Tuesday, March 31, 2009

TAG OLEH CIK WANA!

Pas jer aku tengok shoutmix, aku terbaca mesej cik wana suh aku jawab tag dia. Kalo korg nak tau, blog cik wana ni antara blog fevret aku (cik wana sila kembangkan diri anda!). So ngan penoh dedikasi, aku pon jawab tag dia neyh! ngeh..ngeh

Photobucket

Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
SeiNDAH Duni@ KiTA. Nta la aku suka kot. Tapi kan dah lama2 rasa nak tukaq plak. Panjang sgt doe!

Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://seindahduniakita.blogspot.com/ Aku amek bulat2 nama blog aku. Skema gitu! Huhuhuhu

Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Simple jer. Aku tao kalu aku karang pepanjang xda org nak bace, btol tak?.kuikuikui!!!

Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Tak lagi kot sebab aku baru jer dalam arena berBLOGGIING neyh!. Tak tao la spuloh taon lagik. Yer la..sampai bila aku nak berblogging kan?

Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Goblok! hahahahaha.Gurau jer cik wana!. Blog cik wana sgt kalerful, walopun adakala mengarut, aku suka baca. Seyesh! Leh reduce stress doe!onion head

Senaraikan 5 orang yang akan anda tag: (lebey bole?)
1) Miss Kedondong (budak kelas aku yg ajar aku blogging)
2)Mr Shari (antara follower terawal. Blog dia sopan doe!)
3)Mya Zulkifli (girl power!)
4)SuffyanRazzaq(dulu ko tag aku kan,skunk aku tag ko plak! muhahahaha) onion head
5)Rizz (aku follow blog dia,dia rajin bagi komen kat blog aku)
6)Shy Nolan (follower baru dan suka komen gila2)
7)alis qay (dia pon suka datang jengok)
8)Fikri Fauzi (dia ni pon rajin gak datang)
Indera:-) Jawap, jangan tak jawap!

ALKISAH BURUK SEORANG BLOGGER

Salam korang!. Post hari nih aku nak citer ciket pasal alkisah burok seorang Blogger, ala yang macam korang2 blogger2 aktif kat luar tuh!. Ada tak sifat2 burok?. Korang yang tules blog nih pena x?:-

1) Kering idea. Tak tau nak tules apa jadah lagik!
2) Selalu tules benda2 yg korang rasa mengarut
3) Jeles tengok blog orang lain (macam aku jer?!)onion head
4) Wish to have a huge follower’s walopun kadang2 tak bace pon N3 follower tuh!
5) Hari2 update, tapi sebenarnya tak taopon tules menatang apa!
6) Letak imej chumel2 walaupon isi page xda hapa onion head
7) Bila tengok follower tules pepanjang, tak baca content langsung!. Main hembus baca tajok ngan conclusion! Pahtu siap komen lagik!
8) Selalo visit page orang len dengan harapan org tu pon visit page kita!.

Aku rasa banyak lagik list2 sifat2 mazmumah blogger neyh!. Dalam lapan2 tu kan, mana 1 yg terkena batang idong korang?. Sapa makan cili, takkan rasa masam-masam manis pulak! Muhahaha (ketawa kejam)onion head
Indera:- Blog aku, aku punya sukalah (gaya ekk campor kerek2)

Monday, March 30, 2009

MEROKOK DAN KEMPENNYA…

N3 kali ni aku nak gebang ciket pasal rokok. Korang ada nampak tak kempen iklan baru yg di print atas kotak rokok Dunhill. Iklan yg ada imej gory ala2 citer TEXAS CHAINSAW MASACCRE tuh?. Bagi aku la, bila aku tengok imej tuh, terus piker 2 kali nak rokok balik. Dulu pon aku pena gak merokok, tapi tak la sampai jadik tegar cam sesetengah org yang bleh kata rokok tu leh jadik makanan harian dia. Post ni bukan nak sentuh isu org merokok k, coz bagi aku merokok tuh satu benda yg individualistic, so tak payah nak sibok2!. Yang aku nak tekan kat sini ialah pasal iklan gory kat kotak rokok tuh. Honestly aku nak tanya korang yg merokok:-


Korang takot tak ngan imej iklan tuh? onion head



Korang rasa tak, nak berenti semata-mata iklan seram2 kuku tu?.



Persoalan jelas sekarang ‘Adakah kempen BERHENTI MEROKOK yang baru nih akan memberi kesan jelas kepada perokok?


Aku pena tanya soklan yg sama pada member aku, juga kaki rokok. Dengan muka selamba, dia terenyum sinis sambil mengepol-ngepolkan asap rokok dengan banggenye sambil berkata merokok tuh macam makan sambal belacan. Pedas!, tapi syok woo
Cam biasa POLL undi disebelah kanan korang!



Indera:-) Apa dah jadi dengan kempen TAK NAK ek?

Sunday, March 29, 2009

BARU?.AKU TAK TAU!

N3 ni memula aku nak tules semalam lagik, tapi sebab tak sempat aku wat draft dulu. So cane ngan layout baru aku, Ok ke?. Aku sebenarnya kan JELES dowh tengok layout blog orang lain yang cun gilababas tuh. So malam semalam, aku lepak kat mamak dekat2 rumah aku dan aku google gila2 kat PYZAM, wishing to have a new look for my blog. Ada jumpa yang berkenan, aku follow instructions yg diberikan tuh. Bila nak save template kat blogspot, tetiba kuar list untuk delete bebebrapa link, so aku pon cuak la. Dalam WAS2 tak tentu hala tuh,aku biarkan jer dulu and aku pick templete yang sedia ada kat blogspot(kebanyakannya huduh dowh!) & aku alter sikit2.Onion Head Emoticons Korang de solutions tak?Onion Head Emoticons

Saturday, March 28, 2009

I LOVE 80'S,90'S!!!

Ches,tak boleh blah kan post aku kali nih!. Korang penah dengar tak lagu2 top omputeh taon 80-90an dan agak latest macam 2000's. So pada yang nak jadikan seleksi simpanan,silakanla,jgn memalu kucing,sedut laa. p/s seleksi ni dari koleksi aku.


Indera:-)Seleksi ni best gila!!!

Friday, March 27, 2009

CINTA BEZA BUDAYA

N3 kali ni, aku nak bercerita sikit pasal filem terbaru critically acclaimed director-Yasmin Ahmad, TALENTIME. Memula tu kan, aku agak sangsi gak nak tengok karya Yasmin yang rata2 kita tau, perlu datang ke panggung bukan setakat seat back, relaks n enjoy’ jer. So dlm keadaan aku yg sangat exhausted gilababeng, aku gagahkan diri memmenuhi permintaan kengkawan aku yg nak sangat tengok citer nih. So nak pendekkan N3 aku neyh, ada 10 perkara yg aku ngan kengkawan buat masa aku tonton TALENTIME:-

1)Aku selalu maki bila org lambat masok panngung, tapi masa aku tengok TALENTIME, aku lak yang lambat masok, siap masa dlm gelap tuh terlanggar kepala sorg sis nih!. Huhuhu Sorry la kak.

2)Oleh kerana tuh, aku terlepas 15 minit pertama!. Tapi firasat aku kuat mengatakan yang citer Yasmin mesti stat ngan kalimah ‘BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM’

3)Aku tak percaya 2 org member pompuan aku (si Kak Yah ngan Kak Mah) yg selama ni xlarat nak tengok citer genre drama, memuji karya Yasmin. Aku sempat kutuk dlm hati, ‘Ches, kalau la citer ni (TALENTIME) bercakap jer,sure diorg kuar panggung awal2!'

4)Masa babak Melur ngan Mahesh naik motor,sempat aku SMS member aku Bob, ‘eh cam si **** ngan ***** la.hehehe’. Si Bob pon suka gila sampai nak jatuh seat.


5)3 org member aku yg berasal dr Perak, tak sudah mengoceh masa syot kat Perak. ‘eh ni kan dekat Ipoh’, ‘eh taklah, dekat belakang umah aku jer’. TALENTIME dah jadik cam iklan JOM CUTI2 PERAK. Hikhikhik

6)Org belakang aku membebel ‘eh tak faham la citer ni!’. Padahal masa ditunjukkan babak penting dia sibok bergayot!. Mangkuk!

7)Masa lagu O RE PIYA berkumandang, aku siap goyang kaki dan Kak Yah tetiba menerjah kata ‘eh ni lagu yg ko upload dlm blog ko kan?’
8)1st time aku ketawa cam syaitan bila babak Harith Iskander, buat lawak lucah pasal ‘Orang Negro’. (Terlalu lucah,jadik diaolognya korang kena tengok sendiri la)

9)Pas je nak habis, aku dengar bisikan Kak Yah, ‘eh part last dia aku tak fahamla’.Pulak!

10)Super buat lullaby O RE PIYA dan ditujukan khas buat Abam ****. Hikhikhik
Indera: First filem Yasmin yang aku rasa ok. Aku faham the whole story. Worth watching. Good performance by Jaclyn Victor and Mahesh Jugal Kishore

DING DONG!!!

Ni part yang paling malas skali sepanjang menjadi blogger bertauliah ni(x bley blah ayat aku!). nak post N3 pon serabot MILO pikiaq dowh!. so, pepagi mulia jumaat ni lagik aku sentap beso bila tengok result test 2 aku!. cam budak bongok jer aku jawab. nta ar aku tak tau mana silap aku nih. nak kata tak study, study cam org gilak. takdak rezeki kot!. nak tebeliak mata jugak tgk result aku tadi. rasanya tulah markah terendah yg pernah aku dapat masa degree nih. leh tak bumi ni terbelah dua,pastu telan aku?. hikhikhik..boleh ker?
tapi aku nih cepat optimistik. gagal sekali takkan nak balik kampong kot?
xper. test 2!!!aku balas dendam nanti test 3!
watchaaaaaaaaaaaa!!!!!!nanti ko!!!!




Indera:-)Masa aku merapu...

Thursday, March 26, 2009

O BELOVED!!!

K la. O BELOVED ni lagu hindi berjudul O RE PIYA. Ntah angin apa aku jadik TERSUKA lak ngan lagu nyanyian Rahat Fateh Ali Khan nih. Romantic gila, so lantak la korang nak kata apa. Aku nak jadik mamat bunga sekejap. Hehehehehehe..
Aku dengar lagu ni masa promo cite TALENTIME, so aku pon cam lipas kudong google nak rak cari lagu ni. BERBALOI dowh! Nak2 plak, kalau korang tengok translate liriknya!. Seyesh meleleh!!!

o re piyaa haaye o re piyaa...
(O beloved...)

uRne lagaa kyon man baawlaa re
(Oh, why did my crazy soul begin to fly?)

aayaa kahaa.n se yah ho.nslaa re
(Oh, where did this courage come from?)

o re piyaa o re piyaa haaye
(O beloved...)

taanaa-baanaa taanaa-baanaa buntii hawaa haaye buntii hawaa
(The breeze teases and taunts me, oh, the breeze plays havoc with me.)

buu.nde.n bhii to aaye nahii.n baaz yahaa.n
(Even the raindrops won't shower here again.)

saazish me.n shaamil saaraa jahaa.n hai
(The whole world is part of the intrigue.)

har zarre zarre ki yah intezaar hai
(I never stop waiting.)

nazare.n bole.n duniyaa bole
(The glances are telling, the world is telling)

dil kii zabaan haaye dil kii zabaan
(the story of my heart, oh, the story of my heart.)

ishq maa.nge ishq chaahe koii tuufaan
(Love prays, love wishes for a hurricane.)

chalnaa aahiste ishq nayaa hai
(A new love slowly walks in.)

pahalaa yah waadaa ham ne kiyaa hai
(This is the first promise we gave.)

na.nge pairo.n pe a.ngaro.n chaltii rahii haaye chaltii rahii
(You were stepping on burning charcoal barefoot, oh, you kept walking.)
lagtaa hai ke gairo.n me.n me.n paltii rahii haaye
(Oh, it seems that you were brought up among strangers.)
le chal wahaa.n jo mulk teraa hai
(Take me to your country.)

zaahil zamaanaa dushman meraa hai haaye
(Oh, the cruel world is my enemy.)
Indera:-) Lirik agak panjang. Jiwang dowh!.hehehehe

DOWNLOAD LAGU!!

Siyesh sh** aku mang ada masalah beso nak tulis intro memula neyh!. Otak beku dowh!. Simple je, korang yang nak downlad tuh,dipersilakan download seleksi kat bawah ni:-)

Indera:-) Setiap lagu dikenakan cas 50 sen!.Hahahahaha

Wednesday, March 25, 2009

NGANTOK GILABABES!!!!

Haih, mengantok gila dalam kelas tadi. Rasa nak suruh member sebelah aku terajang jek muka aku nih!. Come on!!! Focus bro!.
Korang rasa aku ni betol ke tak betol?
Tulah, kol 4pg dah bangun. Nak study konon!.
Tapi hampeh, aku on9 dowh!
huhuhuhu...
Minggu depan test!
Banyak lak tuh!

Indera:-) Mesti lecturer aku nampak kepala aku tersengguk2 cam burung belatuk!

DOWNLOAD:-PONTI ANAK REMAJA

Drama arahan Ghaz, terbitan Media Hustler ni antara drama best yang aku tonton sepanjang Mac ini. Membariskan ramai pelakon muda berbakat seperti Liyana Jasmay, Lisa Surihani dan Farish Aziz mengisahkan kisah Farid dan dua sepupu kembarnya yang menganbil jurusan Biomedic Biotech, disebuah kolej swasta berhadapan dengan misteri Bunga Harum Mekar Malam dan kewujudan Pontianak. Bagi aku, drama ni sangat best sebab:

1) Babak dimana Farid tersasul menyebut 'Tom Dick is Harry!' Hahahaha. Hillarious!
2) Watak Sofea yang tergedik2, pastu kena minyak guna2 then kena bahan dalam kelas! hahahahaha
3)Balak PONTI yang rileks gila tau yang awek dia tuh 'SEPARUH HANTU, SEPARUH MANUSIA'.
4)Muka Liyana Jasmay bila paku kat tengkok dia kena usik ngan Farish Aziz. Kalau tengok betol2 dia tumbuh gigi ARNAB!. Hahahahaha.
5)Visual effects yang sangat berkesan.
6)Mak PONTI yang tak seram langsung. Selamba je bila dapat tau anak dia dah jadi manusia.
7)Lisa Surihani very natural in acting. 'Orang nak tengok Awan Dania la'. Cute!
8) Kembar Muni, Mubin yg tak kurang gila jugak. Nek, cucu tumpang kenceng!’ hehehehe
9)Berpotensi jadik drama bersiri!
10)Dialog yg very simple, muda rumaja & fresh. ‘Looser, Double Looser, Moron!’
Meter Syok:
1-Hampas
2-Buang Masa
3-Boleh la
4-Layan
5-Mesti Tonton

Pilihan Aku:
4-Layan
cite banyak pon tak guna.yg nak download tu,silakan lah ye:-)

Tuesday, March 24, 2009

APA? MATI? OMG!!!!

Aku tak pedulik la orang nak kata aku gila ker, tapi yang pasti kalau korang di luar sana yang minat gila dengan para suri2 rumah terdesak, malam tadi melalui episod DESPERATE HOUSEWIVES YEAR 5, salah satu karakter cite tu, EDIE BRITT (Nicollette Sheridan) menemui ajal apabila cuba melarikan diri dari dibunuh suaminya DAVE WILLIAMS (Neil McDonough). Dia tak mati kerana cubaan bunuh tu,tetapi nasibnya masih samar2 apabila kereta yang dipandunya berlanggar dengan tiang elektrik berdekatan. The most shocking episode for this season!!!. Menurut sumber E-ONLINE, MUNGKIN Edie Britt@Williams akan meninggalkan siri top tuh, tapi bila aku tgk episod malam tadi, dia cam ada chance nak hidup jer!. So, tunggu minggu depan samada Edie mati @ tak...
Indera:-)Aku adalah peminat Desperate Housewives
p/s:-) Desperate Housewives season 5 yang dimaksudkan di atas adalah tayangan di saluran abc.com (every sunday 9/8 c), bukan siaran di 8tv (every tuesday, 10.30 mlm)
Harap maklum

Monday, March 23, 2009

ENAM PULUH MINIT

Hanya dengan Enam Puluh Minit, korang boleh membantu menyelamatkan bumi yang kita cintai ini dari terus tercemar. So, buat korang yang masih sayangkan bumi kita, mari beramai2 switch off your electric supplies bermula Mac 28,2009 ini dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Sayangilah dunia kita. Walau ianya satu tindakan yang simple tapi besar impaknya!!!!

SEMUA LELAKI SAMA JE???

Sebelum nak memulakan topic panas nih, trimas bebanyak kat followers yang sudi menjenguk-jenguk blog aku nih. Sorry la guys kalau aku tak sempat menerjah blog korang. Busy gila sampai beberapa updates aku terpaksa siapkan awal2. But, itu tak jadi hal la. So aku nak tanya korang, especially yang lelaki la, pernah dengar tak quote nih diluahkan oleh perempuan?. Apa perasaan korang?. Kalau aku, for sure la bengang gila. Tapi takda la sampai nak marah perempuan tu. Fitrah manusia memang begitu. Sudah jadi semacam sinonim yang kaum Adam ni mempunyai sikap yang adakalanya mejengkelkan kaum Hawa. Lebih2 lagi kalau soal perhubungan dan percintaan. Kita semua tahu yang kaum perempuan adalah ciptaan makhluk Tuhan yang sangat cantik dan satu kurniaan besar Pencipta kepada kaum lelaki. Lelaki pulak mempunyai dimensi pandangan yang sangat visualize dan tidak begitu concern tentang angle2 lain kalau melihat seorang perempuan (melainkan jikalau perempuan itu mempunyai daya tarikan menawan, dan bagi pendapat aku semua perempuan dalam dunia ni, MENAWAN dan SEDAP MATA MEMANDANG). Berbeza dengan lelaki, wanita lebih suka memikirkan perkara yang lebih detail dalam satu2 perhubungan. Sebab tu jikalau seorang lelaki sudah berpunya, jangan dirisaukan tentang makan pakainya kerana wanita yang akan mengambil berat tentang semua itu
Yang menjadi isu dialog cite P RAMLEE ini kembali diulang zaman sekarang adalah kerana wanita masih berfikir yang semua lelaki yang wujud di muka bumi ni sama jer. Mungkin berdasarkan pengalaman lalu, itu aku tak tahu la. Ok la let’s me be clear, pendapat aku lebih mengatakan bahawa di zaman sekarang ni, baik lelaki mahupun perempuan, semua nya sama sahaja. Kalau dulu, mungkin releven mengatakan yang wanita kerap menjadi mangsa lelaki. Mungkin fakta itu masih ada lagi sekarang, tetapi kalau korang meneliti balik, ada juga wanita yang mempergunakan lelaki cuma ceritanya kurang di dengar dan mungkin fitrah kaum lelaki yang lebih suka menyimpan dari menghebahkan. Tambahan pulak, mungkin wanita yang mengatakan yang semua lelaki itu sama, mungkin satu masa dulu pernah menjadi mangsa dan aku tak salahkan mereka kerana wanita antara golongan yang cepat trauma atau erti kata lain serik. Suatu cabaran buat lelaki di luar sana yang ingin memikat wanita jenis ini. Aku sendiri tidak berapa setuju dengan kenyataan semua lelaki tu sama. Memangla aku lelaki, tapi sifat lelaki berubah mengikut zaman sama seperti wanita. Yes, maybe sifat kebuduak-budakkan dan selfishnya lelaki itu masih ada. Tetapi nak heran apa, sebab nature lelaki memang macam tu. Sebab tu perlunya wanita yang umum mengetahui lemah lembut, sopan santun, etc. So terpulang pada korang bagaimana nak adapt post kali ini. Aku tak provoke mana2 pihak dan komen korang amatlah dihargai. Cam biasa satu POLL dijalankan based on the topic!

Indera:-) Setiap kejayaan seorang lelaki, wanita adalah tulang belakangnya…

Saturday, March 21, 2009

KENA TAGGED?

latar belakang anda
nama penuh anda mengikut kad pengenalan?
Muhamad Faizal Bin Sulaiman
.......
nama panggilan anda dalam keluarga/kawan2?
pejal/peja/angah
.......
tarikh lahir/tempat lahir
28.04.1985/hospital batu pahat,JB
.......
anak ke-berapa dari berapa?
2 drpd 6
.......
tempat anda membesar?
Batu Pahat/Kota Tinggi
.......
sekolah2/tempat anda pernah belajar?
SK Lok Heng Selatan
SMK Lokman Hakim
UITM Pulau Pinang
.......
tempat belajar/kerja anda sekarang?
UITM SHAH ALAM
................................................
kegemaran anda
a. makanan
nasi ayam
nasi lemak
...
b. minuman
teh ais
sirap limau
nescafe ais
...
c. warna
biru/black/white
...
d. angka
aku suka 7.ntah la
...
e. lain2
xda
...............................................
perkara yg mengingatkan anda pada kampung halaman
a. makanan
lempeng
jemput2
manisan cam kuih ketayap,seri muka,etc
...
b. minuman
aku bantai jer. ABC
...
c. aktiviti
kemas rumah/sakat adik2 aku/sakat bapak aku/kacau mak aku masak
...
d. lain2
xdak
...............................................
terkini tentang anda
a. aktiviti
aktifkan blog/komen frenster/siapkan asignment menimbon
...
b. tempat yg dilawati
taman pertanian bukit cahaya
bukit tinggi,pahang
incoming singapore...

b. buku
UMA SEKARAN!. neary kill me! siot!...

c. filem
Doubt-best gila Meryl Streep/ Slumdog Millionaire/ PONTI anak Remaja.. cun gila LISA SURIHANI...

d. lain2
xdak
................................................
end of questions. thank you.

Indera:-) Abes jugak soalan neyh!. Motif kena tagged????

Wednesday, March 18, 2009

KETERBUKAAN SINEMA MALAYSIA

Menyelak helaian KOSMO bertarikh 19 Mac 2009 (semalam), di muka surat 3, tertera satu laporan mengenai keterbukaan industri sinema kita apabila mengangkat subjek GAY dan LESBIAN di dalam penerbitan drama dan filem. Laporan bergambar itu menunjukkan babak dua pelakon Fizz Fairuz dan Roslan Shah untuk drama terbaru terbitan Shiela Rusly, Mabuk Estrogen. Drama yg ada sedikit unsur Gay ini akan ditayangkan di saluran Astro 17 April depan. Dan apa yang terbayang dalam kotak fikiran aku adalah, 'boleh ke drama ni lepas LPF?'.
Kita tinggalkan dulu isu Mabuk Estrogen dengan LPF nya sebab harini topik yang aku ingin ulas adalah mengenai sikap keterbukaan pengkarya2 filem tempatan dalam mengangkat 2 subjek ini ke layar lebar walaupun tahu benar ianya satu taboo yang sangat tidak diterima dalam kehidupan masyarakat bertamadun.

Subjek GAY dan LESBIAN dalam masyarakat kita sebenarnya sudah wujud lama dahulu. Cuma sedar tidak sedar kita sahaja. Dalam agama Islam sendiri, melarang perlakuan sesama jenis ini dan tentunya secara tidak langsung kewujudan komuniti ini di dalam masyarakat ditolak mentah2. Di dalam industri seni pula, sebenarnya banyak karya2 yang secara tidak disedari mengangkat isu GAY dan LESBIAN sebagai subject matter di dalam filem mahupun drama. Seingat aku, seawal filem ROZANA CINTA 87 lakonan hebat Erma Fatima selain drama CEMETI DI HATI lakonan Umie Aida dan Intan Azura. Selain itu drama arahan Bade Hj Azmi, NAWAITU lakonan Eja dan Hasnol Rahmat juga mengangkat sedikit tema ini. Paling latest adalah penerbitan filem pendek dari ASWARA berjudul COMOLOT (Cium Mulut) lakonan Remy Ishak, filem seram James Lee, HISTERIA dan penerbitan filem Raja Azmi, ANU DALAM BOTOL.

Bagi aku la, tak kira konsep apapun yang ingin di paparkan di dalam filem mahupun drama. Asalkan mesej yang ingin di samapaikan terus melekat di hati penonton. Itu saja. Harus di ingat bahawa para pengkarya harus bijak menetapkan parameter sendiri supaya filem @ drama yang memaparkan konsep sebegini tidak keterlaluan.
Filem yang baik tidak semestinya datang dengan bajet besar mahupun pelakon2 hebat tetapi cukup sekadar jalan cerita yang berkesan dan lakonan kuat dan cemerlang. Buat Yasmin Ahmad, Kabir Bhatia, Afdlin Shauki, Amir Muhammad, James Lee, Shuhaimi Baba, Mamat Khalid dan Bade Hj Azmi, tahniah atas filem2 berkesan anda. Teruskan membikin filem yang MENDIDIK, bukan MEMPERBODOHKAN audiens!
Komen korang?

Salam:-)

Indera:-) Filem adalah medium bercerita...

Sunday, March 15, 2009

DOWNLOAD LAGU!!

Korang yang gila nak memuat turun lagu, jom pilih seleksi ni. Enjoy!!!

JALAN DUNIA:-BUKIT TINGGI RESORT, PAHANG

Sabtu lepas (13 hb 3/2009) tercatit dalam sejarah aku sebagai student untuk pergi membuat satu tugasan berkaitan dengan pelancongan di Bukit Tinggi Resort Pahang. Memula banyak kengkawan aku sangka BUKIT TINGGI, KLANG KER?. Bukan yang tu lah. Ni kat PAHANG punya!. Kalau korang nak tau tiket kami masuk tuh bernilai +- RM 20.00 satu kepala!!. Tapi kitorang dapat ALL ACSESS TICKET dengan harga RM 10.00 untuk 4 tempat yang ditawarkan! (Cormar Village, Japanese Village, Botanical Garden & Rabbit Park). SYOK GILA! Banyak benda aku belajar kat tempat tuh. Bila
jejak kaki je kat tempat pertama iaitu Cormar Village , hati aku terus tertawan dengan seni binaan Perancis pada every inch bangunannya. Site yang keseluruhannya berkonsepkan perkampungan France memang menjadi tarikan utama Bukit Tinggi Resort. Siap ada side walk band menyanyi lagi. Selain persembahan sarkis dengan badut! Mang terasa macam kat France betol!. Lepas lebih kurang 2 jam berjalan melihat scenery yang sangat cantek,, kami bergegas ke Japanese Village. Dengan garden structure influenced by Shoka, perkampungan tu terletak agak tinggi dari perkampungan France tadi. Naik bukit pon bus jadi sempot. Bukit dia curam gila!.Masuk2 je dah rasa aura sejuk hutan menggigit tulang temulang kami. Mang sempoi gila Japanese Village tuh siap leh try pakai kimono. Aku tak try la coz tak cukup bajet!. Hehehehe walaupon member aku bebisik kata ‘try la…once in a lifetime!’. Dengan agak berat hati kitorang terus ke Botanical Garden yang terletak tak jauh dari Japanese Village tetapi agak malang ada beberapa professional photographer sedang mencari syot2 menarik untuk gambar flora dan fauna disitu. Lepas dari Japanese Village dan Botanical Garden, kami bertolak balik menaiki bus yang sediakan sebelum bergegas pantas menuju Rabbit Park, laman ternakan arnab yang sangat luas. Terletak agak jauh dengan dua perkampungan unik tadi, Rabbit Park menawarkan pengunjung untuk melihat dan membelai sendiri beberapa ekor arnab yang sudah besar dan yang masih baby. Chumel gila!. Arnab yang besar tu kalau korang tengok dah sama besar dengan kucing!.Ramai yang tak melepasakan peluang mendakap arnab2 chumel tuh!.
Sekitar jam 2.45 pm, kami bergegas pulang sebelum singgah ke Hentian Sempah untuk menjamu selera. Pada korang yang plan nak gi, jamulah mata dengan gambar2 ni, k. Ada masa karang korang pergilah pulak!.

Indera:-) Overall, OK la. Dah nama Park, what else I can expect?. Syukur boleh juga berjalan ke Pahang even only 1 day trip.

Friday, March 13, 2009

SPM RESULTS

Salam semua. Just a quick word coz aku bersiap2 nak pergi kelas pagi ni (aku dalam kelas. curik masa!hehehe). Kepada all SPM CANDIDATES yang dah dapat keputusan korang, CONGRATS aku ucapkan. So sekarang ni korang dah jadi a part of young adult. No more playing after this (kalau korang nak sambung belajar lagi la). Kepada yang score straight A, tahniah sekali lagi. Korang mang power la. Aku dulu pon tak banyak A. Hehehehehe. For those yang tak banyak A, jangan bimbang. Jangan jadikan SPM sebagai ukuran yang masa depan korang akan musnah. Tak semua scorer SPM akan success bila dewasa kelak. U all dont be suprise!. Zaman teknologi ni semua boleh jadi. So jangan sedih2 ok!.

Indera:-) Congrats to my sister!. Her A's more than me!.

Wednesday, March 11, 2009

JANGAN MAIN BELAKANG!!!

Salam hormat kepada semua pembaca semua. Hari yang agak tersangkak, aku terpaksa menyiarkan post ini agak lewat seperti yang di jangkakan. Dengan internet connection yang kejap2 terputus memang buat aku jengkel gila. So whatever it is, gempak tak post aku kali nih? Korang jangan tafsir bukan2 plak yer?. Ini tak ada kena mengena dengan isu negetif berbaur lucah yang tengah melayang2 dalam kotak fikiran korang. Kali nih aku nak kupas sikit isu manusia yang suka menikam belakang orang lain demi mencapai apa saja yang dihajatkannya. Kalau korang nak tau, ada banyak jenis backstabbing yang ada di muka bumi nih macam couple backstabbing, politic backstabbing dan topik hari ni mengenai friends backstabbing. Aku tak faham kenapa ada manusia berhati busuk macam ni dibiar hidup dalam dunia.

Depan kita ni punyalah baik dia buat muka. Nampak sweet je. Pandai la berlakon!. Tapi belakang kita… habis modal dia mengutuk dan mengeji. Tak taulah macam mana dia tido malam. Biarlah…ni antara dia ngan Tuhan. Sebenarnya post ni relate ngan post PLASTIK KAH KITA tempohari. Korang leh click kat link (here) untuk view semula post tersebut. Kadang2 kawan ni dah tolong dia macam2. Tapi sesedap dia je dia kutuk member tuh. Korang rasa macam nak tumbuk tak muka dia?. Kadang2 tu dia sanggup nak jatuhkan member dia sendiri untuk capai apa yang dia nak. Cipan sungguh!
Tapi kan, selalunya ada jugak member yang DITIKAM nih, mang patut KENA TIKAM pon!. Imagine lah, kalau perangai teruk, hati pulak sama busuk mang kenalah kalau korang kena ‘bahan’ KAW..KAW!! dengan member tuh!. Baru buku bertemu dengan ruasnya!. Hahahaha..
Jadi pada korang yang dah pernah TIKAM member baik sendiri, bawak2 la bertaubat. Dosa dengan manusia nih, kena mintak maaf face to face. Kepada yang berperangai cipan tambah pulak hati busuk, korang tunggulah giliran korang KENA TIKAM pulak lepas nih!
Moral of the story, jadilah manusia yang berguna. Baik buruk itu selalunya sukar untuk diperolehi. Jadi fikir2 kan lah. Cam biasa, satu POLL undian dijalakan dan jasa baik korang meninggalkan komen amatlah dihargai!.
Cherio!!!

Indera:- )Manusia itu sememangnya tidak pernah sempurna. Lihatlah jari anda…adakah semua sama panjangnya?

Saturday, March 07, 2009

BESARNYA CAKAP KAU?

Salam hormat pada semua pembaca2 blog Seindah Dunia Kita nih. Trimas bebanyak pada pengkritik2 tetap blog yang tak jemu2 meluah idea dan pendapat. Thanx a lot guys!. Topic panas kali ni aku nak citer sikit pasal manusia yang suka cakap besar. Pernah korang jumpa Makhluk Tuhan Paling Ke** ni? Apa korang nak buat memula? Rasa nak sepak tak mulut dia?. Jenis manusia yang tak beretika bila bercakap. Semua nak menang dia dan ada la beberapa additional information yang membuatkan dia nampak BESAR di pandangan mata orang lain. Contoh la, bila kita citer pasal kereta, dia pon sibuk nak citer pasal kereta. Mula la citer yang bapak dia ada kereta besar. ‘Oh BMW tuh mainan aku jer’ (camtula lebih kurang). Berlagak nak mampos. Lansung takdak attitude down to earth bila bercakap. Nak2 depan awek!. Fuh, sekali dia kuarkan statement cakap besar dia, bajet yang awek2 tuh akan kagum and nak jatuh hati kat dia. Poyo!

Ni antara manusia yang paling aku menyampah dan mintak jauhkan. Dah terbukti, cakap kosong, dah tentu2 isi takdak. Pastu masih nak UP bila bercakap.Nak2 bila bercakap soal taste and preference. Tak nak makan kat warung, dibimbangi jatuh standard. Warung kotor (Nak2 kat Seksyen 2, Shah Alam). ‘Ei!, jijikla nak makan kat situ’ (Aku rasa macam nak pelempang orang yang cakap macam ni sambil buat muka pura2 mual).
Kalau pilih baju, tak nak yang murah2 nih. Kalau ko tu banyak duit takpelah. Ni kais pagi makan pagi, kais petang makan asap la jawabnya.
Katanya nak jaga standart sambil buat muka angkuh. Tak main la barang2 murah ni.

Tapi kalau korang perasan orang yang cakap besar ni selalunya takdak kawan?. HAHAHAHAHAHAHAHAHA. PADAN NGAN MUKA KORANG!

Sapa la nak kawan ngan orang mulut camni. Kita cakap ABC je dia tambah2 jadi sampai Z daaa…. So buat korang, moralnya disini hati2 ngan orang yang suka cakap besar ni. Selalunya dia ni kaki kelentong!. Jangan korang terkena sudeh!!!. Macam sorang Hamba Allah ni, berkicau laa mulut dia bercerita yang dia penah gi World Cup, masa tu kat Japan & pergi Disneyland. Kita yang duduk kampong ni mana tau kan (buat2 naif). Mintakla gambar ngan si polan nih. Dia pon kata ‘Ada..ada nanti lepas cuti semester aku bawak’. Tunggu punya tunggu, pas jumpa balik, dengan muka tak bersalah dan mata melilau2 macam nak juling, dia pon kata ‘Alamak, aku lupa lah!’. Cek2 memang si polan isketambola ni tak pergi pon. Propa jer lebey!!!
Apa pandangan korang?. Penah tak kena ‘kencing’ yang Makhluk Tuhan Bercakap Besar ni?. Cam biasa, POLL tetap jalan k!.

Salam—

Faizal Sulaiman-:) Jahit mulut yang suka cakap besar ni!

Thursday, March 05, 2009

KING @ QUEEN CONTROL?!!

Ketika tangan aku lincah mengetuk papan computer aku yang baru ‘sembuh’ dari pelbagai penyakit ni, aku masih berlumba2 untuk menyiapkan suntingan akhir untuk post akan datang. Apa dia?..Korang tunggu jelah yer. K la bai, post kali ni aku nak mengupas topic yang tak kurang panasnya. Isu mengenai pasangan kaki CONTROL.Korang yang ada couple tuh penah kena CONTROL tak?. Cambest ke cam sh**?. Isu ni bagi aku macam dah berlapuk, tapi logically, zaman serba canggih terlampau ni, ropenye kisah pakwe control makwe @ makwe control pakwe makin banyak versi aku dengar. Yalah, dengan macam2 gadjet2 meletop zaman la ni. Kadang2 kesian jugak kat mangsa control tuh. Nak buat apa2 pon tak boleh. Sampaikan nak kemana2, mesti si dia call, tanya kat mana, buat apa, dengan sapa, macam tulah lebih kurang. Dengar je suara pompuan@laki lain, cepat2 dia tanya SAPA TUH????, dengan nada jengkel.

Ada yang kata KING @ QUEEN CONTROL ni bukti tandanya sayang dan caring. Iye ker??, tu aku tak tahu lah. Tapi kalau dah samapi kes nak buat discussion ngan orang lain pun tak boleh @ setiap kali dating, handphone mesti si dia pegang, itu masalah besar jugaklah namanya. Kalau belum kahwin pun dah CONTROL macam2, bayangkan kalau dah kahwin?.
Ini mungkin menjadi sebab utama mengapa banyak bangsa Melayu kita memilih bangsa asing untuk dijadikan pasangan hidup yang menurut mereka lebih gentlemen, open minded, intelligent, etc. Tak kira lelaki @ perempuan. Tapi menurut opinion aku kan, couple ngan local ke, foreigner ker, sama jer. Tak ada bezanya. Cinta kan buta?!. Sampai tak kenal botol susu dengan botol kicap!. Ahaks!!
Tak semua mangsa KING @ QUEEN CONTROL akan berdiam diri. Lama2 menjeruk,leh meletup jugak cik oii!!. Mungkin mereka memikirkan hubungan yang sudah lama terjalin dan perasaan sayang yang semakin sebati dengan jiwa. CONTROL pun CONTROL lah!.
Ini salah satu antara cebisan kisah kehidupan kita yang memang warna warni. Kadang2 nampak couple tuh bahagia gila, tup2 bergaduh besar and then putus camtu jer. Buat mereka2 yang pernah kena dump@masih single, jangan risau, masih banyak lagi peluang korang nak bercinta nih. Tunggu jer. Jodoh akan sampai. Tapi jangan korang tak mencari pulak. Jodoh takkan datang bergolek depan mata yer!. Kalau ada, mungkin si polan tuh ada niat disebaliknya. So kepada yang rajin2 komen, silalah komen post ni. Cam biasa, satu POLL undian dijalankan based on this topic.

Salam Ceria!

Faizal Sulaiman:-) Masa bercinta, tahi kucing pun rasa coklat!

DUKA LARA PRIMADONA


Filem:La Vie En Rose
Director: Olivier Dahan
Pelakon: Marion Cotillard, Silvie Testud, Pascal Greggory, Emmanuelle Segner

Sebenarnya aku nak review filem ni lama dah, tapi asyik tertangguh jer. Maklumlah sekarang ni dengan tons of assignments and project yang belambak2. Aku biasalah wat muka relek pisang je, walhal kerje menimbun!. Filem yang nak aku review kali ni adalah sebuah filem dari France, berjudul La Vie En Rose aka The Little Girl. Filem arahan Olivier Dahan berdurasi 2 jam ni menyelusuri kehidupan penyayi terkenal Perancis, Edith Piaf dari kehidupan awal beliau, kemudian merangkak menjadi bintang terkenal, perasaan terkilan dan kecewa beliau apabila mendapat tahu kekasihnya (Marcel) mati dalam nahas kapal terbang dan saat akhir hidupnya yang tidak pernah menyesal kerana menyanyi. Lakonan mantap dan superb aktres Marion Cotillard sekaligus melayakkan beliau memenangi beberapa anugerah filem besar seperti Golden Globe untuk Aktres Terbaik Muzikal&Komedi, BAFTA Awards untuk Aktres Terbaik dan Majlis Anugerah Akademi (Oskar) edisi ke 80 untuk Aktres Terbaik dalam Watak Utama.
Cotillard bukan sahaja menterjemah karakter Edith Piaf dengan begitu baik, tetapi juga menjiwai setiap emotion yang sangat bercelaru dalam kehidupan sang penyayi itu. Hadir dengan rupa paras menawan, Marion Cotillard membentuk dimensi berbeza dalam setiap karakter Edith Piaf menjadikan beliau aktres Perancis pertama dinominasi Anugerah Akademi sekaligus menaikkan merit beliau untuk memenaginya. Cakap banyak pun tak guna, korang yang teringin sangat nak tengok citer ni leh download kat bawah with English Subs. (Sumber YouTube) p/s Filem ini dipecahkan kepada 4 part dimana kesemuanya ada 14 part. Maklumlah, download kat

YouTube.


Meter Syok:
1-Hampas
2-Buang Masa
3-Boleh la
4-Layan
5-Mesti Tonton

Meter Syok= 4




Tuesday, March 03, 2009

MEMBEBEL?

Salam hormat kepada pembaca semua. Aku harap korang sihat2 la hendaknya. Kepada viewers baru yang rajin bertandang ke blog aku nih, TRIMAS banyak2!. Pengkritik tetap yang sudi memberi komen2 pedas korang pada setiap topic yang aku utarakan, juga berbanyak TRIMAS. Miss Kedondong beritahu aku yang GENG-UPIN IPIN datang serang UiTM. Huhuhuhu…xdapatla datang!.

Well, topic panas kali nih, aku nak cite pasal MEMBEBEL. Korang penah kena bebel tak?. Tak kira la mak korang ke, awek korang ke, pakwe korang ke, etc. Membebel ni satu perkara buruk yang semua orang nak jauhkan. Samada dari pihak orang yang membebel @ mangsa bebelan. Kita selalu dengar yang kaum perempuan ni antara makhluk Allah yang paling kuat membebel. Silap sikit je mulalah mulut dia macam torpedo berdesum nak bom telinga kita. Kita kaum lelaki yang tak banyak cakap nih, buat muka selamba sardin, malas hendak melayan. Kadang2 kalau dilayan, makin naik syeh nye. Lagi banyak isi bebelan, boleh buat hati kita ni panaaaaas jer. Tapi tulah kaum perempuan. Mulutnya membebel, tapi hatinya lembut. Dia membebel tu tanda caring, sayang dan macam2 lagilah. Dan buat kaum perempuan, lelaki diam tu bukan bermakna dia takut, tapi bersikap tenang dan hanya mengiyakan apa saia yang dibebelkan. Untung korang dapat lelaki buat derk jer, kalau dia pun sama hangin, membebel jugak, alamat perang besar akan berlaku.
Situasi lelaki membebel ni jarang berlaku dalam masyarakat kita. Lain kalau lelaki tu mulut kepoh cam pompuan, tu lain cite la. Based on my experience, lelaki memang jarang membebel dan suka mengambil jalan mendiamkan diri bila dibebel. Tapi kalau korang perasan, lelaki kalau SEKALI membebel, SAMPAI MATI pun korang ingat. Betul tak?. Kalau tak takkan ada makwe yang boleh sampai nangis kena bebel dengan pakwe dia?. Fikir2 kan lah. Lelaki jenis yang suka menyimpan perasaan, lebih2 lagi marah. Kitorang ni tak pandai nak all out, BUT, once dah ALL OUT, habislah!.

So, apa pendapat korang tentang isu ni?. Ada ke lelaki mebebel teruk lagi dari perempuan?. Ke sama saja?. Satu POLL undian dijalankan disebelah kanan korang. Till then, chiow!!!




Faizal Sulaiman:-) Rambut sama hitam, hati lain2.



Sunday, March 01, 2009

JOM SEDUT MP3!!!

Salam. Korang2 sumer yang gian mendownload lagu, dipersilakan download lagu kat bawah tu yer!

PLASTIK KAH KITA?

Simpe je quote kat atas tuh. By the way, thanks a lot for those yang sudi meninggalkan komen2 bernas, berbisa maut untuk post CINTA SPARE yang lalu. Thanks for viewers yang sudi view blog aku ni, walaupun semata-mata nak download lagu. Topik kali ni adalah tentang sikap tak natural kita yang aku rasa semua orang ada, towards to other peoples. Lebih2 lagi dengan kawan baik kita sendiri.

Kita selalu mengeji orang bersikap plastik atau lebih tepat lagi hipokrit. Sedangkan adakala kita tak sedar yang kita pun ada sifat pura2 itu. Bohonglah kalau aku kata, aku tak ada. Kita semua ni human, dan sikap terpaksa memelastikkan’ diri dihadapan kawan itu, tak boleh nak elak. Dah macam satu budaya. Berlainan dengan omputeh, diorang lebih bersikap terbuka dalam hal2 sound direct ni. Bagi diorang, buat apa nak jaga hati orang, sedangkan hati diri sendiri tak terjaga?!.

Bagi aku lah, adakala kita perlu bersikap hipokrit demi MENJAGA HATI seseorang. Samada orang yang kita sayang macam kawan, kekasih ataupun parents. Kalau tak masakan ada kes aku dengar budak baik, dari kampong, pakai tudung. Masuk U, terkena KEJUTAN MELAMPAU, bukak tudung, dedah sana sini, last2 balik kampung, kembali bertudung, sopannye mengalahkan Perempuan Melayu Terakhir!. Mang tak boley blah kan!


Ni antara contoh yang boleh aku beri la. Tapi contoh atas ni, korang tak payah la nak ikut. Hipokrit tu terkenal dengan reputasi buruknya sebab kita selalu salah gunakan. Macam aku cakap tadi la, setakat hipokrit & plastic suam2 kuku tu, dimaafkan lah.

So apa komen korang?. Rajin ke korang jadi plastic demi orang2 tersayang?. Apa kata rajin2 tinggalkan komen korang. Sorry lah ye, post kali ni x berapa nak elaborate sangat. Sangat letih kerana banyak kerja yang perlu disettelkan. Satu POLL undian di jalankan disebelah korang. So apa tunggu lagi, undilah!. Hehehehe…
Cherio!



Faizal Sulaiman:- Kadang2 manusia sukar menerima kenyataan…

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED