Salam
Cuti-cuti ni buat apa je?
Minggu ni agak sibuk dengan pelbagai kerja selain meeting. Tak apalah sudah rezeki, bukan?
Seperti yang kita tahu, setiap tahun kadar penganguran pelajar lepasan institut pendidikan tinggi awam atau swasta semakin meningkat due to bilangan pelajar semakin lama semakin ramai.
Ditambah pula dengan kadar ekonomi kita yang tidak menentu. Nah, disini aku sediakan beberapa tips untuk pelajar tahun akhir atau mana-mana pelajar yang bakal menamatkan pengajian mereka tidak lama lagi.
Aku tahu, bergelar pelajar di Institut pengajian tinggi merupakan moment paling seronok sekali. Tapi…sampai bila kita nak tinggal disitu kan? Sampai masa kita perlu bergerak sendiri:)
1) Start buat resume ataupun curriculum vitae ( CV). Make sure resume korang dalam keadaan neat, tidy and always Keep it at minimum Simple. Maximum pages selalunya 2-3 muka surat. In addition, resume kalian mampu MENERUJAKAN bakal employer. Tak perlu menipu dalam proses memasukan maklumat dalam resume sebab setiap aktiviti perlulah dibuktikan dengan sijil. Kalau nak bubuh kadar gaji, biar reasonable! Jangan DEMAND walaupun kau tu budak degree kelas pertama sebabnya kenapa? Sebab EXPERIENCE kau kosong. Fresh grad selalunya akan diberi kadar gaji standart.
2) Sediakan satu set folio dengan salinan sijil, sijil original, gambar passport berkeping keping. Tujuan ini MEMUDAHKAN urusan meminta kerja selain urusan penemudugaan.
3) Khas buat pelajar tahun akhir atau menghampiri tahun akhir , SENTIASA ALERT kepada iklan-iklan jawatan kosong di Internet. Sekarang ni semua main internet aje, dik! Tolong browse internet dan familiar dengan ‘Job Street’, ‘Job Malaysia’ atau ‘SPA’. Kenapa aku katakan perlu alert? Selalunya kalau kalian berminat bekerja di sektor kerajaan, tempoh masa panggilan temuduga adalah selama SATU TAHUN atau SEBELAS BULAN. Paling mujarab, isilah borang SPA dalam bulan Januari dan kebiasaan first interview akan dilaksanakan pada Disember tahun yang sama. Iyalah. Masa belajar ni, masa berlalu tak dapat dirasai.
4) Hantar resume. Masa inilah korang nak marketkan diri korang. Pihak institut sudah mengajar intrinsic and extrinsic skills, korang kena pandai-pandai survive. Jangan malu-malu untuk bersuara atau bercakap:)
5) JANGAN MEMILIH KERJA. Terlalu choosy dalam memilih pekerjaan akan turut menyumbang kepada peratusan penganguran yang tinggi. Kerja saja dulu. Lepas itu baru kau orang fikirkan pasal job hopping and looking for another better opportunity.
Cukuplah lima saja.
Maklumlah nak cari kerja sekarang ni pun susah. Kenapa susah? Sebab sudah ramai peringkat seusia aku dan korang mempunyai kepakaran yang lebih kurang sama. Mana yang excel di institut, for sure akan mendapat peluang dan tempat yang lebih baik.
Yang penting, jangan berputus asa dalam kehidupan. Tak salah kalau nak cari peluang yang lebih baik, tapi bermulah dari bawah. Jangan terus berdesup keluar universiti, berangan nak jadi bos. Mana boleh, derr!
Apa-apa pun, selamat mencuba dan selamat bekerja!
21 comments:
tips yg bagus~
hurm.. aku sokong.. jgn memilih keja sangat.. wat ja dulu sebagai niat utk cari pengalaman.. bila dah dpt peluang lain nanti.. leh guna pengalaman keja yg lama.. tips yg menarik.. hehe.. ;)
hmmm..jangan memilih kerja..
aku kerja contact centre ngan astro.kalo gi temuduga kat contact centre len, rasa macam org hot je..bagi gaji pon nak lebih dari astro..
hak..hak..aku suka
keputusan ujian pemeriksaan fizikal dan kecergasan laskar maritim belum keluar lagi kat spa,
satu lagi bro, job kat mudah.my pun ada
kena bersiap sedia dengan mental dan fizikal. alam perkerjaan berbeza dengan masa belajar dulu
wah...en faizal sudah mebulis tips. hehe...
Oh. Macam aku lagi setahun tamat belajar, maknanya aku patut apply kerja sekarang lah eh? Atau.. macam mane?
shatooman--->tima kasih.nanti nak minta keje, amal kan ok:)
udin --->betol tu bro.jangan pilih keje.keje saja nanti dah dapat pengalaman, baru demand:)
cik kedondong --->wahh demand ye ko skunk:))
tengkorakemas --->harap ko dapat, ok!
oo tatau ada kat mudah.my
thanks share ok!
Seri--->setuju seratus peratus!
Lady Waleane--->yaaaaa tudiah!!!!
Naisophon--->kalau boleh dari sekarang.nak2 job dekat spa.
selamat mencuba yek!
tips tu semua wan da apply kn da
wat masa sekarang
tgh tunggu rezeki je ni
thanks for the info..
=_=
mr.syazwan---> cayalah wan.its about the time untuk berdoa:)
jangan putus asa yek wan!
TQ. mungkin bagus aku apply kat SPA skrang. :)
additional utk point #4.
kalo boleh jgn hantar soft copy je. hantar kan skali hard-copy. baru nampak kesungguhan utk mndapatkan kerja. lagipun kalo send thru emel, salunya org senang terlepas pandang or emel tu masuk "Junk".
Naisophon --->silakan weh.belum terlambat sangat and i am think this is a perfect timing!
NUke_Rude --->yes.aku setuju ngan ko weh!
tambah, aku suka wat resume translation. 1 malay, 1 english.
perkongsian yang menarik. tq
Post a Comment