Monday, February 15, 2010

TAKE 5: UNDERRATED: 90'S FEMALE SINGER

Salam;

Mood cuti.

Fuh! Sedang membuka folder Balada 90 an yang kian lama tersimpan kemas dalam lappy kesayangan aku nih, teringin lak nak berkongsi top 5 penyanyi wanita era 90 an yang mempunyai suara cambest dan lagu jiwang mengores perasaan.hahahaha..

Besides, ntah kat mana diorang ni skunk kan?

Jom semak!

5) Nadia- Salam Untuk Kekasih
*Vokal serak2 basah beliau sesuai benar ngn lagu neh.
*Selalu tol aku dengar lagu ni orang nyanyi kat pusat karaoke. Kalu suara korang tak sampai, takya mimpi la nak nyanyi.
*Lirik Otai:--)Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

4) Haida- Hajat
*Lagu nih aku rembat dari playlist cellphone abang aku. Saja nak dengar sebab pernah seketika kerap diputarkan di Sinar FM.
*Dah tengok MV (music video) dia?. Aku gelak ok!.hahaha. But it is a nice song.
*High pitch vocal gak si Haida neh.

*Lirik Otai:--) Oh sayangku...

Lupakanlah semua
Hajat untuk memiliki
Diriku ini
Tak sanggup rasanya diriku dicerca
Maka retak kasih saudara

(err..cinta ditentang keluarga la rupanya. sian..sian)

3) Min Malik- Flora Cinta
*Nama siantifik "bunga-bunga".hahaha (bunga2 cinta?.hehe).
*Lagu ni kalau dengar kau akan relax, santai dan terus mengimbau kenangan lama.
*Lirik Otai:--)
Setelah hujan pun berhenti
Flora cintaku pun bersemi
Menjadi pepohon
Tegak nan rimbun
Bayang kasih mu


2) Haslinda- Sehati Sejiwa
* Lagu ni melatari telemovie siri "Cinderella" lakonan Haliza Misbun ngn Ahmad Idham. Sapa ingat? Siap ngan latar New Zealand tuh!

* Lirik Otai:--)Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya..

DAN JUARANYA..




1) Azie- Pelamin Anganku Musnah
*Openning cam de pengaruh gendang lagu Tamil sket. Unik.
*1st time aku dengar, sumpah aku nak gelak. Sungguh tak berperasaan
*Lagu ni ada sequal. Tak silap "Kau Tetap Dalam Anganku". Tapi cam kureng sket kicknya berbanding lagu nih.
*Durasi 5 min 44 saat. Lama tul
* Azie pernah top ngn lagu ni dan beliau siap nak masuk Pujaan Nescafe (sorts of pertandingan nyanyian) tapi beliau tak dapat gi disebabkan sakit.
*Lirik Otai:--)Masihkah dengan janjimu
Apapun jadi akulah pilihanmu
Hingga sanggup aku singkir cinta yang lalu
Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah
Sayangnya... Semua musnah



Err..lima je cukup. Ada kang yang termuntah hijau kat depan lappy kang. Overall, semua lagu ni ok gak la biarpun sememangnya hundred percent jiwa-jiwa liriknya. Baru aku perasan, banyak juga koleksi balada 90 an dlm lappy aku neh.

Kalu dikira check balik banyak gak koleksi female singer era 90 an yg aku ada. Ntah korang ingat lagi ke tak aku tatau la (bagi yg sebaya umur ngan aku). Contoh spt Wan Hardiah (Tertutup Buatmu- Sore beliau cam Dayang Nurfaizah. Seyesh!), Krisya ( Gemersik), Eisya (Nurani), Azian Mazwan Sapuan (Rumah Kecil Tiang Seribu), Arni Nazira (Cinta Antara Benua), Anis Suraya (Cinta Tersimpul Rapi) oh minah cantik ni Camelia (Rindu Padanya)

Satu yang dapat aku simpulkan. Mereka semua berbakat. Kebanyakan pula bukanlah hasil dari program realiti tv cam sekarang ni.

Er..kira aku ni boleh tahan gak jiwangnya.hahahahaha.

FaizalSulaiman'sFootNote:--) Manusia dan perasaan...

16 comments:

joegrimjow said...

suke ella
gege

Faizal Sulaiman said...

joegrimjow--)ella lagenda kan?hehe.terbaik tol ella;)

Anonymous said...

lama x dgr lagu ni....wah best gak sesekali ingat balik lagu ni

Faizal Sulaiman said...

ai@reel---)reel minat gak ek?haha..bagus2 ada geng.kih;)

'AQILAH said...

faizal..aku pun suka ! haha tapikan, bila aku dengar kat sini tak de orang yang suka lagu mcm ni..hoh

Faizal Sulaiman said...

'AQILAH --)biasalah Qilah.selera org kan macam2.takpe, kita geng la neh.hahahaha

hans said...

hahahah
lagu azie tu best tuh
masa kecik2 aku slalu dgr kat tv

Faizal Sulaiman said...

hans---)warghhh yaka hans?hehehe..lagu tu kalu lama2 dgr tangkap leleh gak weh.hahahaha

Anonymous said...

siti????

Faizal Sulaiman said...

GhOsToNe--)err siti nurhaliza ke?

beliau overrated.

sebab tu takde dlm senarai.;)

Anonymous said...

OMG!
lagu2 ni agak femes tapi nama2 penyanyinya semakin dilupakan.

Pelamin anganku musnah...my fav tapi ray pernah tau or nak amik tahu siapa penyanyinya...lol

Faizal Sulaiman said...

[r][a][y] eusouff ---)ray nak amek tau ke tanak amek tau?hehehe.

yeah! azie gak no 1.ntah katne dia skunk neh.leleh tol lagu dia kan?hoho

NUke_Rude said...

haa.. aku suka lagu si nadia tu! hahah. nostalgia beb!

Faizal Sulaiman said...

NUke_Rude ---)whoaa suara dia serak2 basah kan.rock tuh!

iyllienaz said...

suka shima..aku tetap aku..

Faizal Sulaiman said...

iyllienaz ---)ouh ya ya lagu tu mang best la.tp suka lagu shima yg lama2 cam "teringin".hahaha.

p/s--)teringat kat ustaz kat skola yg suka bagi example penyanyi shima tu dlm setiap subjek yg dia ajar tuh.hoho.kantoi ustaz minat shima;)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED