Wednesday, December 29, 2010

PERCA PERCA DUA RIBU SEPULUH

Salam

Dua ribu sepuluh bakal mengucapkan selamt tinggal.

Sumpah sekejap.

Aku sendiri tak rasa yang masa begitu cepat berlalu meninggalkan kita. Apa ada dalam 2010 sepanjang hampir dua tahun berblogging? Jom selongkar!


Perca 1: Kerja
Alhamdulilah, usia kerja dah nak masuk setahun. Kerja di institusi pendidikan membuatkan aku lebih alert kepada isu semasa, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan industri perhotelan dan pelancongan. Kerja membuatkan aku bertambah sibuk, walaupun adakala terskip nak update blog semua. Aku masih blogger macam dulu. Buat entry automatic post dengan entry yang sudah siap ditulis awal-awal. Tak lebih dari sekadar berkongsi apa yang aku ada, pada kalian. Apabila terlibat dengan kerja, ruang lingkup masa kita lebih terbatas. Kadang-kadang, balik kerja dah penat, terus berehat—lelap mata--, berbanding dengan masa jadi pelajar dulu. Masa tak pernah ada batasnya:)





Perca 2: Blog

Alhamdulilah, blog semakin diterima. Maaf banyak-banyak aku tak sempat nak berjalan balik ke blog kalian. Apa yang aku boleh katakan, aku masih belum puas menulis di blog. Writer's Block tu biasalah... Mungkin aku nampak kayu ketika menulis, tapi di luar, aku seorang yang gila-gila dan peramah (gila puji diri sendiri:P). Blog ini melalui pelbagai evolusi. Dari layout second column yang simple, dari bahasa banyak short form, kemudian ke layout gelap dan kemudian merah—sekarang.Aku sayang blog ni. Begitu juga dengan penulisannya. Mini siri dan cerpen yang ditulis semata-mata mahu explore lagi skill penulisan yang ada, but wait for next year sebab aku macam nak menulis 'based on a true story/event'

Tapi 2011 ni membuatkan aku terfikir, aku nak update hari-hari ke, atau dua kali sekali??hehehe


Perca 3: Future
Truly, plan nak sambung master memang terawang-awang dalam kepala. Ini saja yang terbayang dalam kepala aku sekarang, selain planning nak menggembara 3 lagi negeri di Malaysia yang masih belum aku jejaki! Kahwin? Lama lagi kot…:PP




Perca 4: Sekitar

Paling hangat dibincangkan adalah tentang kematian ngeri pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, dimana mayat mereka dibelasah, dibunuh lalu dibakar di sebuah ladang ayam. Tak terkecuali insiden ngeri bas yang mengorbankan nyawa penumpang. Paling tragis, yang berlaku baru-baru ni di Simpang Pulai. Senario kenaikan harga minyak juga paling diperkatakan sepanjang bulan-bulan terakhir termasuklah kenaikan harga gula. (Aku perasan iklan ‘kurangkan gula dalam makanan’ kedengaran di radio almost everyday). Dan yang paling mencuri perhatian adalah perlawanan bolasepak Malaysia Indonesia yang dicemari dengan pancaran Green Laser Beam yang dikatakan sebagai punca kekalahan Indonesia baru-baru ni. Siapa yang mula dulu? And kita kalah 5-0 pada perlawanan awal, ada tak kita buat rusuhan, provoke sana sini?

Semoga kehadiran dua ribu sebelas menambah keceriaan dan kegembiraan kalian!

Selamat Tahun Baru 2011

15 comments:

Seri said...

memang terasa sibuk bekerja berbanding masa belajar dulu walaupun orang kata cikgu ni kerja setengah hari saja. kalah assgmnt yang menimbun & tesis. hehe

Faizal Sulaiman said...

Seri--->kan..memang rasa sibuk masa kerja ni. tap hujung bulan best la sebab bleh gaji:)

Anonymous said...

thn 2010 yg sangat mencabar.....ngeeeeeee

Faizal Sulaiman said...

cik bebel sentiasa--->mencabar sungguh sampai orang itu beli Blekberri.hehehehehe

mr.syazwan said...

mesti ada sambungan kan???

hehe

TERUSKAN BERBLOG K

BARULAH

F
U
U
U
Y
O
O
O

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan ---> thanks wan!hehehe

agak2 ada ke?hahahaha

Anonymous said...

apakah prasaan anda jadi working-man?

msti sonok dpt bercuti kn.....ix ni asyk cuti jer...

Faizal Sulaiman said...

Mr.IX --->hehehe..mestila sonok mal.tp penatlah sikit.

kalau dah keje, mestilah best kalau dpt cuti.sonok lagi kalau cuti tu dapat gi travel=)

tengkorakemas said...

pergh..3 negeri je lagi bro belum jelajah? aku ni..nak cakap 1 negeri pun tak pasti lagi hehe

hm..kalau pandai manage masa no hal punya kan kalau nak update blog, tinggal idea jela yg nak dicari :D

eqbalzack said...

jgn pandang belakang faizal...hehe

MR. SYAH said...

hahah.. kahwin tu lmbt lagi?? entah2 tahun depan.. heheh...

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas --->InsyaAllah akan di update.hheheehe..Alhamdulilah..rezeki bro leh gi tgk negei orang.banyak jalan masa belajar dulu:)

Faizal Sulaiman said...

eqbalzack--->yup bang eq! always pandang ke hadapan!:)hehe

Faizal Sulaiman said...

mR.sYaH --->taon depan???hahaha

calon pon takde:P

NUke_Rude said...

hahaha.
bagus, next year ade bahan cerita 'based on true story'. hahaha! aku suka!!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED