Monday, November 30, 2009

7 HARI: EPISODE 6


DUA HARI SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

Ia sepatutnya menjadi hari yang biasa buat Elena Hanim, isteri kepada usahawan telekomunikasi terkemuka, Teletune. Seperti biasa, dia akan bangun seawal jam enam pagi dan terus merancang pelbagai agenda untuk diisi sepanjang harinya bergelar suri rumah sepenuh masa. Dan pada kebiasaan, dia akan menyediakan muffin kismis berkacang sebagai sebahagian menu sarapan pagi wajib keluarganya, membersihkan ruang tamunya, menyiram pokok bunga Azalea kegemarannya dan diakhiri dengan pembayaran bil utiliti rumah Dia sangat senang membuatnya sendirian tanpa ada bantuan dari sesiapa, sehinggalah pada empat bulan yang lalu ketika suaminya Rashid memperkenalkan Adriana Albanes untuk dijadikan pembantu rumah.

Pada mulanya, semua berjalan dengan lancar. Adriana membuat segala tugasannya dengan sempurna. Mengikut segala arahan yang ditetapkan oleh Elena. Tetapi semuanya tidak kekal lama. Dia mula dapat menghidu tindakan nakal dan mata keranjang suaminya terhadap perempuan Filipina itu. Lalu dia nekad. Tidak mahu rumahtangganya hancur, dia mengambil keputusan untuk mengupah seorang penyiasat peribadi yang akhirnya memutuskan untuk mengalah dan berhenti dari penyiasatannya setelah empat bulan selepas itu, Adriana dikhabarkan hilang tanpa dapat dikesan...

-“Lena. Awak masih mendengar kan?”, soal satu suara parau dihadapan perempuan itu. Elena terpana. Kelihatan seperti kebingungan, lalu dia kemudiannya mengangguk tidak ketara. Wajah berceratuk suaminya dipandangnya bena tak bena. Di belakang lelaki itu kelihatan dua pegawai polis lengkap beruniform, sambil tajam sahaja pandangan mata mereka memerhatikan perbualan perempuan itu dan suaminya. –“Awak..kena percayakan saya!. Saya tak ada kena mengena dengan kehilangan Ana.., maksud saya Adriana”, suara Rashid kedengaran tersekat -sekat seperti menahan sesuatu tatkla memerhatikan wajah isterinya yang sudah berkerut menaham marah.

-“Apa? Ana?. Oh sudah tahu nama timangan?. Apa dia panggil awak?, Baby Rashid?”, perli Elena pedas sebelum matanya sempat menangkap anggota polis dibelakang suaminya yang berdeket-deket menahan gelak. Dia mencebik benci ke arah suaminya sebelum pasrah memeluk tubuhnya sendiri. Rashid mempedulikan semua itu dan terus membela dirinya. –“Tolonglah Lena!. Saya diperangkap!. Sumpah saya tak ada kena mengena dalam hal ini dan saya tak...”, belum sempat lelaki berusia itu menghabiskan kata-katanya, Elena memotong percakapannya dengan tidak beradab.

-“Sejak bila?. Sejak bila awak ada perhubungan dengan dia?”, soal Elena serius dan tegar. Air muka Rashid kelihatan redha. Dia menjawab gentar.–“Dua..Dua bulan yang lepas dan saya...”

-“Oh.. Dua bulan?”, Elena terus memotong percakapan suaminya lagi dan kembali menyambung. –“Masa tu awak mengalami satu tekanan besar. Ya!. Waktu dua bulan lalu sewaktu awak mengalami kemurungan merupakan saat yang paling menakutkan buat saya!”, katanya dengan nada yang tiba-tiba sebak dan terkenang-kenang. Dia menyambung lagi tatkala Rashid mula hendak membuka mulut. –“Saya sering memikirkan kenapa awak jadi begitu. Kenapa awak tak tenteram?. Kenapa awak murung?...rupa-rupanya disebabkan Adriana!”, bisiknya perlahan lantas memandang wajah Rashid dengan satu perasaan yang sangat benci. Rashid kelihatan serba salah.

-“Lena..dia dah...hilang sekarang!” putus Rashid seperti mahu menamatkan keadaan tersepit dia dan isterinya itu. Elena walaubagaimanapun enggan mengaku kalah dan terus bertanya.
-“Tapi, kalau dia tidak hilang sekarang pun.., dengan siapa awak pilih?. Saya atau dia?”, soal Elena lagi membuatkan Rashid semakin tidak keruan. –“Lena..dia dah..hilang”, ulang Rashid yang semakin buntu. Elena melepaskan satu keluhan mencemuh sebelum bangun perlahan, menghadapkan wajahnya yang dirundung kesedihan ke muka resah Rashid.

-“Selama dua puluh lapan tahun saya berkorban demi awak dan jikalau semua dakwaan yang dilemparkan oleh anggota polis itu benar, saya berjanji akan meninggalkan awak, menelanjangi maruah awak, membawa anak-anak kita jauh dari hidup awak dan seterusnya melupakan awak selama-lamanya!”, jelas Elena tepat kepada Rashid membuatkan wajah lelaki itu pucat lesi. Elena bingkas bangun, memusingkan tubuhnya menghadap pintu keluar sel sementara itu dengan hati yang remuk redam.

*


Eza memasukkan dua kotak terakhir yang diambilnya dari laci besar dalam bilik ibunya dan kini sedang bersiap sedia untuk menutup begnya dengan pantas. Dia mula bangun dari duduknya yang canggung dari atas katil, memerhatikan sekeliling sebelum bahunya disergap oleh seseorang. Eza berpaling dengan secepat kilat, sambil jantungnya berderau menahan debar.

Kelihatan Jason tersenyum kepadanya.

-“Kau nak apa?”, suara Eza kedengaran berbisik keras. Dia berpusing semula ke posisi asalnya, mengangkut begnya semula dan berkira-kira hendak meninggalkan bilik itu. Jason menahannya, sekali lagi dengan senyuman manis terukir di bibir. Disamping itu, dia tidak berkata apa-apa. Eza mendengus benci.
-“Kalau nak main galah panjang, ini bukan masanya!”, tempelak gadis itu sambil mengiraikan rambut pendeknya sebelum mencampakkan beg galasnya yang berisi tiga kotak barang kemas yang dicuri dari almari ibunya ke atas katil. Beg itu melantun beberapa ketika sebelum Jason memandang beg itu dengan pandangan tajam.

-“Pandai kau berlakon kan?”, kata lelaki cina itu tiba-tiba sambil matanya berkedip-kedip memerhatikan Eza yang mula berjalan girang ke arah meja ibunya, mengambil beberapa helai tisu kemudian mengelap peluh dingin di dahinya. Dia memandang Jason dengan senyuman nakal. –“Mama dan Kak Amy takkan tahu yang aku balik ke sini semata-mata mahu mencuri barang berharga di dalam rumah ini. Mereka tak pernah kisahkan aku. Maklulmah, sejak remaja aku memang bermasalah!”, kata Eza perlahan sambil kembali mengelap dahinya. Dia menyambung lagi dengan tegar. -"Bukan macam Kak Amy. Pandai, Cantik, ada budi bahasa , ada pendidikan. Syah memang layak dengan dia", ujarnya lagi sambil tiba-tiba terpaku memandang wajahnya di hadapan cermin. Jason memandangnya kasihan. Eza walaubagaimanapun tersenyum mengejek.

-“Tak perlu memandang aku dengan pandangan simpati begitu. Aku curi untuk kau!. Bayar lintah darat seperti kau!”, kata Eza sinis sebelum kembali mengambil begnya semula yang dicampakkan ke atas katil dan terus menuju ke muka pintu bilik ibunya sebelum memandang Jason dengan renungan jengkel biasanya sebelum lelaki itu datang dekat kepadanya.

-“Sebenarnya..aku datang ke rumah kau..bukan sekadar hutang ini saja..tapi..ada.. sebab..lain..”, kata-kata Jason yang akhir itu langsung tidak diendahkan oleh Eza lantas dia terus memotong percakapan lelaki itu dengan selamba.
-“Lebih baik kau keluar sebelum mama balik. Jangan risau. Esok, selepas majlis perkahwinan kakak selesai, aku jumpa kau di tempat biasa.”, ujar gadis itu lagi dan Jason kelihatan akur. Dia keluar perlahan dan Eza terus menutup pintu bilik ibunya dengan sesenyap mungkin tanpa menyedari, Amy sedang mendengar perbualan mereka...

BERSAMBUNG...

Sunday, November 29, 2009

BULAN BARU KEMBALI

Filem arahan Chris Weitz ini sangat membuka keterujaan aku selepas filem super-disaster 2012 yg lepas. Well..tak banyak yg boleh aku perkatakan tentang filem ni. Jadi apa kejadahnya aku tengok citer ni?:-

1) Premis cerita yg sangat cun. Maklumla.., dari imginasi buku transfer ke filem. Visual yang sangat cantik.

2) Watak Bella (Kristen Stewart) sangat baik berbanding installment pertama. Emosi berbelah bahaginya antara Jacob-Edward membuatkan audiens juga merasa apa yg minah ni rasa. Kalau korang, agaknya korang pilih sapa?

3) Good action tetapi quite a slow plot movement. Maybe nak expose kegelapan dalam citer ni. Tapi serious, aku agak dissapointed coz action dari Cullen Family takde sangat. Maybe nak develop character geng2 The Quileutes kot (warewolf)

4) Watak2 The Quileutes (yg sangat hot okey) dan kemunculan Dakota Fanning sbg Jane-si ketua Pontianak membuatkan penantianku berbaloi. Creepy seh Jane dan FYI, beliau merupakan salah 1 sebab kenapa aku nak tengok New Moon nih.haha

5) Bila korang tengok citer nih, korang mesti tak sabar nak tunggu Twilight:Eclipse. Kenapa? Tengokla sendri!

Pendapat peribadi aku la kan, korang yang nak tengok sangat citer ni, gi la tengok. See for yourself. Tak tengok pon tak rugi. Maybe expectation untuk menonton New Moon sbg satu filem action sebagaimana filem pertamanya is a little bit frustrated. Tapi overall, New Moon boleh mengaut untung walaupun tidak mempertaruhkan The Cullens sebagai peneraju utamanya.

NotaKakiFaizal--)Oh ye..mini series akan kembali bersiaran esok. Sabar menanti:-)

Friday, November 27, 2009

PEOPLE AND LABEL


Entry first selepas agak lama mendiamkan diri. 1st of all, Selamat Hari Raya Qurban ku ucapkan kepada semua pembaca. Okay, tros kecikkan skop.

Label. Satu istilah yang sering kita gunakan untuk memberi gambaran pertama ketika kita melihat sesuatu. Ia umpama satu kesimpulan ringkas. Sebagai contoh, Mat Jali, pelajar diploma yang baru je habis belajar. Jadi dek kerana motivasi diri dan tidak mahu tergolong di dalam kelompok graduan "tanam anggur", dia memulakan langkah sebagai pekerja pasaraya. Nak cari pengalaman, besides leh guna peluang ini untuk mencari lubuk kerja yang lebih baik. Rakan baiknya, Mat So'od, yang belajarnya tidaklah setinggi Mat Jali memperlekehkan tindakan Mat Jali dan menganggap bekerja sebagai pekerja pasaraya adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

"Kelulusan sampai diploma, takkan keje supermarket, bhai?. Diploma kurang2 ko boleh dapat ribu2!. Wat penat je ko blajar!", sindir Mat So'od dengan nada yang sangat tidak disukai Mat Jali, yg dalam hati menyumpah seranah member "mangkuknya" itu. Dia bukannya mencuri, merompak, apatah lagi menyamun. Dia pening saat ini!.

So anak murid cikgu, mana istilah labelnya?.

Ya..tepat sekali...

Mat So'od melabel yg "budak2 diploma akan terus dapat kerja lepas keluar U, dan suprisingly gaji itu musti ya..musti..ribu-ribu keatas!". What the heck??

Banyak lagi istilah label yang korang leh jumpa dalam kehidupan kita. Budak2 yg duduk kelas pertama di sekolah, semuanya pandai2. Lelaki dan pompuan gi disko, semuanya evil. Yang pakai tutup2, nampak baik. Mereka yang mengamalkan kehidupan seperti Gay, Lesbo, drug addict, mat rempit semuanya tak bole pakai! Motif kan??

Aku paling tak suka label sana sini. Soalnya, ye ke diorang ni jahat? Masyarakat kita sangat kuat melabel. Tengokla berapa ramai banduan yang tak boleh diterima komuniti semula?. Berapa ramai ibu-ibu tunggal dipandang hina oleh kaum2 wanita bersuami, bimbang suami mereka diganggu?.

Kita harus akui yang kita paranoid. Paranoid kerana risaukan kehidupan kita dikacau oleh mereka2 ini. On a second thought, kita memang patut merasa cuak atau takut, tapi takperluah nak kurantin diorang ni cam diorang ni kena H1N1 plak atau dengan kata lain memulaukan mereka.

Aku ada a few friends seperti yang tercatat di atas. So who cares?. As long as we happy with them and most importantly, they never dissapointed in me. Itu jalan yang mereka pilih, so let it be. Bahkan, mereka ada hati yg baik, yg jarang2 ada pada manusia "sempurna" yang lain. Kita tak perlu membenci orang disebabkan label yang dia ada. Berkasih sayanglah antara manusia kerana ia adalah satu kewajipan and sadly, we get so few of them!. Mereka juga manusia seperti kita..

Bukankah kita semua sama disisi Allah?

NotaKakiFaizal--)Teringat cerita Antara Garisan.

Sunday, November 22, 2009

7 HARI: HINTS OFJUICY DETAILS!

Tinggal dua episod saja lagi mini series romantic-dark-comedy, 7Hari akan tamat. Harap2 pembaca setia (ada ker?huhu) 7Hari akan setia menanti nih, 2 episodes yang tinggal. Seperti biasa, Episod 7 akan dibahagikan kepada dua bahagian (Bahagian 1 dan 2)


And most probably, di bahagian 1 dan 2 nanti, ada sedikit twist & turn kepada jalan cerita ini, so maybe tekaan korang ada yang silap. Hehehehe. So here some juicy details yg mampu ke berikan:-)

1) Keluarga kecil Tuan Rashid akan menerima satu berita yang mengejutkan
2) Elena di khianati dan merancang sesuatu
3) Syah akhirnya berterus terang



Cukupla tiga je. Yang lain2 sila tunggu okeh!


NotaKakiFaizal--)Post moterm akan dilakukan selepas habis mini series ini.TYVM guys for reading it!

Thursday, November 19, 2009

7 HARI: EPISODE 5



TIGA HARI SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

Pegawai polis muda, Izham Ahmad Arifin tidak pernah menyangka akan kesukarannya sepanjang lima tahun bergelar anggota polis. Sepanjang dia menyarung uniform biru tua itu, dia tidak pernah mengetahui tentang kes kehilangan seorang perempuan muda warga Filipina akan menyebabkan satu drama keluarga yang paling dahsyat pernah dia tonton!

Ia bermula pada satu pagi yang hening, selepas dia menerima arahan dari ketuanya tentang wujudnya perkaitan keluarga Tuan Rashid Habib, pemilik syarikat telekomunikasi Teletune dengan kehilangan pembantu rumahnya Adriana Jane Albanes, wanita berumur dua puluh sembilan tahun, berbangsa Filipina. Dengan berbekalkan fail yang lengkap dengan segala butiran kes, dia terus memandu kereta perondanya ke kawasan kejiranan Taman Cahaya sebelum bertemu dengan tiga wanita pertengahan umur, dimana yang seorangnya mempunyai leher yang pendek dan bermuka tembam yang sangat becok mulutnya untuk bertanya arah rumah Tuan Rashid.

Dia memandu dengan redha, mengikut arahan yang diberi oleh perempuan itu setelah bertanya ringkas, walaupun separuh hatinya jelak dengan senyuman pura-pura wanita itu.

Tiba di perkarangan banglo mewah, dia langsung ke laman rumah yang cantik, mempedulikan tiga biji khemah putih yang dia sendiri tidak tahu apa tujuannya. Dia ke muka pintu, namun belum sempat dia mahu menekan loceng mahupun mengetuk daun pintu bercat putih itu, pintu itu terbuka sendiri, mendedahkan seorang gadis berambut pendek, bermuka sedih sedang menghunuskan pisau yang tajam berkilat ke lehernya sendiri sambil memekik kuat!. -“Biar Eza bunuh diri saja!”, sebelum tindakannya dihalang oleh seorang lelaki bermata agak sepet.

Izham terkekau seketika dan menyedari krisis keluarga kaya itu baru bermula...


*
SATU JAM SEBELUMNYA...

Elena mula membancuh teh kegemaran suaminya, Rashid dan dia tidak pernah gagal dalam usaha memikat Rashid dari segi seleranya. Seperti ketika dia menghidangkan Osso Bucco ketika hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke empat puluh ataupun hidangan manisan Maccarone sempena minum petang tatkala suaminya membawa Tanaka Hasinamoto klien dari Jepun yang berminat untuk melabur di dalam syarikatnya, Teletune. Dia sangat bijak meneka selera suaminya dan petang ini, dia sudah sedia dengan beberapa potong kek paun yang sudah siap dihidang. Dia, kemudiannya membawa dulang berisi makanan itu terus ke ruang tamu, mendedahkan kelibat suaminya yang khusyuk membaca suratkhabar, anak perempuannya Amy dan bakal menantunya, Syah. Dia menghidang dengan penuh tertib, menunangkan teh pertama untuk suamninya, teh kedua untuk bakal menantunya, Syah dan terakhir untuk dia dan anak perempuannya. Setelah itu, dia mengangkat pinggir cawan, menyuakannya untuk diminum, sebelum terdengar satu ungkapan ayat yang sangat pelik, keluar dari mulut anak perempuannya.

-“Saya tak mahu anak!”, tegas Amy sambil langsung tidak menyentuh air teh yang dihidang ibunya, mahupun memandang tunangnya, Syah dengan perasaan penuh kasih sayang seperti selalu dibuantnya. Dia mencebik. Wajahnya masam kelat dan kali ini kelihatan suaminya, Rashid tidak lagi berpura-pura untuk membaca suartkhabar dan turut sama terkejut dengan kata-kata anak perempuannya.
-“Kakak memang macam tu. Pentingkan kerjaya!”, desak satu suara serak basah yang tangkas menuruni anak tangga, berjalan agak pantas ke arah kelompok di ruang tamu itu sebelum dengan selamba duduk selesa di samping orang-orang dewasa disekitarnya. Elena walaubagaimanapun kelihatan tidak berkenan, tetapi masih dapat mengawal geramnya terhadap seorang lagi anak perempuannya, Eza yang disifatkan langsung tidak mempunyai etika yang sopan.

Amy melontarkan pandangan mencemuh. –“Kenapa awak tak mahu anak pula?.”, tanya Syah yang mempedulikan wajah kelat Amy sambil terus mengangkat cawan dari pinggir piringnya sebelum menghirupnya perlahan. Amy memandang tunangnya semula dengan panadangan biasa jengkelnya seperti waktu lelaki itu tidak bersetuju dengan pilihan Prada atau Gucci semasa dia membeli belah. –“Saya ada prinsip!. Tidak akan ada anak dalam hidup saya. Titik!”, putus Amy yang nampak sangat garang. Syah walaubagamanapun kelihatan tersenyum tenang. –“Apa erti kalau berkahwin, kita tak ada anak. Perkahwinan adalah satu kerjasama!”, terang Syah sebelum Amy menyampuk tegas. –“Saya tak akan bertolak ansur dengan uterus saya!. Kalau awak mahu, kita ambil anak angkat saja!”, tempelaknya lagi selamba membuatkan kedua ibu bapanya tersentak besar dan adik perempuannya terpekik ketawa. –“Kerjasama dengan uterus!”, pekiknya lagi sebelum Amy menjelingnya meluat. –“Kakak tak mahu ada anak macam kau!. Menyusahkan mak dengan ayah aje!”, marahnya sebelum tawa Eza mendadak berhenti.

-“Oh..tolonglah kakak!. Tak payah kakak nak mulakan. Saya...”, belum sempat gadis itu menyambung, kedengaran loceng rumah besar itu berbunyi. Elena bingkas bangun, mempedulikan pertelagahan dua beradik itu, sebelum membawa tetamu yang dijemputnya dari muka pintu tadi ke ruang tamu, tempat keluarganya berkumpul.

-“Eza, kawan kamu datang. Jason namanya!”, perkenal Elena pantas sebelum Eza memalingkan wajah terkejutnya ke arah seorang lelaki berkulit cerah dan wajah cinanya yang sangat terserlah. Eza kelihatan melopong sebelum suara Jason mematikan lamunan panjangnya.
-“Eza!. Dah lama kita tak jumpa kan?”, bisik Jason perlahan sebelum Eza mencapai pisau pemotong kek paun dari atas meja sebelum menghunusnya ke arah udara. Dia bingkas bangun apabila keluarganya mula menjerit cemas. –“Jangan ada sesiapa yang bergerak!. Kalau tak saya bunuh diri saya!”pekiknya lantang. Dia menjeling benci ke arah Jason yang turut sama nampak cemas dan tidak berpura-pura lagi hendak berlaku baik.

-“Kenapa baru sekarang kau datang!. Kenapa setelah aku kau kecewakan, kau datang menagih janji?”, pekiknya lagi dengan suara serak seperti hendak menangis. Dia mula berjalan menuju ke muka pintu, menyentap daun pintu itu sebelum menjerit lantang.
-“Biar Eza bunuh diri saja!” pekiknya mempedulikan seorang anggota polis muda yang berdiri tercengang melihat perilakunya yang seperti orang gila, sebelum dia dihalang pantas oleh Jason dan merampas pisau itu sepantas kilat. Dengan wajah yang sangat malu dan mula sedar tindakannya yang sangat tidak keruan itu, dia mendengar suara sayup-sayup anggota polis itu bersuara parau mendatar.

-“Saya ingin bertemu dengan Tuan Rashid Habib. Ini berkaitan dengan kes kehilangan pembantu rumhanya, Adriana Jane Albanes. Pihak polis ada menemukan beberapa cebisan rambut Adriana di pejabat besar Teletune dan ini menjadikan Tuan Rashid suspek utama kehilangan Adriana”, tegas anggota polis muda itu sebelum Eza dapat melihat ibunya, Elena rebah pengsan..

BERSAMBUNG..

Tuesday, November 17, 2009

SAYONARA PUNCAK


Final semester ku sudah berakhir. Jujur aku katakan yang aku merasa yang masa ni benar2 cepat berlalu. Lebih2 lagi nak meninggalkan kampus Puncak Alam.

pemandangan dari bilik saya..



Ya!. Memang dulu aku marah dan geram bila tetiba kena transfer di kampus "hujung dunia" nih. Tapi lama2 kan, seyesh aku dah jatuh cinta ngan tempat ni. Environment tak tercemar. Bangun pagi je dah nampak bukit bukau kaler2 hijau yang jarang sekali ada di Shah Alam.

Kat kampus ni jugakla aku bertemu @ berinteraksi secara langsung dengan a few followers spt Ferdaus Ferdy Buthaks, Beedle The Bard & Azam Alias selain Cik Kedondong. Ntah bila la kita jumpa lagi kan?Ahaks~~

To my classmate, 2tahun kita degree ni memang macam2 yang kita tempuhi. Semua rasa ada lah!hehehe. Pasni korang keje, contact2 la aku okeh!.

Alam baru dan pekerjaan?. Aku sangat teruja menantinya...

NotaKakiFaizal--)Entry last di Puncak Alam.Blog will be freeze for a few moment. To a new followers and anyone who click my nuffnag, Thank You Very Much!!. sekali lagi ya.., terima kasih daun keladi. Looking foward to use broadband asap!

Monday, November 16, 2009

7 HARI: EPISODE 4


EMPAT HARI SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

Kehilangan Adriana Albanes, pembantu rumah keluarga Tuan Rashid masuk hari yang ketujuh. Walaupun pada awalnya, ramai yang ingin membantu mencari atau paling tidak membuat poster-poster tentang kehilangan Adriana. Keluarga Puan Jasmin, misalnya rancak membuat iklan secara online, menggunakan jaringan sosial Facebook, empat puluh lapan jam selepas Adriana disahkan lesap. Hari semakin berganti, berita tentang usaha gigih penduduk sekitar Taman Cahaya tentang pemerhatian mereka terhadap kehilangan Adriana nampak seperti tidak dihargai oleh keluarga Tuan Rashid yang lebih menumpukan kepada majlis perkahwinan anak perempuan mereka, Amy. Dan dari saat itu, ramai residen Taman Cahaya seperti kurang berkenan dengan reaksi keluarga Tuan Rashid. Tidak kurang juga yang curiga. Puan Suraya contohnya, tidak habis-habis membuat andaian negatif disebalik kehilangan Adriana. Umum mengetahui tabiat suka mengumpat Puan Suraya disamping mulutnya yang becok dan keinginannya untuk mendapat rumah besar seperti Puan Elena, isteri Tuan Rashid.

Tetapi, untuk edisi kali ini umpatan Puan Suraya nampak berbeza. Dia tidak lagi membuat tanggapan buruk tentang kehilangan Adriana mahupun komplot Elena cuba mengusir perempuan Filipina itu, yang menurut firasatnya mempunyai hubungan sulit dengan Tuan Rashid. Kali ini, Puan Suraya nampak bersemangat dan seperti tidak sabar-sabar untuk mengkhabarkan berita yang katanya, dilihat oleh mata kepalanya sendiri!

-“Tuan Rashid nampak tidak terurus ketika keluar dari rumah Marina!”, kata perempuan boyak itu dengan penuh semangat tatkala mengendong anak bongsunya, Hani dan membiarkan tiga anak lelaki nakalnya bermain. Puan Jasmin dan Puan Ramlah berpandangan sesama sendiri dengan pandangan “aku dah agak dah!” sambil tersenyum sinis. Melihat reaksi dua jirannya yang nampak seperti dungu, dia mengulang semula kata-katanya.

-“Marina!. Jiran kita yang berleher jenjang, bermuka kerepot tu!. Semalam aku nampak taukeh besar tu keluar dari rumah dia. Siap tarik zip seluar lagi!”, ujar Suraya lagi sambil menekankan perkataan bermuka kerepot dengan kuat. Ramlah tersenyum menyindir melihat wajah Suraya sangat bersungguh-sungguh bercerita tanpa menyedari yang dia sebernrnya berleher pendek dan bermuka menggeleber tembam seperti doh roti!
-“Entah-entah dia betulkan seluar kot!. Marina tu kan tukang jahit!”, bela Jasmin sambil menguak rambut panjangnya kebelakang dan memandang wajah Suraya dalam-dalam. Suraya, walaubagaimanapun kelihatan berganda-ganda terujanya sekaligus menyerlahkan lagi kehodohan di wajah bulat itu.

-“Kau ni betul-betul lurus lah!”, sindirnya sambil memutarkan bola matanya seperti menghina kebodohan jirannya itu. –“Sudah tentu mereka ada hubungan sulit!. Lepas puas dengan perempuan Filipina tu, dia rembat la si Marina!. Lelaki kaya!. Tak cukup dengan satu!”, sambungnya dengan nada jahat sambil tersenyum mengepam-ngepam bibirnya. Dia memandang kedua-dua jirannya yang sekali lagi tiada reaksi melainkan gelengan kepala Puan Jasmin yang keliru samada mahu merasa terkejut dengan kehilangan tiba-tiba Adriana ataupun tuduhan melulu Suraya yang sangat melampaui batas!. Namun belum sempat Ramlah hendak menyampuk, kelihatan sebuah kereta peronda polis tiba-tiba menuju perlahan ke arah mereka sebelum bayang berdetar seorang anggota polis muda muncul di birai mata dari celah cermin tingkap keretanya.
-“Makcik, boleh saya tumpang tanya?”, soal anggota muda itu dan mendengarkan perkataan “makcik” terbit dari mulut anggota itu, senyuman mesra Suraya mendadak berubah manakala Ramlah dan Jasmin kelihatan cuba menahan diri mereka dari ketawa.

-“Di mana saya boleh tahu rumah Tuan Rashid, pemilik syarikat komunikasi Teletune?”, soalnya mengendahkan senyuman pura-pura Suraya, perempuan yang dipanggilnya “makcik” tadi. Perempuan gempal itu menarik nafas panjang dan kemudian meyambung dengan sangat terhina.
-“Belok kiri dari hujung jalan ni. Rumah pertama banglo bewarna putih tu rumah Tuan Rashid. Ada apa nak ke rumah orang kaya tu?”, soalnya senada dan kelihatan langsung tidak tertarik dengan senyuman menawan anggota polis itu. –“Terima kasih ye makcik!. Kami mempunyai bukti yang kehilangan pembantu rumahnya ada bersangkut paut dengan keluarga itu!”, katanya perlahan sebelum berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih.

Suraya, walaubagaimanapun memaafkan anggota polis itu dan berpendapat apa yang diberitahu oleh anggota polis itu sudah memadai...

*

Syah masih duduk dihadapan komputer peribadinya dan masih tekun menyiapkan segala kerja yang tertunggak. Dia tidak boleh leka atau lewa. Dia perlu segera kerana majlis perkahwinannya dengan Amy berlangsung empat hari saja lagi.

Namun, apa yang mengganggu adalah mesej-mesej yang baru sahaja diterimanya selepas mesej terakhir dengan Eza, adik perempuan Amy menerusi telefon bimbitnya sendiri.

Mesej yang dianggapnya terlalu peribadi dan langsung tidak mahu dikongsikan dengan bakal isterinya. Dia tidak mahu sejarah hitamnya memalit hubungan yang baru sahaja dibinanya!.


BERSAMBUNG...

Sunday, November 15, 2009

AKHIR YANG BARU BERMULA?

Exam aku baru habis sejam yang lepas. (Beedle ngn Cik Kedondong korang jangan gelak okeh!)
Sangat relief!

Tapi esok aku ada last presentation for my viva @ thesis!

Ntah kenapa, aku rasa sgt scary nak present esok!
Maybe sebab ada 2 examinars will obeserve plus thesis aku adalah primary data!

Moga Allah memberkati segala urusan. Wish me luck guys!


NotaKakiFaizal--)take a deep breath and release..

Saturday, November 14, 2009

7 HARI: EPISODE 3 -BAHAGIAN 2-



LIMA HARI SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

Hujan pada petang itu semakin lebat dan tidak menunjukan tanda langsung hendak berhenti. Kelihatan beberapa baris kereta mewah, berdesum membelah jalan di hadapan banglo putih kepunyaan Tuan Rashid dan Puan Elena. Kedudukannya sangat strategik. Menghadap beberapa bukit bukau yang cantik sekaligus menyegarkan mata memandang. Di dalam rumah, kelihatan seorang wanita agak berusia, tetapi anggun pakaiannya, belahan rambutnya yang nampak lurus seperti tidak bergerak dan pada raut wajahnya yang nampak sangat terkawal cantiknya. Ketika dia sedang duduk bersilang kaki penuh etika, jari jemarinya pantas menulis menu makanan yang hendak dihidangkan pada para tetamu, di satu majlis besar lima hari nanti. Dia tidak pernah peduli dengan apa yang hendak orang kata kelak. Menjadi suri kepada Pengurus Besar Teletune, membuat dia berhak mendapat apa sahaja yang dia ingini, asalkan anak yang dia kasihi merasa gembira.

Kelihatan seorang gadis sedang menuruni anak tangga dengan girang, membawa sebuah majalah perkahwinan yang sudah dihafalnya sejak seminggu lalu. Lalu dengan gaya seperti seorang budak perempuan yang melonjak kesukaan kerana mendapat hadiah patung Barbie, dia mendekati ibunya sambil duduk dihadapan perempuan itu, tanpa dipinta.
-“Mama..cuba teka!”, jelas Amy tersenyum-senyum sambil memandang raut wajah ibunya dengan sangat mesra. Puan Elena mengangkat wajahnya yang sangat tegang sambil cuba tersenyum mengambil hati. –“Apa dia, sayang. Amy nak beritahu mama tempat sembunyi si Adriana ke?”, bisik ibunya separuh serius separuh menyindir. Mengenangkan kehilangan pembantu rumahnya beberapa hari yang lalu, hatinnya membuak geram. Dia kembali ke penulisannya dan memangkah pada kotak kecil sajian pencuci mulut puding strawberry sebagai hidangan buat tetamunya nanti.

-“Mama ni!. Amy serius tau!”, desak anak perempuannya manja. Elena memandang anak perempuannya dengan penuh kasih sayang sambil melorot memandang majalah perkahwinan dan kemudian mengangguk bijaksana.
-“Amy dah tempah berapa pasang?”, soal Elena kembali memberi perhatian. Dan pada waktu ini, perempuan itu dapat melihat ada kemilau sinar di balik wajah bujur anak perempuannya. Namun belum sempat Amy membuka mulut dan bercerita ghairah, loceng rumah banglo besar itu berbunyi.

Baik Elena dan Amy, masing-masing memandang dengan penuh tandatanya kerana kebiasannya, baik tunang Amy- Syah atau suami Elena-Rashid tidak akan pernah membunyikan loceng. Setelah beberapa saat berlalu dan mungkin merasa agak terganggu dengan bunyi loceng yang membingitkan, mereka bergegas ke muka pintu, membuka dengan perlahan dan sangat terkejut dengan kehadiran tetamu mereka.

Kelihatan seorang gadis berambut pendek, dengan kuku bewarna hitam sambil tersenyum selamba melihat dua insan dihadapnnya seperti tidak percaya dengan kehadirannya.

-“Kak Amy, Mama..Eza dah balik!”
*

Mereka mengambil masa selama beberapa minit untuk saling bertegur sapa. Baik Elena mahupun Amy, masing-masing kelihatan bungkam kesenyapan dan apabila Elena berlalu untuk menyajikan secawan teh dan goreng pisang panas yang baru saja digorengnya sejam yang lalu, Amy mengambil kesempatan itu untuk menegur adik perempuannya.
-“Empat tahun kau tak balik, dan kemudian muncul tiba-tiba depan pintu macam bungkusan Fed-Ex!. Kau ingat rumah kita ni hotel ke apa?”, jerkah Amy tetapi cuba mengawal suaranya dari didengari ibunya. Eza buat muka selamba. Dia duduk menyilang kaki sambil memandang kakaknya dengan renungan “mama tak kisah apa yang aku buat, kau menyibuk kenapa?”, sambil mendengus benci.
-“Sekurang-kurangnya saya balik. Balik menunjukkan diri. Sekurang-kurangnya saya ingat keluarga!”, desisnya juga seperlahan kakaknya itu. Amy membuat mimik muka hendak muntah sambil tertawa mengejek.

-“Ceh!. Ingat keluarga konon!. Mana pergi istilah keluarga masa kau mengambil keputusan nak lari dulu?. Kalau kau fikir keluarga, kau takkan buat benda bodoh ni, faham!”, kata Amy masih menekan suaranya yang kedengaran tak ubah seperti sedang meneran batuk. Eza memandang kakaknya, terlupa untuk menjeling memberi amaran sambil menarik lengan perempuan itu dengan ganas. –“Kakak dengar sini ya!. Saya balik bersebab. Kali ini saya tak mahu sesiapa jadi mangsa selepas apa yang berlaku pada saya dulu!”, bisiknya tepat ke telinga kakaknya membuat wajah Amy menderam tidak tahu sama ada mahu menengking atau meragui kebenaran kata-kata adiknya itu.

-“Ahem!. Teh dah sampai!”, ujar satu suara lembut di belakang Amy, mendedahkan Puan Elena yang sedang membawa talam berisi air teh dan sepinggan pisang goreng. Eza kemudiannya melepaskan tangan kakaknya perlahan dan kembali berpura-pura tersenyum mesra memandang wajah ibunya. –“Mana Adriana?. Dia lari juga ke?”, tanya Eza tidak beradab dan penuh bersahaja mengambil sepotong pisang goreng panas dan menguyahnya gelojoh. –“Sedap goreng pisang mama. Sama macam dulu”, komennya lantas mengambil secawan teh dan menghirupnya perlahan. Amy langsung tidak memandang perilaku adiknya yang tidak beretika tatkala ibunya sedikit tersentap dengan soalan anak perempuannya, Eza.

-“Amy, kamu bawak Eza naik ke bilik. Dan malam ni, mama akan hidangkan Fetuccini Primavera!. Kamu suka kan, Eza!”, bisik ibunya sangat gembira yang anaknya itu tidak lagi menceceh mengenai kehilangan Adriana. Amy menurut saja perintah ibunya, mengeheret adiknya yang kini mahu membuka mulut bertanya –“Fetucini apa kejadah tu kak?” soal Eza membuta tuli, membuntuti kakaknya yang membawanya ke kaki tangga banglo dua tingkat rumah mereka. Amy nampak terganggu dan terus menjawab tidak berperasaan.
–“Tu makanan la dik!. Sejenis pasta! Dan jangan banyak tanya!” deramnya garang ketika melihat mulut Eza terbuka semula untuk bertanya, yang ketika itu telefon ibunya berdetar senyap.

Elena mengangkatnya pantas dan cuba mengawal suaranya dengan perlahan.

-“Kau perlu pastikan dia tak balik ke sini!. Aku tak mahu orang macam dia lagi dalam rumah ini, faham” , katanya dengan sangat dingin sambil mematikan telefon bimbitnya perlahan, tanpa menyedari seorang dari anak perempuannya mendengari nada peliknya itu lantas membuat satu teori mustahil tentang kehilangan Adriana Albanes...


Dalam fikirannya hanya ada satu. Merancang satu ugutan,

Ugutan untuk mendapatkan sesuatu,

Sesuatu yang merupakan niat sebenar mengapa dia kembali semula ke banglo mewah ini...

BERSAMBUNG...

7 HARI: EPISODE 3 - BAHAGIAN 1-


Adriana Albanes adalah seorang wanita kelahiran Filipina yang sudah bermastautin di Malaysia sejak hampir sepuluh tahun lamanya. Jadi tidak hairanlah kalau pertuturan gadis berusia lewat dua puluhan ini sangat fasih dan teratur sahaja tatabahasa Melayunya. Dia sangat disenangi oleh penduduk disekitar Taman Cahaya kerana perilakunya yang sangat sopan dan menghormati orang tua. Itu tidak lagi mengambil kira pelbagai kerja amal yang dilakukan di Gereja St. Hill yang terletak di pinggir Jalan Harmoni, satu kawasan khas untuk mereka yang berketurunan Kristian Serani. Dengan seraut wajah yang cantik jelita, dan susuk tubuh yang menawan, Adriana tidak pernah kisah tentang jelingan-jelingan nakal kaum Adam yang seringkali melihat dia sebagai objek penggoda yang secara jujur, sangat tidak disenanginya.

Hingga pada satu hari, Adriana hilang dari rumahnya...
Pada mulanya, penduduk sekitar Taman Cahaya tidak pernah menyedari tentang kehilangan Adriana, hingga pemain piano di dalam Gereja St. Hill, Puan Roberta membuat aduan kepada pihak jawatankuasa Taman Cahaya tentang ketidakhadiran Adriana pada hari Ahad minggu ke tiga bulan November untuk persembahan koir gereja. Lantas, tiga puluh enam jam selepas beberapa pengakuan saksi dan setelah rumah Adriana disiasat serta diselidiki dengan penuh teliti, pihak polis membuat kesimpulan yang Adriana benar-benar sudah lesap!

Dan suspek utama adalah majikannya, Tuan Rashid dan Puan Elena, taukeh besar syarikat telekomunikasi kelima terbesar di Malaysia, Teletune.

Dan pada ketika ini, seseorang yang rapat dengan keluarga itu, merancang untuk membuat satu ugutan!

BERSAMBUNG...

Friday, November 13, 2009

TAKE 5:EVIL FEMALE CHARACTER TERSEMPOI

Pernah tak korang rasa sangat jaki bila tiapkali karakter evil/jahat muncul dalam filem yang korang tonton. Pernah kan?. Apa perasaan korang?. Geram?. Marah?. Benci? Fuhhh semua ada kan?So kat ruangan baru Take5 ni, jom join aku explore 5 Evil Female Character tersempoi yang aku rasa super-duper-meluat untuk ditonton:-

5)Ziana Zain..as Ziana
Filem: Dwilogy Sembilu
Walaupon aku bukan fan filem Pak Usop, tetapi penampilan Ziana Zain dlm filem tu membuatkan ramai benci dengan karakternya. Baik samada ketika beliau menggoda Awie (yg nampak jambu gila dlm citer tu) ataupun semasa beliau membuli Erra Fazira (yg sgt nerd dlm karakter beliau). Of kos, 1 Malaysia masih teringat treadmark kening terangkat kakak ni!
MOTIF--)Mahu memutuskan hubungan Awie-Erra

4) Ida Nerina..as Seri Bayu
Filem: X X Ray 2
Filem sekual kpd XX Ray meyaksikan persembahan Ida Nerina yang dianggap sangat baik. Siap ada power2 tuh. Momen terbaik Seri Bayu adalah ketika makcik ni berlawan dengan Hang Tuah. Aku rasa Dragon Ball punya Kame-Hame-Ha pon kalah wehhh!!
MOTIF--)Mau membalas dendam bagi pihak abangnya dan verangan mau menduduki tahta Melaka

3) Sofea Jane..as Zaleha
Filem: Perempuan, Isteri &...
Panas si Pisau Cukur, panas lagi si Zaleha ni. Lakonan beliau sgt berani okeh!. Mana nak menggoda, mana nak mandi sungai, mana nak sidai kain pakai spek itam, mana nak buat nasi K*&^k!@#. Semua Zaleha buat. Tapi Zaleha buat bersebab. Sebabnya? Korang tengok la sendri...
MOTIF--)Balas dendam


2) Nasha Aziz..as Jeslina
Filem: Trauma
Fuh wa cakap lu. Karakter evil ini merupakan karakter evil terbaik dalam sejarah pelakon2 karakter jahat di Malaysia (bagi aku la). Beliau sgt scary, cakap pon slow je, baju plak kaler hitam dan sgt2 psycho!. Jujurnya, setiap kali babak Jeslina on screen, penonton akan rasa debarnya.
MOTIF--)Balas dendam


1) Siti Tanjung Perak..as Mak Kundur
Filem: Bawang Putih Bawang Merah
No doubt!. Cara jalan, cara cakap, akting beliau sgt menjadi. Even kalau korang bagi tengok kat anak2 sedara korang, konfem diorang takut. Watak jahat Siti Tanjung Perak memberi satu demensi keras yang secara fizikalnya, kita akan rasa benci dengan karakternya.
MOTIF--)Cemburu

Kebanyakan karakter jahat muncul dlm filem adalah untuk menambah spicy dlm cerita. Korang cuba bayangkan satu cerita tu, langsung takde orang jahat. Orang baik semata2. Tak best kan?

So, jumpa lagi di lain edisi Take5!

Thursday, November 12, 2009

7 HARI:EPISODE 2


ENAM HARI SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

Kelihatan seorang wanita muda sedang berpusing-pusing manja di hadapan cermin yang sama tinggi dengannya. Sesekali dia tersenyum manis, mungkin menganggap dirinya adalah makhluk paling cantik pernah wujud di muka bumi ini. Dari kejauhan cermin itu, kelihatan seorang lelaki sedang duduk penuh etika dengan susuk tegap yang sangat menawan. Gadis itu tersenyum melihat lelaki itu yang turut juga membalas senyumannya. Dan untuk keberapa kali, kata-kata cemburu beberapa orang teman perempuannya tentang Syah Reza Badri, tunangannya, kerap bermain-main dikepalanya.

-“Kau harus jaga Syah baik-baik. Bukan senang nak menjaga seorang eksekutif tampan seperti dia!”, kata Juliana, teman sekerjanya selang beberapa minggu selepas dia melangsungkan pertunangan dengan Syah. Dia hanya tersenyum dan semakin Juliana rancak bercerita, hatinya berbunga riang. –“Kalau aku dapat si Syah tu, mahu aku simpan saja dalam bilik!,”, seloroh gadis itu lagi dengan wajah yang sangat berharap yang satu hari Syah akan memutuskan pertunangannya dan memujuk rayu gadis itu untuk dijadikan isteri. Dia hanya mendengus sinis. Kau ingat dia teddy bear?!. , bisik hati jahatnya yang nampak kurang berkenan dengan jenaka Juliana.

-“Macam mana dengan gaun tu?. Pinggang kau muat tak?”, sergah satu suara parau tetapi lemah lembut dibelakangnya. Gadis itu berpusing dan hanya sekadar meyeringai apabila melihat seorang lelaki tinggi, berbaju unggu terang, sambil bercekak pinggang dengan bibirnya sudah menjuih tidak berkenan.
-“Bertuah punya anak dara!. Amy, I suruh you try. Bukan suruh buat puppet show kat sini!. Choyy!”, pekik lelaki itu dengan lenggangnya dan segera mencekak pinggang kecil Amy dan melihat dengan lebih dekat ukuran pinggang gadis itu dengan penuh hati-hati.
–“Nanti tak siap fitting, kempunan la you nak kahwin!. Tinggal enam hari je lagi!’, bebel lelaki lembut itu dengan suara nyaringnya. Dia melorot pula ke bahagian dada Amy yang kelihatan agak sendat dan ketika itu jugalah wajah Amy kelihatan merah padam. –“Edie!, you tak payahla sampai nak ke situ. Nanti tunang I nampak, dia marah pulak”, bisik Amy perlahan sambil berfikir samada mahu menegah atau menanggung malu sahaja bila lelaki yang digelarnya Edie itu sudah hampir sahaja menyentuh kawasan yang tidak sepatutnya disentuh itu. Edie, walaubagaimanapun mendengus garang, kembali bercekak pinggang dan merenung wajah Amy dengan pandangan mencemuh.

-“Nok!, apa kes I nak bernafsu dengan you ni!. You nak suruh I jadi lesbian ke apa?”, sindirnya tajam sambil mempedulikan tegahan Amy lantas kembali memperbetulkan gaun putih yang tersalut di tubuh Amy dengan tangkas. –“You tahu tak, kalau I tak perbetul kat situ”, celotehnya sambil sekali lagi matanya melorot ke dada Amy yang nampak sendat dan kemudian kembali menyambung sambil menolak rambut kerintingnya ke belakang .-“..susah you nak bernafas nanti. You ingat Pamela Anderson tu selesa ke dengan asset dia?”, bebel Edie lagi yang kini sudah berada di belakang Amy, yang kini menahan dirinya dari ketawa besar.

Seketika lelaki itu nampak tersenyum manja, seperti pertama kali Amy melihat dirinya yang kelihatan sangat cantik dihadapan cermin tadi.
-“Aha!. Kalau yang kat sana tu, I taste!”, bisik Edie perlahan sambil matanya tidak lepas-lepas memerhatikan Syah yang sedang leka membaca Travelling Magazine. Amy yang mula sedar terus berpaling menghadap Edie yang kini masih tidak mengelipkan matanya seolah-olah lelaki itu seperti terkena pukauan Syah.
-“You jangan nak mengada okey!”, ugut Amy seraya mematikan lamunan Edie. Lelaki itu hanya tersenyum. –“Eleh. Tau pun takut.”, ujar Edie sambil kembali ke posis asalnya sambil tersenyum sinis.
-“You jangan takut, Amy!. Kita ni perempuan. I faham perasaan you!”, sambung Edie lagi dan pada detik itu jugalah membuatkan Amy terus membuat satu kesimpulan ringkas. Dia harus berhati-hati!

Syah dilihatnya dari jauh dan tuanagnya itu terus membalas renuangannya mesra. Tatkala itu jugalah telefon Syah berdetar senyap. Lelaki itu lekas menggagau poket seluarnya, melihat dengan sepintas satu mesej ringkas pada satu nombor yang langsung tidak diingatinya. Nombor yang sangat asing baginya.

“Eza akan balik esok dan mahu selesaikan segalanya”

Syah membaca mesej itu dengan senyap dan kemudian melihat tunangnya, Amy yang nampak bahagia dengan gaun pengantin putih yang dipakainya.

Haruskah dia berterus terang?
Perlukah Amy tahu tentang masa silamnya?

BERSAMBUNG...

Wednesday, November 11, 2009

OH MY GUCCI, PANAS!!!


Filem paling ditunggu-tunggu tahun ni (aku je kot!)
Ramai bloggers dah review buah tangan terbaru Bernard Chauly yg sebelom ni cemerlang ngan Gol&Gincu. Tgk poster dah tau yg citer ni mang sungguh...yummmyyyy!!!!

Lima trivia kenapa korang harus menonton filem nih!:-

1) Aksi gedik Maya Karin & Fazura sangat real. Sepanjang filem ni berputar jugak, korang leh menyaksikan iklan2 jenama mahal yg disebut Fazura spt O My Gucci, Oh My Dior, Oh My Jimmy...Choo!. Malah kedua2 aktress ni juga menyerlah apabila tiba di momen gelap masing2 spt Bella yg mengaku kpd Faqir dimana dia yg hidup susah di kampung dan Intan yg dimaki oleh Dato' Saleh kerana makan pakainya ditanggung oleh datuk itu!
Maya hebat tetapi Fazura menyerlah!

2) Set kapal & CGI yg terbaik. Tak rugi menonton, malah setiap syot filem ni bergerak sgt baik. Kpd filem Jin Notti & Cicakman, sila duduk belakang, okeh!. opsss

3)Setiap watak dijayakan dengan sangat baik. Sekali lagi ya!, SANGAT BAIK!. Lihat saja kemunculan Rafidah Abdullah yg sangat lucu @ babak Henry Golding yg....(hahahaha). Newbie, Shahreza Minhat aka "gigi besi" juga sgt menyerlah!

4)Plot & Subplot yg sgt tersusun!. Genre dark comedy ala desperate housewives juga menjadi malah bagi aku terbaik selepas Setem!. Setiap syot komedi dilihat sangat berjaya dan yg penting aku tak terasa bodoh melihatnya!

5)Satu karya fresh dan sangat berlainan dgn product tempatan yg lain. Korang harus tengok okeh! 9 dari 10 bintang utk si gadis pisau cukur!


NotaKakiFaizal---)Tak rugi menonton!Panas!!!

LEMAU




Haaa..

Camnila kaedahnyer bila aku buka shotmix aku sendiri dari dalam bilik kolej.
Lawa kan???


Tuhan je la yang tahu betapa seksanya setiap kali nak view followers @add followers baru mahupun nak tgk sapa2 yg dah singgah page nih.
Jauh di sudut hati, aku minta maaf byk2 ye guys!. Dulu aku rajin ke blog ni dan chat sendiri dgn tuan blognya.Maybe sebab kitorg kongsi interests yg sama kot.hehehe. Skunk ni dah tak lagi sbb condition internet yg sgtla haramjadah.


To my new followers cam i.b, triple M, Duniaku, CikIntan & Hanaahmad--sorry gila2weh.ada masa yg sesuai dan connection yg laju, aku gi wat lawatan sambil membaca kat page korang okeh!
I wanna say sorry also to miss yasmin yg click Nuff pagi tadi, Sumunie yg rajin tol wat lawatan tak rasmi, Dr Darren yg datang singgah, selain Nath & CikN.

Last but not least kat Ikmal yg mai wat komen pasal poster 7Days.
Trimas bro. Rajen2 moh le bace gu!hohoho


NotaKakiFaizal---)Apsal laa aku tak pakai berukband awal2 sem dulu?hohoho

7HARI: EPISODE 1


Petang Ahad yang sangat cerah.

Kelihatan seorang perempuan separa boyak sedang membimbit beg tangan besarnya sambil melilau-lilau sekeliling, memastikan jalannya yang nampak dempak itu tidak disedari oleh sesiapa pun. Dia mula mengatur langkah, melepasi sebuah Perodua Viva hitam, sepohon pokok ketapang yang rendang dan gugusan bunga-bungaan kertas yang ditanam memanjang hingga ke sebuah papantanda bertulis terang “Selamat Datang Ke Taman Cahaya”.

Dia tersenyum memandang papantanda putih dengan tulisan hitam berkilat itu. Dia berjalan lagi. Tetapi kali ini dia tenang-tenang saja. Tidak tergesa-gesa seperti mula-mula dia berusaha gigih untuk ke jalan masuk Taman Cahaya itu. Seperti apa yang dirancang, lima minit lamanya, dia sudah berada di laman banglo dua tingkat yang dihiasi dengan tiga buah khemah putih, disamping kelihatan beberapa orang tetamu sedang beratur mengeluarkan kad merah dari beg masing-masing seraya menunjukkannya kepada seorang pengawal segak bertuxedo hitam.

Dia, dengan tangkasnya mengeluarkan kad merah dari beg besar hodohnya, sambil dengan cepat fikirannya menerawang kepada sajian buffet beraneka jenis yang bakal di bahamnya seketika nanti. Dan dia tidak pernah peduli kehadiran seseorang wanita sebaya umurnya, merancang untuk menyergahnya dari belakang.

-“Puan Suraya!”, teriak seorang perempuan kurus kering berleher jenjang, bermata bundar yang sangat menjengkelkan. Wanita dempak bernama Suraya itu berpaling pantas dan seperti biasa, tatkla memandang wajah wanita cengkung yang menyergahnya tadi, dia tersenyum nipis. Dia sudah mengagak. Wanita kurus itu adalah jiran kepohnya, Puan Rina, yang tinggal selang dua blok dari rumahnya.

-“Hebat!. Selalunya awak selalu terlepas peluang hendak ke majlis-majlis besar seperti ini, kan?”, kata Puan Rina sambil tersenyum-senyum sinis. Dia tahu benar keadaan Suraya yang sentiasa dibebani tugas luar biasa seorang ibu. Mana tidaknya!. Terpkasa menguruskan tiga anak kecil yang disifatkannya seperti “pengganas” dan susun atur rumah yang seperti dilanda bencana alam!. Dia harus mengagumi usaha Suraya kerana berkebolehan ke majlis petang ini tanpa dapat disedari oleh tiga orang anak-anak gondolannya!

Suraya membalas senyuman sinis Rina seperti biasa walaupun jauh di dalam lubuk hatinya, dia menyeranah perempuan yang berdiri di hadapnnya sekarang ini!. Suraya menarik nafasnya dan dengan bersemangat dia berkata.–“Semua orang tahu yang awak memang handal dalam bab-bab pengurusan masa ni. Tapi, awas, jangan ingat semua orang tak tahu apa yang awak buat, Rina!. Oh! Hubungan mesra yang tak patut awak sembunyikan!”, sindir perempuan itu tajam, tetapi masih tersenyum, sambil membawa tubuhnya yang gempal ke satu sudut minuman dan mencapai segelas air oren lalu meminumnya pantas.

Dia menjeling kearah wajah cengkung Rina dan sangat gembira kerana wajah berkedut itu nampak sangat tua di pandangan matanya. Sekurang-kurangnya dibawah matanya sekarang, tiada garisan kedut yang menjelikkan seperti perempuan itu!

Rina yang semakin tidak berpuas hati, terus mengorak langkah menuju ke arah Suraya yang kini sedang tersenyum mesra dengan seorang pembantu katering yang sedang sibuk menyediakan kek perkahwinan di atas meja utama. Dalam marah, dia cuba mengawalnya lantas mengambil segelas air oren, lalu diteguknya haloba.

-“Aku tak tahu apa yang kau cakapkan!. Hubungan mesra apa ini?!.”, ujar Rina separa berbisik sambil matanya meliar memerhati sekeliling, di bimbangi perbualannya diketahui oleh orang lain. Reaksi Suraya masih lagi menjengkelkan lalu Rina terus menyambung dengan berhemahnya.-“ Untuk pengtahuan kau, Suraya, aku sudah punyai bukti yang cukup untuk menghantar ketiga-tiga anak kau yang degil tu ke Pusat Jagaan Sosial!. Itu belum dikira apa yang mereka buat di majlis barbeku rumah Datin Halimah. Hampir-hampir saja mahu membakar bilik bacaan Datin tu!”, suara Rina kembali seperti hendak bersorak!.

Dan untuk seketika, Rina menerima natijah percakapannya sendiri.

Suraya tergelak besar, sehingga bergoyang-goyang bahu menggelebernya menyebabkan beberapa orang tetamu yang hadir memerhatikan tindak tanduknya yang sangat kurang sopan. Perempuan gempal itu memandang wajah kerepot Rina dengan rasa tidak percaya, mempedulikan jelingan jengkel tetamu yang memandangnya.

-“Oh Tuhan, Rina!!! Takkan kau tak tahu apa yang jiran-jiran kita syak sekarang ni?”, bisik Suraya masih dengan sisa ketawanya yang panjang, keliru samada dia sangat gelihati dengan tindakan bersungguh-sungguh perempuan itu mahu memasukkan ketiga-tiga orang anak-anak nakalnya ke Pusat Jagaan Sosial ataupun perempuan itu sendiri yang nampak bebal dengan perilaku bodohnya yang sudah memakan diri sendiri.

-“Aku nampak Tuan Rashid keluar dari rumah kau, dengan pakaian yang sangat tidak kemas, dan saat aku melambainya dari hujung jalan, dia sedang memperbetulkan zip seluarnya!”, jelas Suraya berani sambil tersenyum lebar tatkala melihat wajah Rina yang tampak pelik kelirunya. Melihat wajah Rina yang kelihatan tertanya-tanya, Suraya menyambung lagi dan semakin tidak sabar.
-“Ya..Tuan Rashid, ayah kepada Amy, si pengantin perempuan yang sedang kita raikan hari ni!”, sambung perempuan itu lagi dan kali ini suaranya kedengaran terpekik gembira dengan wajah yang bersinar-sinar seperti memperoleh satu kemenangan.

Wajah Rina mula pucat dan kelihatan dia cuba tersenyum. Dalam gagap, dia menyusun kata-kata –“Aku tak tahu apa yang kau cakapkan..aku...”
-“Shyy..shyyy”, sekali lagi Suraya mendominasi perbualan mereka. Jari telunjuknya lekas diletakkan dibibirnya sendiri, mengisyaratkan Rina supaya diam. Wajah yang berseri-seri tadi, anehnya bertukar buas.

-“Selagi aku mengambil berat, ini adalah rahsia kita. Kalau kau masih belum cukup bodoh untuk melakukan segala tindakan yang kau rasa murni tu, aku takkan beritahu pada siapa-siapa tentang hubungan sulit kau”, bisik Suraya perlahan, tetapi jelas. Wajah Rina benar-benar pucat kini. Namun, belum sempat dia bersuara mempertahankan dirinya, kedengaran pekikkan dahsyat di balik ruang laman utama, tempat kek tiga tingkat diletakkan tadi. Para tetamu yang hadir semuanya melilau-lilau memerhatikan situasi itu. Kedengaran suara cemas dari dalam rumah besar memekik.

-“Jangan Amy!. Dia ada pistol!”, pekik seorang lelaki, lantang tetapi sedikit resah.

Kelihatan seorang wanita, lengkap berpakaian gaun pengantin putih sedang berlari meredah taman, sambil diperhati aneh oleh para tetamu yang hadir. Perempuan itu berteriak sambil mengusap air matanya yang mengalir sangat deras.

-“Saya sanggup berkorban. Demi keluarga!”, jeritnya mempedulikan puluhan mata yang melihatnya berlari, sebelum kedengaran satu das tembakan tepat mengenai bahu perempuan bergaun pengantin itu, sebelum dia rebah tersungkur di atas rumput...

Dan pada ketika ini, wajah buas Suraya dan raut tertanya-tanya Rina saling berpandangan mengerti antara satu dengan yang lain, memikirkan satu kesimpulan ringkas yang berlegar-legar dikepala mereka.

Berita sensasi ini akan tersebar esok!...

BERSAMBUNG

Monday, November 09, 2009

SERIES SEBAGAI PERMULAAN

Ini adalah series pertama dalam official blog ku. Memula agak scary gak la nak publish publicly sebab ada perkataan adultery besar2 masa poster ni masih in making lagi. Tapi aku dah pon tukar ke perkataan scandal. Nak selamat, katanya

Serius, baru berapa hari aku tak publish Oktober7-PartIII ke online membuat aku gian nak menerbitkan series pendek 7 episodes nih.

Roughly, 7Days a.k.a 7Hari sangat berbeza dengan dwilogy Oktober7, walaupon ada pada persamaan pada nombor 7. 7Days lebih ringan tetapi isi ceritanya agak berat. Genrenya plak lebih kepada dark-romantic-comedy.

Ia lebih kepada kisah 2 beradik, dimana Amy si kakak sedang menghitung hari2 perkahwinannya dengan Syah dan sangat terkejut dengan kepulangan adiknya, Eza yang lari dari rumah kerana pengaruh dadah. Kepulangan Eza bukan utk menyambut perkahwinan kakaknya, tetapi mahu mencuri barang dan duit utk di bayar kepada Jason-Si Lintah Darat @AhLong. Namun, kepulangan kali ini bukan saja memeranjatkan Amy, tetapi juga membuka rahsia keluarga dan perkaitan Amy-Syah-Eza-Jason dan keluarga kecil pengantin perempuan yg membawa kepada pembunuhan di hari persandingan...


Wait for it ye guys!

NotaKakiFaizal--)7Days will be publish this coming Wednesday

MISI MENCARI DAN MENYELAMAT..POYO TOL


Sapa yang mencari dan sapa pula yang nak diselamatkan? Macam tagline cerita kan? Aku kalau bab2 nak menarik perhatian reader ni mang nombor satu. Cess..poyo tol!

Luruskan niat bercerita okeh. Memandangkan dalam sikit masa lagi aku akan menghabiskan tahun terakhir di UiTM, so dengan lipas kudungnya aku sudah menghantar CV secara online kat merata ceruk untuk mendapatkan kerja. Aku dah rasa Hazabnya mengharong hidup menganggur sekejap lepas diploma dulu dan serik dah nak membazir masa sebab melengah-lengahkan menghatar CV! Tanak ar pas ni ada mulut2 longkang yg perli2 ckp "aik ko blaja tinggi2, ni je yang ko keje???", sambil wat muka free mintak kena pelempang. Kalau aku keje yang tak sepadan ngan kelulusan aku pon apa salahnya kan?

Tak salah kan?

Aku bukan jual body (yg tak berapa nak tough ni) @ merompak mencuri bagai. At least statistik pengangguran dapat dikurangkan jumlahnya. Okey la tu bro! Tapi, no matter what, isunya sekarang aku nak mencari dan menyelamat diri ini dari dihambat kebosanan bila lepas habis belaja kang. Misi mencari kerja ini akan terus aktif!


NotaKakiFaizal--)Ada sapa2 nak tawarkan kerja?. Saya seorang yang funny, hensem (hensem la kalau nak compare ngan spongebob pat segi kaler kuning tuh), berukuran rendang 162 sentimeter serta mata kaler coklat gelap dan mempunyai struktur gigi yang lengkap 32 batang. LOL!

Sunday, November 08, 2009

MOODY SEHALA

Semua orang pernah moody kan?. Tapi bergantung bagaimana cara orang itu mengatasinya.

Pernah tak korang mengalami situasi begini bila kawan2 korang alih2 je:-
1) Tarik muka ketat dan decide tak mau bercakap dengan korang
2) Korang ni punyala semangat bertanya itu ini, dia wat donno jer
3) Kes bertambah berat bila dia mula hentak2 barang, sepak itu ini seolah-olah nak tunjuk protes yang dia marah beno dengan korang.

Well, ada 3 list je. Aku tau banyak lagi. Nanti aku list kang, ada yang sentap terus decide nak bakar blog aku secara berjemaah plak!

Moody sehala ini wujud bila satu pihak tidak berpuas hati secara sembunyi2 lalu mewujudkan tindak balas marah atau lebih tepat naik angin, tetapi perlaksanaanya lebih kepada perbuatan2 haramjadah seperti menarik muka ketat (sebab muka dia longgar), sepak kerusi meja (nak tunjuk dialah yang paling kuat kerana mewarisi darah keturunan Badang) ataupun senyap dan langsung tidak bercakap sambil menjeling-jeling tajam (mempraktiskan kaedah bisu terbaru yang hanya menggunakan isyarat mata, bukan tangan seperti kaedah bisu yang normal).

Situasi ini juga membuatkan orang yang berada disekeliling si pe"moody" akan merasa serba-salah, takut2 nak tegur selain persoalan besar dalam kepala otak diorang mengatakan

"eh..salah aku ker?"

Ini mungkin wujud disebabkan tak puas hati, sentap bila kita terlepas cakap ataupun orang yang moody tu sendiri yang mempunyai dinding emosi seperti sehelai tisu cap Premier. Nipis gila dan mudah terasa. Kadang2 tu banyak perkara tak logik yg membuatkan si empunya moody dengan tetiba sepantas kilat mengubah anginnya. Makan tak ajak la, kuar gi kedai tak bagi tau la, gi main bola tak habaq la, gi kelas sama2 pon nak kena ghoyak jugak!. Berak, kencing taknak gi sekali ker? Leh berjemaah hapa?!

Kita kadang2 pon salah. Cakap tak pakai strainer! Bak kata orang dulu2, terlajak perahu boleh la ko undur jang, terlajak motorbot?. Dah namanya manusia. Mana ada yang sempurna?. Meh sini siapa cakap dia perfect?. Aku tolong potong kaki korang!

Sudahnya..berhari2 tak bercakap ngan si polan tu. Lebih2 lagi kalau dua2 egonya tinggi. Entah2 sampai ke tua la korang tunggu kena minta maaf. Part2 camni yang syaitonirrojim suka neh!

Persoalannya, larat ke korang dengan hidup moody, dull, suram dan asyik nak marah je 24 jam.
Perh..singa pon tau berenti doh! At least give and take. Minta maaf atau memaafkan satu dengan yang lain. Bukankah itu satu tugas mulia Khalifah Allah di muka bumi ini?

NotaKakiFaizal---)Jangan biar hidup korang diselaputi asap moody

Monday, November 02, 2009

MENUNGGU TIGA HARI


Salam;

Entry pendek walaupon sebenarnya banyak benda nak cerita, tapi aku pendam dulu sebab...

Aku sedang menunggu masa tiga hari mendatang.

Buat masa ni, sila simpan tanggapan liar korang dan tunggu untill the 3rd day okeh!


NotaKakiFaizal--)1st entry bulan November yang kelihatan sangat pendek dan malas.Gambar pon monotonous jerk.

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED