Salam
Haha
Aku belajar dari pengalaman. Selepas saja arwah emak tak ada, automatic aku kena survive masak sendiri.
Dulu masa emak ada, around 13 years old, semua dia yang sediakan. Lepas emak meninggal, sumpah aku tak reti satu benda pun.
Alhamdulilah.
Sekarang kalau lapar, sudah boleh masak sendiri. (Yay! Berdiri dengan kaki sendiri jugak!)
Harini nak kongsi masakan Asam Pedas Ikan Tongkol. Tapi style cacamerba-bujang punya lah.hihihi. Oleh kerana ada waktu aku free-free tak kuar jalan-jalan, online pun membosankan, jadik aku berperang hebat di dalam dapur.
Jom tengok bahan untuk 3 orang makan
Bebahan
4-6 ketul ikan tongkol. Bersihkan. Goreng dengan sedikit serbuk kunyit, tanpa garam dengan separuh masak
10 tangkai cili kering, buang bijik.
Setengah biji bawang besar
4 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
Setengah inci halia
Setengah inci kunyit idop
Setengah inci belacan
Setengah sudu teh serbuk jintan manis
Secekak daun kesum. Bukan daun ketum ok! Lalok kang kalau makan.hahaha
Satu mangkuk sederhana besar Air asam jawa
Dua sudu besar kicap. Nak lagi best kicap Jalen kaler merah tu
Garam/Serbuk Perasa/Gula
Cecara
1) Buang biji lada kering. Rebus dengan air panas sampai lembik
2) Kisar halus cili dengan Bawang Besar, Bawang Kecik, Bawang Putih, Halia, Kunyit hidup, Belacan jintan manis dan beberapa helai daun kesum.
3) Tumis bahan kisar sehingga naik aromanya (aroma sehh)
4) Bila rempah tumis dah naik minyak sikit, masukkan ketulan ikan. Gaul rata
5) Lepas sebati rempah-rempah tu (approx:2-3 mins), masukkan air asam jawa. Gaul rata lagi
6) Masukkan kicap dan bila sudah mendidih, masukkan daun kesum.
7) Perasakan dengan garam/gula/serbuk perasa. Tapi kalau dah rasa nya sudah okey (sebab bubuh kicap), toksah menambah lagi yek. Ada termasin kang! Tu aku tak tanggung laa:P
8) Ambik nasi panas, tuang kuah sikit, ambil seketul sikit lepas tu, makan. Perghh heaven wa cakap lu!!
Cecoret
1) Ada sesetengah tak suka goreng ikan. Main lebur saja dalam rempah. Boleh jugak. Tapi kuantiti air asam kena banyak sebab nak menampung rasa hanyir ikan. Tak pun sebelum masuk dalam rempah, rendam ngan air asam terlebih dahulu
2) Membubuh kunyit hidup sebenarnya memanjangkan lagi shelf life makanan supaya tak lekas basi kerana kunyit mempunyai agent antioksida yang baik
3) Membubuh kicap, selain mengurangkan jumlah garam dalam makanan, ia secara tak langsung menambah warna dan tekstur makanan
4) Awas ketika membubuh jintan manis. Asal ada bau tak apa. Jangan terlebih sebabnya boleh menyebabkan makanan merasa payau err adik beradik pahit la lebih kurang.
5) Membubuh daun kesum ketika mengisar juga membantu menaikkan bau rempah ketika menumisnya
So guys, selamat mencuba!!!
FaizalSulaiman--> I wish my late mom still alive, so I can show her how I prepare this and saying 'Hey mom, I can cook and whenever you sick, you just name it what u wanna eat, I'll cook for u' :((
Tweet

16 comments:
wah best tu tapi syah suka makan asam pedas ikan pari lg.. ikan tongkol kurang sikit.. hehe..
ala sedih la plak baca yg last tu..ape pun..terernya masak..nazz pun tak reti..
xmo sadis2 ek....neway gud job bab masak...
fuh memang sedap, ikan tongkol ni kalau makan goreng pun sedap,
dua2 aku suka, ikan tongkol dgn ikan pari..asal saja asam pedas hehe..
p/s:yg last tu memang sayu je baca..
mR.sYaH --->ikan pari memang terbaik la kan syah.tapi kena hilang jugak hanyir baunya tu
Nazz@Purple --->takpa nazz.belajar slow2.ehehehe,,mesti bleh punya!!
Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) --->main masak besar besaran untuk pojie:)
tengkorakemas--->hehehehe..ikan mayong ko tau?mcm adik beradik ikan pari=)
huhu..biasalah emak takde dah weh:)
huhwu asam pedas ijal memang lain.. ada kicap ... nak lagi sedap ijal letak taucu ngan timun perhhh lagi naik dan guna cili hidup bukan cili kering tau...yum yum
tips (cecoret) yang berguna la. tq
siti azizah Sang Pencinta --->haha
main lebur kak,try test try test:P
Seri--->thanks seri:)
@FaizalSulaiman
ikan Mayong?tak taula pulak bro hehe selalu dgr ikan pari je
perrgghhh... meleleh air liur ni bro.. mintak skit..hahahaha
tengkorakemas--->ada.mungkin tempat ko panggil lain kut:) ikan pari pun best gak.memang sesuai la kalau buat asam pedas.slurpppppp,,,,,
shatooman --->da abes.hahahahahhaa
Post a Comment