Monday, May 10, 2010

RUPA SAMPAI MATI


Salam;

Dua hari tak update blog, umpama dua bulan gamaknya!

Takpelah. Sekurang-kurangnya ada jugalah masa rehat untuk penulis (rehat ke aku?). Hari Sabtu sudah kerja separuh hari, ditambah hari Ahad yang bertugas utk pelajar2 sekolah. Alhamdulilah, nak menulis masih punyai passion lagi. Siri di Aksara Keraian juga nak disempurnakan sehingga titik Season Finale beberapa minggu lagi..

Penting ke rupa seseorang dalam memilih utk dijadikan pasangan hidup?
Jawapan aku? YA! Damnn! Sebab aku lelaki? Nahh Bukan! Perempuan pon ada yang pentingkan rupa apa kalau bab2 memilih kekasih hati. LOL. Kita sama!

Sebab kita manusia. Sukakan kecantikan. Sukakan keindahan.

Lagi pula, siapa taknak kalau GF @ BF korang lawa, cun, slim, tough, hensem, tampan, kacak nak mati what so ever. Kita ada hak untuk memilih. Tambahan pula, kita nak hidup semati, sekatil sebumbung sebilik-mandi dengan orang itu. Betul apa aku cakap ni. Nak tido ko hadap muka dia. Bila time makan pon kau tenung muka dia. Bila dalam masalah pun kau tilik muka dia.

Cari inspirasi, katanya!

Jangan melenting dulu. Simpan pemetik api korang kalau ada ura2 nak bakar blog ni!

Sebenarnya, ada pro dan kontra bila bercakap soal paras rupa. Toksah tipu aku lah ya. Macam aku tulis on a previous paragraph. Siapa tanak yang elok? Segar mata memandang. Plus, mesti bangga kembang kuncup bila kena puji dengan kawan2 sebab pandai cari BF @ GF!

Tapi ukurkah kau dengan budi perkertinya?
Sifat luhurnya?
Toleransinya?
Sabarnya?
Kesetiaannya?

dan yang paling utama:
"Pening tak kepala kau bila menjaga pasangan kau yang rupa parasnya elok ni?"

Ada yang mengeluh. Pening ada GF cantik. BF hensem. Takut depa lari tinggalkan kita yang mukanya ala kadar je nih. Bimbang pasangan bermain kayu tiga atau berkayu-kayu (tak sempat nak kira sebab banyak sangat). Umpamakan macam kuih ya. Ya kuih?! Kuih Makcik Leha tepi jalan yang kau beli tiga singgit tu?

Kuih Seri Muka diakui memang cantik. Adunan hijau putihnya tu memang menawan kalau nak compare dengan Kuih Akok. Nak2 kuih Akok Kedut! Dahla huduh, berkedut plak tu. Tengok Seri Muka. Smooth je permukaannya. Lawa je. Cantik pun cantik.

Tapi mana satu pilihan kita? Personally, aku lebih suka kuih Akok Kedut. Kedut2 pun sedap apa! (hah! Jangan berfikiran liar ok!). The point is, memang dua-dua sedap. Kalau boleh dengan bekas2 kuih tu kau nak jilat--kunun2 nak tiru slogan KFC--"bekas kuih's licking good--LOOOL.

Tetapi,
Mana satu yang sesuai dijadikan teman?

Rupa, kalau tak semenggah dengan perlilaku atau attitude, baik kau campak diri kau ke laut saja.Ok pernyataan kejam. Maaf. Maksudnya, biar rupa tak ada tetapi hati baik. Perilaku sopan. Terpelihara. Ingat! Rupa tak menjamim kebahagiaan. Kalau jamin, kau hadaplah rupa wajah dia lepas kahwin nanti. Jangan salahkan sesiapa kalau serba serbi dia tak tahu kelak.

Rupa tak kekal lama. Tua2 kang semua ganyut juga. Berkedut juga macam kuih akok .Tapi..tak semua begitu, kan? Manusia, cam bekas kuih..dicipta dengan lain2 pattern. Pandangan mereka berbeza. Indahnya ciptaan Allah. Diciptakan semua manusia tidak sama pandangan mata mereka;)

FaizalSulaiman:--) Muka dewa/dewi..hati shaiton?

p/s--)Aksara Keraian FARCIR EP 20 dengan episode "Marry Me A Little" akan disiarkan tepat 10:05 malam nanti. Hint: "Kehadiran seseorang merubah persepsi ramai". Another mystery continues before the beginning of the SEASON FINALE of FARCIR :-(

9 comments:

'AQILAH said...

hahaha faizal...
pilih pompuan cantik semule jadi yeah...:)

kalau aku, rupe bawah sekali dalam list...haha yang penting perangai :)

FaizalSulaiman said...

'AQILAH ---)jawapan ko sama cam jawapan kawan2 perempuan aku.perangai yg utama!

bagus2;)

cik kedondong said...

takde la mintak hensem sangat kan.janji bila bagu tidur sedap mata memandang sudah la.hehehe..

Adahjay said...

handsome tu subjektif. bg sy Jay Chou lah lelaki plg ensem yang Allah cipta =P mwahahaha tp bg org len kebykkan nye ckp Jay hodoh.

tp kalo dh suke...simbahlah asid kat muka Jay tu ttp sy rase die lelaki yg hebat.

yg pntg lelaki tu mesti berjaya mencairkan perempuan tu. itu yg pntg. rupa tu belakang cite.

=)

Abe Annahl said...

kalo ade button "like"
msti da klik hehe

Nazz@Purple said...

ala..kalau nak cr pasangan..target mesti yg ade rupa cantik/kacak punya..tp bila dah "terjatuh cinta"..mata yg buta tak kenal paras rupa dah..semua nya indah dimata

FaizalSulaiman said...

cik kedondong + Adahjay + Nazz@Purple

Hati dan perasaan tak mampu nak menandingi rupa kan?hihi

Abe Annahl--)klik la klik la.hahahaha.

NUke_Rude said...

mmg btul rupa tu bersifat luaran.

yang paling penting, dalaman, kelakuan dan keimanan.

tapi, rupa paras yg cantik tu brgkali 1 bonus. :D

noura said...

so true..apa yang penting hati and attitude.tp kalau cantik in and out lg bagus.as we can see macam celebrities,yg cantik molek,handsome mengugurkan jantung perempuan pun ramai yg bercerai berai so maknanye kalau kalau bersandarkan rupa jer dalam perhubungan ni memang tak ke mana la..akok walau berkedut tp sedap n lemak..biar kedut tp sedap..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR