Monday, December 05, 2011

Tolonglah Behave!

Selongkar gambar lama.hihi


Mungkin entry ni dah jadi isu lapok. Aku tak kira, aku tetap nak kata sebab pesen orang kita ni kalau tak tegur, takkannya nak sedar!

Ini berkaitan dengan sikap penonton wayang. Yeah, mungkin ini filem pertama yang aku tonton mempunyai audiens yang sangat ‘kampung’ apabila melihat pelakon di layar lebar.

Ini criteria yang aku rasa kategori penonton kampong.
1. Pesen dialah director
- Dari cecah punggung sampai keluar panggung, mulut tak henti bercerita pasal cerita tu.Lepas ni macam ni.Lepas ni macam tu. Eh apasal takde benda ni. Babak ni mana. Mengomel ngomel kemudiannya tak berpuas hati.

2. Pesen kat luar takde tempat nak bual
- Kat dalam tulah dia nak bual! Kepala bana!!! Bingai apa nak berborak sakan dalam panggung? Tak boleh ke focus tengok cerita. Ada benda nak borak, lepas keluar nanti tak bole?

3. Pesen kat luar takde tempat nak call
- Ini lagilah satu hal. Pesen tak reti-reti nak SWITCH OFF your damn phone. Selamba rock jawab dalam panggung? Takda sivik punya orang!

4. Pesen sambung skrip
- Ini lagi kepala bana! Pelakon cakap dia pun sambung. Usually dengan ayat mengarut. Kau tahu tak cara kau tu mengganggu mood orang??

5. Pesen pendek akal
- Sikit pun tak mahu fikir. Eh kenapa macam ni? Eh kenapa macam tu? Too much why! Kenapa harus seorang director tu perlu bagi sesuatu secara terus je?Takde elemen surprise atau subtle? Kira nak main suap jela??

6. Pesen datang nak berhibur
- Scene sedih gelak. Scene marah gelak. Scene lawak lagilah gelak. Too much! Ingat ni maharaja lawak ke apa? Last-last kata cerita tu tak best!

Kalau ada sesiapa yang terasa, minta maaf banyak-banyak.

Kau dan aku pun bayar harga wayang yang sama. Ticket yang sama. Seat dengan keselesaan yang sama. Do respect others. Hormat penonton lain. Kalau nak buat perangai macam tu, tengok kat rumah!

Entry ni ditulis berikutan dengan beberapa kejadian tak puas hati semasa menonton Ombak Rindu. Actually feeling aku tak sampai mana pun disebabkan gangguan-gangguan audiens. Actors did their job very well !

Sangkaknya segelintir penonton! Mana yang berborak-borak bodoh disertai gelak-gelak bodoh. Mana yang gelak bila scene Zaidi Omar mengajuk cakap suami Datuk Sufiah supaya menyerahkan anak dia, bimbang Datuk Sufiah gila meroyan (Scene ni pun orang bantai gelak.Its not funny la people. Open your mind wide. Itu teknik lakonan. Ekspresi sedih dan lawak pun tak boleh beza ke? In fact ramai blogger yang sudah aku baca review kata scene tu KELAKAR dan TAK MASUK. Alahai! I could say, that expression is the most powerful!)

Itulah kalau nak tengok filem sekadar nak berhibur, macam ni la gamaknya.

Betul. Tak semua penonton nak serius bila menonton. Tapi sampai bila kita nak berhibur ringan? Hibur takda isi?

Celikkan minda bila menonton. Cuba fahami karakter. Memang betul ramai tak suka Datuk Sufiah atau Mila Amelia. Tapi these two women ada sebab buat macam tu. Ambil Datuk Sufiah. Haris sorang je anak dia. So sebagai emak, dia nakkan yang terbaik untuk anak dia. Semua mak nak macam tu pada anak. Being protective to her child is what mother always do. Ce kau bawak sapa-sapa datang umah kau, tidur barang sehari dua. Mak kau akan tanya, siapa kawan ni? Duduk mana? Kerja apa? Dah lama ke kenal anak makcik?’

Ni tak. Bila muka jijah mahjan kuar layar, masing-masing nak maki hamun. Itu yang aku kata. Visually she’s stole audience attention. Tapi dalaman?

Sorry lah kalau dua hari asyik bercerita fasal ini. Aku tak boleh tahan maka kena spill it out juga!

Tak sabar nak menanti Hanyut. Who's in to this movie?

Review Ombak Rindu

16 comments:

Muhamad Zaki Zafir said...

7. Pesen suka menganjing skrip.

angin aku org jenis ni.bese budak2 sekolah la.

mr.syazwan said...

suka babak ROMANTIK!

hahahaha

hanaahmad said...

arghhh...aku tgk lagi ombak rindu! huehue..


tp betullah. aku pun hangin dengan spesis manusia tak reti respect orang lain dalam panggung. kita keluar duit sebab nak tengok filem, bukan nak sakit hati dengan orang lain. hmmmm.

MR. SYAH said...

betul tu.. sokong FS.. walaupun aku tergelak tgk babak zaidi omar tu tapi aku gelak tak bersuara sbb xnk ganggu org.. gelak sendiri2 jelah..

NusrahYahya said...

emm akak g ngn 6 org kwn.nsb baik akak x duk sblh 2 org kwn akak tu sbb diorg bley komen2 masa cite tu tgh tyg.bengang gak tp buat tatau je sbb mmg nak feel tgk OR..=)

tp masa akak tgk cite Aku Bukan Tomboy..tu lg spoil!!bdk sblh akak gelak mcm dia soang je ada dlm panggung tu.dah la dlm hall kecik.gelak tak beragak..rasa ringan je mulut nak sound pmpn tu!!

NUke_Rude said...

ada lagi. jenis pesen yang suka tendang2 seat org depan.

macam lahanat.

ghost said...

aku cuma penah citer bersirinya kat paper dulu.tapi aku tak teruja plak nak tengok citer kat pawagam.

Lyla Ibrahim said...

the situation happen to me once..
org nak tgk movie dia boleh borak2 lagi..
kuat gila pulak tuh...
I dah geram sgt I jerit suh dia senyap..
satu panggung pandang I..
baru budak tu senyap..
puas hati..
hehe

Faizal Sulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir --> itulah kalau nak tengok wayang lepastu nak berhibur je.hahahaha

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan ---> wah wan!!! hehehehe

nak baca nantilah review dari wan!

Faizal Sulaiman said...

hanaahmad===> in this case aku setuju, hana. sama2 keluar duit kan?

bila ko nak tengok weh?

Faizal Sulaiman said...

MR. SYAH---> ada yg gelak kuat2. babak sedih tu kot:P

Faizal Sulaiman said...

NY ---> itu namanya pentingkan diri. lainla kalau ada hall sendiri2 la kan?

Faizal Sulaiman said...

NUke_Rude ---> perghhhh ada gak macam tu? perghh kalau akulah, terbako juga!

Faizal Sulaiman said...

ghost writer---> well, adaptation selalunya banyak yg tak sama dengan novel.mungkin nak mampatkan duration

farida tarmize said...

tidaaaaaaaakkkkkk..aku tak nak tengok ombak rindu.tp aku nak sangat tengok babak yg zaidi omar tu..ramai sangat orang ckp klakar..

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED