Tuesday, June 30, 2009

AWARD2 TERTUNGGAK

Opsiee..jangan marah encik Indera ok. Seyesh ni antara award yg tertunggak, blom post lagi dlm blog ni. Minta maaf banyak2 ye Fikri Fauzi , Iena, Amin Shari. Cadangnya aku mang nak setelkan sebelum masuk this July!

So jom setel award nih!


1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.. 2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini (fikri fauzi ,iena ngan Amin Shari)---)Ok la award ni adalah pemberian dari diorang nih. Eh..eh leh wat trio kan?. Hahahaa
• Two of them were handsome & another one is beautiful (hehe..terlebey suda)
• I know them from berblogging.
• Both of them have a nice n3 and readable. (aiceh mengampu nampak?ehehehe)
• Will read through my page and sometimes rajin drop comments.
• Fikri ngan Amin masih blaja, tapi Iena tak tau plak.ehehehe..(sorry ye iena)


Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..
• Start blogging in August 2008
• From JB but currently studying at UiTM Shalam, so technically staying at shalam. Patu nak kena pindah ke Puncak Alam.
• Bloggeraddicted, gosh I’m really admit that
• 24y/o…so old doe!
• Not planning to further my master la. Gue dah muntah biru bila tgk buku doe!
• Semi vegetarian practitioners
• Love to make new friends. Still single (hahahaha)
• Adore seashore, traveling, food lover & a critical bookworm!
• Movie lovers as well as music hunters.
• Hahaha ni xble nak elak. Die hardcore fan of Desperate Housewives ngan Harry Potter !.ehehehe

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.

Ok la..aku nak bagi award ni kat follower2 baru aku. Thanks a lot coz drop some of ur comments. And the Academy goes to:-

1) Mr Dark
2) Fikri@Ayie
3) Beedle the Bard
4) Sweet Forest
5) Mr Momo
6) Fara Like Cookies
7) All about Ecah
8) AminHaqimy
9) Jim
10) Sheazanna

2nd award that i've got is from Mr. Shari. Kenal Shari juga melalui berblogging. Walaupun folower kamu dah ramai, still kamu tak melupakan aku.huhuhu..terharu sehhhh!!!!!.

Monday, June 29, 2009

SORTING OUT


Minggu last di rumah sewa. Baru aku rasa banyak nak mampos barang2 aku sepanjang 1 tahun setengah duduk di Shah Alam ni. Rasa cam nak bawak semua plak weiii!!!. Sayang seh nak buang buku2 lama ngan nota2 bagai tuh!. Nak taknak, aku kena sorting out dulu mana nak pakai dan rasa perlu untuk di bawa ke Puncak Alam.

Kerja nak menyisih bebarang ni pon asyik tertangguh jer. Petang nanti, tunda jadi esok, esok jadi lusa, lusa jadi tulat!. Walaweiii, cergas Indera, cergas!. Pantas2 buat kerja!!! (buat self motivation utk diri sendri dowh.hahaha).

Silap2 utk barang aku jer, kena sewa lori la gamaknyer!. LOL!!!

Indera:--)To my housemate Fitri Hafizan a.k.a PakDa, semoga kita berjumpa lagi. Pergh habis da ko ekk. Jangan lupa kawen nanti jemput aku naa!.

Sunday, June 28, 2009

SESUATU TENTANG KABIR

Finally I'm back. Sonok seh gi jalan2 cari pasal kat Perak tempohari. Tapi mood aku nak menulis tentang review perjalanan ke Kamunting-Batu Kurau itu masih belum ada lagi. Feel blom sampai dowh!. Letih gila!. Kali ni entry pembukaan setelah agak lama senyap (ceh, padahal 5 hari jerr) aku nak bercerita sikit pasal feveret director aku-Kabir Bhatia.

Aku bukan nak kata director lain tak bagus, tapi minat aku ngan hasil keje Kabir mang tak bleh nak dinafikan lagi. Kabir opened my eyes through his work in famous Idaman 2 than soap drama entitled Jodoh. Tapi sayangnya kebanyakan hasil kerja Kabir banyak disiarkan di channel Singapore melalui saluran Prime 12 (sekarang Suria). Kabir juga menghasilkan sebuah telemovie dua bahagian, gabungan Malaysia-Singapura yang berjudul Primadona sekitar tahun 2000.

Seyesh...sampai skunk aku masih tercari-cari telemovie drama-misteri itu. Siapa yg ada yekkk?.

Kabir terus cemerlang dengan penghasilan drama seram melalui slot Incredible Tales yang disiarkan di Channel 5, Singapore. Seyesh, aku menantikan citer Kabir berbanding director lain pada rancangan itu. (Incredible Tales-I.T adalah koleksi himpunan cerita seram around Asia yg diacarakan oleh VJ, Utt).

Dalam banyak2 koleksi tu, citer Kabir la yang paling seram!.

Kabir terus mengorak langkah menghasilkan karya2 cambest. Buktinya telemovie Lebih Bisa Dari Jelatang, yang dihasilkan sekitar tahun 2002 berjaya merangkul Best Telemovie utk Anugerah Skrin pada tahun yg sama. Lepas tu je, Kabir menghasilkan filem box-office Cinta dan terus menghasilkan Sepi.

Dalam pada tu, Kabir memberanikan diri menghasilkan citer horror Kekasihku Seru utk slot Seram TV3!. Tapi sebelom tuh, beliau mengadaptasi telenovela Mi Gorda Bella kepada Manjalara. Sapa leh lupa kedajalan Sahara dalam citer nih?. Jahat siot pompuan tuh!. Perghhh!!!. Gua salute lu a Kabir!!!. Tahun yg sama, Kabir menghasilkan slot 30 minit Samarinda- Kasih Suci. Ni pun style drama-misteri jugak.

Berbalik pada Kekasihku Seru plak, citer ni mang seram tahap gaban laa!. Seyesh citer tu mang leh blah compared ngan Saka, Puaka Niang Merepek eh..eh.. Rapik, ngan Keliwon.(tapi Keliwon ok gak la walaupun sepanjang slot citer tu aku banyak gelak dari rasa takut).

Aku siap download utk memastikan Kekasihku Seru ada dalam koleksi peribadi aku!.

Tahun ni Kabir menghasilkan filem Stamp dan mengorak langkah menghasilkan drama ala2 Islamik yang berjudul Nur Kasih. Seyesh..magic Kabir tak hilang lagi. Malah makin bertambah best!. Malah dalam citer tu, Jalalaudin Hassan yg biasanya kerap memegang watak orang kaya tak hengat dosa atau lelaki gatal-banyak skandel, pertama kalinya berubah menjadi Pak Imam yg sangat mengesankan (yg biasa watak tu selalu diberi kpd another of my fav actor M Rajoli)

Kenapa ekk aku suka cerita Kabir Bhatia?
1) Citer, Plot, Skrip n Screenwriter yang sangat tepat, unik dan mudah difahami.
2)Syot sinematografi yang sangat cantik gilababas. Selalu Kabir akan guna khidmat cinematographer, Mat Nor Kassim utk setiap arahannya. Tapi utk Nur Kasih, Kabir menggunakan khidmat org lain. Tapi, still terbaik bhai!!!
3)Music Score drama2 dan filem Kabir sangat original. Ketelitian ni la yg aku sangat suka!
4)Kabir sangat memahami budaya Melayu walaupun dia bukan orang Melayu. Maybe collaboration dengan isterinya, Mira Mustaffa menjadikan karya Kabir sangat natural.

Buat Kabir Bhatia, teruskan menghasilkan karya2 best utk tatapan pemiat2 kamu. agagaga(yg mcm aku)ehehehe...(amek la aku blakon citer kamu Kabir!.hahahahaha)---)tak malu seh muka aku!.hahahahaha

Indera:--)Tatau nak cakap apa coz aku suka gila ngan hasil kerja Kabir.

DAH AGAK DAH…

Aku akan cuba mengurangkan sifat Mazmumah ketika menulis entry nih. Walaupun geram, kita perlu berfikiran waras sebab bukan kita sorang saja yang menghadapi masalah ini. Mujur ada blog, jadi bleh aku melepas kebuntuan. (skema seh ayat gua!)

Seminggu lagi nak pindah kampus baru, aku dikejutkan ngan berita pembayaran yuran kolej sebanyak RM 420 satu semester yang sebelum ini dikhabarkan diberikan percuma utk semua students for this intake. (bayaran hanya dikuatkusakan pada semester Disember 2009 ke atas dan bukan semester ini).

Ramai di antara kami bengang, marah dan rasa tertipu. Kalau diberitahu awal2, takde la nak jadi masalah. Ni dah nak masuk seminggu, baru beritahu!. Plak tu, duit pendaftaran kolej yg kedengaran sangat mahal (compared to yuran kolej dalam kampus induk) dan ianya perlu dibayar semasa pendaftaran (this coming July, 5th ) menyebabkan ramai member2 aku mampu berserah sahaja. (Ye la..dah kitorang tahu penempatan free, jadik tak ramaila yang kerja waktu cuti semester. Kalau setakat 100 ++ bley bla lagi weii)

Macam bayaran deposit masuk ke rumah baru dowh!

Teringat masa memula suruh pindah..macam2 benda dijanjikan. Skunk?. Ado!. Ni baru nak masuk, nta2 pasni ada apa plak kan?.

Dalam dunia ni takda benda yg free weiii. Masuk toilet pon korang kena bayar.
Bagi aku, aku takla berkira sangat bab2 belajar ni. Menuntut ilmu kena ikhlas kan?. Dapat PTPTN kang, aku bayar la. Tak kisah pon. Tapi tolong la jangan buat camni lagi. Jangan la suka bagitau last2 minit camni. Seyesh, kitorang letih owh!. Kejap cakap lain, nanti kang cakap lain.

Nak tak nak…kena jugak la!.

Indera:---) Diluah mati mak..,ditelan mati bapak

Tuesday, June 23, 2009

THEY TURN AGAINST US

Hola..hola.. Just a little piece here. I’ll be not around for about 4 days. Sepanjang peninggalan aku ni, aku tinggalkan korang ngan cerita kanak2 yang simple but give u a lot of lessons. Have a nice day peeps!!!

Suatu masa dulu, tinggal pasangan petani yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hidup mereka sangat bahagia walaupun hasil tanaman tidaklah seberapa. Tiap2 pagi, si isteri akan menyediakan bekalan untuk suaminya ke ladang kubis yang terletak dibelakang rumah mereka. Sebelum pergi, si suami biasanya akan memberikan potongan pisang emas kepada tiga ekor belalang kunyit yang mereka pelihara di dalam sangkar.

Setiap hari, si suami lakukan perkara yang sama sehingga belalang kunyit peliharaan mereka semakin besar dan dewasa. Ibarat menatang minyak yang penuh.. Si isteri sangat gembira lalu mencadangkan kepada suami supaya membeli sangkar yang lebih besar memandangkan hasil tanaman mereka juga sudah lumayan. Si suami bersetuju dengan cadangan isterinya.

Keesokkan harinya, Si suami dengan bantuan isteri mengeluarkan ketiga-tiga belalang itu dari sangkarnya sebelum ingin memasukkan ketiga-tiganya ke dalam sangar yang lebih besar.

Malang tidak berbau…, ketiga-tiga belalang itu melayah terbang tinggi dari cengkaman suami-isteri itu, lalu berdesup terbang menghilang di balik semak samun. Si isteri yang nampak pucat, jatuh terduduk di atas tanah menangis meratap haiwan kesayangannya sudah lesap pergi. Si suami pula memujuk isterinya.

Namun, entah semena2, kedengaran seperti ribut dahsyat melanda kebun sayur kubis milik mereka. Kelihatan sembilan kaki di udara, ratusan ribu belalang kunyit terbang mengepakkan sayapnya dengan bising lantas menyerang tanpa belas kasihan kebun kubis yang kelihatan subur menghijau itu. Kumpulan belalang yang diketuai oleh belalang yang paling besar, yang amat dikenali si suami itu terus menyerang dan menyerang. Belalang2 kunyit yang kelihatan seperti busur panah di udara itu terus menggigit-gigit kubis2 hasil gigih tanaman si Suami.

Si suami menjadi marah dengan mendadaknya lalu dengan kudrat yang ada, melawan balik serangan dahsyat kumpulan ratusan belalang kunyit itu. Tetapi apakan daya.., dia tidak mampu melawan ratusan belalang itu malahan dia pula yang diserang oleh mereka.

Seminit dan entah detik masa yang keberapa, si suami kelihatan jatuh terduduk melihatkan kebun sayurnya yang sudah rosak. Tiada satu pun yang selamat. Semuanya habis dibaham oleh sang belalang jahanam!.

Dia hanya merenung saki baki sisa2 kulit kubis yang musnah digigit rakus oleh belalang lantas merenung masa depan keluarganya yang kelihatan semakin kelam…

Indera:--)Just pick up my little brother piece of story:-) . Nice kan?

Sunday, June 21, 2009

GRACE EMPUNYA CERITA

Sapa Grace ni? Awek aku ke?. hohoho..

Grace ni anak kucing aku laa. Bulu putih, ada tompok hitam kat ekor dia dan bermata biru jernih.

Adik aku bela lepas mak dia tinggalkan dia (Adik aku yg sulung sempat marah2 depan aku sambil kata “apa punya mak la kan, angah!. Tak berperi..berperi.. apa?, sambil menggaru kepala dia.)

“berperikemanusiaan”, aku menyambut kata2 budak kecik tu.

“aaa..Tu la yang kita nak cakap. Cikgu kita cakap macam tu”, dia menggaru pulak hidungnya sambil membelai2 anak kucing yg sedang makan ikan goreng depan kami tu. Adik bongsu aku yg yok yok oo melihatkan abangnya membelai kucing tu pon sibuk menyampuk jugak.

“ish..bodo la ko ni. Ni kan binatang, bukan manusia”, kata dia sambil menarik ekor anak kucing itu kegeraman (Ada ciri2 pengganas nih!). Si abang buat derk je bila adik dia cakap camtu. Malas nak melayan agaknya…

Diam2, tanpa persetujuan dua orang budak kecik tu, aku namakan anak kucing tu ngan nama Grace. Ahem..dia betina okay. Kalau aku cakap ngan dua budak tu yg aku pilih nama tuh, confirm diorang takkan setuju punya. Selain nama tu agak susah nak disebut, diorang lebih selesa ngan nama Putih, Tompok, Comel, Tijah, Tipah, Bedah, dll.

Tapi pilihan aku tetap Grace. Sebab aku sangat terpikat ngan Grace Kelly. Nak tau sapa?

Korang gugel la sendri!. Hohoho….

Tapi tu kisah 6 bulan yg lepas. Skang, Grace dah hilang. Aku balik cuti semester haritu, bayang Grace langsung tak nampak. Bila aku tanya si abang, “Mana Putih? (nama yg adik aku bagi). Dia pon jawap “Ntah. Kita pon tak tau”, katanya endah tak endah sambil bermain lumba kete ngan adik bongsu aku.

Huhuhu..mana la ko Grace..Sampai ati ko tak tunggu abang!. Uwaaaa…

Indera:---)Skang adik aku bermanja ngan Noneng, kucing jantan peliharaan jiran sebelah rumah aku. Bulunya oren macam kucing Garfield!

p/s--)gamba takde motip coz aku tak sempat amik gambo Grace.huhuhuhu

ROAD TO PUNCAK ALAM

Dua minggu lagi, aku akan meninggalkan Shah Alam dan rumah sewa aku di Seksyen 24 untuk berpindah kampus di UiTM Puncak Alam. Aku dah review dlm blog nih tak lama dulu. Walaupun separuh hati tak rela, aku gagahkan jugak nak pergi sana. Thanks a lot to cik Beedle the Bard yg buat review pasal kampus Puncak Alam dan Azam melalui blognya yang bagi sneak peek kat aku pasal kampus tu. Thanks guys!.
Sapa suka pindah randah kan?. Nak punggah barang2 bagai tuh.hahahaha. Sedar tak sedar banyak juga koleksi barang2 aku nih!. Selain buku2 yang aku beli, toto buat tido, bantal2, aku juga menyayangi meja study aku yang satu tuh. Kat situlah aku study woo. Mencurah idea, katanya!. Sayang.. bangat.

Jadi menyedari betapa sayangnya nak membuang meja ngan kerusi tu, aku membuat keputusan untuk menjualnya di sekitar residen aku menetap sekarang. Harga tak payah nak gitau la coz aku memang jualkan murah. Murah sangat. Lagipun tak guna aku dok hayak benda tuh ke Puncak Alam sebab kat sana ada asrama dan confirm tilam bantal ngan meja study ada skali kan?. Nak bawak balik kampong?. Aku dah ada meja tuh kat rumah.

Nak tinggalkan umah kat 24 ni pon sayang sangat. Kat sini la aku jadi ketagih ngan air jus jambu batu, gi mamak, lepaking was like 6 hours, beli nasi kerabu mokcik klate, pasar malam setiap rabu, dekat ngan 7e..dll. Nanti dah duduk dalam lagila boring!.

Aku mintak sangat jadual kelas jangan terlalu pack semester ni, lebih2 lagi kelas minor yang perlu masa ulang alik dari Kampus Puncak Alam ke kampus induk. Aku dah boleh bayang kepenatannya woo..

To all my classmates, lets fights our last year there!. Try to score on our result and graduate with flying colors!. Pastu leh terbang ramai2 plak!. Hohoho

Dan yang pasti…aku pasti merindui nasi kerabu mokcik!.
“Mokcik, nasi kabbu so. Buh solok so, telo masin so nge daging goreng deh!”

Indera:---) Minta Allah permudah segala urusan…

Saturday, June 20, 2009

AYAH

Salam korang!. Harini seluruh Malaysia menyambut Hari Bapa satu hari penting selain Hari Ibu. Ok la honetsly, masa aku kecik2 dulu, aku ni sebenarnya tak bape nak ngam ngan ayah aku. Aku lebih rapat ngan arwah mak aku. Nak minta apa2 sumer nak minta dari mak, jarang nak minta dari ayah, sebab ayah aku garang kot. hahahaha..

Tapi lepas je mak aku meninggal when I was 13 years old, ntah kenapa aku jadik rapat sangat ngan ayah aku. We sort of like friends.., I can said. Dan bila ayah aku mengambil keputusan utk kahwin 1 lagi masa aku dalam 14 tahun, rasa sayang utk protect ayah aku tu makin menebal.

Sementalah umur aku meningkat ni.., aku jadi semakin mengerti pengorbanan seorang ayah!. Betapa susahnya dia mencari rezeki untuk kami, bagaimana susahnya dia membesarkan kami dan selalu menasihatkan "jangan jadi macam ayah. Belajar rajin2!", (the advice was like million times he told us). "Harta boleh dicuri..tetapi ilmu, orang takkan boleh curi" dan banyak lagi.

Impian aku hanya 1 saja. Membuatkan ayah gembira dengan aku and most importantly dia berbangga dengan aku setelah aku habis belajar nanti. InsyaAllah.

To my father Sulaiman b Hj Saman, I love you for whatever you did to us. Nothing in the world can change my love for you. May Allah bless you. Give you piece in life and if we had a chance to die first, I wanna die first before you, after I give you everything I could to make you proud and happy...

I love you so much!!

Kasih Ibu membawa ke syurga, Kasih Ayah sepanjang masa...

Indera:---)My heart always wrenching when I'm heard a song from Aisyah entitled "Ayah"...

PERMOHONAN MAAF


Disini aku ingin memohon maaf kepada commentator Yat di atas tulisan entry Sahabat jadi Kekasih yang disiarkan beberapa minggu lepas. Tak sangka plak leh jadi talk among "us" kan?!. Walaupun maksud aku pada entry tu lebih kepada memberi contoh, ternyata tulisan aku tu secara tak sengaja dah menyinggung perasaan individu2 tertentu.

Terima kasih kepada mereka yang memberikan pandangan2 pada entry tersebut. Walaupun ini blog aku dan aku boleh kata “ada aku kesah cak..cak..cak” style, tapi kena jaga2 juga sensitivity dan perasaan orang lain. Adatla blogger mana tak kena attack ngan reader kan?. Cool saja cukuplah.

Thanks to Yat coz willing to read my entry. To all bloggers, jangan tulis yang bukan2 tau!. Nanti jadik cam aku!. Ha..kan padan ngan muka aku!. Hohoho...

Diharap permohonan maaf ini diterima dengan hati terbuka:-)

Indera:---)Mata pena itu lebih tajam dari mata pedang!. Watch out yaa!

Friday, June 19, 2009

KISAH SI RABUN


Masa aku dilingkungan enam hingga dua belas tahun, kanak2 sebaya ngan aku menganggap rakan mereka yg memakai cermin mata adalah satu kelebihan yang wajar dikagumi. Korang faham salajalah, lewat tahun 90-an ditambah plak aku bersekolah di luar bandar, jadi melihat fenomena memakai cermin mata dilihat sebagai sesuatu yg patut dijadikan contoh, tanpa mengambil kira kesan buruk baiknya. Tau2 sajalah. Budak2!. Bila kawan ada, kita pon sibuk mengendeng ngan mak-abah mintak nak jugak!

Jujurnya, waktu itu pengetahuan aku tentang penggunaan cermin mata sangat kurang dan selalu berfikir mereka yg memakainya sebagai simbol hendak menunjuk@sekadar mahu bergaya. As my friend will said.."Orang yg pakai cermin mata ni nampak pandai" ataupun bila tengok je budak specky duduk kelas belakang2, diorang jadi pelik dan ada la yg bersuara kata "Dia pakai spek, camne leh tercampak kelas last2?"

Serius!. Lawak owh bila ingat balik all the silly things tu. Betapa tipikalnya mentaliti bebudak zaman dulu kan?. Beruntung budak2 zaman sekarang yg lebih berfikiran terbuka compared to last 10 years back!

Aku mula memakai cermin mata sewaktu berusia 13 tahun, kendian serius sikit menjelang 15 tahun and memakai sepenuhnya (was like 24-7) semasa umur 17 tahun. And hell ya! My friend always thought that "mereka yg memakai cermin mata ni nampak sangatlaa pandai", walaupun aku sebenarnya sama ting tong cam diorang jugak!. Hohoho

Semakin usia bertambah, aku berfikir yg betapa beruntungnya mereka yg tidak rabun ni. Sekurang-kurangnya pancaindera diorang taklah kurang 1 cam aku kan?.hehehehe. Ye lah..Kdang2 tu lawak gak bila tengok orang lain leh melaram ngan cermin mata hitam. Yang kita ni?. Ado!. Hahahaha

Bukan tu jer. Bila terlalu lama memakai cermin mata nih, akan menyebabkan kepala pening or worst leh jadik migrain!. Possibility nak tukar plak mang obvious la(bila power level dah naik sikit). Tu belum kira kalau sesapa teringin nak buat extreme sports. Tak payah jejauh la. Mandi air terjun cukup. Aku sanggup tak tanggal spek kalu nak mandi air terjun woo!. Nak menikmati keindahan alam, katanya!. Kalau terlupa pakai plak, lagila haru. Silap2 member yg tersenyum depan kita pon, kita wat derkk jer...

Moralnya,kalau nak mudah, pakaila contact lens. Senang dan bebas bergerak. Warna pon macam2 ada!. Tapi aku pilih plain color cukup la. Gila hapa muka jawa cam aku ni nak bermata kaler2!. Ohhh Tidakkkk!!!!

Indera:-) Teringin nak tengok orang invent cermin mata untuk orang buta warna plak. Sian kat diorang doe!

Tuesday, June 16, 2009

CINTANYA DI YM


Hello fellas!. Hoping that all of u are fine. Alrite just short little entry for today. I’ve had this kinda situation where my friend has some sort of problem with his love-life. He just adores this so called partner and he's totally has crush on her.

FYI, they never met and barely known each other from YM’ing. From that moment, they start to exchange phone number, share silly jokes, showing interests and even my friend sings a lot to her. So sweet kan?

But, their drama just started on February when this girl wasn’t show up on his YM. When he buzz her or left her a message, she reply it, but it’s kinda late. She said, she was busy with her life; especially currently she was taking music course at one of the famous institution somewhere in Subang.

February turn to March, March forward to April, she refuse to show up on his YM until now and sadly…my friend dah jadi macam orang gila bayang dowh!. When he try to call or sending text, her phone sort of dying or something!.

Frankly, I am pity of him. So to reduce his “gila bayang” madness, I’m giving him a few solutions:-
1) Delete her email address in YM
2) Delete her phone number.

3) Start finding a new girl.

But my friend was sort of “takpe..aku tunggu dia. Aku tau dia akan kembali chat dengan aku di YM dan semuanya akan jadi macam dulu”---)camtu la lebey kurang ayat dia. Perlu diingat disini aku bukan bertindak sebagai penghasut okey. Just wanna help him sorting out his problem:-)

Honestly, I dunno what spell she cast on him sampai jadi gila bebayang camtu skali. I guess charming kot!.hahahaha. So peeps, what do u think bout his problem coz I'm really stuck here. And most importantly, itukah namanya cinta?, kalau boleh dinamakan laa..

Huhuhu..makan hati owh lelama tunggu camtuh!

Indera:---)Love isn’t play fair sometimes…

YM-Yahoo Messanger

Monday, June 15, 2009

ENGLISH OH ENGLISH


Baru-baru ni, aku ada chatting dengan seorang member sekolah aku. Kami sekampung dan lebih tepat, bersekolah di sekolah yang sama. Sedang aku browse internet membaca paper, dia buzz aku melalui YM dan bertanyakan pendapat aku tentang saranan Kementerian Pendidikan untuk mewajibkan pelajar SPM lulus matapelajaran Bahasa Inggeris selain seperti yang kita tahu Bahasa Malaysia. Banyak juga yang kami discuss termasuklah soal infrastruktur, fasiliti, kemahiran guru, tahap kecekapan pelajar dan lain2.

Apa yang boleh aku katakan, saranan itu sangat baik dan aku sangat mengalu-alukannya. (Sama seperti UiTM menetapkan bahan rujukan, kertas soalan, nota2 dan segala hal dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan di awal permulaan semester diploma, aku mengusung Kamus Dwi Bahasa BM-BI kesana sini~~~ngeee..its a learning process actually. Aku masih pakai kamus tu sampai skunk!).

Jujurnya, jikalau rancangan ini benar2 direalitikan, aku sangat bimbang jikalau soal kemudahan pembelajaran, fasiliti dan kemahiran guru2 terlatih diambil mudah di kawasan luar bandar dan pedalaman menyebabkan pelajar2 tercicir dan mengalami masalah pembelajaran.

Walaupun begitu, aku agak yakin dengan permulaan pengajaran Sains dan Math in English yg diperkenalkan seawal darjah 1 (ada yg start dari tabika lagi) mampu membantu pelajar luar bandar sedikit demi sedikit sebelum menempuh peperiksaan besar seperti PMR atau SPM.

Sebenarnya, banyak inisiatif yang boleh dilakukan oleh pihak skola dalam menggalakkan pelajar luar bandar mempelajari English dan menjadikannya sesuatu yang fun. Masa dolu2, cikgu BI aku bagi lirik lagu English dan kami nyanyi ramai2, masuk contest spelling bee, buat role play, baca paper English, seperti news presenter, pinjam buku English and sometimes speaks in English, walaupun member2 buat mimic muka hendak muntah ijau!. (aku bukan nak kata ekkk, tapi ini satu attitude buruk budak luar bandar. Member cakap BI, dia bleh selamba gelak @ kata “ngengada la ko ni!”)

Kadang2 kesedaran pelajar itu sendiri sebenarnya mampu mengubah keadaan. Kalu student tu mang jenis “balok liat”, sampai kucing bertanduk lapan pon, gerenti tak berubah punya!.


Lu pikir la sendri!.

Indera--)Dari darjah 1 sampai darjah 6, Tingkatan 1 sampai 5. Sebelas taon belajar English, aku masih belum fluent sepenuhnya.huhuhuhu….

Sunday, June 14, 2009

INGATI TARIKH ITU


Salam peeps. Followers and silent readers (ada ker?keh..keh..keh). Harap2 nya korang sihat ya. N3 kali ni lebih bertujuan mahu berkongsi pendapat2 korang. Sebagai permulaan, aku boleh katakan yang kaum wanita lebih particular about everything. Especially apabila mengingati tarikh2 penting (cth birthday bf diorang, anniversary, etc) dalam kehidupan mereka berbanding lelaki. No offense ya. Maybe, itu dah memang nature dan boleh kata expertise diorang lah. Sebagai contoh:-

Drama swasta Datok Jon dan Datin Jin.
Lokasi--)
Banglo Umah D. Yusof Haslam(yg slalu shuting Sembilu Kasih tuh!)
Babak--)
Pagi. Diorang tengah breakfast. (Biasala citer melayu…bread n butter, orange juice bagai. Makan berdua, lauknya berjenis2 macam makan 10 orang!)

Datin Jin:- Ling, you jangan lupa esok tau! (sambil buat muka manja sweet 17 dan menyapu butter pada bread utk suaminya).
Datok Jon:- (Muka terpinga-pinga sadin sambil memandang isterinya dengan terkebil-kebil) Esok?. Ada apa ye?
Datin Jin:- Lupa lah tuh!. Bencik tau! (mula merajuk sambil start buat muncung burung belatuk) Kan esok anniversary kita. Jangan lah ling!. I dah plan tau!.
Datok Jon:- Ouh..sorry la daling. I bizi laa.. U tau la projek juta2! (tender tanak beso2 pulak kan?). Okay2. Sorry ye ling!. I lap U! (sambil tersenyum memujuk isterinya)


K korang paham kan?. Situasi ni pernah terjadi kat aku ngan ex gf aku dulu. Korang tak payah tanya la betapa seksa aku nak pujuk dia.huhuhuhu (padan muka aku!).. Ok la I admit, that was totally my fault. Biasala..time muda rumaja lagi.agagagaga…(nta apa yang aku ingat tatau laa!)

Mungkin ada sesetengah lelaki menganggap perkara ingat mengingati tarikh2 penting ni sebagai satu benda remeh @ childish, tetapi bagi aku lepas dari situasi tu, benda2 tu actually sangat sweet kalu diingati. Paling besh, kalau korang buat surprise!. Partner korang sure terharu owh!

Bagi korang kan, macam mana korang nak ingat satu2 tarikh penting tu? I mean tarikh2 birthday gf@bf atau anniversary relationship korang la. Back than, I usually used cellphone to set the important date and so on.

Ada yg bulat2kan kat kalender guna kaler magic. Ada yg tulis kat diari. Ada yag jadikan password (bahayanya). Yang jadikan no ATM pinkod pon ada(dua kali bahaya woo), ada yang tulis kat blog (siapa sengih..dia buat aaa) dan tak kurang jugak ada yang jadikan nombor bertuah. Kira siapa2 bawak nombor ni pegi tikam kat SPORT TOTO 3D bagai leh menang besar tuh! Hahahaha..just kidding!LOL.


Tapi, ada sesetengah dari kita tidak menganggap tarikh2 istimewa itu sebagai sesuatu yang wajib diingati. Ianya hanya sekadar tarikh dan tidak membawa apa2 makna. Cukup sekadar sayang menyayang dan ikhlas dari hati, itu yang pentingnya.Tak gitu?.hehehe:-)

Indera:-)Rambut sama hitam. Hati?


Friday, June 12, 2009

HIKAYAT JADI NYATA


Sebenarnya dah lama kehendak aku nak menyaksikan Hikayat Merong Mahawangsa dijadikan kenyataan. Kalau ikut sejarah, Merong Mahawangsa adalah sebahagian dari keturunan Iskandar Zulkarnain dari Macedonia dan beliau adalah org yg bertanggungjawab ke atas pembukaan Melaka (menukar nama menjadi Sultan Mudzafar Shah).

Inisiatif untuk menjadikan Merong Mahawangsa sebuah filem epik bakal dilaksanakan oleh KRU Production tidak lama lagi. Aku betol2 tak sabar nak menantikan proses pembuatan citer ni (dengar kabar 3 buah kapal sedang dibina di Terengganu!) sampai ke titik penyudahnya. Malahan pengarah citer ni, Yusry Abd Halim mengumumkan barisan pelakon dari United Kingdom, Sweden malahan China untuk berkhidmat dlm filem ni. Selain dari pelakon Malaysia sendiri.

Ia bertujuan untuk menggambarkan Empayar Rom dan China dalam filem itu kelak. And guess what..Hang Tuah PGLTM--) Stephen Rahman Hughes dijangka akan berlakon dalam filem epik ni bagi memainkan watak Merong Mahawangsa.

Aku eksaited gila nak citer sebenarnya, tapi kalau nak merasai keseronokannya sendiri, korang click kat bawah ni. Banyak Info tentang filem tu.

KRU Studios
Chronicles of Merong Mahawangsa

Indera:--)Malaysia juga ada epik yang best apa?.huhuhu:-)

HANGIN CELCOM!!!!

Salam readers. Hopefully korang sihat2 hendaknya. Ok la dalam soal2 menceritakan perasaan geram, kita sepatutnya berperasaan rasional kan?. Meh sini aku nak kongsi betapa aku sangat2 hangin dengan tahap coverage CELCOM. Untuk pengetahuan korang, aku dah pakai prepaid Celcom ni dekat 6 bulan dah(baru je lagi). To be honest, i'm the one of million die hard fans of Ananda Krishnan before!. LOL!. U know what I mean right?. hahaha..

Memandangkan kehidupan sebagai student yang konon2 sibuk(bukan sibuk ngan assignment tapi sibuk nak kontek orang sana sini~~~sibuk sangat la tuh), aku pon bertukarlah ke Celcom U Pax, walaupun mengambil kira umur aku dalam kategori kritikal yang sepatutnya tak payah dah nak sibuk2 memohon.(Aku cakap cam aku ada krisis usia je doe!). Dengan U Pax, kita leh save budget apa?. Hahahaha..Sapa yang pakai U Pax cam aku?. Ramai kan?:-)
Hangin aku melanda beberapa minggu lepas bila every messages yg aku hantar, menggunakan coverage Celcom sentiasa FAILED!. Kadang2 tuh, jenuh la jugak kena hantar dua, tiga kali @ lebih malang lagi sender tak dapat mesej aku tuh. Sungguh WTF weh!. Aku tatau la samada masalah ni jadik kat korang ke tak. Nak kata kawasan aku tu ceruk pedalaman, tak jugak. Aku kat tengah2 bandar Shah Alam pun problem juga. Kadang2 tuh, sempatla aku maki sepatah dua sebelum mesej tu berjaya di hantar.Huhuhu jahat kan aku?.

Nak kata Celcom tengah upgrade service....tak jugak. Tak ada pun notification yang dihantar!. Ke memang coverage aku yg masalah?. Atau cellphone aku tuh gatal nak tukar baru?. Haih!!!

Indera:--) Nasibla Maya Karin duduk Celcom. Takpe2. Dimaafkan. LOL!!!!

Thursday, June 11, 2009

ALHAMDULILLAH


Ini saja yang mampu aku katakan bila aku tengok result aku tadi. Walaupun target aku nak dapat 4 A tak kesampaian, dapat 2 A pun dah kira cukup bersyukur dah!. Selama nih aku memang takut ngan 1 killer paper yang aku ambil semester lepas. Alhamdulillah aku lulus dengan jayanya paper tuh, walaupun pointer aku jatuh siket laa..huhuhu..

Apa yang leh aku kata, aku happy ngan keputusan nih. Harapnya semester depan boleh lulus lagi dengan DL plak.hahahaha..Wish to..:-)

Indera:--)The most happiest day in my life!!!

Tuesday, June 09, 2009

KULIT BARU

Hello bloggers!. Agagaga..Bukan aku yang bertukar kulit yer! (ingat ular ka?.hehehe) Ini buat first time in my life, aku dengan jayanya sudah menukarkan layout blog aku kepada nafas baru---)aiceh!. tak bleh bla ayat!. Honestly, bosan jugak asyik tengok skin yang sama jer bila tiap kali update blog!. Memula takut jugak nak tukar skin. Ye la, nak copy HTML ngan widget2 bagai kan?. Haruslah berhati-hati!. hehehehe.

Aku harap, korang2, espcially my beloved followers happy ngan layout baru ni dan yang paling penting senang nak dibaca!. Betul tak?. K peeps, that's all for today. Have a nice day!

Indera---) Akhirnya...

Sunday, June 07, 2009

ULASAN: THE WORLD'S GREATEST KILLER-BACAAN GORY


Takot seh!. hahahaha..
K la just a quick n3. Aku nak share ngan korang sumer yang skunk ni aku sedang membaca satu buku yang berjudul THE WORLD'S GREATEST SERIAL KILLERS. Honestly, buku ni aku dah ulang baca hampir sepuluh kali!!!!(baca sikit2!.ehehehe). Aku beli dah lama. Since 2006. Masa tu aku masih study kat UiTM Penang. To be honest, why i love this book so much because it is really understandable. Seyesh!.
Buku ni ada banyak siri. Selain SERIAL KILLERS, ada jugak FAMOUS ACCIDENTS, FAMOUS HOLLYWOOD DEATH, etc. FYI, buku ni adalah based on the true case and story. Well, ya, all the killers in this books sangatlah kijam dan hukuman yang dikenakan atas diorang tuh mang sangat setimpal.

Bagi aku buku ni antara buku feveret aku selain CUT!, FAMOUS ACCIDENT AND DEATH IN HOLLYWOOD--)seyesh buku ni aku payah nak habis baca coz tebal cam ensiklopedia!!
Bukan nak menunjukkan kecenderungan yg aku ni ganas okay, just wanna share my interest to u. ehehehe. (jangan folowers aku larik pasni sudah la.hahahahaha)

BTW, Thanx a lot Amin Saari coz dengan baik hatinya mem"promote" my novel's blog. Trimas banyak2. Tunggu episode seterusnya, Amin!. Novel ni disiarkan 2 minggu sekali so Selamat membaca!. Here some hints--) The novels were made into a trilogy where the 2nd installment were set in 10 years after the 1st installment, and the 3rd(last part) will be set 1 year after that.
The 3rd installment will be title Oktober...Dendam Terakhir and so many important characters will be die:-)


Indera:--) God..I love books..

Friday, June 05, 2009

100 ENTRIES...100 FOLLOWERS

Yosh!!!!
Seyesh aku happy gila sebab entry aku dah masuk yang ke 100 (yg ni 101) dan follower aku sudahpun jejak yang ke 100!
Trimas tu http://tebuantermbam.blogspot.com/ dan http://citasutera.blogspot.com

Korang masuk la blog dia nih. Baju pompuan cun2 doe! At the first aku folow dia nih coz dia dengan baik hatinya menjemput aku bertandang ke blognya. Aku, ngan penuh sarkastik pon cakap

"Alamak baju pompuan la"
dia pon jawab...
"Mana tau ko nak bagi emak ko ker"

Aku pon fikir..okay jugak, so aku pon folow la cik tebuan cun nih. ehehehe..

Trimas coz be my 100 followers!. Suka2!!

Indera--)My novel's blog pon meningkat jumlah followers. Trimas yer. Semoga korang sudi2 membaca dan meninggalkan komen mengenai novel tersebut.

Thursday, June 04, 2009

MENJADI DIRIKU

Harap maaf jika entry kali ni berunsur emo2 kucing.ehehe. Jiwa aku dalam kecelaruan dan aku cuba menenangkannya serta mengambil keputusan dengan tidak terlalu memikirkannya. Sepanjang cuti ni, beberapa perkara negetif dan tak best dah berlaku pada aku. Standart la, mana ada hidup sentiasa bestttt jer. It will turn upside down kan?

1) Jumpa member2 lama. Kenalan skolah. Aku jadik malu sendiri bila masing2 dah pakai kereta!. Sumer sebaya ngan aku. 24 y/o yet flashes me with their car! Sedangkan aku tak ada apa2 nak dikongsi, melainkan cerita2 aku di Universiti @ one step forward yang aku dah ada blog sendiri yang for sure, diorang takkan layan punyalah.

2) Topik perbualan tentunya lebih tertumpu kepada kerjaya masing2. Kebanyakannya technician, supervisor, etc. Aku?. Student degree jurusan pemakanan yang tak mungkin masuk dalam forum perbualan. Sepanjang sesi ngobrolan, aku hanya angguk2, geleng2. Buat2 gelak n looks very stupid sgt!. Hopeless and weak!

3) Tak ramai member aku yang encourage aku habiskan degree. Siap peril ada a. Dang!!. “Ko nak keje apa ngan degree nih?!”. “Sedangkan ramai lagi budak diploma yang menganggur”. Really annoying & ringan kaki jer nak bagi sebarang dua penyepak maut. My action was… still and remaining silent for the moment. Tak kuasa laa nak berbalah. Salah ke aku ambik degree?. (Kalau aku cakap yang aku akan keje di bahagian fast food, airlines, hospital, food manufacturing, catering pon diorang bukannyer faham. Habeskan Boreh yo!.)

4) Masing2 plan nak konvoi ramai2 ngan kenderaan masing2 Raya nanti. Aku tak tau la samada nak menebalkan muka, join sekali @ tak. Choyy! Haruslah aku malu kan?.

5) Last ni tak boleh blah. My dad, agaknya dah berkompromi ngan my siblings were asking the same questions.


“Bila ko nak abes”…
“Ko ni asyik belajar je, bila nak abes”…
“Si polan..si polan tu dah pakai kete. Ko bila lagi?”

Honestly, aku muak nak jawab soklan2 tuh. Logic ke aku nak pakai kete time aku belajar ni?. Lain la my dad is tokey balak! @ aku jadik part time gigolo ker (hohoho).

Soal belajar plak, just give me another 6 month . 6 bulan jer lagi aku nak abes, jadik sabo2 la. Rezeki tak kemana. Jangan disebabkan orang dah tayang macam2, kita tergedik-gedik nak jugak…

Kita adalah kita. Mungkin rezeki blom sampai. Allah kan Maha Adil.

Berikan aku 6 bulan jer lagi…

Nasib la aku ada blog!. At least, aku leh reduce marah dan emo aku nih!

Tulah antara sebab mengapa aku tak suka balik kampong…

Indera:--)Everybody deserve a chance kan..kan? Akhirnya post aku sudah jejak yang ke 100. Keep on reading guys!!!

Tuesday, June 02, 2009

KERANAMU IS


Hahaha..gay nyer bunyik!. K la seblom korang buat beberapa konklusi berbaur fitnah lagi mendatangkan dosa, biar aku terangkan perkara sebenar siapa IS ni. Sebenarnya sekarang ni masih lagi mood cuti. Almaklumlah ada 1 bulan lagi sebelum masuk semester baru. Memandangkan semester depan merupakan final semester, aku diwajibkan membuat thesis a.k.a Independent Study (IS). Masa2 senggang sebelum makan malam tadi, sorang member aku pon mesej:-)

Biar aku gelarkannya Miss X.

Miss X:- Salam. Camne nak cakap penjagaan food kat school canteen?. Camni ker..Food Awareness at School?

Aku garu kepala. Last2 dek kerana tak mahu menghampakan Miss X, aku pon jawab

"Lebih kurang camtulah. Ko kena specefic skola apa, rendah ke menengah"

Firasat aku kuat mengatakan yang Miss X sedang ber-yok-yok-an mencari tajuk thesis untuk topik IS nyer sedangkan aku masih lagi relek2 pisang, wat dono jer. Malas lagi nak cari tajuk. Supervisor aku pon tak bertanya khabar disebabkan dia sendiri pon tatau sapa students IS dia!. Gong-Geng sungguh! World Class University katanya...

Kesimpulan...

Indera Baik--) Cari2 la tajuk. Takla ko kelam kabut nanti, ngok!
Indera Jahat--) Ala releks la bro!. Buat2 supervisor tuh nak guna primary data, tak naya aku?. Dahla dia takmao jumpa aku. Huhuhu..Cuti panjang lagi maa..
Indera Baik--)...

Monday, June 01, 2009

CINTA MUZIKAL

Aiceh!!!. N3 xble bla doe!. Kali ni aku nak kongsi siket pasal kegemaran aku menonton filem muzikal. Sapa antara korang yang layan citer muzikal?. Leh a geng ngan aku. Bahahaha…

Ada sesetengah dari kita tak layan citer muzikal coz mungkin tak faham ngan konsep muzikal tu sendiri. Yerla.. kejap2 cakap, kejap2 kang menyanyi plak. Sapa yang tahan beb?. Citer Hindustan tu lain la. Kat Mesia kita, cuma seni teater yang dah bereksperimen ngan konsep muzikal. Buktinya korang tengok sendiri ke-sukses-sesan(ehehehe..kamus aku sendiri kot) PGL The Musical ngan P Ramlee the Musical. MALATOP woo!!!. Impak Maksima the Musical pon ok what!. Benda2 musical ni bagi aku, seriously mang tak boleh paksa untuk ditonton kalau dah lahiriah, orang tu memang tak minat. Haruslah ada yang kuar panggung awal2 kan?! Filem musical ni kebanyakan lagu2 nya berkait rapat ngan jalan cerita dan liriknya xla puitis gebaboom pon. Biasanya straight forward dan mudah difahami. Dan besnyer, pelakon tu sendiri akan menyanyikan part2 diorang dan bukan pinjam suara org lain okeis!. Beza kan ngan citer Hindustan?. K, bagi peminat citer musical, aku senaraikan beberapa citer musical luar yang berbaloi untuk ditonton.


1) Chicago
# Puh!!!citer ni dasat!. 1st musical filem yg aku tonton & aku tros ketagih nak tonton citer yg sama konsepnyer. Seyesh besh!. Lagu2 dlm citer ni berkonsepkan moderate jazz sesuai ngan tema citer ala2 tahun 50 an gitu!.
#Velma Kelly adalah penyayi top disebuah kelab mlm dituduh membunuh suami & adiknya pada 1 malam & mlm yang sama juga Roxy Hart – isteri orang biasa yang berlaku curang lantas membunuh bf nyer sebab kena spedo!. Kedua2 pompuan ni bertemu dipenjara dan bermulala detik2 perkenalan mereka sebagai banduan & tak bleh blahnye diorang cuba memancing populariti wartawan kerana kisah mereka yang meletop katanya!
#TRIVIA--)Catherine Zeta-Jones menang Oscar in Supporting Actress melalui wataknya sbg Velma Kelly


2) Dreamgirls
#Filem ni superb coz persembahan mantap dari Jen Hud(Jennifer Hudson) sbg Effie White. Penyanyi gemok yg mempunyai suara cambest tapi di overshadow oleh Beyonce (Deena Jones) yang cun, tapi tak bape pandai nyanyi (coz cikgu Shafi tak ajar dia teknik vocal ngan betol!hohohoho). Akhirnya dengan tragis disingkirkan dari grup The Dreams yg disertainya. Sedey kan?.
#Persembahan Jen Hud dlm lagu And I’m Telling You, I’m Not Goin’ sangatlaaa touching & sedeh gilababas(korang leh search kat youtube). Lagu One Night Only-slow version pon syahdu!. But Beyonce’s powerful performance in Listen was unforgettable!!!
#TRIVIA--)Jen Hud was former American Idol contestant and surprisingly grab her 1st Oscar as Actress in Supporting Role for her brilliant performance!Mantap!

3)Hairspray
#Hahahaha. Filem ni lawak gila bila John Travolta mengambil risiko ngan turned himself menjadi mak kepada Nikki Blonski?!. Haruslah mekap segala kan?!. Ehehehe. Banyak film stars participate dalam filem ni cam Zac Efron, Queen Latifah, Michele Pfiffer, Amanda Bynes, James Marsden ngan Christopher Walken. BTW aku suka lagu You Can't Stop The Beat!
#TRIVIA--)John Travolta nyaris2 dicalonkan utk Anugerah Razzee. (Razzee Award adalah penghargaan bagi pelakon yg memberi persembahan terburuk di dalam sesebuah filem. Antara bekas pemenang adalah Paris Hilton-House of Wax, Lindsay Lohan-I Know Who Killed Me ngan Helle Berry-Catwoman..kucing huduh!)


4)Mamma Mia
#Basically citer ni diambil dari lagu2 top ABBA satu ketika dulu. Sapa kipas-susah-mati ABBA for sure akan menonton citer ni and sing along sepanjang filem ni berputar. Seyesh besh!. Paling besh bila Meryl Streep menyanyikan lagu Mamma Mia ngan Dancing Queen ngan begitu baik skali.huhuhuhu.. Pitching you tak lari la Meryl! Hahahaha.. I Lap U!

5) 8 Femmes
#Sebuah karya French yang boleh kata must-see jugak la. Filem ni bercerita tentang 8 wanita yg berjumpa pada 1 rumah besar apabila seorang lelaki tetiba meninggal dunia kerana membunuh diri. Lelaki itu berkait ngan 8 wanita tadi iaitu antaranya Ibu, Isteri, Kakak, 2 orang anak perempuan, Pembantu Rumah dan perempuan simpanannya. Kejutan betol2 berlaku di akhir cerita!
#TRIVIA--)Aku ngan classmate menonton filem ni semasa kelas Perancis kitorang di Penang. Hampir ke babak last citer ni, budak2 pompuan sumer tutop muka (pepura suci la kononnyer) dan lecturer kitorang pon cakap “eh you bawak citer pe nih?”

KORANG GAK MUNGKIN MENYUKAI:-

High School Musical Part 1,2,3
(aku minat siket2 jer citer ni)

Mrs Henderson Presents...
opss..citer ni ada babak yang tut tut..aku pon tak tau motipnya hapa)

Repo The Genetic Opera
(Paris Hilton ada berlakon dlm filem muzikal seram ni. Boleh laa minah tu nyanyi)

Walk The Line
( Kisah keluarga Cash yg struggling ngan najes dadah. Resee Witherspoon sangat chumel!)

Sell Out
(Buatan Malaysia yang sangat best!.)

Enchanted
(aduhaiiii 5 kali doe aku tgk citer ni coz ada Amy Adams.hahahaha.. takla citernye seyesh besh!. Suka lagu Jon McLaughlin-So Close tuh)

La Vie En Rose
(Powerful performance by Marion Cotillard)

Sweeney Tood: Demon Barber of Fleet Street
(Muzikal karya Stephen Sondheim yang diarahkan oleh Tim Burton ini menyatukan kembali Johnny Deep sbg villain yang cambest dlm filem tersebut)

The Producers
(Citer ni betol lawak doe!. Siap ada lagu “That’s Gay”?!. Hahahaha…Klako)

Across The Universe
(Walaupon ilustrasi ntah hape2, tapi latar citer ni yang dihiasi kebanyakan lagu The Beatles mang terasa besh gilos! . Suka betol aku ngan suara Jim Sturgess melalui lagu All My Loving.)

Moulin Rouge
Teringat lagu Lady Marmalade. Muka Christina Aguilera dlm MV tuh can hantu kena tampar!

Indera--)Bila yek Malaysia nak buat cite Muzikal??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR