Sunday, December 04, 2011

Review: Pasrah Tu Berserah (Ombak Rindu)

Amaran: Mungkin ada beberapa spoiler! Jangan baca kalau anda nak tontonnya sendiri:)

Aku boleh katakan karya yang diadaptasi dari novel best-selling (dengan 21 kali ulang cetak) tulisan Fauziah Ashari ‘Ombak Rindu’ ini menggelorakan seluruh peminat baik novelnya mahupun layar tempatan.

Sebagai penonton yang tidak pernah membaca karya ini, ada benarnya penulis Fauziah Ashari tidak berpuas hati beberapa plot novelnya tak dimasukkan ke layar lebar. Aku pun pernah tak berpuas hati dengan beberapa pengarah Harry Potter yang main suka hati masukkan plot-plot atau menggantikan dengan babak penting yang lebih releven di layar. Tapi takkan nak sumbatkan beratus-ratus muka tulisan JK Rowling tu dalam satu filem, kan?

Maka sebagai penonton, aku berpuas hati dengan adaptasi saga magis itu.

Rasanya ramai dah tahu synopsis filem adaptasi ni. Malah filem ini mencetus kontroversi apabila pemilihan Maya Karin sebagai Izzah, karakter penting cerita ini. Well, aku ada buktinya di bawah ni.
Nah! Siap petisyen! Kau ada?(right click and open in a new tab)

Aku boleh katakan, persembahan Maya Karin sebagai Izzah sangat memuaskan. Melihat Izzah di tangan Maya merupakan lakonan terbaik beliau selepas Meriam dalam Pontianak Harum Sundal Malam. Ekspresi Maya wajar dipuji. Dari ekspresi itu, audien dapat menyentuh emosi derita Izzah, perasaan takutnya, perasaan sakitnya ataupun kasihnya kepada suami. Izzah hidup dalam samar dan bayangan masa depan macam layang-layang kat awan biru. Bila putus tali, mana dia nak pergi?

Terngiang bacaan Surah Yaasin yang dialun Izzah. Mendayu.


Aaron Aziz. What more could I say to him? Wataknya berkesan sebagai Haris. Bila dia dapat Izzah, dia mula nak tunjuk taring. Dari situ kebencian kita pada Haris wujud. Benci yang akhirnya bertukar sayang. Tapi dalam masa yang sama dia tersepit dalam permintaan ibunya Datin Sufiah (persembahan seksi meksi Azizah Mahzan, superb kak jijah!). In order of not becoming ‘anak derhaka maka kau akan makan sumpah’ dia menurut perintah ibu yang banyak muslihat. Haris hidup dalam circle of women, malah hidupnya sendiri diatur emak tersayang. Bila dapat membuli Izzah, well, takkan nak dilepaskan?



Mila Amelia yang ditangani Lisa Surihani antara karakter evil yang aku minati. Forget about sebutan ‘r’ Lisa. Lisa dah jalankan tanggungjawab yang baik sebagai Mila, teman childhood Haris yang mengahwini lelaki itu atas hubungan kekeluargaan. Mila dipersembahkan dengan fierce. She such a drama queen! (reminds me of Penelope Cruz character as Maria Elena in Vicky Cristina Barcelona)


Mila adalah determine girl sort of ‘aku nak apa yang aku nak, pergi jahanam apa yang berlaku, kalau aku nak, aku akan dapatkan’. Komposisi Lisa dalam mewarnai pesona Mila perlu dipuji tatkala watak ini sebenarnya mempunyai karakter yang kompleks. Adakala kita membenci Mila, sekejap kang kita adore dengan kecomelannya dan sekejap kang kita bersimpati pada dia. Mila ibarat suara wanita yang ingin ‘stand out’ dalam usaha ‘fight a love’ walaupun dia tahu cintanya nan hadoo aka ditolak mentah mentah. Keep up a good work, Lisa! Kena touch up sikit skill lakonan:)

Impak Bront Palarae tak pernah menghampakan. Wataknya sebagai Mail, jejaka kampung yang tak pernah berputus asa memikat Izzah kelihatan sangat meyakinkan. Hidupnya sederhana, namun dia cuba menambat hati Izzah. Mail ibarat lelaki yang menanti jawapan wanita yang sukakannya, walau dia tahu perempuan tu tak akan menerima cinta dia. Hidup ni tak best kalau tak mencuba, jadi Mail salah seorangnya.

Watak-watak lain sangat membantu. Delimawati, walau penampilannya sekejap sangat, namun kemunculannya sangat meninggalkan kesan (dah ada audien kuar tisu siap-siap nampak bayang ;Kak Limah' berkemban meratap sayu), Julia Ziegler tak menghampakan malah paling aku puji adalah watak Zaidi Omar! Lakonan pelakon berbakat ini masih berbisa! Ini lakonan ke dua beliau yang benar-benar buat aku mengingatinya. Pertama kalinya menerusi filem Ringgit Kassorga sebagai Datuk Gatal!haha

Ombak Rindu hadir dengan visual memukau. Sawah padi, kemiskinan, kemodenan kotaraya ‘cantik’ diluar-‘hodoh’ di dalam dan manusia-manusia berhati hitam dan putih mewarnai kanvas lukisan Osman Ali ini. Jentikan emosi Osman menerusi empat karakter utama ini ternyata berjaya (budak perempuan depan-depan aku semua dah stanby tisu). Melodrama Ombak Rindu walaupun ada sedikit suntikan Ibu Mertuaku ataupun filem-filem Bollywood, itu langsung tak mencacatkan filem ni.

Namun dari segi teknikal, harap dapat diperkemas untuk filem akan datang. Beberapa syot macam blurr, lontaran dialog pelakon macam ‘pecah’---tatau mic tala ke mana dan kesilapan-kesilapan minor yang dapat dilihat seperti ‘orang baju merah’—betul potong stim, phone number yang eh dan eh, kotak hitam. Lain-lain okey ja!

Jujurnya pukulan Ombak Rindu memang membadai perasaan!Dan jika anda memang seorang yang sensitive, sediakanlah tisu untuk menonton! Itu maknanya hati anda masih lagi seorang 'manusia':)

‘Cinta tak kejam.Cuma manusia tak pandai menghargai cinta’ (Izzah, 2011)

‘Redha tu ikhlas. Pasrah tu menyerah’ (Mila, 2011)

PS: Ada promo filem Songlap (must watch) dan Datin Ghairah! Eh judul cerita ni??

13 comments:

NUke_Rude said...

okay. rasa nak tengok sebab ada lisa surihani! hahaha.

NusrahYahya said...

emm patut ke akak komen kat cni?emm rosakkn mood org yg blum g tgk n bcdg nk tgk x? hehe

bab lakonan empat teraju utama OR mmg akak tabik!sume btl2 menjiwai dn mendalami watak tu dgn sebaiknya.
Maya berjaya mainkan watak Izzah dgn baik dlm semua scene(menitik2 airmata masa scene Hariz g umah pak dollah n gantung pkhwinan dgn Izzah..sedih amat! huhu)
Aaron pun mmg ternyata menjiwai watak Hariz.dlm bbrpa scene dia nanges smp x tertahan2 airmata tu.terbaik =)
Lisa pun akak puji kali ni (dah x memaksa nanges mcm dlm Lagenda Budak Setan).sesekali ada rasa geram,ada rasa marah bila scene Mila keluar.
Mail dlm ni akak suka.watak mail lbh hidup compare to novel.Bront nampak cute dan penontn akan dpt rasai mcm mana perasaan mail yg sukakan Izzah dan menunggu cinta dr Izzah tp akhirnya kecewa..kesian..

Bab yang spoil tu mmg byk..1st akak agak kecewa dgn jln cite n watak yg terlalu byk olahan.akak lbh suka dialog dlm novel bbnding filem..novel lbh tragis dan lbh byk bermain dgn emosi compare to film..dan akak stju dgn spoil2 yg faizal nyatakan td..tgh2 feeling Hariz peluk dgn Izzah ttbe manusia bju merah sua pendek lalu blkg.spoil!dr nk feeling, abes satu panggung bantai gelak..transmision dr satu shot ke shot lain pun agk mengecewakan smp kwn akak ckp "aku rasa mcm tgk slide show" dan ada bbrpa shot yg blur..hadoii knpe jd gitu??

apa pun akak mmg puji dan bg markah penuh untuk setiap pelakon yg berjaya menghidupkan watak masing2 dgn baik...=)

Annisa said...

"orang baju merah" tu wat orang sedih jadi senyum =) watak Izzah hidup..

ombak rindu : nice =)

Faizal Sulaiman said...

NUke_Rude ---> memang patut tengok weh.menduga kebalnya air mata kita neh.hehehehehe.

lisa terbaik.malah bagi aku menjadi watak mila amelia nya. Tengoklah kalau nakkan perbezaan watak lisa:)

hanaahmad said...

review dari kau ni buat aku meronta2 nak tengok. aku nak gak tahu apa bezanya dia dgn novel yg aku baca 7 thn dulu.

Faizal Sulaiman said...

NY ---> maklumlah kak.nama pun adaptasi.terikat dengan duration.dalam hal ni saya bersetuju kalau OR dibikin dalam bentuk drama utk lebih kepuasan maksimum pembaca.

Well, filem ni menjadi tirai penutup antara filem2 terbaik tanah air:)

Faizal Sulaiman said...

khairunnisa ♥ ---> saya sendiri merasakan izzah adalah izzah dan bukan maya karin:)

Faizal Sulaiman said...

hanaahmad ---> cepat pi tengok hana!!! rugi tau kalau lambat2:)

r.i.n.a said...

Aku ngs time aaron n izzah dlm bilik tu...yg time tu kenduri..tujela skali.. Pastu si mila dok tjerit2 smpai kdg2 xjelas ape yg die ckp..huhu.

Faizal Sulaiman said...

BudakBosan ---> setuju tak kalau dah kuar dvd nanti, team Ombak Rindu kena bubuh subs sekali.barulah cun!

shandye. said...

cibs.

masih belum berkesempatan menonton.
ada sesiapa mahu ulangtonton bersama saya?

hehehehe...

Faizal Sulaiman said...

shandye. ---> wah rugi tau tak tengok.hehehehehe...

MR. SYAH said...

lisa berlakon mmg uhmph! ske filem nigak.. oklah...

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED