Buat kali terakhir dia tergamam antara sedar atau tidak dia terjaga dari tidurnya. Dia masih terkenang ngeri mayat Azura dikeluarkan dari keretanya yang sudah remuk dahsyat mahupun perkhabaran yang ibunya, Fateha sudah kembali ke Rahmatullah sehari yang lalu. Sebagai anak, dia harus pulang ke kampung. Menguruskan apa yang sepatutnya. Tatkala mengemaskan barang-barangnya dengan lincah, kata-kata budak perempuan yang bernama Suri masih terngiang-ngiang di telinganya.
“Ibu abang sudah meninggal dunia semalam. Dia mahu sangat minta maaf dengan abang atas kesilapan lampau!.
Fazmi duduk semula. Mengingati perbualannya dengan Suri kelmarin. Berhenti seketika dari mengemas barang-barangnya. Dia duduk tegak di atas katilnya. Memang ada perbalahan antara dia dan ibunya. Tetapi perkara itu sudah lama berlaku. Dan dia sudahpun memaafkan ibunya atas kesilapan itu.
Tak ada guna anak beranak bergaduh kerana sesuatu yang tidak masuk akal!
Dia melangkah keluar dari rumah. Mengunci pintu rumahnya dengan yakin lantas mula bergerak dengan Proton Wira merah gelapnya dengan redha, menuju ke Jalan Mawar, kawasan rumah teres yang disewa ibunya. Di dalam kereta dia hanya senyap membisu. Inilah kali pertama hidupnya benar-benar sunyi. Ummi adalah segala-galanya buat dia!. Dan kerana itu juga, dia tidak mahu cengeng walaupun hatinya ingin menangis semahu-mahunya!.
Rumah bercat biru laut sudah kelihatan dari jauh. Kelihatan juga beberapa orang pihak polis masih mengawal ketat sekitar rumah ibunya. Dia mula memperlahankan kenderaannya, lantas mengambil keputusan untuk memarkir keretanya dibelakang sebuah kereta polis.
Fazmi turun dari kereta dengan hati hati sambil tersenyum nipis dengan seorang anggota polis yang sedikit besar tubuhnya. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Tuan Omar.
“Ibu encik dipercayai dibunuh ketika beliau hendak ke luar rumah untuk ke pasar. Kebetulan, pemilik asal rumah ini, Taukeh Seng ingin mengutip wang bulanan sewa rumah.”, ujar Tuan Omar sambil menunjukkan seorang lelaki Cina yang masih tergagap-gagap hendak menjawab pertanyaan seorang anggota polis. Fazmi yang kelihatan benar-benar terkejut berpaling ke arah lelaki Cina itu kemudian memandang kembali wajah serius Tuan Omar.
“Boleh..boleh saya tengok mayat Ummi?”, katanya cuba melindungi gugup sedihnya di balik suaranya yang sudah kedengaran bergetar. Tuan Omar mengangguk perlahan.
“Mayat beliau sudah dibawa ke Hospital Besar untuk bedah siasat. Encik bolehlah ke sana”, sambung Tuan Omar sambil memaut bahu Fazmi dan menepuknya lembut.
“Sabarla encik. Kami akan sedaya upaya mencari pembunuh ibu encik”, ujarnya lagi sebelum berlalu pergi bertemu pegawainya yang mengambil keterangan dari Taukeh Seng. Fazmi melihat ruang depan rumahnya dengan jelas sebelum berniat untuk ke Hospital Besar dengan segera. Dia membuka pintu keretanya dengan perlahan. Duduk di hadapan stereng dengan cuba mengawal emosinya.
Dia mengeluarkan sesuatu seperti kertas dari poket kemejanya. Sesuatu yang kelihatan sudah renyuk dan hampir lunyai lalu membacanya perlahan.
Seketika kedengaran satu suara halus dari belakang tempat duduk keretanya. Suara seorang perempuan…
“Kau bergaduh dengan ibu kau semata-mata mahu mendapatkan aku, Fazmi?”, kata suara halus itu kedengaran seperti berbisik. Fazmi senyum sambil mendengus.
“Ummi takkan mampu membela kau, Wangi!. Aku mampu menjaga kau. Darah yang kau perlu. Itu saja!. Ummi sudah menjaga kau sekian lama. Dia memang tidak mahu menyerahkan kau pada aku, Wangi. Bimbang harta dan wangnya akan putus!”, kata-kata Fazmi kedengaran tamak.
“Ibu kau menggunakan aku untuk keselamatan keluarga sahaja. Tidak lebih dari itu, Fazmi. Dan jamuan aku hanyalah makanan biasa manusia yang sememangnya aku tidak gemarkannya!. Ayam panggang dan pulut kuning!. Kuasaku terbatas!”, keji Wangi dengan suara yang sudah mula meninggi!.
Fazmi walaubagaimamapun langsung tidak merasa gentar.
“Sabar Wangiku, sayang!. Kau sudah ku jamu dengan darah Ummi. Kau juga sudah ku jamu dengan darah Azura. Tak sia-sia aku menyeru engkau, Wangi!”, bingkis Fazmi lemah lembut. Wangi tertawa kecil. Tiba-tiba bau haruman kemboja menusuk lembut ke rongga pernafasan dan Fazmi tahu bahawa itu adalah isyarat gembira saka keluarganya, Wangi.
“Kau perlu berkhidmat denganku. Kau akan ku jamu dengan darah kegeramanmu. Dan setiap kali kau ku seru, datanglah dikau berdamping denganku. Mentaati perintahku, Wangi!”, kata lelaki itu angkuh. Wangi semakin gembira. Harumannya makin menyucuk-nyucuk hidung.
“Manusia dan kebodohannya. Dan aku syaitan tidak pernah akan berhenti dari menyesati kamu!. Kau akan bersama-sama ke Neraka bersamaku, Fazmi!”, bisik Wangi perlahan dan hanya menunggu waktu bilakah Fazmi akan menyuruhnya membunuh lagi. Fazmi membunuh ibunya, membunuh kekasihnya dan tak mustahil lelaki ini akan membunuh dirinya…
TAMAT
Tweet

6 comments:
dkt rumah skrg nak online senang la
kalau dkt shah alam susah
xder streamyx
huhu
eh,ko xpernah hantar ker karya2 ko ni gi majalah ke apa?
best sebenarnya
hans ---)haha..teringin nak hantaq tp skunk ni takde masa lagi. InsyaAllah aku nak fully utilize cuti raya cina ni utk update bahan yg aku nak htr tuh.
thanks support bro;)
cerita baru...huhu..setiap judul cerita ni dtg secara spontan ker mmg dah plan??? bagaimana dgn plot cerita..plan ke spontan gak?huu
Mr.Homosapiensz --)salam mal.
ni bukan citer baru.tp kesinambungan pada episod lepas je.
setiap tajuk tu dah plan. and jalan cerita plak ada yg plan dan ada yg datang spontan.
BTW, jgn lupa baca entry selasa nih untuk post moterm Seru dan beberapa trivia menarik.
thanks singgah bro;)
faizal..aku baru dapat habis baca seru ummi kau dengan penuh perasaan sekarang..:) heee..
seram ! penuh dengan tertanya2...episode 2 macam konpius kan aku sikit, tapi last episode aku dah tau...heee
berusaha ! buat cerita lagi :)
'AQILAH --)thanks 'Aqilah. Terharu..terharu neh.ada tisu tak?hahahaha.
thank you so much!
Post a Comment