Monday, May 03, 2010

PERAM: TAK SAMPAI HATI..AKHIRNYA


Salam;

Edisi Peram;

Ok aku mengalami sindrom ini: mudah kasihan dengan orang lain:

Methodologynya senang. Banyak kali juga aku terkena. Seorang budak datang, blinking eyes, sad looks, kesian benar aku tengok muka dia. "Bang, derma bang. Ikut kemampuan abang", katanya sambil menghulurkan sehelai kertas fotostat potongan ayat suci Al-Quran.

Ada banyak telahan bermain di kepala aku waktu tu. Pertama mestilah aku kesian. Aku selalu meletakkan situasi aku kat tempat orang bermasalah ini. Orang putih cakap: Try to be in his/her shoe and you can know how it become:

Aku fikirkan: bagaimana kalau adik beradik aku jadik seperti beliau?, jika kanak2 itu mangsa sindiket haram..mengaburi mata dengan mempergunakan ayat suci sebagai umpan, tak ke kanak2 itu akan dihukum jika jumlah pendapatannya tak mencapai target hari itu?

Ya..kau boleh gelak, tapi situasi tersepit inilah yang kerap kali aku rasakan bila menerima pelawaan sedekah tepi jalan, ditambah keadaan daif yang membimbangkan. Aku bukanlah hartawan. Tapi Islam menuntut juga kita bersedekah jariah. Tambahan pula, nilai empathy aku mungkin terlalu tinggi maka hati seumpama taman berbunga riang gamaknya!!

Meminjam kata2 filem box office Adnan Sempit. Belum punyai keinginan untuk menonton filem itu.

Aku selalu fikirkan begitu. Bagaimana kalau..sort of things. Selalu sangat tak sampai hati selain sangat percaya dengan frasa "What we give, we get back". Kalau aku buat baik, baik lah balasannya.

Back to my little story tadi. Aku pun sedekah sambil mengambil potongan ayat itu (without checking) terus masuk ke dalam wallet. Kurang2 ada jugaklah protection towards my wallet dari pencuri. (my fren gelak and said "pencuri kalau nak mencuri takkan nak insaf pun kalau tengok ayat suci tu" sambil aku berfikir -Naif ke aku ni?-) Pokoknya...InsyaAllah! So, masa nak withdraw duit di ATM, sementara menunggu giliran queing, aku periksa ayat apakah yang aku sedekahkan itu..

Tilik punya tilik..
Tenung punya tenung..
Belek punya belek..

Ia adalah Surah Yaasin. Iya Surah Yaasin yg kerap kali kita baca di malam Jumaat. Malangnya Surah Yaasin suci itu hanya ada empat ayat, dan hanya ada separuh saja ayat lima!

Masa tu aku cuma boleh beristighfar panjang. Menyalah gunakan ayat suci merupakan perbuatan berdosa. Aku cuma kata "biadab" saja selain merelakan sedekah yg telah diberikan. Nama pun sedekah, Yong!

Nilai sedekah tak penting as we human especially Islam mementingkan keredhaan Allah S.W.T. Membantu tak salah. Sesama muslim lagi digalakkan. Cerminan hidup bahawa kita tak selalunya berada di atas. Cuma di zaman moden ni, aku selalu curious dengan wang sedekah yang dah aku berikan samada kepada makcik/pakcik buta dengan tisu berbundle-bundle, abang2 jual buku agama ataupun kanak2 yang menjual ayat suci AlQuran (Surah Yaasin, Ayat Qursi, Ayat 1000 Dinar, Selawat Shifa', dll). Soalnya, kemana duit itu pergi?

Ada orang kata, tak salah nak menderma. Tetapi berpada-pada. Pandangan aku, once you are in doubt, baik menderma saja di Surau atau Masjid, pembukaan tanah wakaf ke, sort of things.

Dan kalau seribu orang dalam dunia berperasaan macam aku lah agaknya, kaya kut sindeket haram yg membuat untung dengan sedekah ni. So sebelum empathy aku merebak-rebak, selalunya aku akan senyum sambil kata "takpe..takpe" sebelum blah cepat2.

Sometimes WE NEED TO BE MEAN. Kejam sikit sebelum kepala kena pijak.

FaizalSulaiman:--) Orang Malaysia kita ni terlalu bermurah hati ke?

13 comments:

Mr. Asada said...

mmg mudah rasa kesian bila tengok orang yang terpaksa meminta sedekah untuk meneruskan hidup. lebih2 lg klu mmg budak sangat lagi.

minta sedekah untuk makan.

di malaysia, banyak peluang utk dapatkan duit tanpa perlu meminta sedekah. saya yakin rakyat di malaysia bukanlah masyarakat kedekut.
apalah sangat nilai rm1 utk diberi. itu ayat kita.

tp, apa yang membimbangkan, situasi itu tidak berubah hingga ke sekian masa. tetap jua mengharap "sedekah yg diminta-minta" tanpa ada usaha sendiri mencari sesuap nasi. lebih2 lagi kalau mereka dipergunakan!

plz.. jangan terlalu bermurah hati. kalau nak bersedekah, jgn bagi duit, bg makanan. biar dia makan utk teruskan hidup.

sindiket. harapan saya mungkin jua harapan semua rakyat malaysia, bersama-samalah membanteras mereka ini. mempergunakan tenaga kerja orang lain d jalan yang salah.

*aku sungguh geram dgn org yang macam ni*

Faizal Sulaiman said...

ASaDa RyutaRo---)komen yg sangat baik.tujuan utama memang nak sangat menolong.demi kesejahteraan. cam aku cakaplah kan tadi, kita tatau di mana derma tu disumbangkan.

lagi satu, kalau terpaksa bagi (coz sometimes, depa ni look annoying) dapat ke tak pahalanya...

Mr. Asada said...

kisah pahala dosa ni kita tak tau,

hanya Allah yg tau berapa nilai pahala yg kita dapat.
yang penting ikhlaskan niat beramal ni utk mendapat redha Allah..

*pernah dulu di tarik baju oleh budak kecik yg minta sedekah. kena bagi jugak makanan kat tangan supaya dia berhenti buat camtu.

Faizal Sulaiman said...

ASaDa RyutaRo--)betul kan?huhu..dulu pernah bagi kat budak juga.syiling and apa aku expect, dia campak duit tu ke tanah semula.

aku?tergamam:::

epol said...

bagus utk jd pemurah..tp kekadang leh jadi pemarah gak..bila yang peminta sedekahnye dtg mintak sedekah dgn org yang bwknye tu sgt le mampu@leh tanggung si peminta sedekah (biasa leh jumpe kat kedai makan)..bila kita wat dek aje dia tarik muke..ish3 mmg org jenis nak amek kesempatan aje..hampeh

Wawan Saini said...

saya sgt bersetuju dengan apa yang diutarakan FS..:-

Faizal Sulaiman said...

epol---)betul la bro! tak bagi dia akan cakap: sedekah lah encik ke jalan Allah.huhuhu

Faizal Sulaiman said...

Wawan Saini ---)thanx dik;)kdg2 berbelah bahagi tul, kan?

'AQILAH said...

aku selalu kene, kate iklas tapi minimum sedekah 10 hinggit ?! err

Faizal Sulaiman said...

'AQILAH ---)hehehe..siap bubuh nilai semua kan?aiayaiyaiii!!

Biasa said...

bagus ar macam tu..apa yang kiter rugi jika derma bukan..biarpn sikit tp ikhlas kan .huhu

Faridah Jaffri said...

nice post.

nak kesian ssh, x kesian ssh. tersepit. apapun yg pntg tepuk dada tanyalah iman.

farida tarmize said...

ayah aku selalu kata:
bila ada rasa ragu-ragu masa nak derma, terus je derma brape yg termampu dan jangan fikir lg.kadang2 syaitan saje je nak ganggu.mudah2an ada rezki lain nanti.

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED