Friday, December 24, 2010

SELEPAS KEJUTAN

Salam Jumaat

Dalam banyak-banyak kepercayaan seluruh dunia, figura lelaki dilihat lebih dominan dari wanita. Termasuklah jika diberi pilihan untuk membesarkan, anak lelaki boleh diajar survival hidup, boleh melepaskannya di bandar besar tanpa perlu dirisaukan.

Melahirkan anak lelaki dilihat dapat menyambung zuriat dan kebanyakan anak lelaki akan dibiarkan hidup independent berbanding wanita yang akan berkahwin dan perlu mengikut suami kemana sahaja mereka pergi.

Itu kepercayaan waima ada sesetengah negara masih mengamalkan amalan ini.

Aku tak mahu mengulasnya lebih, tetapi mahu mengaitkannya dengan filem disasater China arahan Feng Xiogang "After Shock"

Filem ni dah lama di tayang. Tak silap July lepas.

Filem ini premisnya simple. Berlaku pada tahun 70 an, mengisahkan kisah ibu tunggal yang terpaksa membuat pilihan sukar samada nak menyelamatkan anak perempuan atau anak lelakinya.

Unfortunately, si anak perempuan ter-eavesdrop perbualan ibunya itu.

Filem ini dilatari dengan peristiwa gempa bumi di daerah Tangshan,China pada tahun 1976 mengorbankan 655,000 kematian dan ini merupakan tragedi terdahsyat berlaku di China. Klik sini untuk membaca.

Aku boleh katakan karyawan sana lebih kreatif dalam mengambil true event menjadi sebahagian dari fiksyen ceritanya which is for me..Its Good!




Filem ini juga disenarai pendek untuk Filem Bahasa Asing Terbaik, Anugerah Akademi ke 83. Turut bersaing adalah filem Indonesia arahan Deddy Mizwar (Alangkah Lucunya Negeri Ini)

**

Kembali dengan Pencalonan Golden Globe untuk Best Actor/ Actress in a Supporting Role

Dua dari mereka adalah pencalonan baru iaitu aktor Andrew Garfield dan Christian Bale. Douglas dan Rush pernah memenangi Oscar dan Renner pernah dicalonkan menerusi filem The Hurt Locker. Douglas dilihat cemerlang sebagai pembuas wang dalam Wall Street tetapi laluan beliau tidak mudah jika berdepan dengan Bale yang cemerlang sebagai abang yang protective atau Renner sebagai gangster yang kejam



Katergori ini juga sengit,memperlihatkan tiga nominees Oscar: Amy Adams (Doubt) , Helena Bonham Carter (The Wings of the Dove) dan Melissa Leo (Frozen River). Laluan ketiga-tiga aktress ini tidak mudah kerana terpaksa besaing dengan karakter ibu yang bersekongkol dengan jenayah (Jacki Weaver) atau penari balet yang desperate (Mila Kunis)

Next:Best Director and Best Film

22 comments:

Anonymous said...

cik bebel lebih independent dari abg cik bebel...

hahahahahah

mr.syazwan said...

tgk trailer ni pun da rasa best kot..

nah keluar kat malaysia ke erk??

Seri said...

ada kalanya anak lelaki lebih dimanjakan. anak perempuan diajar melakukan pelbagai perkara

Faizal Sulaiman said...

cik bebel sentiasa ---> wahh ..

bagus perempuan lagi indie dari lelaki so they all takdelah dependent sangat

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan ---> Rasanya mcm da kuar..tp mcm takde khabar dari panggung, kan.huhuhu

Faizal Sulaiman said...

Seri---> betul seri. ada sesetengah anak lelaki memang manja:P

faizalnizam said...

bro.. dah lama kuar la citer ni? aku taktau la plak.. tp movie based pd true event aku pun rasa lagi masyuk drpd movie total fiction.

KizZ said...

Cam terbaik je movie neyh!

Jom sini,
Tuto tinggalkan link lepas komen

Pencacai Alim said...

ianya satu pengalaman :)

Faizal Sulaiman said...

Fyzal--->kan.
movie true event ni lagi baik sebab mungkinlah based on a true stroy, orang eager nak tengok.

Faizal Sulaiman said...

KizZ---> yup..premis ceritanya dah besh!

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim ---> betul tu (ni merujuk pada gempa bumi tu, kan?)hehe

Anonymous said...

aku dh search torrent cite ni....tak tau la btol tk...mybe lmbt donload skit kot.

Faizal Sulaiman said...

Mr.Ix ---> donlod..pastuh share ngan aku.

gahhhhhh:P

Muhamad Zaki Zafir said...

reverse effect tu,mmg terbaik.aku suke cerita yg ada mcm tu.

nk cari torrent lah. :D

Ali ridha said...

cerita lama memang seronok la.

Faizal Sulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir --->suka yg last tu..reverse effect yg memang gerun gak tgk..

Faizal Sulaiman said...

Ali ridha --->takla lama sangat..tp memang best, blm tgk lagi, tgk trailer cambest!

Anonymous said...

dah siap dah download citer ni.....hehehhe...x layan lg....

Faizal Sulaiman said...

Mr.IX--->mak aihh..hehehe..sila send 1 copy kat aku.gahhh:P

Kuwe said...

macam awesome. latar music dio macam bunyi alah ko music kaum mayan. kawe minat jugak cita alah ko sejarah ni. kawe pencinta sejarah. pwitt.

Faizal Sulaiman said...

Kuwe --->jolo ko deme neh:P
hehe

deme donlod, pahtu review deh:P

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED