Thursday, March 05, 2009

DUKA LARA PRIMADONA


Filem:La Vie En Rose
Director: Olivier Dahan
Pelakon: Marion Cotillard, Silvie Testud, Pascal Greggory, Emmanuelle Segner

Sebenarnya aku nak review filem ni lama dah, tapi asyik tertangguh jer. Maklumlah sekarang ni dengan tons of assignments and project yang belambak2. Aku biasalah wat muka relek pisang je, walhal kerje menimbun!. Filem yang nak aku review kali ni adalah sebuah filem dari France, berjudul La Vie En Rose aka The Little Girl. Filem arahan Olivier Dahan berdurasi 2 jam ni menyelusuri kehidupan penyayi terkenal Perancis, Edith Piaf dari kehidupan awal beliau, kemudian merangkak menjadi bintang terkenal, perasaan terkilan dan kecewa beliau apabila mendapat tahu kekasihnya (Marcel) mati dalam nahas kapal terbang dan saat akhir hidupnya yang tidak pernah menyesal kerana menyanyi. Lakonan mantap dan superb aktres Marion Cotillard sekaligus melayakkan beliau memenangi beberapa anugerah filem besar seperti Golden Globe untuk Aktres Terbaik Muzikal&Komedi, BAFTA Awards untuk Aktres Terbaik dan Majlis Anugerah Akademi (Oskar) edisi ke 80 untuk Aktres Terbaik dalam Watak Utama.
Cotillard bukan sahaja menterjemah karakter Edith Piaf dengan begitu baik, tetapi juga menjiwai setiap emotion yang sangat bercelaru dalam kehidupan sang penyayi itu. Hadir dengan rupa paras menawan, Marion Cotillard membentuk dimensi berbeza dalam setiap karakter Edith Piaf menjadikan beliau aktres Perancis pertama dinominasi Anugerah Akademi sekaligus menaikkan merit beliau untuk memenaginya. Cakap banyak pun tak guna, korang yang teringin sangat nak tengok citer ni leh download kat bawah with English Subs. (Sumber YouTube) p/s Filem ini dipecahkan kepada 4 part dimana kesemuanya ada 14 part. Maklumlah, download kat

YouTube.


Meter Syok:
1-Hampas
2-Buang Masa
3-Boleh la
4-Layan
5-Mesti Tonton

Meter Syok= 4




1 comment:

zaham said...

thank you for share
the link!

Best Regards,
Iszaham

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED