Monday, May 31, 2010

KONVO: BERAKHIR SEBUAH PERJALANAN-MUNGKIN BAHAGIAN SETERUSNYA MUNCUL?


Salam;

Sidang konvo aku sudah berakhir semalam. To be exact yg ke 17, lastly. Nak sedapkan hati, aku akan kata-save best for the last-

Takpelah last sekali pun.
Bunga aku dapat harga murah! LOOL!

Tiada kata lain yang aku nak kata melainakan aku sangat happy dengan majlis ni. Ok semua yg involve akan rasa happy. Tapi tersangkak sikit sebab a few things yang tak sepatutnya jadi, terjadi di hari kejadian.

Aku cuba ulas dengan rationale, positif dan tanpa menyakiti sesiapa. Aku cuba ya.

1- Aku tak sempat ambil gambar dengan family. Ini yg aku sangat ralat. Seriously! Sebabnya: Abang saya dah call berkali-kali suruh cepat. Cepat..cepat dan cepat. Dalam kepala otak aku takde lain dah..cepat bermakna “mungkin dah penat nak balik JB agaknya”. So aku terus pulang jubah, amik transkrip dan jumpa family without robe yg sepatutnya aku pakai.
2- Disebabkan cepat juga, aku tak berpeluang nak mengambil gambar dengan rakan2 lain. Dahla jumpa pun masa itu saja. Lepas ni bila lagi nak jumpa? Honestly, deeply aku minta maaf sangat2.
3- Lain2 takde. Flow sangat-sangat bagus!

Konvo ini mungkin akan jadi yang terakhir jika perjalanan aku berakhir disini sebagai pelajar. Tetapi keinginan hendak belajar ke peringkat seterusnya masih ada, dan InsyaAllah jika diizinkan akan menjadi kenyataan.

Seriously, aku masih ada passion untuk ke arah itu. Prinsip aku senang. Pedulikan apa yang orang kata. Aku takkan ambil peduli orang cakap pasal umur jika melibatkan soal pelajaran. Kita berhak untuk mendapatkan “SELF ESTEEM” untuk diri kita sendiri bukan?

Orang boleh cakap. Ya ia sekadar cakap. Hidup pula punyai pilihan. Kalau nak ikot cakap oranglah..kau takkan maju sampai bila2.

Ingat, selagi kau mampu, kau capai apa yang kau kehendaki. Jangan jadikan “orang cakap” sebagai batu penghalang. People may say, but the decision’s all yours!

FaizalSulaiman:--)Jumpa lagi kawan2. Damn rindu gilak dengan korang, tahu?

Friday, May 28, 2010

SYARAT HIDUP DISAYANGI, KHIANAT JANJI HILANG JASA

Salam Jumaat.

Mulia kan hari ini?

Quote diambil dari one of my fav movie, 1957 Hati Malaya.

Kata2 itu ada benarnya kan? Untuk hidup tenang, kita harus ada perasaan sayang menyayangi. Ala2 sayang-sayang Alif Aziz jugalah ni. Tak kiralah samada sesama manusia, haiwan2 dan tumbuh2an. Cakap macam korang tengah baca advertorial pulak.

Senang cerita, keadaan keliling. Buat salah, minta maaf. Kalau salah, tak perlu nak maki hamun. Cakap elok2. Kata orang Melayu. Adab sopan. Kalau tak kerana adab pun, sila jadi profesional.

Zaman2 orang kena maki hamun dengan kaunter servis ni dah lama. Sila elakkan. Ingat, syarat hidup, disayangi. Kata2 orang umpama doa. Jangan sampai orang berdoa tidak baik buat kita.

Tapi sekali kau buat silap. Dengar ya, sekali. Berkemungkinan seumur hidup kau menyesal.
Tak kira la, ko tersilap tolong orang, kerja kau dipertikai whatsoever.

Khianat janji, hilang jasa..

p/s: aku dah terpaut cinta dengan lagu ini.aduyaii.ahaha. Filem yang bakal menyerang pawagan 3 june ini;)




FaizalSulaiman:--)Heading towards to Shah Alam for my convo.

Thursday, May 27, 2010

PROSA SEMBILAN


Sebelum ini dalam Prosa Cinta Amir Naufal
Lamaran Iman Syakirin diterima baik oleh keluarga Zulaikha Wirdani. Hatta, Amir Naufal terperangkap dalam situasi genting, demi menyelamatkan maruah dan langkah terdesak Natrah Syaida kepadanya. Sesungguhnya, Allah Maha Penyayang.

Hujan gerimis makin bertambah lebat di balik tirai awan kirmizi yang sudah bertukar jingga itu. Jujukan kereta makin perlahan tatkala melihat beberapa anggota beruniform lengkap bewarna biru sedang memeriksa teliti setiap kenderaan yang melepasi mereka.

Naufal menghela nafas. Saat fikirannya mulai tepu dengan permintaan gadis disebelahnya yang dirasakan tidak masuk akal langsung!

“Boleh awak mengaku yang anak di dalam kandungan saya ini, anak awak?”

Ia berbentuk ugutan.
Kata-kata itu bagai berulang-ulang bermain-main di mindanya. Dia berpaling menghadap gadis itu seraya melihat wajahnya sedang tersenyum bagai lekas menyuruhnya membuat keputusan. Naufal kembali menumpu pada pemanduan.

Hanya Allah tempat dia berserah

Ya Ilahi.
Penguasa Sekian Alam
Aku mohon ihsan Engkau
Permudahkanlah dugaanku ini!

Naufal melihat, hanya satu kereta sahaja tertinggal dibelakangnya sambil gadis yang duduk disebelah lelaki itu menunggu kata muktamad Naufal dengan detar hati yang tidak keruan. Lantas, tidak semena-mena kedengaran seruan azan Maghrib dari corong radio yang terpasang di dalam kereta sejak dari tadi. Seruan Ilahi yang mendayu dayu berlagu menandakan muslim harus meninggalkan seketika urusan duniawi, membentangkan sejadah, menyucikan diri dengan wudhuk lalu berkeyakian mengangkat takbir dalam qiam yang sempurna.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Aku Bersaksi Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah
Dan Aku Naik Saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

Kereta mereka melewati pemeriksaan. Dalam gerimis yang semakin melebat , cermin kereta diturunkan sedikit, mendedahkan susuk seorang anggota polis, berpangkat Inspektor. Raut wajahnya nampak baik, tetapi garisan-garisan bengis di balik rona nya membuatkan anggota itu nampak seperti seorang yang tegas.

Yusri, namanya.
Naufal menenangkan diri sebelum menyungging senyum. Gadis yang duduk disebelahnya juga diam, membisu seribu bahasa.

Namun, bagai ada sesuatu seolah-olah menghalang gadis itu untuk berkata-kata. Kedengaran seruan Yang Maha Esa berkumandang lagi syahdunya.

Marilah Menunaikan Solat!
Marilah Menunaikan Solat!
Mariah Menuju Kejayaan!
Marilah Menuju Kejayaan!
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar!
Tiada Tuhan lain disembah melainkan Allah!

SubhanaAllah!
Mereka melepasi pemeriksaan itu dengan jayanya tanpa sebarang sekatan sekalipun langsung boleh menruskan pemanduan. Suasana senyap seketika sebelum kedengaran suara si gadis mula teresak-esak melirih tangis. Naufal mendengar dengan terkejut lantas mendengar saja butir kata gadis itu.

“Maafkan saya, encik! Saya sepatutnya sedar yang perbuatan khianat saya pada encik ini merupakan satu kesilapan besar!”. Dia menyeka air matanya pantas. Menahan sendu yang semakin memnggila di hujung kata. Naufal ingin bertanya, kesilapan apakah itu. Tetapi lewat ingin berbuat demikian, si gadis terus terusan bersuara lemah.

“Ternyata Allah melindungi encik. Saat saya ingin melakukan apa yang sudah di rancang di dalam kereta ini, sejak kali pertama saya menaikinya- ia ternyata tidak diredhai Allah. Lidah saya kelu tatkala azan Maghrib berkumandang!”, si gadis mengaku dengan jejeran air mata mengalir deras. Bahunya tersengguk-sengguk menahan hiba. Dia kemudiannya menyambung. “Dia memelihara kehormatan encik! Saat keinginan syaitan ingin dipenuhi, Allah tenyata lebih pantas melindungi hamba-Nya yang soleh! Maaf kan saya encik. Ampuni saya!”, si gadis menekup mukanya dengan suaranya yang hampir-hampir saja melolong kesedihan.

Naufal terdiam lagi, sebelum si gadis berkata-kata dengan suara serak perlahan.

Si gadis membuka ceritanya. Menyelak lapis demi lapis sejarah hidup. Bagaimana dia dibesarkan dalam ruang lingkup keluarga separuh Melayu separuh Belanda, bagaimana bebasnya hidup di kota metropolitan, bercampul gaul lelaki perempuan dengan rentak hati jiwa remaja. Bagaimana dia lupakan tiang agama yang sememangnya menjadi kewajipannya sebagai Muslim.

Sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki Melayu, tempat dia menjalani latihan praktikal. Dia akui senang dengan lelaki itu, namun hubungan cintanya putus ditengah jalan lantas membawanya kembali ke jalan hitam, kembali semula pada tabiat sosialnya selesai tamat lathian industri, setelah pulang semula ke Belanda.

Dia mengenali Stephen. Lelaki Belanda yang gentleman. Sikap kelelakian itu membuatkan dia cair. Lelah terbuai, maka suatu hari yang tidak terduga, dia terlanjur.

Lantas, membawanya terus ke satu langkah akhir yang sangat terdesak, setelah Stephen tidak mahu bertanggungjawab atas sikap polosnya itu. Dia memujuk kembali kekasih lama yang ditinggalkan untuk menerimanya semula, tetapi lelaki itu enggan. Maka jalan terakhir yang dia pilih adalah dengan memerangkap seseorang.

Seseorang yang pantas untuk dijadikan ayah kepada anak yang dikandungnya.

Tetapi siapa boleh menduga, lelaki yang ingin diperangkap ternyata memiliki ilmu agama yang cukup kuat, dilindungi Allah, penguasa sekian alam!

Naufal mendengar luahan kata hati gadis bernama Natrah itu dengan khusyuk. Sekali dua dia mengangguk faham. Dia langsung tidak memarahi tindakan perempuan itu yang boleh dianggap sebagai sangat bodoh.

Mana-mana manusia akan sanggup melakukan sesuatu jika keadaan mereka terdesak tanpa memikirkan kesimpulan yang bakal mereka terima dikemudian hari. Apa yang penting, jika terjadi situasi seperti itu, kembalilah kepada ajaran Al Quran dan As Sunnah. Pulanglah ke pangkal jalan!

Dari kejauhan, kelihatan masjid bewarna kuning keemasan cantik disirami gerimis petang yang semakin kelam ditimbus rona malam yang mulai hendak membungkus.

“Kita solat maghrib dulu, ya. Setelah itu saya hantar awak pulang ke rumah. Apa-apa pun solat itu penting”, detik Naufal dan kemudiannya memandang wajah gadis bernama Natrah Syaidah buat pertama kalinya sejak mereka berada di dalam kereta.

Natrah langsung bertentangan mata dengan lelaki bernama Naufal itu.

Ada satu detus rasa yang sukar hendak digambarkan!

MasyaAllah!
Naufal segera mengalihkan pandangan. Memandu terus ke ruang masjid sebelum melemparkan senyuman nipis kepada Natrah yang entah mengapa tiba-tiba sahaja merona malu tatkala Naufal sudahpun meninggalkannya.

Oh Tuhan, Maha Pengasih, Maha Pengampun, alangkah elok ciptaan mu ini, Ya Allah! Sungguh ya Allah, aku sudah terpaut padanya. Pegangan Islamnya meluruh hati ini. Aku bernazar ya Allah bersaksikan masjid kubah emas ini, jika jodohku dengan lelaki ini, akan ku serahkan diriku pada-Mu. Taubat ku untukMu. Ku korbankan dunia ku. Sejahterakan akhiratku!

Natrah Syaida melirik senyuman dengan sangat cantik, mengaharap sinar di balik kegelapan silam yang sudah dilakukannya…

**

Suasana restoren tempat pertemuan pertama mereka kelihatan agak sibuk.
Dan kelihatan seorang gadis, menanti sabar sambil terhibur memandang gelagat manusia di kiri kanannya.

Zulakiha Wirdani menurut perintah ayahnya Imam Wafi yang sudah mengakhabarkan berita lamaran Iman Syakirin, adik lelaki kepada majikannya Ummi Syafiqa. Jujur, jauh dari lubuk sanubari, dia membantah lamaran itu.

Apakah mungkin dia menerima Iman yang langsung tidak dikenalinya?
Apakah pantas Iman mencintainya sepenuh hati?
Mampukan Iman membimbingnya lurus ke jalan yang diredhai Allah?
Menjadi ketua keluarga, pemimpin keluarga yang dituntut syariat?

Dan persoalan besar..mampukah dia menerima Iman dalam sebahagian dalam hidupnya setelah hati wanitnya sudah pun terpaut dengan seorang lelaki yang telah menemukan jam tangan bewarna emasnya, lelaki yang terlupa mengunci premis pejabatnya dan lelaki yang menawarkan senaskhah AlQuran resam Uthmani untuknya di toko’ Al Khawarizmi.

Lelaki yang bernama Amir Naufal…

“Wirda?”

Zulaikha Wirdani tersentak, lantas memerhatikan susuk tegap Iman Syakirin tsersenyum kacak di hadapan wajahnya. Dia membalas dengan senyuman nipis.

“Boleh saya duduk disini?”

Pelawaan Iman diterima baik mengambil kira beberapa pengunjung restoren kelihatan agak ramai. Mereka berdua diam seketika sebelum sirap limau yang dipesan gadis itu tiba lima minit kemudian.

“Saya minta maaf, kalau kedatangan keluarga saya tempohari mengejutkan keluarga awak”, Iman langsung memulakan bicara. Zulaikha kelihatan menghirup sedikit air yang dipesannya perlahan dan penuh santun. Dia kemudian membalas dengan senyuman.

“Tak ada apa yang perlu disesali. Keluarga saya sudahpun menerimanya”, jawapan si gadis ringkas. Iman mengangguk mengerti. Jauh di lubuk hati lelakinya, dia amat benar berharap yang gadis dihadapannya itu mampu menerimanya dengan lapang dada. Dia mencintai gadis itu sejak kali pertama mereka bertemu, lewat kunjungan Iman ke kedai kakaknya. Dari renungan mata bundar itu, dia langsung terpaut sayang, sekaligus ingin menjauhkan diri dari Natrah Syaida, bekas kekasihnya yang kini hamil dua bulan atas perhubungan bebas dengan lelaki asing.

Dia tidak mahu digelar dayus. Apatah lagi bacul!

Dia tidak mahu mengambil Natrah sebagai isteri lantaran perbuatan kotornya yang menjelikkan. Dia mahukan seorang wanita dan isteri yang layak dimuliakan. Layak diletakkan di tempat yang tertinggi setanding dengan Siti Khadijah ataupun Siti Aisyah.
Dia inginkan yang terbaik untuknya, untuk anak-anaknya.

Salahkah dia memilih hanya yang terbaik?
Manusia sentiasa mempunyai pilihan, dan pilihan itu membuatkan sama ada kita menyesal atau tidak di kemudian hari.
Dan pilihannya adalah yang sempurna.

Zulaikha Wirdani, akan ku tatang engkau umpama wanita yang layak dimuliakan. Ilmu agamamu aku sajung demi keluarga dan anak-anak kita. Kita akan sama-sama menempuh gerbang diredhai Allah atas lunas-lunas Islam. Berilah aku sedikit peluang untuk membuktikannya pada kau…

Sesungguhnya orang-orang yang taqwa, jika mereka disentuh oleh syaitan yang berkeliling, mereka lekas ingat, lalu mereka melihat (kebenaran)
AL-A’RAAF: 201

Bersambung..

Wednesday, May 26, 2010

MENJADI AYAH

Anak jiran sebelah rumah.


Salam:

Erkk belum kahwin.

Menjadi bapa bukanlah satu tugas yang mudah.
Ya aku tahu.
Samada kau berhati keras, tisu, batu, lalang--apa jadah lagi--nawaitu mesti satu.

Perasaan sayang dengan anak mesti kena ada.

Ada 2 kes aku pernah jumpa penderaan di depan mata.

1- Kes 1: Anak nangis dalam trolley. Maybe dia nak beli sumthing, ayah dia tak bagi, so as a solution, ayah dia tampar pipi budak tu. Kuat ok. Sampai cashier yg kira barang terkejut tgk. Sadis. Ayahnya dalam lingkungan awal dua puluhan.

2- Kes 2: Baby ni baru dua-tiga bulan, mak housewive, ayah kerja. Balik kerja, baby melalak. Nak tido, baby melalak. Tau dia buat apa? Dia pukul budak tu. Diam..diam..dia kata. Baby yg tak faham tu buat apa? Menangis dan menangis.

Itu dua kejadian yang betul2 mengajar aku erti kesabaran. Sabar bagaimana hendak menjadi seorang bapa. Pertama sekali, kau perlu mendahulukan kehendak/keperluan keluarga lebih dari keperluan sendiri. Sapa tak sayang anak, beb? Org kata, biar kita tak makan, asal anak2 kenyang.

Kedua, sabar. Bila anak meragam, elakkan marah @ pukul budak tu. Ok aku bercakap secara buta dan tuli @ teorinya saja. Belum ada anak, senanglah aku nak cakap. Cuba kalau ada nanti.
Ok itu aku terima.

Tp kau kena fikir psikologinya.
Dia budak. Masih kecil. Apa dia tahu?

Pernah satu hari aku pulang dari mengajar. Ohh penat sungguh, Tuhan saja yang tahu. Jejak saja dalam rumah, cucu makcik sebelah rumah dah start menangis.

Menangis
Menangis
dan menangis

Seriously, aku pening kepala waktu tu. Dan dalam kepeningan tu, aku berfikir sendiri. Kalaulah aku ada anak, dalam usia begini (err muda remaja lagi okk), mampukah aku bersabar? Mental aku boleh tahan ke dengan all the cry yg boleh dikata agak bingit tu?

So, sebagai kesimpulan aku memang tabik spring dengan all the bapak muda yg cekal melayan karenah anak2.

Aku?
Belum bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab itu.

Memang orang kata, seronok kahwin muda. Boleh tengok anak membesar dalam keadaan kita yang masih sihat, InsyaAllah. Tapi tanggungjawab tu. Kalau sudah bersedia, fizikal mental, just go for it. Cekalkan hati. Itu saja;)

Kahwin bukan sekadar sehari dua. Anak2 pula perlukan masa depan yang lebih baik dari kita.

FaizalSulaiman:---)Sabar dalam melayan karenah anak2. Memang akan berlaku favoritisme. Itu sudah pasti. Layan anak2 kamu seadil-adilnya kerana setiap sorang anak2 membawa pintu rezeki yang berlainan. "Berlaku adil lah kamu, walau dengan diri sendiri"

Tuesday, May 25, 2010

MULA BERKUASA, BUTA MATA HATINYA


Salam;

Ini entry umum.

Siapa terasa lantak kau lah ya. Tiada langsung spesifikasi disini.

Setujukah kau, jika aku katakan segelintir (tak semua ya) manusia akan menjadi buta hati bila dia mula berkuasa?Mungkin ramai yg menganggap perkara ini leh di umpamakan sebagai luahan peribadi. Ok aku terima pandangan itu.

Tetapi secara jujurnya, bila bergelar pemimpin, kuasa itu ibarat sudah berada di hujung jari kau. Hujung jari tahu? Bila2 masa kau boleh gunakannya. Kau boleh jatuhkan siapa yg kau benci mahupun kau akan sokong siapa yang kau suka.
Favoritisme?

Ya, itu sudah pasti. Malahan dalam adik beradik pun ada yg kita suka, ada yang kita kureng suka.

Mujur aku sudah belajar sikit ilmu tentang pengurusan. Sikitlah. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan setitik air di lautan?
Kita kongsi, ya?

Penyelia/penguasa adalah insan yang dipertanggungjawabkan @ diamanahkan utk melakukan sesuatu tugasan. Tanggungjawab yang mulia pulak tu. Berkuasa bukan bermakna kita harus pandai poiting fingers, arah itu ini segala tetapi kau harus tahu apa yang dilakukan oleh org bawahan. Kiranya, bila berlaku masalah/chaos kita akhirnya dapat sama2 kaji dimana silapnya. Menjadi satu kesalahan besar jika seratus peratus kita salahkan orang bawahan, tanpa mengambil berat faktor dalaman @ luaran pekerja itu.Lain cerita kalau memang benar2 org bawahan memang bermasalah tegar.

Dia juga mampu memahami tugas2 setiap pekerja2 nya. Sebab itu penting, penyelia harus bermula dari bawah.

Apakah dengan menjadi ketua, kita harus singkat menjatuhkan hukum?
Apa pentingnya post moterm?
Letakkan akal, terlebih dahulu dari nafsu.

Ada satu-aku boleh kata fenomena- dimana segelintir dari kita kurang professional dalam bekerja. Malah ada yg tak professional langsung. Cakap pung pang pung pang..habuk tarak. Menjadi ketua tidak bermakna kau betul dalam segala segi, sampai cadangan org bawahan taknak didengari. Sudahnya di hujung hari, kita boleh melihat justifikasi pekerja itu. Tak kena buang, turun gaji @ memulakan sesi perang dingin sesama sendiri.

Kita harus professional
..lalu kata2 ini hanya dijadikan tagline tanpa difahami maknanya..

FaizalSulaiman:--)Kerja tanggungjawab kita sebagai khalifah. Ingat, rezeki itu nak dibawa makan anak-anak/adik beradik/mak ayah. Jujur dalam melaksanakan. InsyaAllah diberkati. Amin!

Monday, May 24, 2010

BILA REMOTE ITU DI TANGANNYA


Salam;

Aiceh tajuk. Dramatik gila.

My sister ni ada satu tabiat buruk. Dia suka menukar channel bila remote tu berada di tangannya.

Ok hari Isnin.

Should start with a fresh thingy.

Tapi aku jaki doh. Serius jengkel. Kejap2 kang galih. Tak Ria, Prima. Tulah channel fevret. Kipas susah mati Akademi Fantasia. Nak2 bila konsert last Sabtu lepas berakhir dengan peserta fevret dia menang. Berkali –kali dia tengok ulangan konsert last tuh. Haram jadah betul! Sampai aku naik hafal lagu si juara tuh! Sib baik sedap.lalala

Dulu kalau ada Aruna, dua ploh pat jam dia menepek depan TV. Thanks Astro sebab korang dah remove channel tuh.hah! Gasakla kau dik! Walaupun aku kureng bersetuju dengan rate Atro yg tak turun2 pulak menambah 2 channel yang kunun cambest.

Tangannya yang teramatlah gatal tu memang buat aku nak potong saja! Potong..potong potong..(wimax advert)hahahaha

FaizalSulaiman:--)Skunk dah tak ada masa nak tgk tv. Kalau tengok pon mungkin hari Ahad, kalau tak bz.

Untuk para pemanang kontes, InsyaAllah hadiah korang akan ku post bermula 5hb62010 disebabkan kesibukan yg melanda penulis. Dengan konvonya, dengan kerjanya.huhuhu.

FARCIR 24 dengan episode "Time For a Miracle" akan disiarkan harini jam 12:05 tengahari. Selamat membaca! 6 episode lagi!

Sunday, May 23, 2010

DUA PULUH TIGA TENTANG SAYA

makan apple dulu.Nyum..nyum


Salam:

Pertama kali di tag dalam tahun 2010! Sebenarnya dah lama bersara dalam buat tag ni. Ohh noo.. Kalau kau dinamakan Blogger, takde istilah pencen dalam buat2 tag ni ya. ahahahaha..

Tag kali ni datang dari rakan blogger 'Aqilah. Kebetulan pulak sama dengan Lady Waleane -rakan sekelas di Uni dulu. Sib baik! Pulak tu mood nak di tag tengah ada. Tag pon cambest, so jom tengok jawapan utk tag ni:-)

23 tentang Faizal Sulaiman

1 Anak kedua dari enam beradik. Ramai kawan2 aku ngan abang aku menganggap kami dua beradik adalah kembar. Muka sebijik, sebotol, mereka kata. Kembar kejadahnya ! Padahal aku anti gila ngan abang aku masa kecik. Motif ? Sebab aku selalu dapat barang2 skolah dari dia.haha..pemikiran budak2 owh. Jeles tak bertempat.hihi

2 Workaholic. Lebih2 masa diploma dulu. Serius doh. Sampai ex girlfren aku merajuk berkali-kali sebab aku selalu tinggal cellphone kat dalam bilik bila aku ke bilik member, siapkan tugasan. Kejam.

3 Kenali dgn dekat, aku seorang yg gila2. Dan seorang yang jarang ambil serius satu2 perkara. Tak kenal, org ingat aku serius. Nak2 kalau dalam kerja @ dipertanggungjawabkan utk berbuat sesuatu.

4 Lambat pickup.hahaha. Ada certain time, kalau jiwa berserabut aku akan lambat pickup. Orang lain dah gelak2. Aku masih mencari2 makna.LOL

5 Risau kalau bangun lambat sebab rasa bersalah melepaskan waktu pagi. Hahaha..Ni tabiat dari sekolah lagi sebab dah terbiasa bangun jam 5.30 am setiap pagi. Skunk dah keje, lainla. Kalau cuti, paling lewat pun, jam 7.30am

6 Pernah gilakan bacaan Ahadiat Akashah lewat 1999-2000. Khatam sudah bacaan Lagenda Budak Setan, Katerina, Hikayat Cinderella, Pilot Cafe dan Untuk Semua Gadis Yang Pernah Kucintai. Uniknya Ahadiat apabila dia suka menggunakan tajuk dongeng English kemudian transform into a Malay storyline.

7 Gemarkan genre suspense Thriller dalam penulisan tetapi tak pernah membaca karya Ramlee Awang Murshid.

8 Sukakan vokal RnB seperti Maher Zain, dan former American Idol- Chris Richardson dan Danny Gokey

9 Sudah menghabiskan pengajian 2 tahun Ijazah. Hujung bulan ni Konvo !yay !

10 Menggilai siri dark comedy drama ‘Desperate Housewives’. Buktinya berapa banyak entry dalam blog ni cerita pasal DH ? Ramai dikalangan kawan2 pelik dgn sikap aku suka menonton DH disebabkan ‘women-so-called-contents’ yg terdapat di dalamnya. Common Question : ‘Kenapa ko suka tengok DH ? Bukan tu cerita utk perempuan ke ?’LOOOL. Dek kerana cerita tu lah aku dapat keputusan cemerlang dalam Presentation Skills selain mampu menambah vocab english aku. Serius ! DH had changed a lot of my english pronounce, my skill talking to people yet in writing.

11 Hantu Harry Potter. Sudah menghabiskan ketujuh-tujuh siri magic itu dengan jayanya. Pernah membaca HP-and the order of the pheonix di dalam bas sewaktu perjalanan pulang dari UiTM Penang-JB, sewaktu cuti semester. Kalau ketandusan idea untuk FARCIR, aku akan buka semula, kemudian baca Harry Potter.

12 Mabuk kereta ketika kanak2. Asal nak pi pekan, naik teksi, aku dah bawak siap2 plastik untuk vomit ! Hillarious. Aku tak tahan bau kereta. Pening doh ! Skunk dah tak lagi.ehehehehe

13 Mengambil subjek Basic Pastry di semster ke dua semasa diploma ku. Dan satu2 nya resipi yg aku cuba masa balik kampung, cuti mid sem adalah ‘Lemon Cheese Cake’.

14 Berjinak-jinak dalam penulisan (indie la konon2 nya) sewaktu Tingkatan Tiga. Tulis tangan. Sanggup ni pergi beli buku amali sains semata-mata nak menulis. Ingat lagi tajuk citer tu ‘Bukan Kemahuan Fikiran’. Malu owh nak publish sebab menceritakan kisah cinta kanak2 yang tak matang.ehehehehehe. Lepas masuk diploma, aku terus buang habit suka menulis dan dah jarang lagi nak membaca novel. Selalunya aku akan tulis sinopsis.

15 Menggilai aktress Aishwarya Rai bila menonton filem Hum Dil De Chuke Sanam dan aktress Maya Karin, pertama kali melihat aksi beliau dalam Seri Dewi Malam. Waktu tu, watak dia hanya sampingan. Isteri yang koma dan boleh berhubung secara psikik kepada suaminya. Maya terus dihentam menerusi filem No Problem (err yg banyak problem), kemudian bersinar menerusi Pontianak Harum Sundal Malam. Serius aku teruja dengan watak beliau sebagai figura tragis Meriam yg mati dibunuh. Sampai skunk aku minat Maya. In person, bila aku jumpa beliau di Summit Penang ketika beliau mempromosi filem PHSM2, dia tak sombong bergambar. Peramah, malah bila dia tau, aku nak ambil gambar dia, dia terus angkat muka, senyum. She’s intelligent, alluring beauty and talented. Nak buat jugakla satu entry pasal beliau nanti.hahaha

16 Dulu, aku panas baran. Nak2 masa darjah 6- Form 2.

17 Suka meletakkan diri ke dalam situasi orang yang susah. Benci bila terpaksa menolong sedangkan kita memang sah2 tak dapat pahala. Tapi bila fikirkan balasan yang diterima kelak (sebab hidup ni kan cam putaran), ikhlaskan hati. Kan Tuhan sayang.

18 Pernah geram dengan anak jiran sebelah rumah sebab kuat betul menangisnya. Asal aku usi sikit, dia menangis (aku sangat suka menyakat dia). Dia perempuan. Masa tu umur baru enam tahun. Nak tau aku buat apa ? Aku cium pipi dia ! Geram gila. Hahaha..jahat tol aku. Lepas tu apalagi, dia mengadu la ngan mak dia and ended with my name was shout out loud. ‘Faizaaaallllll siap kau makcik kerjakan’. Those memories ! Skunk ni dia dah kahwin, anak sorang dah. Hahahaha

19 Err pendendam sikit. Tapi takdelah sampai upah mafia nak pukul2 semua. Aku akan kalahkan pesaing dalam exam atau tests. Baik kan aku? Hehehe

20 Masa mak aku mula2 meninggal dunia, aku cuba2 la nak memasak. Masa ni sedih pun ada, kelakar pun ada. Aku sangat menggemari sambal tumis arwah. Emak kut. Sebab tu aku suka agaknya. Tau tak, sambal yg aku buat tu mentah lagi, then camne aku nak bagi pekat? Aku bubuh air bancuhan tepung gandum! Dah masa tu tengok rancangan Yan Can Cook-dia selalu bubuh tepung jagung. Sudahnya 2-3 hari sakit perut!

21 Kali terakhir menjawab tag adalah pada tahun 2009, tak silap Julai kut. Ni tag pertama tahun 2010.

22 Sangat benci subjek Pendidikan Seni sebab aku tak pandai melukis. Tak suka juga subjek BM-Sastera, part yg kena kaji sasatera ‘arakian’, ‘hatta’ segala tuh.haha. Suka Math, tp selalu cuai dalam pengiraan. Suka Bio dan Kimia dan pernah berangan nak mejadi Ahli Farmasi. Cita2 tak kesampaian. Jadi Ahli Makanan pun ok lah!hehe

23 Suka memikirkan utk buat perubahan kalau aku berkahwin 1 hari nanti. LOL. Dari pakai baju songket merimaskan, aku nak pakai baju melayu saja. Takpayah tanjak2 segala, pakai songkok sudah. Makan plak takde nasi2 minyak ni. Makan nasi ayam/nasi dagang/nasi hujan panas sudah! Soalnya, boleh kerr?hahahahahaha

Hukum tag: kena tag blogger2 yg lain. So rule aku simple je. Siapa yg membaca, hah kena tag la kau!hahaha

FaizalSulaiman:---)This is the best part of blogging. Tag as well as awards;)

Saturday, May 22, 2010

KENALI FARIS: SI RAMBUT KERINTING PUSAR DUA DI KEPALA


Salam;

Hah ambik kau, dik. Aku letak muka kau tertebeng dalam blog aku.hahahaha.

Beliau merupakan adik bongsu aku, dengan satu ayah lain mak. Waktu gambar ni diambil, umur beliau mencecah enam tahun.

Sekarang budak ni dah besar. Besar sikitla kalau nak compare masa time dia kudut dulu tuh. Mulut makin meriah. Aku cakap sepatah, berpatah-patah dia menjawab. Sib baik aku tak patahkan tengkuk dia--smackdown--

Dia ni berbeza sikit dengan abang dia. Tang rambut yang nampak bezanya. Faris ni rambut kerinting. Lebat. Masa baby dulu, siap boleh ikat rambut dia. Skunk ni bila tengok je rambut dia dah berserebeh, berpintal-pintal..memang dah tiba masa nak kena potong la tuh.

Kenapa aku mention si Faris ni berpusar dua. Aku tak tahula kepercayaan korang. Tapi apa yang aku tengok, budak ni sumpah degil. Ohhh kalau nak citer betapa dia suka membangkang dan membantah..,sampai besok pon tak abes. Beliau jugak sangat defensive! Pulak tuh kuat betul mengamuknya. Kuat pulak kang menjawabnya. Lepas tu dia akan ambil buku lukisan, ambil pensil color kemudian mewarna. Memang itu tabiat beliau kalau setiap kali kena marah.

ha ha ha..lawak la ko dik!

Tapi perangai tu ikot masa la. Kalau dia memang dalam emo2 tahi kucing, memang dia angin satu hari. So kena cakap slow2, baik2 dengan budak ni. Tak boleh tengking2. Kalau si abang dia, tak kisah pun kalau aku marah dia. Dia buat muka sememeh don't know saja.

Si Faris gak ada satu perangai yang susah dia nak buang. Selalu tinggal barang dalam kelas. Kadang2 color pensil, kdg2 pencil box, kdg2 buku?! Songkok pon pernah tertukar dengan kawan2. LOL!

Apalagi, kena marah la ngan bapak I.haha..klaka tengok dia duduk patuh angguk2 dengar cakap ayah dengan teliti. Fuh! dia memang takut betul dengan ayah saya! Sekali cakap, dia dengar berdesup masuk telinga! Bagus tol kau, dik!

FaizalSulaiman:--) Ini sorotan kes semalam, sebelum aku gi semayang Jumaat. Dia balik skolah, terus kayuh basikal. Aku pun tegurlah."dik kau pegi tukar baju dulu. nanti mak bising" (mak aku takde gi Shah Alam). Dia buat derk jer. Pot pet pot pet bagi alasan.hahaha..adik..adik..Kau tau tak, Degil2 aku sayang kau jugak, dik;)

Friday, May 21, 2010

BERHENTI MENYAYANGI, JADILAH DISAYANGI


Salam Jumaat;

Ini topik semalam dengan a few of my friends. Kami bercerita tentang soal perhubungan. Aku boleh dikatergorikan sebagai quite open minded bila bercerita tentang hal2 sebegini.

Dalam perhubungan, seriously we need to give and take. Kau beri dan si dia menerima, malah vice-versa. Salah seorang perlu beralah, jika berlaku apa2 situasi--gaduh-sayang-merajuk-marah-pujuk dan sebagainya. Setia kena penting. Kalau boleh, hindari skandal. Jangan jadikan alasan sebab sunyi ke apa jadah lagi. Ambil note ya: "bila kau sudah commit untuk bercouple- sudah bersayang-sayang, sudah berabang-abang, sudah bee-honey: kau kena realise, kau kena jujur dlm perhubungan"

Lagi satu, kita kena tahu rentak perhubungan. Kadang2 tak guna sayang sepenuh hati, dihujung hari kita ditinggalkan. Remuk redam la hati jadiknya.

Kesimpulannya, kita harus mencari seseorang yg betul sesuai dgn kita. Paling utama, biar sayang si dia tu menerima kita seadanya. Sayang kita sepenuhnya...

FaizalSulaiman:---)Sayang...

FARCIR EP 23 dengan episode "Its My Life and Confession" akan disiarkan malam ini, jam 8:00 malam;);) Selamat membaca!

Thursday, May 20, 2010

PROSA LAPAN

Sebelum ini dalam Prosa Cinta Amir Naufal
Natrah Syaida membuat pengakuan hitamnya, menyebabkan Iman Syakirin menolak cinta gadis itu. Perasaan kasih bersulam cinta suci lahir dari hati lelaki milik Amir Naufal telus untuk Zulaikha Wirdani lewat pertemuan mereka di Pustaka Khawarizmi. Namun, ketentuan Allah tiada siapa yang mampu menolak. Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk umatnya


Imam Wafi menutup Al Quran nya dari atas pengalas rehal kayu yang sudah berbelas tahun dalam simpanannya. Saat Quran disimpan, matanya tertangkap gambar keluarga kecilnya. Isterinya, Wan Aminah dan anak perempuannya Zulaikha Wirdani. Mengimbau kembali kenangan dua puluh tiga tahun sebelum kehadiran Wirda, anak perempuannya hatta bukti penyatuan cinta suci antara dia dan isteri tercintanya.

Tiga tahun mereka berkahwin. Tetapi langsung tidak dikurniakan dengan cahaya mata. Ikhtiar diusahakan. Mereka suami isteri mencuba dan terus mencuba sehinggalah suatu hari, dia bernazar ingin mengorbankan seekor qibas, membuat kenduri doa selamat jika isterinya, Aminah hamil. Alhamdulilah! Kuasa Allah Maha Esa. Isterinya hamil juga di tahun ketiga perkahwinan. Malah, sepanjang sembilan bulan sepuluh hari, Aminah mengandungkan bayinya, mereka berdua sudah menatangnya dengan penuh kasih sayang. Setiap kali solat, mereka akan mendoakan yang baik-baik buat bayinya.

Mengamalkan minum air bacaan Surah Yaasin sepanjang kandungan isterinya, malah menurut segala permintaan Aminah yang dianggapnya kebiasaan orang mengandung. Pernah sekali Aminah ingin benar makan Durian Belanda. Jenuh jugalah dia ke pekan mencari buahan itu.

Malah, jika ada kelapangan, dia sendiri akan membacakan Surah Maryam, Surah Yusuf juga Surah Luqman dengan lengkap tajwid, terjemahan serta tarannumnya. Dia tidak ambil pusing dengan semua itu. Apa yang dia mahukan, bayi yang akan dilahirkan Aminah, sihat lantas dilengkapi dengan jati diri Islam dan Muslim yang utuh, soleh, kamil dan berperibadi molek.

Tidak Islam pada nama sahaja.

Tanggal enam November bersamaan dua Ramadhan, tiga tahun selepas pernikahan mereka, seorang bayi perempuan berteriak nangis selepas si ibu menahan sakit perit melahirkannya. Lima minit selepas dibersih sucikan, anak itu diletak dipangkuannya dan dia yang bergelar ayah merenung penuh kasih. Menguntai sejuta sayang pada anak, darah dagingnya sendiri. Mengucup pipinya yang mulus dengan haruman bayi terus menusuk ke rongga pernafasan.

Airmatanya lekas hendak merembes. Mulianya ciptaan Allah atas seorang yang hina bernama manusia.

Betapa kau bayiku, sudah membuat sumpah pada Allah, di dalam rahim ibumu supaya taat akan perintah Nya sehingga nyawa kau ditarik Izrail entah bila masanya.
Dan aku, ayahmu berjanji mahu menentukan hidup kau, anak. Supaya kau tidak tersasar. Supaya kau tidak sesat. Supaya kau membesar menjadi insan yang dimuliakan Allah dan mati sebagai mukmin sejati. Kerana aku tidak selamanya menjaga kau, anak. Kau perlu berdikari untuk kelangsungan hidup. Malah kau, anakku tidak akan tahu buruk baik diluar sana yang mengerogoti jiwa kau hingga kau hilang cinta kasih sayang, perasaan merendah diri, sabar dan bijaksana akal dalam bertindak malah pendirian beragama bila badai cabaran menghumban ranap tembok keimananmu.

Dia masih mengenang saat manis, ketika isterinya terlena sambil dia memangku jasad kecil berkelubung dengan mata terkatup rapat. Alis kening bayinya, tebal berbentuk sepertinya. Alur bibir kecil merah yang mungil mengingatkannya kepada bibir Aminah yang mekar cantiknya. Dia menghembus nafas kelegaan. Permintaanya dikabulkan Allah. Nazarnya direstui Ilahi. Lantas dengan penuh tawadhuk, dia menghela nafas lantas mengalunkan bacaan Qamat untuk puteri kesayangannya.

Disini, aku patrikan kesaksian kau pada Pencipta semesta, Penentu segalanya, Penilai hati manusia. Disini, aku sematkan kesaksian Esa nya, Yang Maha Pemurah serta pesuruhnya. Aku ingati kepada kau bahawa menjaga Tiang Agama adalah satu rukun. Setiap lima kali waktu, kau harus sempurnakan tanpa ragu. Tanpa sangsi. Langsung tiada berbelah bahagi. Usahakan apa terdaya untuk mengecap nikmat kejayaan di fana dunia, jangan sampai kau khilaf dengan tugas menghadap Ilahi setiap kali. Sempurnakanlah kalimah, setiakanlah zikirullah, InsyaAllah urusan kau kelak dipermudahkan!

Lalu, bayi yang diberi nama Zulaikha Wirdani dibeasrkan dengan nilai Islamik yang tinggi. Moralnya dijaga elok. Hidup si gadis itu juga di tata dengan baik. Dan sepanjang dua puluh tahun anak gadisnya membesar di ruang lingkup penuh susila, dia yakin Zulaikha yang dijaganya, dididiknya, dimanjakannya bakal menjadi insan mulia, InsyaAllah.

“Abang!”

Sayup-sayup suara serak basah isterinya Wan Aminah mencantas ingatannya terhadap anak perempuannya. Dia berpaling, masih dalam duduk bersilanya dengan kitab suci Al Quran sudah tertutup di atas rehal kayu. Dia membalas dengan senyuman wajah bergaris tua isterinya yang sedang menatang dulang berisi teh O’ berasap dengan beberapa bingka ubi potong yang nampak sangat menyelerakan.

Imam Wafi bangun perlahan. Menahan sakit di tumit kakinya juga lututnya yang dirasakan haus itu. Dia meletakkan Quran berkulit merahnya dan rehal kayu di atas almari kayu sebelum berjalan dengan sedikit terincut-incut menuju sofa lembut, sebelum merebahkan tubuhnya selesa.

“Apa yang awak menungkan tu?”, Aminah mencelah sambil menunangkan teh O ke dalam cawan kaca sebelum menghidang potongan bingka kegemaran suaminya itu dihadapannya. Imam Wafi mengambil sepotong, menyuapnya ke dalam mulut sebelum mengunyahnya perlahan. Terasa lemak manisnya meresapi rasa.
“Saja. Teringatkan anak perempuan kita”, jawab Imam Wafi mendatar sebelum menghirup perlahan teh O sebelum meletakkan cawan di pinggir piringnya. Aminah mengungging senyum nipis. Kalau dah rindu tu, cakap saja bang, Budak tu baru balik tiga minggu lepas.

Dia menghirup teh O nya perlahan sebelum kedengaran di luar laman rumahnya bunyi kereta menderum masuk langsung membuatkan mereka suami isteri berpandangan sesama sendiri.

“Assalamualaikum!”
“Walaikumsalam”

Imam Wafi menyambut salam sambil dengan kabut terkocoh-kocoh menuju ke muka pintu diiringi Wan Aminah yang nampak tertinjau-tinjau. Kelihatan sebuah Kia Spectra bewarna putih tersadai di laman rumah mereka sebelum diikuti dengan seorang wanita dalam lingkungan lewat tiga puluhan dan seorang lelaki yang nampak lebih tua dari perempuan itu.

“Ada apa halnya, nak?”, Imam Wafi turun dari rumahnya, kemudian bersalam mesra dengan si lelaki yang tidak dikenali berwajah mesra menyenangkan. Isterinya juga menyambut perempuan pertengahan umur yang memperkenalkan dirinya sebagai Ummi Syafiqa, majikan tempat Zulaikha Wirdani menjalani latihan praktikalnya. Mereka kemudiannya duduk di atas sofa, berbual mesra sebelum Wan Aminah menuangkan air teh O kepada dua lagi tetamunya.

“Oh..saya hampir terlupa. Perkenalkan lelaki ini, pakcik saya. Abdul Raif namanya”, Ummi Syafiqa memperkalkan pakciknya kepada kedua suami isteri itu. Abdul Raif mengangguk mesra sebelum menghirup teh O dengan senang.

“Saya datang ke sini membawa tujuan. Tujuan baik”

Imam Wafi tersenyum keliru sebelum memandang isterinya yang berwajah serupa, jelas tidak faham pernyataan Ummi Syafiqa.

“Tujuan baik?”
“Ya. Menyatukan dua hati, membina masjid yang dituntut dalam Islam”

Suami isteri itu tersenyum penuh makna. Bagaikan mengerti, Imam Wafi bertanya lembut. “Siapa calon nya?”

Giliran Ummi Syafiqa mengukir senyuman cantik. “Adik lelaki saya. Iman Syakirin”

**

Amir Naufal merembat kunci kereta dari atas meja kerjanya. Jam sudah hampir ke pukul enam setengah petang. Dia mengunci premis pejabatnya dengan pantas sebelum meluru ke tangga berdekatan, menuruninya cepat dan kemudian berlari pantas ke arah kereta yang diparkirnya di bawah bangunan Wisma Hidayah. Dia masuk ke perut Saga S.E nya lantas memanaskan enjin dengan sabar.

Tiga minit berlalu sebelum membalas pesanan ringkas rakan serumahnya, Fahrul yang memintanya untuk membelikan Nasi Lemak Sambal Paru di Kedai Mak Limah, yang terletak di hujung jalan Wisma Hidayah. Terbayangkan seketika keenakkan Nasi Lemak Berlauk Mak Limah yang sangat terkenal dikalangan pelanggan. Dia kemudiannya menekan clutch lantas menolak gear sekali dengan pedal minyak sebelum Saga S.E miliknya menderum membelah keheningan senja yang sudah memuntahkan gerimisnya.

Dia melewati papantanda tulisam jawi Wisma Hidayah sebelum kelihatan seorang wanita disebalik cermin berbintik berairnya yang tersedu sedan menangis di perhentian bas berdekatan dengan bangunan wisma itu. Naufal lekas mempedulikanya dan apabila kelihatan gadis berbaju kurung sedikit basah itu menghempaskan telefon bimbitnya ke atas jalan, sehigga melantun mengenai bumbung keretanya, lelaki itu lekas memakirkan kereta ke tepi jalan sebelum meluru keluar memerhati tindak tanduk perempuan itu. Hatinya bagai diburu kebimbangan.

“Cik tak apa-apa?”

Gadis itu menangis semahu-mahunya. Baju kurung yang dipakainya lembap bagai dipercik air. Dia langsung tidak memandang wajah Naufal malahan rambutnya yang perang sedikit dihujungnya kelihatan menutupi wajah sedihnya itu.

“Boleh hantar saya balik rumah?”

Suaranya bagai tersekat di hujung kerongkong. Naufal mengangguk lemah dan selepas gadis itu menuju perlahan ke keretanya, dia membuka pintu Saga perlahan sebelum Naufal memandu, membelah rintik gerimis yang semakin lebat dicelah kepulan mendung yang bertambah gelap.

Agak lama mereka berdiam diri. Mengunci mulut enggan memulakan kata-kata. Namun, sebaik sahaja tiba di sebuah billboard perabot Lorenzo, Naufal memulakan situasi dingin antara mereka.

“Saudari duduk di mana?”
“Ampang”
“Kenapa saudari menangis tadi?”
“Itu bukan urusan awak! Saya takkan rela menceritakannya kepada sesiapa pun!”

Naufal senyap, bagai tersentap dengan jawapan si gadis yang pada anggapannya dirasakan baik itu. Dia memandu lagi melepasi papantanda This is CELCOM territory sebelum keretanya mendaki bukit yang agak tinggi.

“Awak boleh tolong saya?”
Soalan di gadis membelah ingatannya yang mula hendak mengenang perihal gadis bernama Zulaikha Wirdani. Dia menoleh sedikit ke arah raut terganggu gadis berambut perang itu sedikit sebelum mengangguk tidak ketara.
“Apa dia?”

Gadis itu mengukir senyum manis, mengangkat wajahnya sambil memandang roman lelaki disebelahnya dengan penuh pengharapan.

“Boleh awak mengaku yang anak di dalam kandungan saya ini, anak awak?”
“Apa? Apa awak cakap ni?”

Gadis itu tertawa mengekeh. Selingan di radio mengatakan yang masuk waktu Maghrib sudah hampir lima minit sahaja lagi. Naufal hampir saja melepaskan stereng keretanya dan tertekan sedikit brek kereta. Mereka hampir sahaja terdorong ke hadapan.

“Saya cakap, saya nak awak mengaku yang anak di dalam perut saya ini adalah anak awak. Awak adalah bapa kepada anak yang saya kandung ini!”

Pandangan Naufal bagai berpinar. Ya Allah…dugaan apakah ini? Nafasnya sesak sebelum memandang tidak percaya gadis yang baru ditolongnya tadi. Permainan apakah ini?

Gadis itu menyambung lagi. Suaranya berdetar. “Lima puluh meter dari sini akan ada pemeriksaan polis. Pemeriksaan biasa. Lesen, kad pengenalan dan pelekat kereta. Jika awak tak berikan sebarang keputusan, saya takkan teragak-agak beritahu mereka yang awak nak menculik saya dan nak menjual saya kepada sindiket pelacuran!”

Ugutan si gadis semakin membuatkan fikiran Naufal buntu. Dan seperti yang dijangkakan si gadis gila itu, dari jauh kelihatan beberapa individu berpakaian seragam bewarna biru gelap sedang berjalan mundar mandir, memeriksa dengan telus selain jujukan kereta yang dipandu sangat perlahan, seboleh mungkin tidak mahu melanggar peraturan.

“Awak ada masa untuk berfikir”, jelas si gadis kejam sambil meraup rambut perangnya kebelakang. Namun, jauh di lubuk sanubarinya, dia terdesak. Setelah kekasih menolak permintaaan untuk menjadi bapa kepada anak yang dikandungnya beberapa minggu lalu, dia seolah-olah tidak mempunyai pilihan. Dia terdesak. Dan perut yang semakin lama semakin membesar sangat menakutkannya.

Dalam hati yang digerogoti cinta nan pilu, Natrah Syaida terpaksa membuat pilihan yang sangat terdesak. Dan kereta mereka semakin menghampiri ke kawasan pemeriksaan polis…

Janganlah engkau palingkan pipi (muka) engkau terhadap manusia, (kerana sombong) dan jangan berjalan dimuka bumi, dengan sangat gembira. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi tiap-tiap orang yang sombong lagi bermegah-megah

LUQMAN: 18

BERSAMBUNG

Wednesday, May 19, 2010

SURAT UNTUK ENCIK BROADBAND: HIJAU, BIRU DAN KUNING


Salam;

Ya saya tahu tindakan ini agak keterlaluan. Tapi sumpah!
Memang saya dah tak tahan lagi dengan tekanan semua ini.

Jangan panik.

Ini reaksi pertama ketika saya menggunakan jalur lebar berbayar bulan2 untuk perkhidmatan warna biru. Hijau dan kuning digunapakai oleh kawan2 saya.

Sengalnya kawan saya ni, beliau malas nak tulis luahan2 macam ni.

Takpelah, dia kata. Memang line nya lambat agakanya. Mengambil kira keadaan geografi kita duduk sekarang ni. Duduk Kampung! Faham2 sajalah

Meh sini saya nak cakap ya. Tak kisah la awak duduk kampung ke, bandar ke, pekan ke, kota ke...apa yang penting
we PAID the service. Kita bayar kan? Dalam iklan bukan main gah kata

"semua tempat boleh connect"

LOL!

Hakikatnya? Jawablah sendiri

Contohnya seperti brodband saya. Connectionnya sangat la lambat. Lambat ya..seperti siput.
Adakala bila level upload dan download sudah semakin tinggi, buka internet tup..tup

"page load error"
"data transfer interrupted"

Runtun hati ni menahannya.Kadang2 nak buka satu page, boleh tidur dulu, kemudian bangun semula, masih tiada apa2.

Impressive!

Nak maki hamun, buat tambah dosa yg menimbun. Apa lagi?

Sabar la hati...

FaizalSulaiman:---)Belum terfikir nak tukar baru.

PS: Esok, Prosa Cinta Amir Naufal jam 7 pagi. Selamat membaca!

Tuesday, May 18, 2010

SUMBAT: MEMBONGKAR RAHSIA


Salam

Novel bersiri atas talian (online)di Aksara Keraian, FARCIR hampir menemui jalan penghujungnya. Err sebenarnya, setiap hari jugaklah aku membuka laman tu, kut2 ada komen2 membina dari pembaca. Aku senyum dan seperti jangkaan.

Tiada.

Takpe, silent readers ramai (hahaha..nak sedapkan hati). Lagipun, sejak siri komedi gelap itu semakin turun rating bacaannya, aku sudah tak ambil pusing lagi pasal komen. Nawaitu aku dua sahaja:
1) Buat yang terbaik untuk setiap bab. Buat poster utk setiap episode, err promolah kononnya.haha. Takde review pon tak akan mematahkan semangat untuk membuat pembaca (future readers) terus-terusan membaca cerita tersebut.Mungkin ceritanya berat. Kena banyak fikir. Complicated plus not so soothing title pronunciation. Ya..aku terima faktor itu.

2) Kepuasan dalam menulis. Ya aku tak memilih genre komersil (melainkan Prosa Cinta Amir Naufal) disebabkan ingin kepuasan. Aku mahu dikenali dengan penulisan yang mempunyai signature selain tidak mahu terikut-ikut sgt dengan arus semasa.

Ok, Its time to reveal secrets. Memandangkan siri FARCIR hanya berbaki 8 episode, (dimana 2 daripadanya akan mengisi SEASON FINALE, yang dijadualkan 11 dan 14 June 2010) aku ingin berkongsi pahit getir menulis siri 30 episodes ini kepada kalian.

Buat mereka yang gemar menulis, kalau nak dijadikan bahan ini untuk push diri sendiri supaya menulis, aku galakkan. Untuk mencapai sesuatu, ia bukanlah senang.

Jom semak TRIVIA ini

1) FARCIR (sebutan FAR-SEE) dipilih oleh penulis sebagai tajuk kerana latar pendidikan beliau yang melibatkan diri dengan makanan. Plot komedi-misteri-drama ini ditulis sekitar November 2006 selepas membaca satu review filem dark comedy dari Perancis.

2) Penulis mengambil keputusan utk menukar sedikit jalan cerita FARCIR bersesuaian dengan penyiarannya yg panjang. Penukaran besar melibatkan hubungan dua beranak Nita-Meriam yang saling berdendam kerana masa silam yg memeritkan.

3) Protagonis asal dalam siri ini termasuklah Lela (tukar kpd Meriam), Aman (tukar kpd Armin), Rizi kepada Razi, Fara kepada Eva Zalina dan Julia kepada Rina. Walalubagaimanapun utk Ida dan Nita, kedua-dua nama dikekalkan.

4) Episode 1: Pilot menyelongkar kelazatan makanan di Kafe Halia, yg jelas menunjukkan makanan yg akan membuat pembaca mengenangkannya. Cerita ini berterusan dengan misteri-misteri sehinggalah ke episode 30: I Guess This is Goodbye.

5) Episode dimulakan dengan Nita yang berjaya membuka Kafe Halia bercerita tentang gelagat2 jiran2nya seperti Armin, eksekutif yg tampan beristerikan Ida, seorang bekas pelajar psikologi yang mempunyai anak kembar.Rina dan Razi, dua beradik yang misteri. Di dalam nota kaki buku "FARCIR:The Guideline" penulis mengucapkan penghargaan kepada sepupunya atas pengguaan beberapa ayat bahasa Perancis di dalam cerita ini.

6)Eva Zalina membuat kemunculan awal di dalam EP 3 dengan beberapa baris ayat bahasaPerancis. Misteri berterusan dengan kemunculan Meriam (ibu angkat Nita) di EP 4. EP4 juga berakhir dengan Razi menyerang Ida sehingga menyebabkan perempuan itu koma beberapa minggu.

7) Cliffhanger pertama adalah di EP 5 menjadikan Miswari Zainal Abidin mangsa pertama yang mati dalam siri ini. Diikuti dengan Dalilah dalam EP 13 kemudian disusuli dengan Meriam dalam EP 22. Dicatat juga menerusi EP 6 (sambungan EP 5) kesemua watak2 utama bermimpi 20 tahun akan datang dan apa yang akan terjadi kpd mereka kesan dari kebakaran dahsyat itu.

8)Dalilah, yg bekerja sebagai jururawat digambarkan mempunyai tahi lalat di pipi kirinya membuat penampilan sulung di EP 9, diikuti Suzana (surirumah yang mati?!) dan suaminya Zulkifli di EP 10. Dicatat juga di dalam buku "The Guideline", kedua-dua Suzana dan Zulkifli akan memberikan jalan cerita misteri kepada plot Nita selain memberitahu yg Dalilah bukanlah perempuan yg baik.

9) Kesimpulan besar yang ditulis dalam EP 15 adalah bertujuan utk pembaca mengingat semula misteri2 dan konflik2 besar yg berlaku di dalam episode2 sebelumnya. Penulis juga menulis di nota kaki "The Guideline" mengatakan "Aku takut jika misteri2 ini akan menyebabkan kepala pembaca berpusing-pusing tak faham. Dengan kesimpulan ni (EP 15) diharap akan membantu mereka sebelum aku membukanya lapisan demi lapisan"

10) Ikmal Ezani Asraf yg mati dibunuh membuat kemunculan pertama di EP6 (lelaki yg dikahwini Rina, 20 tahun dlm mimpinya) dan terakhir di EP 16, memberitahu kpd pembaca siapa yg merancang kematiannya. Berdasarkan episode tersebut, penulis mendapat komen dari segelintir pembaca yg meneka bahawa pembunuhan itu melibatkan 3 suspek iaitu Rina, Razi dan Eva Zalina

11)Di EP 17 penulis menulis ingatan istimewanya kepada seluruh bekas rakan sekelasnya yg mengambil kursus Foodservice Management di universiti dulu dan menulis "Aku khaskan bab ini untuk rakan sekelas yg mengambil Foodservice Management. Korang ingat lagi, kan?"

12) FARCIR 1-30 akan membongkar 3 misteri yang membuatkan semua tertanya-tanya.
Pertama: siapa pembunuh sebenar Ikmal Ezani Asraf
Kedua: Siapa yg menyerang Dalilah
Ketiga: Apa sebenarnya yang terjadi kpd Suzana

13) Diakhir episode 30, satu baris ayat akan ditulis iaitu "AKAN BERSAMBUNG"

Lapan Episode tinggal lagi. Lepas ni tak payah pening2 lagi ya;);)

Belum terlambat untu mereka yg belum membaca, menghayati cerita ini;);)

Sunday, May 16, 2010

EMOSI CELARU


Salam

Ikan cencaru tak terlibat dalam hal ini ya!

Apa aku tulis ni?LOL

Ok memandangkan sekarang ni sedang sibuk outstation, sempat ye aku update blog ni. Mana boleh tak update. Gila kentang namanya! GIGIH!

Make it quick Faizal. Semalam ada budak baru datang mendaftar. Dia pun isi-isi lah borang pendaftaran. Muka dia..cemberut gila! Interviewer pon tanya, "kenapa adik minat bidang ni?"-coz when they saw her result, quite cemerlang ok.

Dia diam.

Interviewer senyum

Dia tarik muka seketat-ketatnya.

Mak dia bilang "Takde mood, dik. Dah dua tiga hari macam ni"

Cheasss kek punya budak! Bagi aku la kalau kau ada poblem, kau setel la sendiri. Jangan terbawak-bawak sampai macam tu sekali. Mana profeesionalisme kamu. Ok she's 18. But c'mon! Janganla bawak perangai harem jadeh budak2 kau tu. Dah tau2 nak kena interview, plis jangan buat muka cencurut tua tu ok.

Kenapa aku suruh professional? Sebab bagaimana kau akan menghadapi situasi ini bila nak bekerja nanti. Macam mana kalu kau bad mood nanti? Nak menghadap interviewer tu dengan muka cemberut?

Sampai mati la kau tak dapat kerja!

Kalau aku lah, buat perangai tu depan mak bapak aku..sumpah at the same time aku kena luku! Ulang ya. KENA LUKU!

FaizalSulaiman:--)Kalau budak tu depan mata aku semalam, aku akan sound dia. "Dik..kalau ya pun awak bad mood, awak jagalah air muka mak awak tu"

gambar Google

Friday, May 14, 2010

KALAU PUTIH, MAKA PUTIH LAH!


Salam;

Edisi Jumaat yang semakin bertambah sibuk. Sumpah sibuk. Sebab tu awal2 lagi aku sudah menyiapkan draf-draf awal untuk SEASON FINALE "FARCIR" aka SUMBAT untuk tatapan pembaca di laman Aksara Keraian.

Hopefully, akan ada pembaca yang mengikuti alkisah komedi gelap itu hingga ke penghujungnya, Usaha sudah dilakukan. Hanya berserah kepada Allah. IsyaAllah.

Kita di ajar untuk tidak menjadi kurang ajar. Betul kan?
Islam juga mewajibkan kita menghormati golongan yang berusia, lebih2 lagi kedua ibu bapa kita. Putih katanya, putihlah kita mengikut. Hitam caranya, itulah yang kita akur.

Berdosa besar jika kau melawan cakap2 ibu bapa kau. Dengan sekecil berkata "Aah" sekalipun! Sudah boleh jatuh derhaka!

Derhaka itu ya anak2! Neraka lah jawabnya!

Tapi bagaimana ibu bapa kau jenis yang sukar ditegur? Ditegur sedikit dikata kita biadap. Bila bersuara sedikit, dikata melawan. Diam pulak dikata kita batu. "Ingat cakap dengan patung ke?"

Sort of..

Syukur bapaku bukan begini sifatnya. Ibu aku pulak, walaupun bukan my biological mom, aku tetap hormat dia sebagai ibu. Whatever things she said, aku terima saja. Mana yg baik kita ambil. Positive all the way walaupun memanglah dia bukan macam mak kita yang betul. Kalau rasa macam nak membangkang (cakap my step mom) aku cepat2 ingat yang dia tu "my mom dan aku tak boleh lawan nanti jatuh derhaka.Mati seksa"

Jadi jika ibu bapa korang tergolong seperti yg dinyatakan di atas, just pray to God. Hardly! Allah saja yang boleh mengubah hati manusia. Allah kan Maha Esa. Believe it! InsyaAllah.

After all, ibu bapa mana tak sayangkan anak2.

Ingat ya. What we give, you'll have to pay the price! SERIOUSLY!
Hidup ni macam roda. Kejap kau senang, kejap kau susah.

Ya kau senang dan puas sekarang.
Tapi tunggulah balasannya kelak. Tak kau, anak kau, tak anak kau, cucu kau sampaila hujung dunia nanti.

Tunggu sajalah ya..

Salam Jumaat.

FaizalSulaiman:-)Hidup itu kalau kau lihat dari dimensi berbeza, kau akan nampak keadilannya..

FARCIR BAB 21 dengan Episode "How Do You Do" akan disiarkan jam 4:05 petang nanti. Jangan malu2 baca dan drop some comments;). Another 9 episodes to go!!

Thursday, May 13, 2010

PROSA TUJUH

Sebelum ini dalam Prosa Cinta Amir Naufal
Ummi Syafiqa lelah mengulit kisah cinta silam dengan Khusairi lantas membina tembok benci kepada sang Adam. Iman Syakirin mendapat khabar menakutkan dari Natrah Syaida dan Amir Naufal bertemu kembali dengan Zulaikha Wirdani tanpa disedari lelaki itu, seseorang sudah jatuh hati pada perilaku penuh budinya..


“I takkan bertanggungjawab! You kena tahu itu. You buat, you berani tanggung!”, deram Iman dengan wajah merah padamnya sudah merona di muka. Dipandangnya Natrah Syaida dengan pandangan menghina. Gadis itu sudah bercucuran air matanya. Dia kemudiannya bangkit, menghambat kolar baju Iman, kembali merayu dengan esak tangis yang memilukan.

“I tahu bukan you bapa budak ini. Tapi please Iman! You saja peluang yang I ada!”
“Peluang? Peluang supaya you boleh memperguna-gunakan I ya? Bodoh-bodoh kan I supaya mengaku budak dalam perut you tu anak I?”
“Bukan..bukan! I harap you faham..I..”
“You tak usah berdolak dalih lagi Natrah! I do love you. Tapi ini yang you lakukan pada I?”
“I janji I akan berubah lepas kita kahwin nanti! I tak mahu budak ini lahir tanpa ayah! I tak mahu tanggung malu, Iman. Please Iman..please sayang!”

Iman Syakirin meludah ke lantai. Geramnya membuak-buak meresap menggelegak hingga ke kepala otak. Dia menjauhkan diri dari mendekati perempuan itu. Dia menggeleng-geleng perlahan.

“Tidak sama sekali! Itu bukan anak I!”
“Please Iman! I am begging you!”

Gadis itu terduduk kembali di atas lantai gudang-tempat pertemuan rahsia mereka. Sudah tidak punyai kekuatan lagi untuknya merayu. Pertama kali dia menerima perkhabaran itu, dia masih di Belanda. Tiga minggu lamanya dia menanggung sesal akibat pergaulan bebasnya dengan Stephen. Dia mengkhabarkan berita itu kepada Stepehen yang seterusnya mengambil jalan mudah dengan melarikan diri ke Itali pada keesokkan harinya!

Sumpah, dia menyesal. Seharian dia menanggung beban. Malu berhadapan dengan ahli keluarganya yang sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup lantas tanpa berfikir panjang, dia membawa diri kembali ke Malaysia, mencari kekasih lamanya Iman Syakirin untuk merayu lelaki itu untuk menerimanya kembali. Menerima dalam keadaan yang sudah tidak suci lagi.

“I boleh terima you. Tapi you gugurkan anak itu!”, Iman bersuara parau lantas mematikan lamunan panjang Natrah yang kemudiannya bangun tiba-tiba langsung memandang wajah lelaki itu tertanya-tanya. “Apa..apa yang you cakap tadi?”
“You gugurkan kandungan tu. Baru I boleh terima you!”
“No. I will not! Iman you can’t do this to me!”
“Then..Go to hell!”

Iman berlalu pergi meninggalkan Natrah Syaida dengan hati dingin tidak berperasaan..

**

Pustaka Al Khawarizmi tidak pernah sunyi dengan kunjungan pelanggan yang mahukan buku-buku islamik dan berjalurkan motivasi. Terletak di tingkat tiga Wisma Hidayah, Pustaka Al Khawarizmi membekalkan banyak bahan bacaan yang berpatutan harganya dan mampu dibeli oleh orang ramai. Amir Naufal merupakan salah seorang penggemar buku-buku disitu. Pemiliknya seorang lelaki berusia yang pernah tinggal di Indonesia dan Singapura. Jadi tidak hairanlah jika pilihan bacaannya pelbagai.

Minggu lepas dia baru sahaja berkesempatan membeli karya agung Hamka berjudul “Tenggelamnya Kapal Van Der Wick” sebelum terbuai dengan pembacaan separuhnya tentang sebuah puisi arab karya pujangga terkenal Fateh El Akhbar yang sehingga kini masih belum habis bacanya. Sesekali kepalanya inginkan bacaan ringan juga. Asyik terkurung menghadap skrin komputer dan kiraan-kiraan graf yang sungguh menyakitkan kepala.

Seperti badan, fikiran juga perlu direhatkan. Bukan hanya dengan tidur, tetapi juga dengan bacaan ilmiah-ilmiah yang lain, langsung membikin fikiran tenang. Dia menuju ke arah seleksi pilihan kitab-kitab yang menarik untuk dibelek tengok. Nalurinya tiba-tiba tertarik dengan sebuah Al Quran resam Uthmani yang ditulis khat yang sangat cantik. Di dalamnya tersusun makna dalam bahasa Melayu dengan sangat jelas dan mudah difahami. Dia mula membaca dengan senyap baris-baris mengagumkan Al Quran-kitab suci peninggalan Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya.

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Penyayang

Baris pertama Surah Manusia diterang dengan “Katakanlah (ya Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan yang mendidik Manusia”. Baris keduanya bersambung selepas titik memperjelas “Raja Manusia” langsung ke ayat ke tiga “Tuhan Manusia” lalu..

“Saudara”

Bacaannya terhenti.

Naufal berpaling kebelakang sebelum jasadnya tiba-tiba sahaja merasa kaku tidak bersebab. Kelihatan satu wajah yang sangat dikenalinya. Wajah yang mula berputik malah dikenangnya setiap malam. Suatu raut yang memberinya inspirasi untuk terus kekal hidup lalu merancang mahu bahagia dengannya.

Zulaikha Wirdani. Alangkah indah ciptaan Allah padamu. Tahukah dikau bahawa aku sangat kasih padamu? Tahukan engkau, jiwa lelaki ku meronta-ronta untuk sehidup semati denganmu? Aneh bukan? Kita langsung tidak pernah kenal mengenal dengan lebih lanjut, maka pertentangan mata ini sudah cukup membuatkan hatiku terpaut padamu!

“Saudara? Saudara mengelamun ke?”

Amir Naufal tersedar dari lamunannya yang dirasakan sudah terbang melayang entah kemana. Cepat-cepat jiwa anak muda itu berselawat, beristighfar semahu-mahunya. Lekas benar syaitan memperdaya pandangannya itu.

MasyaAllah! Astaghfirullahalazim! LailahaillAllah!

“Minat dengan kitab ini?”

Zulaikha mengangguk sambil tersenyum. Entah apa yang difikirkan lelaki itu, hati gadisnya sukar menebak. Dia keliru adakalanya, setiap kali bertentang mata dengan lelaki itu, hati Zulaikha bagai berdegup-degup berdebar. Dia tahu itu permainan syaitan. Dia cuba menahan godaan makhluk keji itu.

Tetapi semakin mindanya ingin melupakan, ingatan demi ingatan menerjah tidak rela, muncul dalam detaran dan seringkali hadir dalam mimpinya. Kemuncaknya bila lelaki itu sendiri menegurnya di hadapan Butik Ayu-tempat dia praktikal, kepunyaan majikannya Ummi Syafiqa.

Mereka saling bertukar-tukar nama. Walau Takdir sudah tertulis yang dia tidak mengetahui nama lelaki itu.

Seketika mata mereka berpandangan lagi, sebelum Naufal memulakan langkah bicara.

“Wirda mahukan kitab ni, ke?”

Polos saja soalannya. Zulaikha Wirdani mengangguk perlahan sebelum Naufal menghulurkan Al Quran berterjemah itu kepadanya. Gadis itu menyambutnya lekas sebelum membisikkan ucapan “terima kasih” kepada lelaki itu.

Pantas dia berlalu pergi, menghindarkan rasa malu gadisnya menerpa tatkala keinginan hati mahu benar bertanyakan empunya nama. Adakah ini cinta pandang pertama? Jika benar hatiku sudah terpaut padanya, apakah benar perasaanku ini kepadanya?

Ya Allah. Jangan biarkan hatiku membutakan pilihan, lantas aku tersasar dari hidupku

Gadis itu bermain-main dengan persoalan-persoalan berat menghentam minda. Benarlah sesetengah kata bijak pandai. Hubungan itu sukar perjalanannya. Payah hendak menyelaminya.

“Zulaikha ?”

Dia terdiam sekejap mendengar namanya dipanggil, lalu berpaling dalam kesesakan ramai itu, berharap si lelaki idaman hati tadi yang cuba memanggilnya semula.

Telahannya silap!

Kelihatan majikannya, Ummi Syafiqa dengan tiga naskhah majalah perkahwinan sudah tersisip di tangan, nampak melambai mesra kepadanya. Gadis itu tersenyum nipis sambil ekor matanya melilau-lilau mencari kelibat lelaki itu.

Tetapi, hampa!

“Ummi ada sesuatu yang hendak diberitahu kepada Zulaikha”

Tenang saja air muka majikannya. Gadis itu mengangguk setuju sebelum Ummi Syafiqa membawanya ke satu sudut bersofa di dalam Pustaka Al Khawarizmi sebelum mempelawanya duduk. Seketika kemudian, Ummi Syafiqa menggenggam erat jari jemari Zulaikha dan gadis itu dapat merasakan sesuatu yang tidak enak bakal berlaku.

“Begini..bagaimana mahu mula ya..”
“Ummi cakap saja. Saya mendengarnya”
“Kalau begitu baiklah..Minggu depan keluarga Ummi nak menghantar rombongan merisik Zulaikha. Merisik Zulaikha untuk adik Ummi, Iman Syakirin”

Sungguh! Nafas gadis itu bagai tersekat dihujung kerongkong. Pandangannya digagahkan untuk melihat susuk Ummi Syafiqa dengan nyata dan pendengarannya juga dijelaskan supaya dia tidak tersalah dengar! Ummi Syafiqa nampak tidak berbohong! Malah air mukanya sudah membayangkan yang dia telah menerima lamaran itu dengan lapang dada.

“Percayalah. Iman boleh membimbing Zulaikha ke jalan yang diredhai Allah”

Zulaikha Wirdani bungkam kesenyapan…

Jadilah engkau pemaaaf dan serulah orang yang mengerjakan makruf serta berpalinglah daripada orang yang bodoh

AL A'RAF: 199

BERSAMBUNG

Wednesday, May 12, 2010

HIDUP BELUM TENTU, MATI SUDAH PASTI


Salam;

Pernah kau terfikir soal mati?

Ya..aku pernah fikirkannya banyak kali. Ia kerap kali berlaku setiap kali pabila aku membaca akhbar atau menonton televisyen dan laporan tentang kematian ngeri spt Kemalangan ended with digilis lori, dua kereta bertembung sort of menjadikan sesuatu sedang bermain-main dalam kepala.

MasyaAllah!

Bagaimana dengan matinya kita? Maksud aku, bagaimana rupa kita sewaktu saat kematian itu menjemput kelak? Aku masih teringat ustazah sekolah agama pernah memberitahu tentang azab kematian. Saat roh sudah dicabut lerai dari tubuh, kemudian kita-manusia yang sudah mati- akan merasa sangat sakit dan perit setiap kali jasad kita disentuh manusia hidup yang lain.

Bagaimana kalau kemalangan ngeri? Kebakaran? Pembunuhan? Ohhh aku tak nak mention banyak2 sebab aku sudah merasa seriau sekarang!

See, manusia normal yang lain pasti merasa gerun bila menyebutkan soal kematian. Kita semua tahu yg dunia hanya pinjaman. Akhirat yang kekal abadi. Semua makhluk bernyawa pasti akan mati. Itu sudah tertulis kesemuanya. Mungkin sesaat dari sekarang kita tentu sudah berfikir tentang our past time. Solat yang tertinggal, yang masih belum berganti, bagaimana kita menipu orang tersayang--tanpa pengetahuan dari dia, bagaimana kita menyalahgunakan waktu bekerja dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan, ataupun dosa2 silam yang tidak terhitung kira banyaknya.

Malahan, setiap kali pergi kerja pun, potong lori2 besar kiri kanan, aku terfikirkan kemungkinan buruk seperti..what if..

Hidup ini ada pasang surutnya. Ada pengakhirannya. Ya..hidup kita sebagai manusia belum tentu bagaimana rupa bentuknya, tetapi kematian itu memang pasti.

FaizalSulaiman:--)Hidup mati putaran alami..

Esok, Prosa Cinta Amir Naufal episode 7, jam 7 pagi:-)

Tuesday, May 11, 2010

JAY SEAN SEMUA ATAU TIADA..



Salam;

Direct translation dari album Jay Sean "All or Nothing". Jejaka ini berjaya menggetarkan ..ya menggetarkan jiwa wanita dengan single "Down" kolaborasi baik dengan Lil Wayne. Maaf cakap, MV dia entah apa2. Crap gila.

Pandangan peribadi aku lah. Disebabkan si Jay Sean ni half english-half Indian, maka di MV dia dipenuhi gadis2 Indian yg sgt lawa2.hihihi. Ok stop sebelum fikiran kau melayah entah kemana.
Album All or Nothing (cam lagu ballad kumpulan O-Town plak) ni diterbitkan pada 2009 dan aku baru berkesempatan mendengarnya tahun ni. Aiseh!

Album ni dimulakan dengan track "Do You" yang totally dipengaruhi dengan sedikit unsur Indian rhtym. Ya. Sungguh. Nampak yg Jay Sean tak melupakan heritage beliau tu kan? Single "Fire" plak biasa2 je. Tapi single outstanding dlm album ni boleh dikatakan banyak jugalah.

I just name a few ye. "Down", "Do You Remember", "Ride It" (single ni sekali lagi dipengaruhi dengan unsur Indian musical), "Cry", "Stay" selain single bonus ballad "Down"

Tapi, apa yg aku boleh rumuskan, album Jay Sean-All or Nothing ni mempunyai outstanding truly RnB influence. Tona suara beliau sangat baik mendendangkan music RnB. Dengarlah..rugi kalau tak dengar!

FaizalSulaiman:--)Life's so musical!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR