Tuesday, March 02, 2010

AKSARA KERAIAN: FARCIR

Salam;

Membuka keterujaan bulan ni, aku nak bercerita sedikit tentang satu rumah, berkongsi idea dan..err...apa tuh?Ok la..Aku nak bercakap tentang satu projek istimewa himpunan penulis-boleh dikira independent- dalam satu laman web!. Idea ni diilhamkan oleh blogger Anuar Kamaruddin menjelang bulan2 terakhir Februari lepas.

Serius! Aku betul2 tertarik dengan idea beliau. Selain boleh merapatkan hubungan silaturrahim antara bloggers, projek ini juga bakal memberi kelainan dengan menghimpunkan pelbagai jalur cerita/genre dalam satu bumbung!. Kira banyak betul rempah dalam rumah tu nanti.

Rumah itu diberi nama "Aksara Keraian". (di FB)

Cerita lebih2 pon tak best. Takde la thrillnya kan? kan?. Tunggu 03.03.10(Rabu) ni dan korang boleh layari blog Aksara Keraian (yang dibuka Rabu ini). Dalam pada tu, boleh la add Aksara Keraian ke dalam akaun FB korang. Tak rugi neh. 1 rumah, macam-macam rempah ok!

Dalam Aksara Keraian, aku menulis satu cerita bergenre dark comedy. Ok, sebelum bagi hint, dark comedy @ black comedy adalah satu genre yang menerapkan unsur misteri di dalam penceritaan ataupun twist dihujung kisah tetapi naratif cerita dihasilkan dengan mencampurkan sedikit unsur komikal @ komedi. Err..faham ke?

Cerita berjudul "Farcir" ni menceritakan tentang kehidupan konflik penuh rahsia antara dua pemilik restoren, dimana seorang mencari pembalasan dendam, manakala seorang lagi mencari kemaafan selain kehidupan pasangan suami isteri bermasalah dan dua beradik yang banyak betol cerita lama yang cuba disimpan ke pengetahuan umum. Oh ya,korang mesti tertanya-tanya makna Farcir kan?. Tergeliat tol lidah nak menyebut neh.hehe.

Farcir adalah terma kulinari Perancis yang disebut "Fargh-Sigh" dan biasanya hidangan ini disediakan sebagai menu utama atau main course untuk majlis-majlis formal atau keraian. Cam biasa, dihujung cerita, banyak twist yang bakal "dihidangkan". Oh my gucci!! Yummy tol!! hahahaha

Jadi tunggu esok, dan nikmatilah kesemua naskhah pelbagai rasa Aksara Keraian;). Semua penulis berbakat besar.

Seyesh aku cuak dengan penerimaan readers;)

FaizalSulaiman'sFootNote:--)Aksara Keraian akan diraikan pada esok, Rabu jam 3.03 p.m. Selamat Membaca!

8 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

bagi mereka yg diet...awas! haha! =D

'aqilah said...

aku da add..:) heee

NUke_Rude said...

haha. ok bro. aku akan baca nukilan mu itu di AK.

Faizal Sulaiman said...

Blog Anuar Kamaruddin™---)betol..betol dan betol;)

Faizal Sulaiman said...

'aqilah ---)thanks qilah!

Faizal Sulaiman said...

NUke_Rude ---)terima kasih bro;)

khasyikelvin_ said...

ouh,
ngga sabar...

Shamimi said...

wow mesti best nie.
t ada ms gua jenguk ek.

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED