Salam:
Erkk belum kahwin.
Menjadi bapa bukanlah satu tugas yang mudah.
Ya aku tahu.
Samada kau berhati keras, tisu, batu, lalang--apa jadah lagi--nawaitu mesti satu.
Perasaan sayang dengan anak mesti kena ada.
Ada 2 kes aku pernah jumpa penderaan di depan mata.
1- Kes 1: Anak nangis dalam trolley. Maybe dia nak beli sumthing, ayah dia tak bagi, so as a solution, ayah dia tampar pipi budak tu. Kuat ok. Sampai cashier yg kira barang terkejut tgk. Sadis. Ayahnya dalam lingkungan awal dua puluhan.
2- Kes 2: Baby ni baru dua-tiga bulan, mak housewive, ayah kerja. Balik kerja, baby melalak. Nak tido, baby melalak. Tau dia buat apa? Dia pukul budak tu. Diam..diam..dia kata. Baby yg tak faham tu buat apa? Menangis dan menangis.
Itu dua kejadian yang betul2 mengajar aku erti kesabaran. Sabar bagaimana hendak menjadi seorang bapa. Pertama sekali, kau perlu mendahulukan kehendak/keperluan keluarga lebih dari keperluan sendiri. Sapa tak sayang anak, beb? Org kata, biar kita tak makan, asal anak2 kenyang.
Kedua, sabar. Bila anak meragam, elakkan marah @ pukul budak tu. Ok aku bercakap secara buta dan tuli @ teorinya saja. Belum ada anak, senanglah aku nak cakap. Cuba kalau ada nanti.
Ok itu aku terima.
Tp kau kena fikir psikologinya.
Dia budak. Masih kecil. Apa dia tahu?
Pernah satu hari aku pulang dari mengajar. Ohh penat sungguh, Tuhan saja yang tahu. Jejak saja dalam rumah, cucu makcik sebelah rumah dah start menangis.
Menangis
Menangis
dan menangis
Seriously, aku pening kepala waktu tu. Dan dalam kepeningan tu, aku berfikir sendiri. Kalaulah aku ada anak, dalam usia begini (err muda remaja lagi okk), mampukah aku bersabar? Mental aku boleh tahan ke dengan all the cry yg boleh dikata agak bingit tu?
So, sebagai kesimpulan aku memang tabik spring dengan all the bapak muda yg cekal melayan karenah anak2.
Aku?
Belum bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab itu.
Memang orang kata, seronok kahwin muda. Boleh tengok anak membesar dalam keadaan kita yang masih sihat, InsyaAllah. Tapi tanggungjawab tu. Kalau sudah bersedia, fizikal mental, just go for it. Cekalkan hati. Itu saja;)
Kahwin bukan sekadar sehari dua. Anak2 pula perlukan masa depan yang lebih baik dari kita.
FaizalSulaiman:---)Sabar dalam melayan karenah anak2. Memang akan berlaku favoritisme. Itu sudah pasti. Layan anak2 kamu seadil-adilnya kerana setiap sorang anak2 membawa pintu rezeki yang berlainan. "Berlaku adil lah kamu, walau dengan diri sendiri"
14 comments:
humangaihh..gila kejam nyer bapak...harap2 aku tak berdarah pns smpai nak lempang anak kt situ jugak
cik kedondong---)huhuhu,,tulah.aku nampak dgn mata kepala..tergamam kejap.
bila ku baca buku aku terima nikahnya kan....kahwen ni bukan senang, byk dugaan... terus dah tak nak bercite2 kawen mude..hahaa
'AQILAH--)memang kahwin tu tugas berat, bukan sekadar bersedia mental fizikal je kan..huhu
bile bdk2 da start menangis tuh
rasa geram giler
aishhh
Abe Annahl---)hahaha..garang neh.takle jadik bapak.ahaha
Faizal... kawen je... buat anak sendiri...
El-Zaffril ---)belom time la long.ahahaha..along la dulu;)
dh kawen br tau sedia ke tk..hehe
yusuf mujahidin ™ ---)hahaha..bagi aku, aku still blom ready.huhuhuhuhu
ade org cakap, aku akan mnjadi sorg bapa yg penyayang. Tapi aku rasa curiga, sbb aku tak suka dgr budak menangis!
oh tuhan!
NUke_Rude---)hahahaha..seriously? hehehe..aku rasa pon camtu.ngeee
.alalalala comelnye baby tuuuu ;)
yup.agree with u.patut kt mesia ni ada kursus penjagaan kanak2 untuk bakal2 ibu bapa.coz kdg2 ada certai parent belum bersedia n xterdedah lg dgn benda2 ni
Post a Comment