Tuesday, March 09, 2010

SENI? OH TIDAK!!!


Salam;

Semua tahu subjek Pendidikan Seni masa sekolah kan?

Masa tu mungkin cikgu berfikir subjek ini adalah saluran sesuai untuk bebudak melahirkan karya2 masterpiece diorang atas kertas lukisan, dari membuat vandalism menconteng meja, dinding skolah, tandas, etc.

Peliknya. aku tak suka betol subjek nih!. Serius beb! Aku tak tau kenapa.

Mungkin disebabkan aku tak mempunyai darah seni melukis dalam badan aku neh. Bila tiap kali cikgu bagi subjek PS(Pendidikan Seni) masa darjah 1-2 as a homework, aku selalu fail untuk siapkan on-time.

Asal sketch sket, aku padam. Sketch sket.., padam!

Nak2 plak aku ni kalau melukis selalu tekan pensil kuat2 sampai berbekas atas kertas lukisan tu. Fuhhhh..bila padam balik, hodoh gila wa cakap lu. Lepas dah hodoh bagai tuh, aku terus takdak mood nak buat balik, sebab bila kerling member sebelah, kertas lukisan beliau bersih lagi!.

Balik umah, ayah tengok muka aku monyok. Check2 kerja rumah depan beliau, subjek PS aku lom siap lagi. Ayah paksa aku buat homework PS yang ku benci tu depan beliau. Adoyaii seksa tol melukis depan beliau neh.

Lukis rumah pon wa pakai pembaris doh!!! Ayah aku sengih je tengok keletah anak dia yang merangkak-rangkak nak melukis rumah kat tengah sawah.

Last2, bila mata aku dah mula kuyu nak tidur, beliau pon kata;

"Dah la..meh ayah buatkan. Gi tido!", kata beliau sebelum mengambil kertas lukisan aku yang dah lunyai akibat kesan2 pemadam. Dalam kepala dah tak fikir dah kertas lukisan yang macam sampul belacan tuh. Otak dah malas nak fikir. Apa nak jadi..jadilah!

Start dari tu, aku selalu ambik advantage suh ayah lukiskan lukisan aku dengan buat2 mengantok.hohoho. Ayah aku lak pandai lukis. Fuhh selamat la aku.hihihi..Pernah sekali wa dapat A untuk homework yg wa hantar!

Buat pertama kali merasa glory sebab homework PS tak lagi dapat C seperti selalu.

Back to form 3 then, cikgu ada suruh aku lukis permukaan batu mengikut pelbagai angle. Haihh asal la mengada sangat nak lukis batu pelbagai sudut neh!. Katanya nak mengikut arah cahaya matahari. What-ever laaa.

Aku pon start lukis. Siap campur2 kaler Buncho ngan Kaler Air Murah yang cam botol Colgatte tu. Bajet feeling Picassa la kunun. Last2 cikgu tengok hasil "karya" aku tu.

"Eh Faizal, awak lukis apa ni?"

Cikgu ni saja tanya ke apa?. Batu la ayoyo!

"Err batu la cikgu. Kenapa?", kata aku sambil pura2 wat muka skema batu padahal rasa pelik gak kenapa cikgu tu tanya.

"Batu pebendenya nih!. Cam tahi lembu je saya tengok?", kata beliau sambil disambut oleh hilaian budak2 kelas dekat2 meja aku duduk.

Perghh siotttt!! Ada rupa taik lembu ke??, aku menguji tanya dalam hati. Sambil mengamati dalam2, kawan sebelah pon menyibuk nak tengok jugak.

"Ha'a la weh. Lukisan batu kau ni tak ada rupa bongkah batu. Cam sarung guni. Pastu hitam semacam je", kata beliau komen sana sini. Ewah..ewah tol mulut beliau ni kan?.

Sejak dari tuh, mang aku tak ada minat langsung nak melukis. Kalu melukis pon masa2 bosan gila je. Lukis, pastu buang. Lukis pastu, buang.

Ouh..figura manusia yang paling expert aku lukis adalah...

ORANG LIDI!.

FaizalSulaiman'sFootNote:---)Seni itu subjektif kan?

Gambar curik Google

14 comments:

NUke_Rude said...

ok ape.. org lidi.

haha. mcm simbol2 kat batu zaman firaun. haha.

guro sajerk!

s a r a r u s y d i n said...

post ni da wat sy senyum pagi2..u did it..hehe

teringat cikgu bio dlu membebel sebab asek lukis-padam je..die kate abes 20sen pemadam tu semata2 lukis utk subjek die..ngehee

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

nuar suka pendidikan seni...sangat2 suka...sebab nuar kalu kelas tu bergabung kelas dengan kelas lain...memori indah sangat :-D haha

Faizal Sulaiman said...

NUke_Rude--)wah wah..

artistik gak aku ek?wakakaka

p/s--)bila mau bagi artwork ko yg comel tu?hohohoho

Nazz@Purple said...

Nazz suka seni..tp selalunya semangat melukis cam taik ayam je..kalo kene puji..best lukis lagi.kalo kene kutuk..buat tak mengaku..tah tak tau sape tah lukis tu..

Faizal Sulaiman said...

Blog Anuar Kamaruddin™---)wahh ni musti pnadai lukis neh.hihihi

khasyikelvin_ said...

haih!
org lidi,
CI pun reti!

Faizal Sulaiman said...

s a r a ---)hehehe..thanks.

ni mesti lukis anatomi manusia neh.haha

Faizal Sulaiman said...

Nazz@Purple---)hehehehe..tak ngaku lak dia buat.hoho

Faizal Sulaiman said...

cik ian@aH Lian~---)warghhh malu FS ngan CI neh.hahahahahahahaha..dah tu je bole lukih camne?

Faizal Sulaiman said...

Primadona69---)kenapa hancur lak nih?siannya la..

farida tarmize said...

pejal-buruk itu seni..kdg2 bukan kita paham pon.

Wawan Saini said...

salam singgah.
orang lidi..
ingt tyme skola dulu.
main perang2 gna orng lidi

seni itu jiwa..
ekspresi berbeza masing2..

iyllienaz said...

haha..ingat zaman sekolah dulu kena lukis poster jauhi dadah..mesti nk lukis tengkorak..haha..apasal ek??macam trend..rasanya nuke je yg hebat melukis wey..aku pon fail bab2 lukis..

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED