Sunday, August 05, 2012

Hujung Ramadan: Episod Keenam

Sebelum ini dalam Hujung Ramadan
Rosnah mula umpan Juraimi dan Manis pula berbelah bahagi untuk beritahu rahsia hitamnya


“Harini Laila buka puasa dengan kami yek?”, pelawa Manis petang Ramadan itu ketika jirannya Laila sedang membantu neneknya membeli barangan keperluan dapur. Laila nampak takut-takut. Anak matanya melilau-lilau memandang pintu hadapan rumah Manis, bimbang dia diserang kali kedua.

“Laila jangan bimbang. Mak kakak ke pasar Ramadan. Kalau Laila setuju, pukul enam setengah kita bertolak”, usul Manis sambil memperbetulkan tudung krim membaluti rambutnya yang diikat ala kadar di leher. Laila dipandang penuh pengharapan. Dia nak Laila bersetuju. Dia nak pulihkan kembali hubungan tak baik ibunya dengan budak perempuan itu. Bukankah sekarang bulan Ramadan? Bukankah elok jika menjernihkan apa yang sudah keruh?

“Tapi Laila takut. Laila takut kalau Makcik Rosnah serang Laila macam haritu”, Laila bersuara bimbang. Sungguh dia cuak. Makcik Rosnah, walaupun nampak baik, tapi kebaikan itu bukanlah seperti apa yang disangkakannya. Makcik Rosnah pandai berlakon. Untuk apa, dia sendiri tidak pasti.

Manis senyum, lalu menggeleng.

“Kamu jangan bimbang. Kakak ada. Pakcik kamu ada. Semuanya akan baik-baik je. Yang penting niat kita ke sana. InsyaAllah , Dia Maha Mengetahui”, pujuk Manis lalu memaut tubuh budak perempuan itu erat sebelum menyambung lagi.

“Berikanlah kakak peluang untuk minta maaf pada Laila. Kakak fikir jalan ni adalah yang paling terbaik”, getusnya mengharap lagi. Laila diam sebelum beberapa ketika, dia mengangguk bersetuju. Manis memeluknya erat.

“Kita jumpa enam setengah”

Seperti yang dirancang, tepat enam setengah petang, Manis bersama bapanya Kamal dan sepupunya Juraimi menjemput Laila sebelum memecut Vios hitam dengan laju menuju Buluh Kubu, restoren pilihan Manis yang menawarkan makanan Melayu A La Carte. Mujur Manis sudah membuat tempahan meja, maka dia tak perlu bersusah payah mencari spot yang sesuai untuk mereka makan. Buluh Kubu sudah dipenuhi pelanggan yang rata-ratanya ingin berbuka puasa. Tak kurang beberapa kumpulan remaja yang kebanyakannya mendominasi restoren itu.

Menu sudah dipesan dan kini mereka hanya menunggu masa untuk berbuka puasa saja. Juraimi yang lebih banyak mendiamkan diri agak tersipu-sipu memandang Laila yang duduk bertentang mata dengannya.

“Pakcik, bagi pihak Makcik Rosnah nak minta maaf atas keterlanjuran tempohari. Pakcik tak sangka, Makcik Rosnah naik hantu sampai macam tu sekali”, ujar Kamal rendah diri. Manis mengangguk lemah. Laila, walaubagaimanapun senyum nipis.
“Tak apalah Pakcik. Saya dah biasa dipandang serong orang. Kadang-kadang tak larat nak menidakkan tuduhan orang. Saya mampu berdiam diri saja”, jawab Laila sebelum bertukar senyum dengan pelayan yang mengedarkan sepiring kurma pada setiap meja. Dia menyambung kembali.
“Bila saya kenal Juraimi, hidup saya kembali ceria macam dulu. Sekurang-kurangnya bukan saya sorang saja yang rasa sunyi dan keseorangan dalam dunia ni”, ujarnya sayu. Manis senyum prihatin.

“We will not let it happen, okey. Kakak ada. Juraimi ada. Jadi kamu takkan sunyi lagi lepas ni”
“Thanks kakak”

Manis memaut erat tangan budak perempuan itu. Senyum.

“Amboi! Mesranya anak-anak?”
Ada suara asing menerjah. Lapan pasang mata berpaling serentak.
Rosnah sudah bercekak pinggang memandang setiap seorang dengan bengis.
“Ini rupanya beriftar di masjid? Ni namanya ‘masjid’? Agak-agaklah kalau nak membohong!”, suaranya menggumam dibalik gigi yang digetapkan. Tangannya menggigil menampung marah. Wajah Kamal sudah merona merah. Juraimi pandang wajah Manis yang sudah ketakutan.

“Abang, get…back…to..the..car”, gumamnya lagi bertambah geram. Dia tak peduli walau seribu pasang mata memerhatikannya. Dia tetap mahu selesaikan kelautan itu dengan segera!

Kamal menurut, enggan membiar Rosnah terus meroyan.

“Kenapa dengan awak ni?”
“Kenapa abang cakap? Dahlah abang tipu saya! Lepas tu bawak budak malang tu sekali? Hey? Apa dah jadi ni?”
“Its just..abang dan Manis nak minta maaf dengan dia. Tu saja.”
“Nak minta maaf sebab apa pulak?”

Suara Rosnah memekik lantang serentak dengan alunan azan Maghrib tanda umat Islam dibenar berbuka puasa.

“I don’t care! Saya nak stick dengan plan saya!”, bentak Rosnah sebelum Kamal memaut tubuhnya supaya bertenang.
“Abang rasa lebih elok kalau Juraimi tahu pasal perancangan kita. Abang yakin dia akan faham”, usul Kamal setelah Rosnah berhenti dari berteriak-teriak. Perempuan itu, walaubagaimanapun mengilai tertawa mempedulikan azan yang masih berkumandang.
“Jangan jadi bodoh, bang! Kalau dia tahu tentang asal usul bagaimana dia jadi anak yatim, tak ke itu lebih mengundang padah buat kita?”, desis Rosnah sebelum pertelingkahan itu disertai anaknya Manis yang kelam kabut melihat drama itu dari jauh.

“Mak… ayah…tolonglah. Janganlah bergaduh macam ni.”
“Kenapa? Kau malu ada mak yang loudspoken macam aku ni?”

Rosnah tak peduli pasang-pasang mata yang menyoroti konflik keluarganya. Dia sikitpun tak kisah!
Manis terdiam. Wajah bapanya yang tunduk diperhati simpati.

“Saya taknak mak bising-bising macam ni. Saya anak mak. Mak patut lebih pentingkan saya!”
“Buatapa aku pentingkan kau? Menghabiskan duit aku dengan study kau yang tak habis-habis tu”

Manis hela nafas. Penghabis duit rupanya dia ni!
Takapa! Biar aku beritahu perkara sebenar.

“Saya quit study. Saya takkan habiskan duit mak ayah lagi. Saya nak duduk rumah. Nak jaga kandungan saya”

Rosnah terbelahak. Wajah tunduk Kamal terangkat dengan sendirinya.
Manis telan liur.
Kenyataan pahit telah diluah jua..

BERSAMBUNG

3 comments:

Ri said...

n_n

ze plot thickenzzz..

Faizal Sulaiman said...

Ri ---> hehe

strategy

tinggal empat episod, ri.

terima kasih baca, ri!

Nazz@Purple said...

faizal..boleh buat drama kat tv la faizal..best=)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED