa korang rasa?. Ambik contoh dibawah.
Babak Peram antara Enrique Gonzales Kontang ngan Ricky Va Va Voom.
Enrique Gonzales Kontang:- Ricky, esok kelas ERT kat ne ek?
Ricky Va Va Voom:- (Diam selamba sambil berchatting dengan makwe kampunganya Tipah Rosalinda di ruang sembang Yahoo Messenger)
Enrique tanya lagi, tak putus asa. Dia tahu bangunan ERT skolahnya masih belom ada. Jadi dia bertanya lagi kepada Ricky Va Va Voom, tetapi budak lelaki itu buat muka selamba derk jer membiarkan Enrique menunggu seperti pak pacak yang bodoh. Dalam kelasnya, hanya mereka bertiga saja yang dipaksa mengambil subjek itu
Enrique menenangkan dirinya menunggu masa Ricky menghabiskan masanya berchatting dengan Tipah Rosalinda dan alih2 jer, tiga puluh minit lamanya menunggu, Ricky berlalu pergi dengan muka rilek tanpa mempedulikan pertanyaan rakan biliknya itu.
Seyesh, Enrique rasa macam nak bagi pelempang Jepun kat muka lonjong Ricky tetapi mengenangkan Ricky tu kawan baiknya, dia menyabarkan hati. Peram lagi hati mamat tu...
Ha..lebih kurang camnila contoh yang kadangkala berlaku dalam hidup kita. Kalau aku, seyesh aku memang pantang gila bila tanya soalan, si penjawab buat muka derk atau pura-pura tak dengar soalan kita.
Ingat kita ni tunggul ke?
Kalau iyapun tak nak jawab soalan tu, tak elok la kalau diam saja. Tak kesian ke orang yang bertanya?. Sekurang-kurangnya cakap la sikit.
Kadang2 tu sampai dua, tiga kali kita jenuh bertanya...baru nak jawab!. Itupun pendek sangat dan paling best bleh plak tarik muka ketat ngan kekwat. Pergh..drama seh!.
Ingat ko artis???
Kalau korang berhadapan dengan orang camni, apa pilihan yang korang akan buat?.
Indera:--) Jangan berat mulut. Mulut kita bukan ada emas pun... Tweet
6 comments:
kalo jmpa ngan org2 macam ni,menag angin giler..
kita bagi pelempang sulung kat mereka..hehe
beli cili, letak atas meja, sambil tinggalkan nota
"DAH LAME HIDUP?"
hehe, ade wat blog baru, http://mazasaila.blogspot.com
bEEdLE d' bARd & Azam--)pergh cadangan yang baik tu wei.
hahahaha
klau saya, sy blah je...malas nk tanye bebyk...consider je org tue pekak...so jgn layan..
Zura --)btol tu.kena buat camtu sekali.
sebenarnya, perkara seperti kt atas x kan terjadi kalo kite nie saling hormt dan menhrmati kan? Cth, hormt membe ngn jwb soaln die, cakap bek2 ngn mak abah, etc. kan ke bagus kalo gitu?
p/s:Cili boh ngn cili api mana lagi pedas ye?? :)
Post a Comment