Tuesday, December 13, 2011

Shortie: Adam


‘Kita balik sini lagi?’
Hail senyum.Wajah keliru anaknya Haidar dipandang sekilas. Ada kemilau tanda tanya di balik raut budak sebelas tahun itu.

‘Tak salah kan? Ini kampung ayah. Kampung Haidar juga’

Senyap. Nafas dihela tatkla jawapan si ayah menutur di pinggir bibir. Sebagai anak, tidak ada hak untuk dia bertanya itu dan ini. Seketika teratak Hisham, datuknya kelihatan dari kejauhan.

Sampai juga.

Dia mengeluh sedikit melepas lelah. Avanza dinaiki dua beranak itu diparkir selesa di bawah rimbunan sena mencuar tinggi. Sesepoi angin berpuput enak tatkala menelusuri laman bersih teratak papan itu.

‘Tau pun nak balik? Aku ingatkan dah lupa jalan!’

Suara menyindir memecah hening pagi. Dua beranak itu berpusing tatkala melihat Hashim masih gagah bertongkat memandang tegar. Tanpa mengucap sepatah, apatah lagi menyambut hulur salam anak dan cucunya, dia tergesa menaiki tangga meninggalkan Hail dan Haidar terpinga-pinga.

‘Dah jom naik!’, gesa Hail mempedulikan raut anaknya yang merenung keruh air mukanya yang berubah mendadak. Kelihatan di ruang tamu, Hashim sedang menyalakan rokok daun sambil menghembus angkuh. Lelaki separuh abad itu menjeling cucunya yang terkial-kial mengangkat bagasi besar.

‘Benda macam tu pun kau tak boleh angkat? ‘, sindirnya tajam. Haidar tersentak, hampir saja melepaskan bagasi merah maroon itu dari tangannya. Hail membantu sebelum menyuruh anaknya membawa bagasi itu ke dalam bilik. Hail menuju ke arah bapanya yang masih menghembus asap rokok daunnya. Salam dihulur lagi.

‘Abah apa khabar?’

Hasyim memilih untuk tidak menjawab. Huluran salam Hail sombong dipandang.

‘Mana bini kau?’
Hail mengeluh berat. Pertanyaan bapanya menggerogoti jiwa. Rasanya sudah hampir berbelas kali dia mengulang jawap pertanyaan yang sama. Dia dan Ana sudahpun bercerai. Bercerai selepas Haidar berusia lapan tahun lagi! Jawapan macam mana lagi yang abah nak?

‘Kan saya dah beritahu tiap kali saya datang ke sini?’
‘Aku tanya. Mana … bini … kau? Jawab dulu soalan aku!’
‘Saya dan Ana kan dah bercerai, bah’
‘Kenapa kau bercerai?’
‘Dah tak ada jodoh, bah!’
‘Itu jawapan anak lelaki bacul! Bacul sebab kau tak pandai nak jaga rumah tangga kau’

Hail tergamam. Wajah bongkak ayahnya dipandang dalam-dalam. Hasyim melempar sisa rokok daunnya ke luar jendela. Rona bengang Hail dilihat geram.

‘Kau yang tak pandai jaga bini! Lepas tu kau nak salahkan jodoh, pulak? Siapa nak jaga anak kau tu?’
‘Saya dah jaga dia sejak Ana tinggalkan kami’
‘Aku tengok budak tu macam kurang kasih sayang! Dah aku kata suruh kahwin dengan Zainab, kau tak nak!’
‘Saya tak cintakan dia!’
Hasyim ketawa deras. Kedengaran perkataan bodoh berulang-ulang di hujung katanya. Muncul pada ulas bibirnya.

‘Itulah kau! Degil! Kalau kau dengar cakap aku kan senang! Macam Along kau tu’

Hail tiba-tiba menyirap. Sejak kecil lagi kerap benar dibandingkan dengan abang sulungnya itu. Apa bagusnya Along?

‘ Abah tak habis-habis nak bandingkan saya dengan Along!’
‘Dah Along kau memang bagus. Nak kata apa lagi?’
‘Yalah! Dia sorang yang pandai Matematik. Saya tak pandai. Dia sorang yang masuk MRSM, tapi saya ada peluang abah tak bagi masuk! Saya selalu dapat barang second hand dari Along. Abah tak pernah beli baru pun untuk saya! Apa lebihnya Along? Apa kurangnya saya, bah?’
‘Aku tak pernah nak kurang lebihkan siapa-siapa!’
‘Abah pandai cakap! Abah ingat mata saya buta? Siapa saya di mata abah?’

Sampai disitu Hail tak mampu menahan sabarnya. Dia menderu langkah membiarkan Hasyim menelan ‘sebutir sebutir’ apa yang dikatakannya tadi. Perasaan berbuku itu sudah bertahun dia simpan. Jujur hati berkata. Kenapa mesti Along dilebikan? Kenapa mesti Along dijulang? Kenapa mesti Along didahulukan?

Dia menekup wajahnya tegar. Menutup rona dengan sedikit dosa terasa terpalit. Kolam matanya panas.

‘Ayah…’

Hail berpaling. Air matanya merembes. Kelihatan Haidar melempar senyuman memujuk. Hail memaut bahu anaknya sambil menundukkan sedikit paras tubuhnya.

‘Walau apa pun yang terjadi, ayah akan tetap jaga Haidar! Ingatkan ayah kalau ayah sudah abaikan Haidar!’
Budak lelaki itu mengangguk. Hail menyambung.

‘Jangan melawan cakap emak ayah. Berdosa besar. Buruk mana pun, mereka tetap ibu bapa kita’, bisik Hail sebelum memeluk tubuh kecil anaknya sebelum berkira-kira hendak ke ruang tamu untuk memohon secebis kemaafan kepada abahnya, Hasyim.

Anggaplah apa saja yang dicakapkan abah itu betul. Dengan doa, tak mustahil hati abah lembut…

TAMAT

Ingat, hidup kita tak lama. Hidup mak ayah pun tak lama. Redha ibu bapa, adalah redha Allah jua…

8 comments:

MR. SYAH said...

kdg2 kita rasa ibu bapa kita pilih kasih tp sebenarnya mereka mengambil berat terhadap kita.. cuma kita yg xnampak..

Faizal Sulaiman said...

MR. SYAH---> yup.by rights mak ayah mana tak sayang anak2.cuma yalah kita mungkin akan terasa hati.tapi lepas2 tu segeralah minta maaf:)

Nazz@Purple said...

cara mereka menyayangi berbeza..sekeras mana pun mereka..mereka lah ibu bapa kita..

Anonymous said...

bercerai tnda kita bacul?
tak pndai jaga bini??
hmm...

Anonymous said...

faizal..two thumbs up!

Faizal Sulaiman said...

Nazz@Purple ---> yup.kena terima.perlu terima

Faizal Sulaiman said...

Lelaki Ini ---> perspektif ayah dia:)

Faizal Sulaiman said...

[r][a][y] eusouff ---> thanks so much ray!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED